You are on page 1of 13

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR


DIPLOMASI BILATERAL & DIPLOMASI PELBAGAI HALA Laman Web Kementerian Luar Negeri Sumber: http://www.kln.gov.my

DIPLOMASI BILATERAL Pengenalan Diplomasi duahala merupakan suatu mekanisma penting di dalam mengeratkan hubungan duahala di antara Malaysia dan negara-negara lain. Walaupun asas hubungan duahala adalah dalam bentuk aktiviti politik serta berasaskan ekonomi, namun skop kerjasama duahala telah berkembang ke bidang-bidang lain. Kerjasama di dalam bidang kebudayaan, pelancongan, pendidikan, sains dan teknologi telah mencatatkan peningkatan yang signifikan saban tahun. Sehingga Mac 2012, Malaysia telah menubuhkan sebanyak 106 Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdiri daripada 67 Kedutaan, 16 Suruhanjaya Tinggi, 2 Perwakilan Tetap ke PBB dan 1 di ASEAN, sebuah Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia serta 19 Pejabat Konsulat. Terdapat beberapa buah perwakilan tersebut yang turut ditauliahkan serentak ke beberapa negara. Rangkaian jaringan Perwakilan Malaysia ini jelas menunjukkan bukti penekanan Malaysia terhadap jalinan hubungan diplomatik duahala. Hubungan duahala dengan rakan Malaysia yang membangun dan maju akan digunakan oleh Malaysia bagi mengenalpasti peluang untuk mengeratkan kerjasama politik selain memperkenalkan pembangunana sosio-ekonomi Malaysia. Malaysia akan lebih berfokuskan kepada memperkasakan diplomasi ekonomi bagi peningkatan perdagangan, pelaburan dan peluang pelancongan. Fokus utama diplomasi duahala adalah untuk mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan politik duahala, promosi perdagangan dan pelaburan, meningkatkan kerjasama dan pembinaan kapasiti dalam pelbagai bidang, melaksanakan pembangunan infrastruktur serta mempromosikan kestabilan dan keamanan.

