You are on page 1of 7

LAPORAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS RAJANG 2013

Pada 16 Mei 2013 Biro Sukan dan Rekreasi bersama Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Futsal dan Bola Jaring sempena sambutan Hari Guru 2013 peringkat IPG Kampus Rajang. Pertandingan Futsal telah diadakan untuk guru pelatih lelaki manakala Pertandingan Bola Jaring adalah untuk guru pelatih perempuan. Pertandingan ini telah disertai oleh 8 pasukan iaitu 4 pasukan lelaki akan bertanding untuk permainan Futsal manakala 4 pasukan lagi akan bertanding untuk permainan Bola Jaring. Pasukan yang menyertai Pertandingan Futsal ialah terdiri daripada pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang, GGM, PBM, dan Volcano FC. Manakala, pasukan yang menyertai Pertandingan Bola Jaring pula ialah pasukan Suka Hati, Hati Senang, Induk Nenak dan Medulla Oblongata. Perlawanan ini akan diadakan secara liga dimana setiap pasukan akan menentang semua pasukan lawan sekali sahaja. Pada pukul 7.00 pagi semua ahli Biro Sukan dan Rekreasi bersama ahli Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa telah berkumpul di gelanggang Bola Jaring untuk membuat persediaan terhadap pertandingan yang akan diadakan. Semua ahli biro telah melaksanakan tugas seperti yang telah ditetapkan. Mereka hendaklah memastikan peralatan seperti bola futsal dan bola jaring, bib, papan pemarkahan, meja, kerusi, wisel, peti kecemasan dan gelanggang dalam keadaan yang sepatutnya sebelum pertandingan dijalankan. Peralatan dan tempat pertandingan hendaklah dipastikan dalam keadaan yang selamat digunakan untuk kelancaran perlaksanaan pertandingan tersebut. Pada pukul 7.30 pagi semua guru pelatih yang terlibat dengan Pertandingan Futsal dan Bola Jaring telah berkumpul di gelangang Futsal dan Bola Jaring. Setelah memastikan peserta yang bertanding telah berada di gelangang permainan iaitu tepat pukul 8.00 pagi, perlawanan pertama bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring telah dimulakan. Perlawanan pertama bagi Pertandingan Futsal adalah antara pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang menentang pasukan GGM. Manakala, David dan Jarau merupakan pengadil yang bertugas semasa perlawanan tersebut dijalankan. Perlawanan ini telah dimenangi

oleh pasukan GGM dengan jaring sebanyak 3 1 menewaskan pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang. Bagi pertandingan Bola Jaring pula, telah dimulakan dengan pasukan Sukan Hati menentang pasukan Medulla Oblongata. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Medulla Oblongata dengan jaringan 11 1 menewaskan pasukan Suka Hati. Corina dan Yolanda pula merupakan pengadil bagi perlawanan tersebut. Perlawanan seterusnya bagi Pertandingan Futsal ialah pasukan PBM menentang pasukan Volcano FC. Pengadil bagi perlawanan ini adalah Faisol dan Azraf. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan PBM dengan jaringan sebanyak 2 1 menewaskan pasukan Volcano FC. Pertandingan Bola Jaring pula ialah perlawanan antara pasukan Hati Senang menentang pasukan Induk Nenak. Pengadil bagi perlawanan tersebut ialah Chiew dan Eriana. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Hati Senang telah menewaskan pasukan Induk Nenak dengan jaringan sebanyak 18 1. Perlawanan Futsal yang seterusnya adalah pasukan Volcano FC menentang pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang. Pengadil bagi perlawanan tersebut ialah Azraf dan Jarau. Volcano FC telah tewas menentang pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang dengan jaringan sebanyak 1 3. Perlawanan Bola Jaring pula melibatkan pasukan Induk Nenak menentang pasukan Suka Hati manakala Syuhada dan Estiza merupakan pengadil bagi perlawanan tersebut. Pasukan Induk Nenak gagal menewaskan pasukan Suka Hati dengan jaringan 0 - 7 sehingga meletakkan pasukan Suka Hati sebagai pemenang. Kemudian pertandingan diteruskan dengan perlawanan antara pasukan PBM menentang pasukan GGM. Pengadil bagi perlawanan tersebut ialah Azri dan Yusri. Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan GGM yang berjaya menewaskan pasukan PBM dengan jaringan sebanyak 4 1. Bagi Pertandingan Bola Jaring pengadil untuk perlawanan yang seterusnya ialah Chiew dan Rahmah. Perlawanan Bola Jaring berlansung antara pasukan Hati Senang menentang pasukan Medulla Oblongata. Pasukan Hati Senang telah menewaskan pasukan Medulla Oblongata dengan jaringan sebanyak 8 3 hal ini telah meletakan pasukan Hati Senang sebagai pemenang bagi perlawanan tersebut.

