You are on page 1of 2

ZULKHAIRY BIN MOHD ZOL

MOHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA


WAKIL PASUKAN
BALIK PULAU FOOTBALL CLUB

Tarikh: 17.5.2022

Kepada : Yang Berkenaan

Yang Berhormat / Tuan / Puan,

PER: PERMOHONAN SUMBANGAN/TAJAAN BAGI PASUKAN BOLA SEPAK


Nama Pasukan : Balik Pulau Football Club (BPFC)
Kejohanan : Pearl Island Football League (PiFL season 2)

1. Merujuk kepada perkara di atas di mana kami mewakili pasukan bola sepak Balik
Pulau Football Club (“BPFC”).

2. Tujuan dan matlamat penubuhan BPFC ini adalah, secara khusus, bagi memberi
pendedahan dan peluang kepada golongan belia di sekitar Balik Pulau untuk
mencungkil dan mengembangkan bakat dalam sukan bola sepak.

3. Pasukan BPFC pada ketika ini sedang bergiat aktif dalam sukan bola sepak di sekitar
Pulau Pinang. Pelbagai siri perlawanan persahabatan telah diatur hampir setiap minggu
bagi mencapai tujuan dan matlamat penubuhan pasukan ini.

4. Pertengahan JUN 2022, pasukan BPFC ini berhasrat untuk menyertai sebuah
kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Arena Jabatan laut iaitu sebuah liga yang
dinamakan sebagai Liga PiFL musim ke 2. Butiran ringkas kejohanan adalah seperti
berikut:-

• Kejohanan dijadualkan bermula pada 15.06.2022 dan bakal disertai oleh 16


pasukan.
• Kesemua perlawanan dijadualkan berlangsung di Arena Jabatan laut,
GELUGOR.
• Perlawanan bakal berlangsung sekali setiap minggu antara hari Jumaat dan Sabtu
pada 8.00 malam pada Jumaat dan petang hingga malam pada hari Sabtu.
• Format perlawanan adalah 11 sebelah.16 pasukan di bahagikan kepada dua
kumpulan dan setiap kumpulan 8 pasukan.Setiap pasukan akan bertanding 7
perlawanan dan 3 perlawanan kalah mati jika pasukan layak ke peringkat
seterusnya.

5. Kami di sini amat berbesar hati sekiranya pihak Yang Berhormat / Tuan / Puan dapat
memberikan sokongan kepada pasukan BPFC ini sekaligus memberikan
sumbangan/tajaan kepada pasukan BPFC ini bagi mengharungi kejohanan PiFL musim
ke 2 tersebut.

6. Butiran perbelanjaan yang diperlukan oleh pasukan BPFC ini sepanjang PiFL musim
ke 2 berlangsung adalah sepertimana di Lampiran 1 yang dilampirkan bersama di sini.

7. Sekiranya pihak Yang Berhormat / Tuan / Puan berhasrat untuk memberikan


sumbangan/tajaan kepada pasukan BPFC ini, pihak Yang Berhormat / Tuan / Puan
bolehlah berhubung secara langsung dengan wakil pasukan BPFC seperti berikut:-

Nama Peranan No. Tel


Zulkhairy Bin Mohd Zol Pengurus Pasukan 013-3880812
Mohmad Syazwan Bin Zakaria Ketua Pasukan 017-4390661

8. Segala sumbangan, sokongan dan kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai dan
didahului dengan jutaan terima kasih.

9. Akhir kata, kami amat berharap agar sumbangan/tajaan yang diberikan ini dapat
bersama-sama membantu sekaligus memberikan peluang kepada golongan belia
khususnya di Balik Pulau untuk terus mengembangkan bakat dalam sukan bola sepak
di negara kita.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Zulkhairy Bin Mohd Zol Mohmad Syazwan Bin Zakaria


Pengurus Pasukan Ketua Pasukan

You might also like