DIPLOMASI PELBAGAI HALA Pengenalan Malaysia menjadi anggota beberapa pertubuhan pelbagai hala termasuk PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel, ASEAN, Kumpulan G77 (G77), Kumpulan 8 Negara Membangun (D8), Dialog Asia - Timur Tengah (AMED), Kerjasama Asia Timur - Amerika Latin (FEALAC), Persatuan Lingkaran Pasifik Lautan Hindi bagi Kerjsama Serantau (IOR-ARC), Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Diplomasi pelbagai hala tidak sekadar penting tetapi juga menjadi asas pelaksanaan dasar luar negara Malaysia sejak kita mencapai kemerdekaan. Malaysia telah berusaha keras untuk mencapai kestabilan dan keselamatan politik serta sosioekonomi di peringkat global dalam sistem pelbagai hala. Maka, Malaysia akan menggalakkan keselamatan, undang-undang antarabangsa dan pembangunannya melalui penyertaan aktifnya dalam forum antarabangsa, terutamanya sistem PBB dan agensi khususnya. Melalui keanggotaan sejagat dan piagamnya, PBB memegang peranan utama dan amat penting dalam pentadbiran sistem pelbagai hala. Malaysia menyedari peri pentingnya menyampaikan keperluan sosial dan ekonomi yang mendesak bagi negara membangun dan mengharap kepada PBB untuk memajukan agenda pembangunan berkaitan kemunduran dan pembasmian kemiskinan. Melalui penyertaannya dalam forum antarabangsa, Malaysia menyuarakan pandangannya bahawa resolusi konflik antarabangsa hendaklah secara aman dan selaras dengan undang-undang PBB dan antarabangsa. Malaysia akan menyokong semua usaha yang bermatlamat untuk mengukuhkan PBB dan semangat hubungan pelbagai hala. Malaysia memainkan peranan utama dalam memajukan agenda pembangunan negara Selatan melalui kepimpinannya dalam NAM dan OIC. 1 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH Sumbangan yang dibuat oleh Malaysia ketika menjadi Pengerusi telah merangsang dan mengaktifkan semula keduadua pertubuhan ini. Program yang diperkenalkan oleh Malaysia kepada negara-negara OIC seperti Program Membina Keupayaan dan Institut Pembebasan Wanita NAM (NIEW) perlu dilaksanakan dan digalakkan dengan bersungguhsungguh. Kerjasama Selatan-Selatan yang bertambah erat baru-baru ini berkembang menjadi perjanjian peringkat tinggi antara benua, perkembangan yang memberikan petanda baik bagi perpaduan yang semakin kukuh dan sikap saling bergantung yang bertambah dalam kalangan negara membangun dalam menghadapi cabaran sosial dan ekonomi yang sama. Aspek penting lain dalam perjanjian ini ialah kerjasama dalam bidang teknikal, saintifik dan perdagangan. Pengukuhan diplomasi pelbagai hala Malaysia ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana isu dan cabaran yang dihadapi negara semakin bertambah sejak beberapa dekad lalu. Keselamatan & Ketenteraman Antarabangsa Penubuhan PBB enam dekad lalu sebagai akibat daripada Perang Dunia II menjadi titik perubahan dalam sejarah. Sifat menghancurkan akibat perebutan kuasa dunia yang melanda seluruh dunia memaksa negara di dunia mewujudkan satu pertubuhan antarabangsa yang boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya satu lagi perang dunia. Sejak menjadi anggota PBB pada tahun 1957, Malaysia telah meletakkan dasar yang dinyatakan dalam Piagam PBB di tempat paling utama, terutamanya untuk menyelesaikan pertelingkahan melalui cara yang aman. PBB memberikan peluang yang sama kepada semua negara dunia untuk menyuarakan pendapat mereka, memberi Malaysia perlindungan melalui rangka kerja hubungan pelbagai hala dan menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa. Malaysia sentiasa prihatin terhadap perbezaan pendapat dan kerumitan yang dihadapi dalam perlucutan senjata dan keselamatan antarabangsa. Justifikasi yang dibuat oleh negara tertentu untuk terus mewujudkan senjata pemusnah besar-besaran dan penggunaannya sebagai penghalang keselamatan oleh beberapa negara menjejaskan kewujudan bersama negara secara aman, lalu menjadi ancaman kepada kemanusiaan. Alasan sedemikian menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan negara yang cintakan keamanan kerana ia mengancam keselamatan mereka dan menyebabkan negara lain menyimpan senjata tersebut untuk mempertahankan negara mereka. Perkara ini hanya menjadi formula yang membawa kepada perlumbaan senjata. Oleh itu, usaha, strategi dan komitmen sebenar perlu diperbaharui untuk meleraikan kebuntuan ini bagi mencapai pelucutan sepenuhnya dan seluruhnya senjata pemusnah besar-besaran dan senjata konvensional. Atas sebab ini, Malaysia komited untuk melaksanakan segala usaha untuk mewujudkan dunia yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata konvensional. Seiring dengan kemajuan Malaysia, dasar luar negaranya akan terus mengutamakan sistem hubungan pelbagai hala PBB dan mekanismenya. Malaysia akan terus menyumbang untuk masa depan pertubuhan ini. Keselamatan Manusia & Tenaga Dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah, konflik dan bencana yang timbul menyebabkan masyarakat dunia membentuk konsep keselamatan manusia. Konflik dan bencana seperti kekurangan bekalan makanan dan air memburukkan lagi keadaan dan boleh membawa kesan yang serius kepada kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia. Keselamatan sumber tenaga menjadi isu yang hangat diperdebatkan sejak berdekad-dekad. Kini, penduduk dunia dianggarkan menggunakan 87 juta tong minyak mentah sehari dan menjelang tahun 2010, kadar penggunaannya akan mencecah 110 juta tong sehari. Dunia sedang menghadapi krisis bekalan tenaga kerana permintaan yang amat tinggi dan kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga. Dunia dikejutkan dengan harga minyak mentah yang mencecah nilai tertinggi pada Julai 2008 dan hampir membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia. Keselamatan bekalan tenaga perlu menimbangkan supaya penyelidikan dibuat ke atas sumber baru tenaga yang boleh dibaharui. Isu Alam Sekitar Pertumbuhan ekonomi luar biasa yang disaksikan oleh dunia akan memberikan tekanan hebat ke atas alam semula jadi dan persekitaran. Pemanasan global Pemanasan global menjadi isu transnasional yang memerlukan tindakan sejagat. Dalam menghadapi cabaran ini, diplomasi alam sekitar ternyata perlu diberikan tumpuan oleh Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dengan persekitaran. 2 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH Dalam beberapa tahun ini, peningkatan suhu akibat gas karbon dioksida yang terperangkap dan kesan gas rumah hijau banyak mempengaruhi cuaca dunia. Pemanasan global akan memberikan kesan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Ini termasuk mendapatkan bekalan air minum, kesihatan, makanan dan kesejahteraan alam sekitar. Pengunaan pakai Protokol Kyoto dan Persidangan Rangka kerja PBB tentang Pemanasan Global merupakan langkah pertama untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya dan menangani pemanasan global. Dalam hal ini, Malaysia perlu mempunyai pendirian teguh terhadap isu pemanasan global yang melangkaui Protokol Kyoto. Demi mencapai matlamat ini, Malaysia perlu terlibat secara aktif dalam usaha antarabangsa untuk menggubal dasar yang berasaskan kajian saintifik yang mantap.