Pertandingan Futsal diteruskan dengan perlawanan antara pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang menentang pasukan PBM. Pengadil bagi perlawanan ini ialah David dan Azri. Pasukan Awal Bangun Pagi Ye Bang telah berjaya menewaskan pasukan PBM dengan jaringan sebanyak 2 0 dalam perlawanan tersebut. Pertandingan Bola Jaring juga diteruskan dengan perlawanan antara pasukan Suka Hati dan Hati Senang. Pengadil bagi perlawanan ini ialah Chiew dan Eriana, manakala pemenang bagi perlawanan tersebut ialah pasukan Hati Senang. Pasukan Suka Hati telah tewas menentang pasukan Hati Senang dengan jaringan sebanyak 2 13. Perlawanan terakhir bagi pertandingan Futsal ialah pasukan Volcano FC menentang pasukan GGM. Perlawanan ini meletakkan pasukan GGM sebagai pemenang manakala Faisol dan Yusri merupakan pengadil bagi perlawanan tersebut. Pasukan Volcano FC telah tewas menentang pasukan GGM dengan jaringan 0 1. Bagi Pertandingan Bola Jaring perlawanan terakhir ialah antara pasukan Indu Nenak menentang pasukan Medulla Oblongata. Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Medulla Oblongata manakala pengadil bagi perlawanan tersebut ialah Corina dan Yolanda. Dalam perlawanan tersebut, pasukan Induk Nenak telah tewas menentang pasukan Medulla Oblongata dengan jaringan 0 13. Pada pukul 11.00 pagi semua perlawanan antara setiap pasukan yang menyertai Pertandingan Futsal dan Bola Jaring berjaya dilaksanakan. Seterusnya, saudari Eriana dan saudara Azri Malik mengira jumlah mata yang berjaya dikumpul oleh setiap pasukan yang bertanding bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring. Berikut merupakan keputusan Pertandingan Futsal : PASUKAN Awal Bangun Pagi Ye Bang GGM PBM Volcano FC 3 3 MATA 3 3 3 3 JUMLAH KEDUDUKAN 6 9 3 0 2 1 3 4

Keputusan Pertandingan Bola Jaring adalah seperti berikut : PASUKAN Induk Nenak Suka Hati Hati Senang Medulla Oblongata 3 3 MATA 3 3 3 3 JUMLAH KEDUDUKAN 0 3 9 6 4 3 1 2

Setelah aktiviti pengiraan mata dilakukan saudari Eriana mengumumkan pasukan yang mendapat tempat pertama hingga keempat bagi bagi setiap pertandingan yang telah diadakan. Akhir sekali, semua ahli Biro Sukan dan Rekreasi bersama dengan ahli Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa bekerjasama untuk membersihkan kawasan pertandingan dan mengemas peralatan sukan yang telah digunakan. Peralatan-peralatan yang telah digunakan kemudiannya dikembalikan kepada pihak stor sukan dan bersurai. Berikut adalah gambar yang diambil sepanjang Pertandingan Futsal dan Bola Jaring sempena sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Rajang 2013. Gambar yang diambil sepanjang Pertandingan Futsal

Gambar yang diambil sepanjang Pertandingan Bola Jaring

Disediakan oleh :

20 Mei 2013

________________ (CORINA MON) Setiausaha Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang.

You might also like