You are on page 1of 2

Laporan Aktiviti Mingguan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet Ilmu Khas 2014 (Rabu 12 Februari 2014) Tarikh

Hari : 12 februari 2014 : Rabu

Pemimpin : Puan Hew Siew Voon dan Puan Saloma Bilangan ahli : 40 orang ahli Patrol : Cempaka

1.0 Pendahuluan Pada hari Rabu bersamaan dengan 12 februari 2014, Persatuan Pandu Puteri telah mengadakan perjumpaan mingguan yang bertempat di bilik B206, iaitu di Blok Harmoni IPG Kampus Ilmu Khas. Perjumpaan ini diadakan pada pukul 2.30-4.30 petang dan dihadiri oleh ahli persatuan seramai 40 orang ahli kesemuanya dan dua orang pemimpin yang turut hadir pada hari tersebut iaitu Puan Hiew Siew Voon dan Puan Saloma. 2.0 Nyanyian Lagu Dunia Perjumpaan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Dunia dan yang telah diketuai oleh Puan Hiew Siew Voon dan Puan Saloma selaku pemimpin Pandu Puteri pada hari tersebut. 3.0 taklimat persediaan kawad kaki sempena KOT Pada hari terrsebut kami juga telah mengadakan mesyuarat berhubung dengan pemakaian sempena kawad kaki pada kejohanan kawad kaki yang bakal berlangsung nanti. Puan Hew dan juga Puan Saloma selaku pihak yang bertanggungjawab telah mengemukan beberapa cadangan mengenai pemilihan baju yang sesuai untuk dipakai ketika kawad kaki nanti. Majoritinya telah sebulat suara memilih baju kemeja logo sebagai pakaian rasmi ketika kawad kaki nanti.

4.0 Penutup Perjumpaan ini ditamatkan dengan nyanyian lagu Taps (Siang) yang merupakan tanda tamatnya perjumpaan Pandu Puteri. Secara konklusinya, perjumpaan pada kali ini telah memberikan kami sedikit sebanyak input yang bermakna dan berguna kerana kami telah belajar untuk membuat keputusan secara berpasukan sekaligus melatih kami untuk lebih bertimbang rasa akan orang lain. Laporan disediakan oleh,

Nor Zulida Alias


(NOR ZULIDA BT ALIAS) Ketua Kumpulan Cempaka Persatuan Pandu Puteri Kadet IPG Kampus Ilmu Khas

You might also like