Hak Asasi Manusia


Hak asasi manusia menjadi semakin penting sejak bertahun-tahun. Disokong tegas sejak berakhirnya Perang Dunia II, pergerakan dan kepercayaan terhadap peri pentingnya amalan hak asasi manusia telah tersebar ke serata dunia. Malah, ia telah diterima pakai oleh PBB dan didokumenkan sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Hal ini menjadi isu perdebatan moral yang penting. Malaysia mengambil pendekatan holistik berkenaan hak asasi manusia dan menganggap semua hak sebagai tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Di Malaysia, semua hak penduduk dilindungi oleh peruntukan undangundang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak asasi semua penduduk, termasuk golongan minoriti. Tetapi, hak ini tidak mutlak dan bergantung pada, antara lain, ketenteraman awam, prinsip moral dan keselamatan negara, yang konsisten dengan UDHR. Sambil mendukung prinsip asas hak asasi manusia, Malaysia menegaskan nilai hak asasi manusianya yang mengambil kira sejarah negara serta agama, sosial dan budaya masyarakat berbilang kaum. Ini bagi memastikan bahawa keharmonian masyarakat dijaga dan dilindungi. Amalan hak asasi manusia di Malaysia membayangkan sistem nilai Asia yang lebih luas, iaitu kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan lebih penting daripada hak individu. Malaysia menyokong kuat hak asasi manusia dan giat menyertai forum tempatan dan antarabangsa untuk membuktikan bahawa negara ini benar-benar komited dan akan terus komited dalam memperbaik sistem hak asasi manusia. Anti Keganasan & Jenayah Rentas Sempadan (Pencegahan Keganasan & Jenayah Transnasional) Keganasan dan jenayah terancang transnasional merupakan masalah sejagat yang serius dan mampu mengancam kestabilan dan keselamatan negara serta keamanan antarabangsa. Perjuangan menentang keganasan dan jenayah terancang transnasional perlu dibuat secara menyeluruh. Masyarakat antarabangsa perlu memberikan takrif yang diterima di seluruh dunia untuk mengenal pasti puncanya dan mengambil tindakan yang wajar bagi memulihkannya serta memasukkan akta keganasan yang dilakukan oleh sesebuah negara. Malaysia mengecam semua tindakan, kaedah dan amalan keganasan dan jenayah transnasional. Oleh sebab keganasan dan jenayah terancang transnasional merupakan fenomena antarabangsa yang menjangkaui sempadan negara, perjuangan menentang kedua-dua ancaman tersebut memerlukan tindakan antarabangsa yang berkesan menurut Piagam PBB dan prinsip mengawal hubungan dan undang-undang antarabangsa yang diiktiraf di seluruh dunia. Malaysia percaya bahawa forum terbaik untuk mengetuai dan menyelaras tindakan tersebut ialah PBB. Malaysia aktif menyumbang/berkongsi maklumat dan pengalaman dalam Suruhanjaya Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah (CCPCJ) dan Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) dan juga di peringkat serantau, terutamanya di bawah Program Kerja ASEAN sebagai usaha membanteras keganasan dan jenayah terancang transnasional. Dialog Antara Kepercayaan & Antara Peradaban Usaha mengadakan dialog antara kepercayaan dan antara peradaban menunjukkan bertambahnya perhatian politik di peringkat tinggi dengan kepentingan strategik bagi dialog antara budaya dan antara agama dalam usaha mencapai keamanan. Keperluan menyelaras tindakan antarabangsa untuk memupuk keamanan timbul ekoran daripada peristiwa 11 September, serangan di Madrid pada 11 Mac 2004, pengeboman di London pada 7 Julai 2005 dan pengeboman di Mumbai baru-baru ini pada 26 November 2008. Dengan mengambil kira bertambahnya usaha berkenaan antara kepercayaan dan antara peradaban, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada inisiatif yang diketuai oleh PBB di peringkat antarabangsa; Pakatan Peradaban (AoC) di peringkat serantau; Dialog antara kepercayaan Asia Pasifik. 3 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH Pengukuhan ASEAN ASEAN merupakan asas bagi dasar luar negara Malaysia. ASEAN juga penting dari segi geopolitik dan ekonomi berkaitan Malaysia dan kepada negara di rantau ini. Pendirian ASEAN yang menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian masalah secara aman menjadi asas kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini. Menjelang tahun 2015, sebuah komuniti Asean akan ditubuhkan. Komuniti ini dibina berdasarkan tiga tunggak kerjasama, iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC). ASEAN berazam untuk mempercepat pelaksanaan sepenuhnya bidang, langkah dan prinsip program Komuniti ASEAN dengan kefleksibelan yang sewajarnya selain mengenal pasti pentingnya negara anggota ASEAN mengamalkan pendekatan seimbang ke arah mencapai semua tiga tunggak Komuniti ASEAN. Dengan Pelan Tindakan dan Protokol yang bersungguh-sungguh, ASEAN semakin menghampiri matlamatnya untuk membina Komuniti ASEAN yang mempunyai ciri interaksi dan penglibatan politik dan keselamatan yang lebih baik, pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan modal dan buruh mahir serta masyarakat penyayang, menumpukan kepada pembangunan sosial, pendidikan dan modal insan, kesihatan awam, kebudayaan dan maklumat serta penjagaan alam sekitar. ASEAN mengemukakan rangka tindakan bagi tiga tunggak komuniti yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan sektor berkaitan bagi negara anggota ASEAN. Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN digunakan oleh pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-13 pada November 2007. Dua rangka tindakan lain Rangka Tindakan Keselamatan Politik Komuniti ASEAN dan Rangka Tindakan Sosiobudaya Komuniti ASEAN telah menjalani proses pendrafan dan sedia untuk digunakan oleh pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Thailand. Untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serantau yang berubah dan cabaran masa depan, ASEAN mengemukakan Piagam ASEAN. Dengan Piagam ini, ASEAN akan mengalami perubahan untuk menjadi pertubuhan yang berasaskan peraturan dan bercirikan undang-undang. Piagam ini menekankan prinsip sama yang mengikat kesemua 10 negara anggota ASEAN, iaitu kedaulatan undangundang, pentadbiran yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan; perkongsian komitmen dan tanggungjawab kolektif dalam mempertingkat keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau; serta mempertingkat rundingan dalam perkara yang mempengaruhi kepentingan bersama ASEAN. Isu Sebagai anggota asal ASEAN, dasar luar negara Malaysia terus menekankan kerelevanan dan kepentingan ASEAN sebagai forum dan pemangkin untuk dialog serantau. Perkongsian Dialog ASEAN, Forum Rantau ASEAN, ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur membolehkan anggotanya untuk mengajak kuasa-kuasa besar membincangkan isu penting serantau dan sejagat. Dalam usaha menjadikan ASEAN pertubuhan serantau yang lebih berkesan, bersepadu, berdasarkan peraturan dan berorientasikan penduduk, negara anggota ASEAN memutuskan untuk merumuskan Piagam ASEAN yang akhirnya ditandatangani dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-13 di Singapura. Piagam ASEAN akan menetapkan rangka kerja institusi yang baru dan sah untuk memperbaik pelaksanaan, penyelarasan dan proses membuat keputusan. Piagam ini berkuat kuasa pada 15 Disember 2008. Dalam strategi dasar luar negara, Malaysia akan terus menegaskan komitmen dan tugasnya dalam ASEAN untuk mencapai keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau ini. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan rakan negara anggota ASEAN ke arah mewujudkan Komuniti ASEAN menjelang 2015. Dalam skala yang lebih besar, ASEAN akan menggalakkan hubungan yang lebih erat dengan kumpulan serantau lain tentang isu kepentingan dan manfaat bersama. Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) PKTM pertama kali diilhamkan semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel untuk Asia Pasifik di Sydney pada bulan Februari 1978. Susulan itu, PKTM secara rasminya dilancarkan pada 7 September 1980 semasa berlangsungnya Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di New Delhi, India untuk memenuhi komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, khususnya berkaitan Kerjasama Teknikal di kalangan negara-negara membangun. Selaras dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan, Malaysia melalui PKTM berkongsi kepakaran dan pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun yang lain. PKTM dilaksanakan berdasarkan prinsip bahawa pembangunan sesebuah negara bergantung kepada kualiti tenaga kerja di negara tersebut. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Malaysia ke arah mempromosikan kerjasama teknikal di kalangan negara4 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH negara membangun, memperkukuhkan hubungan kerjasama dua hala dan serantau serta memupuk sifat berdikari di kalangan negara-negara membangun secara kolektif. PKTM memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia melalui program latihan dalam pelbagai bidang utama pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam,good governance, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembangunan mapan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan. Pelbagai kursus jangka pendek ditawarkan oleh institusi latihan di bawah PKTM yang kebanyakannya merupakan pusat kecemerlangan untuk latihan. Sejak penubuhannya, lebih daripada 20,000 peserta daripada 138 negara telah mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di bawah PKTM. Objektif Utama PKTM adalah bertujuan: 1. 2. 3. 4. untuk berkongsi pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun; memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara membangun lain; untuk menggalakkan dan mempromosikan Kerjasama Selatan-Selatan; dan untuk menggalak dan mempromosi kerjasama teknikal di kalangan negara-negara membangun.

