You are on page 1of 17

ANALISIS SET SOALAN MENGIKUT ARAS TAKSONOMI BLOOM.

SET SOALAN BAHASA MELAYU AKHIR TAHUN (TAHUN 4)

PENGENALAN
Set soalan ini mengandungi 40 soalan objektif. Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 4.
Aras soalan yang dibuat mengikut aras Taksonomi Bloom.

ANALISIS JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

ANALISIS TOPIK TATABAHASA

ANALISIS SOALAN KEFAHAMAN

ANALISIS SETIAP SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

ARAS PENGETAHUAN

Soalan 1 ialah berhubung dengan topik penjodoh bilangan. Aras bagi soalan ini ialah aras pengetahuan.

Soalan ini menjadi antara soalan penting yang mampu menilai kemahiran murid dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan yang turut dijalankan oleh murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi meningkatkan kemampuan murid menguasai topik penjodoh bilangan.

Selain itu, soalan 2, soalan 3, soalan 6, soalan 14, soalan 15, soalan 17 juga merupakan soalan yang berada pada aras pengetahuan mengikut Taksonomi Bloom.
Antara topik-topik bagi soalan ini ialah topik kata arah, kata majmuk, kata adjektif, kata nama, sinonim dan antonim. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata tersebut sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan murid untuk memilih jawapan paling tepat.

ARAS KEFAHAMAN
Bagi soalan aras kefahaman pula melibatkan sebelas soalan yang meliputi topik penanda wacana, kata nama, kata ganda, kata majmuk, imbuhan, kata adjektif, sinonim dan juga antonim. Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini memerlukan murid memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kefahaman mereka sebelum menjawab soalan.

Soalan yang berbentuk kata seerti yang juga menjadi antara topik pengajaran merupakan soalan yang berada pada aras mudah di mana murid hanya perlu memilih perkataan seerti atau berlawanan. Namun begitu, murid perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik terhadap topik-topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

ARAS APLIKASI DAN ANALISIS


Seterusnya ialah soalan aras sederhana yang melibatkan aras aplikasi dan analisis. Terdapat sebelas bentuk soalan pada peringkat ini.

Dalam soalan yang melibatkan penggunaan perkataan bergaris yang betul ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh murid yang mana murid perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul contohnya perkataan tajam.

Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu seperti ayat majmuk dan ayat aktif.

Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada aras analisis kerana memerlukan murid untuk memilih lebih daripada satu ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul dan tepat.

ARAS SINTESIS DAN PENILAIAN

Bagi soalan yang berdasarkan petikan ini memerlukan murid memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam soalan tersebut.
Soalan ini dilihat berada pada aras tinggi yang melibatkan aras sintesis dan penilaian kerana ayat yang terapat dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang terdapat dalam petikan.

Namun begitu, kemampuan murid dalam memilih ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada petikan akan membantu murid memilih jawapan yang betul dan tepat. Hal ini juga selari dengan objektif yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang mana ingin meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kreatif dan kritis.

Di samping itu, soalan 40 dan soalan 35 memerlukan murid menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya.

Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan kefahaman murid terhadap petikan yang dibaca dan memberi pendapat berhubung dengan petikan tersebut.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like