You are on page 1of 6

BAB1

Traktor Pertanian
Am
Pentingnya traktor pertanian kepada dunia kini tidak boleh diperkecilkan. Traktor pertanian
merupakan sumber kuasa yang besar yang telah sepenuhnya menggantikan sumber kuasa
daripada kuda dan inanusia untuk melaksanakan kerja-kerja berat dan yang memakan
masa yang lama.
Kuasa daripada traktor pertanian digunakan untuk menghasilkan makanan kepada
dunia dan tiada kerja yang lebih penting daripada tugas mi. Sebuah traktor boleh
melakukan tugas yang perlu dikerjakan oleh beberapa ekor kuda dan melaksanakan kerja
tersebut pada masa yang sama tanpa perlu berehat. Sekiranya perhatian yang balk
diberikan kepada traictor, amnya pada sistem pelinciran dan dibekalkan dengan bahan
api, ia akan terus bekerja. Walaupun pemandunya perlu berehat, tetapi tidak menjadi
suatu yang aneh bagi traktor terus beroperasi dengan pemandu gantian.
Oleh sebab pengeluaran bahan makanan manusia di dunia mi klan bertambah, maka
bilangan traktor yang diperlukan juga turut akan bertambah. Banyak lagi tanah yang
akan dimajukan untuk pengeluaran bahan makanan dan traktor akan merupakan sumber
kuasa yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan tersebut.

Jenis Traktor
Pada masa kini, traktor merupakan mesin yang amat penting bagi membekalkan kuasa
untuk kerja-kerja ladang. Membajak tanah merupakan kerja yang menggunakan kuasa
tertinggi; oleh itu, traktor direka bentuk supaya mampu melaksanakan fungsi ml di
samping mempunyai kuasa yang cukup untuk kerja-kerja ladang yang lain seperti
menanam biji benih, merumput, menyembur, mengangkut dan lain-lain.
Sejak Perang Dunia Pertama dan khususnya 20 tahun kebelakangan mi, telab banyak
kemajuan yang dicapai dalam menghasilkan sebuah jentera yang boleh mengendalikan
berbagai-bagai jenis peralatan dan kelengkapan dengan berkesan. Banyak peranti yang
telah digabungkan ke dalam mekanisme traktor untuk tujuan mi.
Jenis traktor yang digunakan untuk tanah bergantung kepada jenis kerja yang. perlu
dilaksanakan.
ASAS ~ENTi3RA
LADA~G

lull ~terong

GegancU pacu

GUling rantai

Rantal

Gul~flgpemolahu

Rajah I TraktOr beroda rantai

Rajah 2 Traktor kegurlaafl am

2
TRAKTOR PERTANIAN

Traktor Beroda Rantal (Rajah 1)


Traktor jenis mi kadangkala dinamai “berantai” dan selalunya berkuasa kuda tinggi dan
berkemampuan melakukan kerja berat. Di ladang, traktor jenis mi mungkin digunakan
untuk menarik bajak lima- atau enam-alur atau untuk kerja membajak yang berat. Selamn
itu, terdapat juga traktor beroda rantai yang amat keel! yang berkuasa kuda tidak Iebih
daripada 6 k.k. (kuasa kuda) yang digunakan untuk kerja di ladang.

Traktor Beroda Berat


Bukan traktor beroda rantai sahaja yang digunakan untuk kerja-kerja berat di ladang.
Traktor besar pemacu empat roda sekarang juga biasa digunakan dan berkemampuan
menarik sehingga bajak 12 alur dengan enjin sehingga 500 k.k. Traktor besar sebegini
mungkin dilengkapkan dengan roda kembar di sekeli!ingnya dan tidak pula berjalan di
dalam alur, tetapi di atas alur sama seperti traktor beroda rantai. Traktor jenis mi juga
digunakan untuk kerja pembajakan yang berat.

Traktor Kegunaan Am (Rajah 2)


Traktor kegunaan am ialah traktor beroda dan jenis yang kecil mungkin berenjin lebih
kurang 40 k.k., manakala jenis yang lain berenjin 100 k.k. Salah saw atau kedua-duanya
mungkin boleh digunakan di kebanyakan ladang dan merupakan jenis yang paling biasa
digunakan pada masa sekarang.

Traktor Beroda Dua


Satu lagi traktor yang banyak terdapat di ladang keel! dan kebun ialah jenis kendalian
tangan. Traktor jenis mi mempunyai kuasa yang cukup untuk melakukan pembajakan
ringan dan dikendalikan secara berjalan kaki.
Kebanyakan traktor pada han mi berkuasakan enjin pembakaran dalam. Walaupun
mungkin ada perbezaan di antara satu jenis dengan satu jenis yang lain dalam perincian
pembinaannya, tetapi prinsip asas operasinya adalah sama.

Enjln Pembakaran Dalam


Kuasa daripada traktor digunakan untuk melaksanakan kerja di ladang dan juga
menjalankan mesin pegun.
Kuasa yang dihasilkan oleh enjin dihantar melalui berbagai-bagai mekanisme
sehingga sampai ke roda-roda di bahagian belakang yang berputar. Mekanisme-mekanisme
mi akan diterangkan dalam bab seterusnya. Dalam bab mi, unit kuasa perlu dibincangkan
terlebih dahulu.
Di dalam mana-mana enjin pembakaran dalam, terdapat beberapa bahagian penting
yang tersusun untuk menghasilkan suatu sin peristiwa asas. Sin peristiwa mi biasanya
dinamai kitar pengendalian dan kebanyakan enjin traktor yang beroperasi digelar kitar
empat-lejang.