Komponen program bantuan teknikal di bawah PKTM merangkumi: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kursus jangka pendek Kursus jangka panjang Lawatan sambil belajar dan penempatan Penghantaran pakar Projek pembangunan sosio-ekonomi Bantuan perkakasan/peralatan

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi PKTM melalui http://mtcp.kln.gov.my Triti Pelbagai Hala (Versi Bahasa Inggeris) List of Multilateral Argriculture 1. International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture, Rome, 3 November 2001.

Atmosphere And Outer Space 1. 2. 3. Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, including the Moon and Other Celestial Bodies, Washington, London and Moscow, 27 January 1967 Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, Washington, London and Moscow, 22 April 1968 ( hereafter 1968 Rescue Agreement ) Vienna Convention for the Protection of the Ozone Layer, Vienna, 22 March 1985

Communications 1. 2. 3. 4. 5. 6. Universal Postal Convention and General Regulation of UPU, Rio de Janeiro, 26 October 1979 Postal Parcels Agreement, Rio de Janeiro, 26 October 1979 Asia Pacific Postal Convention, Jogjakarta, 27 March 1981 Universal Postal Convention and General Regulation of UPU, Hamburg, 27 July 1984 Constitution of the Asia-Pacific Postal Union, Bangkok, 4 December 1985 Asia Pacific Postal Convention, Rotorua, 6 December 1990

Commodities 1. Constitution of the International Rice Commission, Washington, 29 November 1948 5 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Agreement establishing the Asian Coconut Community, Bangkok, 12 December 1968 Agreement establishing the Pepper Community, Bangkok, 16 April 1971 Agreement establishing the Southeast Asia Tin Research and Development Centre, Bangkok, 28 April 1977 International Natural Rubber Agreement 1979, Geneva, 6 October 1979 Agreement establishing the Common Fund for Commodities, Geneva, 27 June 1980 Sixth International Tin Agreement 1981, Geneva, 26 Jun 1981 Agreement establishing the Association of Tin Producing Financial Agreement, London, 30 March 1983 International Convention on the Harmonized Comodity Description and Coding System, Brussels, 14 Jun 1983

10. International Tropical Timber Agreement, Geneva, 18 November 1983 11. International Natural Rubber Agreement 1987, Geneva, 20 March 1987 12. Terms of References of the International Tin Study Groups, New York, 7 April 1989 13. International Cocoa Agreement 1993, Geneva, 16 July 1993 Customs Matter 1. International Convention for the Publication of Customs Tariffs, Brussels, 5 July 1890:(i) 2. 3. 4. 5. Protocol modifying the 1890 Convention concerning the Creation of an International Union of Publication of Customs Tariff, Brussels, 16 December 1949

Convention on the Nomenclature in Goods in Customs Tariff and 1955 amending Protocol, Brussels, 15 December 1950 Convention Establishing a Customs Cooperation Council, Brussels, 15 December 1950 Customs Convention on the Temporary Importation of Private Road Vehicles, New York, 4 Jun 1954 Convention concerning Customs Facilities for Touring, New York, 4 Jun 1954:(i) Additional Protocol to the 1954 Convention concerning Customs Facilities for Touring relating to the Importation Tourist Publicity and Material, New York, 4 Jun 1954

6. 7. 8. 9.

Convention on the A.T.A Carnet for the Temporary Admission of Goods, Brussels, 6 December 1963 International Convention on the Simplification and Harmonization of Customs Procedures, Kyoto, 18 May 1973 International Convention to Facilitate the importation of Commercial Samples and advertising Material Convention concerning Custom Facilities For Touring , New York , 4 June 1954

