You are on page 1of 3

LAPORAN MAJLIS JALINAN KASIH PUSPANITA

PELAJARAN NEGERI JOHOR 2010

Tarikh : 12 Mac 2010


Hari : Jumaat
Masa : 2.30 – 5.00 petang
Tempat : Dewan HAYATI, Kompleks MAWAR Johor Bahru.

1.0 LATAR BELAKANG PUSPANITA


1.1 PUSPANITA ditubuhkan pada 10 Ogos 1983. Selama 27 tahun PUSPANITA bergerak,
pelbagai aktiviti telah dianjurkan.
1.2 Tujuan penubuhan PUSPANITA ialah merapatkan hubungan muhibbah dan
menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awan di semua
peringkat perkhidmatan. PUSPANITA juga menggalakkan perkembangan pengetahuan,
kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan
diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus.
1.3 PUSPANITA menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah alhi
dan keluarga mereka serta masyarakat. PUSPANITA juga aktif menganjurkan program
untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
1.4 Visi dan misi PUSPANITA menjadi tunggak utama untuk pergerakan aktiviti
PUSPANITA. Visi ialah ke arah PUSPANITA cemerlang, gemilang dan terbilang.
Manakala misi PUSPANITA ialah menjadi wanita berwawasan, berdaya saing, berkualiti
berilmu, berkemahiran, berketrampilan, bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada
pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.
1.5 Motto PUSPANITA ialah wanita sepakat negara meningkat.

2.0 ATURCARA MAJLIS


2.00 petang : Pendaftaran
2.30 petang : Ketibaan Puan Hajah Hamidah Binti Ibrahim, Pengerusi
PUSPANITA Pelajaran Negeri Johor.
2.35 petang : Bacaan Doa
: Nyanyian Lagu PUSPANITA
: Ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Saadiah Binti Said, Pengerusi
PUSPANITA Pelajaran Daerah Pasir Gudang.
: Ucapan Puan Hajah Hamidah Binti Ibrahim, Pengerusi
PUSPANITA Pelajaran Negeri Johor.
: Penyampaian Cenderamata
: Persembahan
: Jamuan
: Nyayian Lagu PUSPANITA
5.00 petang : Majlis bersurai
3.0 UCAPAN HAJAH SAADIAH BINTI SAID – PENGERUSI PUSPANITA
PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG
3.1 Pengerusi PUSPANITA Pelajaran Daerah Pasir Gudang, Puan Hajah Saadiah Binti Said,
mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA yang
menghadiri majlis pada hari ini yang mencecah lebih tiga ratus orang.
3.2 Ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Hamidah Binti Ibrahim kerana sudi meluangkan
masa menghadiri majlis pada hari ini. Beliau telah memberikan komitmen yang besar
walaupun telah bersara.
3.3 Kesudian ahli PUSPANITA yang datang dari jauh untuk memeriahkan majlis pada hari
ini amat dihargai. Kehadiran semua dapat merapatkan lagi hubungan dan siraturrahim
antara ahli-ahli.
3.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana kepercayaan yang diberikan untuk menjadi
tuan rumah untuk majlis pada kali ini. Penambahbaikan akan dilakukan jika berlaku
sebarang kekurangan dan kecacatan sepanjang majlis.
3.5 Pelbagai aktiviti telah dirancang pada majlis kali ini antaranya ialah persembahan
daripada wakil setiap daerah dan cabutan bertuah. Hadiah cabutan bertuah adalah
sumbangan daripada setiap daerah yang menyumbangkan sebanyak dua hadiah.
3.6 Puan Hajah Saadiah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hajah Hamidah dan warga
kerja yang menjayakan majlis.