3
ASAS JENTERA LADANG

Enjin pembakaran dalam adalah sejenis enjin haba dan nama “enjin haba” diberikan
kerana tenaga haba yang terhasil daripada pembakaran bahan api di dalam enjin ditukar
menjadi tenaga mekanik. Jenis bahan api yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis
enjin traktor, tetapi mi tidak mengubah pengendalian asas. Bahan-bahan api yang
digunakan adalah petrol atau propana bagi enjin cucuhan bunga api dan diesel bagi
enjin cucuhan manipatan.

Komponen Penting (Rajah 3)


Bahagian-bahagian penting dalam enjin jenis mi adalah seperti berikut:
(a) Silinder yang bahan api dimasukkan untuk pembakaran.
(b) Omboh yang bergerak ke atas dan ke bawah di dalam silinder.
(c) Kepala silinder yang menutupi bahagian atas silinder.
(d) Aci engkol yang diputarkan oleh omboh pada lejang kuasa.
(e) Rod penyambung yang menyambungkan omboh kepada ad engkol. Kedua-
dua komponen menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putar aci
engkol untuk menghasilkan kaedah kuasa yang berguna.
(I) Pin sendi yang menyambungkan rod penyambung kepada omboh.
(g) Injap alur masuk yang rnembolehkan suapan bahan api/udara barn memasuki
kebuk pembakaran.
(h) Injap ekzos yang membolehkan gas terbakar keluar ke atmosfera mela!ui sistem
ekzos.
(I) Aci sesondol yang membukakan injap.
(j) Pegas injap yang menutupkan injap.
(k) Roda tenaga yang bersambung kepada aci engkol yang menyerap kuasa pada
lejang kuasa dan mengeluarkan tenaga pada ketiga-tiga lejang tanpa kuasa
untuk menentukan pengendalian enjin berjalan dengan hem.
Rajah 3 menunjukkan bahagian penting enjin kitar empat-lejang dan Rajah 4
menunjukkan susunan lazim bahagian mi di dalam enjin. Walaupun susunan yang
ditunjukkan ialah untuk enjin tegak satu silinder, terdapat juga enjin yang ombohnya
bergerak secara mendatar. Apabila sesebuah enjin mempunyai beberapa silinder, maka
susunan yang ditunjukkan hanyalah digandakan supaya kesemua rod penyambung terlekat
kepada satu ad engkol yang mempunyal beberapa “aci” di sepanjang engkol tersebut
(lihat Rajah 5 untuk beberapa susun atur).
Enjin traktor lazimnya adalah enjin empat silinder, tetapi terdapat juga yang
bersilinder enam; saw, dua dan tiga silinder ada juga digunakan. Rajah 6 menunjukkan
aci engkol bersama omboh dan rod penyambung bagi enjin empat silinder.
Kaedah pengendalian enjin adalah sama, sama ada enjin itu tegak. mendatar atau
bersilmnder satu atau berbilang. Kitar asas tetap berjalan sedan berasingan bagi setiap
silinder enjin. mi bermakna bagi enjin bersihinder berbilang, setiap silinder bersama
omboh, rod penyambung dan injapnya, dan lain-lainnya haruslah dianggap sebagai satu
unit mekanik yang berasingan.

4
TRAKTOR PERTANIAN

Kopa~aSilinder

H Pelapik

-- -~ ~ok silinder

Pin send

Hujung kecil ~ ~ Injap

Rod penyanthung Pegas injap


Ad SeSOfldoI
Roda lenaga ‘Tapet

N Gear pemasaan ad
sesondol

Gear pemasaan ad engkol

-- - Ad engkol

hujung
besar

Rajah 3 Beberapa bahagian kerja enjin dingin-air satu silinder berinjap tepi

Rajah 4 menunjukkan bahawa sekiranya roda tenaga dipusingkan, aci engkol juga
akan berpusing dan mi akan menggerakkan omboh yang bebas di dalam silinder ke atas
dan ke bawah. OIeh sebab roda gear pada aci engkol tersirat dengan gear pada aci
sesondol, maka injap juga akan bergerak ke atas dan ke bawah. Sekiranya tujah diberikan
kepada bahagian atas omboh, roth tenaga dan aci engkol sekali lagi akan berputar dan
dengan terjadinya putaran mi, aci sesondol dan injap juga akan bergerak.
mnihah yang berlaku di dalam enjmn. Campuran bahan api/udara akan masuk ke
daham silinder apabila injap alur masuk terbuka. Apabila injap tertutup, campuran mi
akan dimampatkan akibat pergerakan omboh ke atas. Kemudian, campuran mi dicucuh
dan akan mengembang dengan cepatnya. Pengembangan mi menghasilkan tujah ke bawah
kepada omboh yang menyebabkan aci engkol berputar. Tujah mi adalah cukup untuk

You might also like