10. Customs Conventions on Temporary Importation of Private Roads Vehicle New York , 4 June 1954 Diplomatic & Consular Relations 1. Vienna Convention on Diplomatic Relations, Vienna, 18 April 1961:(i). Optional Protocol to the Vienna Convention on Diplomatic Relations concerning Acquisition of Nationality, Vienna, 18 April 1961 (ii) Optional Protocol to 1961 Vienna Convention on Diplomatic Relations concerning the Compulsory Settlement of Disputes, Vienna, 18 April 1961 2. Vienna Convention on Consular Relations, Vienna, 24 April 1963 Disarmament 1. 2. Treaty Banning Nuclear Weapons Testing in the Atmosphere in Outer Space and Underwater, Moscow, 5 August 1963 Treaty on the Non Proliferation of Nuclear Weapons, London, Moscow, Washington, 1 July 1968 6 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Treaty of the Prohibition of the Emplacement of Nuclear Weapons and Other Weapons of Mass Destruction on the Seabed and the Ocean Floor and in the Subject thereof, London, Moscow, Washington, 11 February 1971 Convention on the Prohibition of the Development, Production and Stockpiling of Bacteriological (Biological) and Toxin Weapons and on their Destruction, London, Moscow, Washington, 10 April 1972 Convention on Early Notification of Nuclear Accident, Vienna, 26 September 1986 Convention on Assistance in the Case of a Nuclear Accident or Radiological Emergency, Vienna, 26 September 1986 Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction, Geneva,3 September 1992 Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty. New York, 10 September 1996 Convention on the Prohibition of the Use, Stockpiling, Production and Transfer of Anti-Personnel Mines and on their Destruction, Oslo, 18 September 1997

Disputes Settlement 1. 2. 3. Convention for the Pacific Settlement of International Disputes, The Hague, 18 October 1907 Optional Protocol of Signature concerning the Compulsory Settlement of Disputes, Geneva, 29 April 1958 Convention on the Settlement of Investment Disputes between States and National of Other States, Washington, 18 March 1965

Narcotic Drugs And Psychotropic Substances 1. 2. Convention for Limiting the Manufacture and Regulating the Distribution of Narcotic Drugs, New York, 11 December 1946 Protocol Bringing Under International Drugs Outside the Scope of the Convention of 13 July 1931 for Limiting the Manufacture and Regulating the Distribution of Narcotic Drugs as amended by the Protocol signed at Lake Success, New York, 11 December 1946 Protocol Bringing Under International Drug Outside the Scope of the Convention of 13 July 1931 for Limiting the Manufacture and Regulating the Distribution of Narcotic Drugs as amended by the Protocol signed at Lake Success, New York, 11 December 1946 Paris , 19 November 1948. Single Convention on Narcotic Drugs, New York, 30 March 1961:(i) 5. 6. Protocol amending 1961 Single Convention on Narcotic Drugs, Geneva, 25 March 1972

3.

4.

Convention on Psychotropic Substances, Vienna, 21 February 1971 Convention against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and Psychotropic Substances, Vienna, 20 December 1988

Environment 1. 2. 3. 4. Vienna Convention for the Protection of the Ozone Layer, Vienna, 22 March 1985 International Convention on Civil Liability for Oil Pollution Damage, Brussels, 29 November 1969 International Convention on the establishment of an International Fund for Compensation for Oil Pollution Damage, Brussels, 18 December 1971 International Convention on Oil Pollution Preparedness, Response and Cooperation, London, 30 November 1990

Health 1. Framework Convention on Tobacco Control, Geneva, 21 May 2003

Human Rights 1. 2. Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women, New York, 18 December 1979 International Convention against Apartheid in Sport, 10 December 1985 7 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH Intellectual & Industrial Property 1. 2. Convention for the Protection of Industrial Property and Revision, Paris, 20 March 1883 Convention establishing the World Intellectual Property Organisation (WIPO), Stockholm, 14 July 1967

International Law 1. 2. 3. Statute of the Hague Conference on Private International Law, 31 October 1951 Convention on the Recognition and Enforcement of Foreign Arbitral Awards, New York, 10 June 1958 Vienna Convention on the Law of Treaties, Vienna, 23 May 1969

International Organisation 1. 2. 3. 4. 5. 6. Statutes of the International Atomic Energy Agency, New York, 26 October 1956 Convention on the Asian Productivity Organisation (APO), Manila, 14 April 1961 WHO Nomenclature Regulations, Geneva, 22 February 1967 Agreement for the Establishment of a Regional Animal Production and Health Commission for Asia and the Pacific, Rome, 22 June 1973 Agreement for the Establishment of a Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific, Kuala Lumpur, 29 July 1978 Convention establishing the Multilateral Guarantee Agency, Seoul, 11 October 1985

Food & Agriculture Organisation (FAO) 1. Constitution of the Food and Agriculture Organisation (FAO), Quebec, 16 October 1945

International Monetary Fund (IMF) 1. Articles of Agreement of the International Monetary Fund, Washington, 27 Disember 1945