4.0 UCAPAN PUAN HAJAH HAMIDAH BINTI IBRAHIM - PENGERUSI PUSPANITA


PELAJARAN NEGERI JOHOR.
4.1 Pengerusi PUSPANITA Pelajaran Negeri Johor, Puan Hajah Hamidah Binti Ibrahim,
mengucapkan selamat datang kepada ahli jawatan kuasa tertinggi, pengerusi dan semua
ahli-ahli.Beliau mengucapkan rasa syukur majlis menjadi kenyataan.
4.2 Majlis pada hari ini merupakan aktiviti yang pertama PUSPANITA pada tahun 2010.
Tahniah diucapkan kepada pengerusi PUSPANITA Pelajaran Daerah Pasir Gudang yang
telah menerima cabaran dan menganjurkan majlis ini.
4.3 Aktiviti yang dijalankan adalah untuk menambah dana PUSPANITA.
4.4 Tujuan utama aktiviti yang dijalankan adalah untuk merapatkan siratulrahim antara ahli
PUSPANITA. Apabila semua ahli berkumpul, ahli yang sudah lama tidak berjumpa dapat
bertemu dan ahli yang tidak pernah bersua dapat menambahkan kenalan. Beliau sendiri
sudah 30 tahun tidak berjumpa dengan Hamidah Mahmod. Peluang yang diadakan ini
amat bermakna untuk setiap ahli PUSPANITA.
4.5 Puan Hajah Hamidah Binti Ibrahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK
tertinggi dan semua yang hadir. Kehadiran semua ahli telah memberikan sumbangan
yang besar untuk menjayakan aktiviti dan sanggup mengorbankan wang ringgit dan
masa.
4.6 Beliau berbangga dengan ahli-ahli yang hadir dengan memakai pakaian dengan tema
yang ditetapkan walaupun warnanya sukar untuk didapati.Tema warna yang ditampilkan
menunjukkan kesatuan di antara ahli-ahli persatuan.Beliau memberi pandangan bahawa
setiap wanita inginkan kecantikan. Ssemua wanita yang hadir pada hari ini sama dan
kelihatan lebih cantik.
4.7 Puan Hajah Hamidah memberi dorongan supaya wanita yang ada di dalam dewan pada
hari ini menjadi wanita yang hebat. Kehadiran semua ahli menunjukkan bahawa mereka
faham erti berpersatuan. Melalui persatuan, ahli-ahli dapat memberi sumbangan dan
membantu dalam menjayakan program untuk kerja-kerja amal dan persatuan. Apablia
memyertai persatuan, ahli-ahli mendapat ganjaran secara langsung dan tidak langsung.
Ahli akan menjadi lebih proaktif, dapat membentuk kerjasaman kumpulan dan akan
dihormati oleh orang lain.
4.8 Beliau berkongsi pengalaman setelah s menyertai aktiviti PUSPANITA. Puan Hajah
Hamidah telah belajar cara berkomunikasi, belajar sesuatu yang baru dan memeperoleh
banyak pengalaman. Beliau memberi saranan supaya ahli-ahli dapat belajar daripada
rakan-rakan yang lain. Wanita tidak hanya berada dalam kepompong sendiri.
4.9 Puan Hajah Hamidah menyatakan matlamat untuk menambahkan bilangan ahli
PUSPANITA yang mendaftar. Beliau berharap dengan adanya ahli yang ramai dapat
membantu kecemerlangan Jabatan Negeri Johor.

5.0 PERSEMBAHAN
5.1 Pembukaan persembahan wakil daripada Daerah Pasir Gudang yang mempersembahkan
tarian inang. Seterusnya penyampaian puisi madah gurindam seribu lagu daripada
Daerah Segamat.
5.2 Majlis diselang-seli dengan cabutan nombor bertuah.
5.3 Persembahan ketiga daripada Daerah Muar yang menyampaikan lagu Ramlah Ram yang
bertajuk Kau Kunci Hatikku Dalam Hatimu. Lagu tersebut telah disampaikan oleh
Liyana Binti Abu Bakar. Wakil Daerah Mersing iaitu Puan Hasnah Binti Dahlan juga
menyampaikan lagu untuk memeriahkan lagi majlis.
5.4 Wakil Daerah Kluang telah menyampaikan persembahan menarik dan mendapat tepukan
gemuruh. Mereka telah membawa lagu medly yang bertajuk Aku Dia dan Lagu,
Secangkir Madu Merah dan Sway.
5.5 Puan Noraini Mohd Noor, wakli daripada Kulai mendendangkan lagu daripada artis
terkenal iaitu Siti Nurhaliza yang bertajuk Jerat Percintaan. Wakil Daerah Kota Tinggi
juga turut menyumbangkan lagu yang bertajuk Joget Kasih Tak Sudah yang
disampaikan oleh Ismaliza Binti Ismail.
5.6 Puisi yang dideklamasikan oleh Puan Rozita Abdul Rahman, wakil Daerah Johor Bahru
dan Idayu Mohamed wakil daerah Pontian yang berkaitan dengan PUSPANITA menarik
minat semua ahli. Tajuk puisi yang disampaikan ialah cerita wanita dan Nazam dan
sajak.
5.7 Persembahan penutup daripada wakil Batu Pahat yang menyampaikan lagu ayng
bertajuk Bulan Ditutup Awan. Lagu tersebut telah disampaikan oleh Puan Kamariah.

Pelapor, TARIKH

...................................................
( NORAIN BINTI MASTARI )

You might also like