You are on page 1of 2

TUGASAN 1 ___________________________________________________________________ KOD KURSUS TAJUK KURSUS SEMESTER : HBEF2703 : KO-KURIKULUM : JANUARI 2014

___________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN Kebudayaan Malaysia yang unik lahir daripada kebudayaan masyarakat berbilang kaum telah melahirkan pelbagai jenis kebudayaan tersendiri. Sejak zaman nenek moyang kita terdahulu lagi, masyarakat majmuk Malaysia sering bekerjasama. Acara-acara diraikan bersama selain berhibur dengan pelbagai permainan seperti gasing, congkak, wau dan lainlain yang kini dikenali sebagai permainan tradisional. Terdapat permainan tradisional yang masih terus kekal dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa sehingga ke hari ini. Namun, kebelakangan ini permainan tradisional kurang popular. Sebagai guru, anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa permainan tradisional warisan kita terus dikenali dan kekal dalam kalangan generasi muda. Melalui tugasan ini, anda berpeluang untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan murid-murid anda. Anda dikehendaki menganjurkan SATU pertandingan permainan tradisional di sekolah anda dengan menggunakan sistem kalah mati. Anda boleh memilih permainan tradisional yang terdapat di lokasi sekolah atau tempat tinggal anda. Contoh-contoh permainan tradisional seperti permainan wau, batu seremban, galah panjang, congkak, gasing, bulu ayam, sepak raga dan lain-lain permainan ini.

Untuk menyempurnakan tugasan ini, anda perlu menyediakan satu e-portfolio yang merangkumi aspek-aspek berikut:

latar belakang mengenai permainan tradisional di Malaysia persediaan sebelum pertandingan perlaksanaan sebenar pertandingan refleksi kendiri selepas pertandingan

Bahan-bahan dalam e-portfolio boleh merangkumi bahan-bahan bercetak, rakaman audiovisual, gambar-gambar foto dan lain-lain bahan yang bersesuaian. PANDUAN TINDAKAN: Tugasan ini boleh disiapkan dengan melakukan EMPAT aktiviti terancang yang diberikan iaitu: Aktiviti 1 Pencarian maklumat Aktiviti 2 Persediaan sebelum pertandingan Aktiviti 3 Perlaksanaan pertandingan Aktiviti 4 Jurnal reflektif

Peringatan: Anda diingatkan melibatkan diri secara aktif dan ilmiah dalam forum kerana 10 markah akan diberikan kepada anda. Sila ambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan dan memperbaiki markah tugasan anda.

You might also like