Labour 1. 2. 3. 4. 5. Medical Examination of Young Persons (SEA) Convention (ILO 16), Geneva, 11 November 1921 Workmens Compensation (Agriculture) Convention (ILO 12), Geneva, 12 November 1921 Weekly Rest (Industry) Convention (ILO 14), Geneva, 17 November 1921 Workmen Compensation (Accidents) Convention (ILO 17), Brussels, 10 Jun 1925 Underground Work (Women) Convention (ILO 45), Geneva, 20 Jun 1936

Navigation 1. 2. 3. 4. 5. International Convention for the Unification of Certain Rules of law relating to Assistance and Salvage at Sea, Brussels, 23 September 1910 International Convention for the Unification of Certain Rules of Law Respecting Collission between Vessels, Brussels, 23 September 1910 Convention and Statute on the International Regime of Maritime Ports, Geneva, 9 December 1923 International Convention for the Unification of Certain Rules of Law relating to Bills Lading, Brussels, 25 August 1924 International Convention on Tonnage Measurement of Ships, London, 23 Jun 1969

Transport & Communications 1. 2. Convention on International Civil Aviation, Chicago, 7 December 1944 International Air Services Transit Agreement, Chicago, 7 December 1944 8 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH Road Traffic 1. 2. Convention on Road Traffic, Geneva, 19 September 1949 Agreement on the Reconstruction of the Commonwealth Agricultural Bereaux as Cab International, London, 8 July 1986

War & Peace 1. 2. Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating Methods of Warfare, Geneva, 17 Jun 1925 Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide, New York, 9 December 1948

Privileges & Immunities 1. 2. 3. 4. Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations New York , 13 February 1946 Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies New York , 21 November 1947 International Labour Organisation to the Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies San Francisco, 10 Julai 1948 Food and Agriculture Organization of the United Nations ( FAO ) to the Convention on the Privileges and Immunites of the Specialized Agencies Washington , 29 November 1948

International Trade & Development 1. 2. 3. General Agreement in Tariffs and Trade, Geneva, 30 October 1947 Agreement Establishing the Asian Development Bank , Manila , 4 December 1965 Agreement Establishing the International Fund For Agricultural Development Rome , 13 June 1976

Educational & Cultural Matters 1. Agreement on the Importation of Educational , Scientific , and Cultural Materials , New York ,22 November 1950 2. Convention for the Protection of the World Cultural and Natural Heritage , Paris , 16 November 1972 Fisheries 1. Agreement for the Establishment of the Asia-Pacific Fisheries Commission, Baguio, 26 February 1948 2. Agreement on the Network of Aquaculture Centres in Asia and the Pacific, Bangkok, 8 January 1988 3. Agreement for the Establishment of the Indian Ocean Tuna Commission, Rome, 25 November 1993

Law of the Sea 1. 2. 3. Convention on the Territorial Sea and the Contiguous Zone , Geneva , 29 April 1958 Convention on Fishing and Conservation of the Living Resources of the High Seas, Geneva, 29 April 1958 Convention on the Continental Shelf, Geneva, 29 April 1958

Status of Women 1. Convention on the Nationality of Married Women , New York , 20 February 1957

League of Nations Treaties 1. 2. International Convention for the Suppression of Counterfeiting Currency , Geneva 20 April 1929 Protocol to the International Convention for the Suppression of Counterfeiting Currency Geneva,20 April 1929

Disediakan Oleh: Puan Sofiah Zakaria, Encik Mahadi Mat Zain & Encik Ahmad Fauzi Mohamed 9 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR


KERJASAMA PELBAGAI HALA Laman Web Portal 1KLIK (Penerangan Malaysia) Dasar luar negara adalah berhubung dengan pertahanan, keselamatan, pembangunan, perdagangan, kerjasama dan diplomasi antarabangsa. Semua ini untuk menjalinkan hubungan erat dengan negara jiran seperti negara-negara ASEAN, ARF, APEC, ASEM, OIC, KOMENWEL, NAM dan pertubuhan serantau dan antarabangsa yang lain. Dalam cabaran era globalisasi sekarang ini, negara-negara maju menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, melalui gabungan daripada pertubuhan-pertubuhan ini kejayaan boleh dicapai. Gabungan ini adalah untuk melindungi kepentingan negara-negara membangun. Dengan itu menjalinkan hubungan kerjasama membuatkan kehadiran Malaysia dirasai dalam forum antarabangsa. Malaysia memegang peranan untuk mempertahankan kedudukan negara membangun dalam beberapa isu yang sangat penting seperti isu-isu berkaitan dengan keganasan, hak asasi manusia, demokrasi dan alam sekitar. Walaupun Malaysia menghadapi rintangan dan tekanan yang kuat dalam menangkis isu-isu ini, Malaysia perlu proaktif membanteras dengan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan di peringkat antarabangsa. Tujuan kerjasama ini adalah mencari jalan penyelesaian untuk masalah-masalah global dan mewujudkan peraturan asas yang boleh menjadi panduan dalam hubungan antarabangsa. Malaysia menggunakan peraturan ini dalam membicarakan isu-isu global seperti hak asasi manusia dan demokrasi, alam sekitar, keganasan antarabangsa dan jenayah, pelarian, pelucutan senjata dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia merupakan negara yang menyuarakan keprihatinan dan keperluan menentang ancaman kegiatan melanun di peringkat antarabangsa. PBB adalah negara yang menangani isu pembangunan global, keamanan dan keselamatan, aktiviti kemanusiaan, krisis antarabangsa dan pelanggaran Piagam PBB serta prinsip undang-undang antarabangsa secara adil dan saksama. Malaysia akan memberi sokongan kuat dalam hubungan pelbagai hala ini dan mentang semua bentuk unilateralisme. Malaysia juga memegang prinsip PBB terutama dalam bidang pertahanan demi untuk kemakmuran bersama melibatkan peringkat antarabangsa. Disunting daripada Kementerian Luar Negeri Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/372-info-ringkas/6358-kerjasama-pelbagaihala.html

Disediakan Oleh: Puan Sofiah Zakaria, Encik Mahadi Mat Zain & Encik Ahmad Fauzi Mohamed

10 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH

HUBUNGAN DIPLOMATIK Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan selama empat hari dalam usaha menjalin hubungan dua hala yang lebih mesra dan akrab antara kedua-dua buah negara. Semasa pertemuan YAB Perdana Menteri dengan Presiden Uzbekistan, kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk mengukuhkan kerjasama politik dan meningkatkan kerjasama ekonomi. YAB Perdana Menteri turut mengadakan mesyuarat delegasi dan pemeteraian dua memorandum persefahaman berkaitan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta pengajian dengan Uzbekistan. Sumber Maklumat: Buletin Isu-Isu Semasa Dan Media Tempatan Dan Asing Kementrian Penerangan Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/2486-hubungandiplomatik-malaysia.html DASAR LUAR NEGARA Pengenalan Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar Luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negaranegara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut.

11 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH

Definisi Dasar Luar Negara Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. Dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan. Objektif-Objektif Utama Dasar Luar Malaysia Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negarnegara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa. Prinsip Dasar Luar Malaysia Salah satu prinsip Malaysia ialah menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan pejuangpejuang Mujahidin Afghanistan. Sumber: http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/DASAR_LUAR_NEGARA.pdf Bacaan Tambahan: http://www.scribd.com/doc/19008044/Dasar-Luar-Negara-Malaysia

12 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

Nota: Malaysia & Negara Luar Terbitan: Panitia Pengajian Am KSAH KEPIMPINAN GLOBAL (Portal 1Malaysia) Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik yang tertinggi di Asia Tenggara, Malaysia sentiasa memupuk hubungan luar negara yang baik. Sebagai penyambung di antara Timur dan Selatan, Malaysia memainkan peranan yang unik di pentas antarabangsa dan dengan memupuk hubungan yang lebih rapat dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan, saya bertekad untuk memperkukuhkan lagi hubungan global kita. Dalam hal ini, menjalin hubungan dua hala yang lebih erat dan produktif menjadi satu keutamaan dan tiada yang lebih penting daripada hubungan yang erat dengan negara-negara jiran kita. Sehubungan dengan itu, saya telah meletakkan keutamaan pada dasar luar negara kita bagi mengembangkan lagi hubungan persahabatan dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Saya juga ingin mempelbagaikan lagi hubungan persahabatan negara kita suka saya nyatakan disini bahawa hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat pada waktu ini adalah sangat rapat, manakala hubungan kita dengan UK pula semakin erat. Di samping itu, saya telah meletakkan tumpuan baru pada rakan- rakan kita seperti India dan negara-negara Timur Tengah, dan terus mengukuhkan lagi hubungan kita dengan negara-negara di Asia Pasifik, Afrika dan Amerika Latin. Dalam abad ke-21 cabaran-cabaran yang kita hadapi adalah bersifat global - sama ada dalam menangani ketidakstabilan ekonomi, menangani perubahan iklim atau memerangi ekstremisme, saya komited dalam membina hubungan antarabangsa yang berdaya tahan dan saling menguntungkan untuk membantu kita mengatasi cabaran-cabaran itu. Sumber: http://www.1malaysia.com.my/my-record/global-leadership/

13 Dikompli Oleh: Cikgu Sofiah, Cikgu Mahadi & Cikgu Fauzi

You might also like