You are on page 1of 56

SKOP TAJUK :

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI


TAHAP ORGANISASI POSISI ANATOMI

SATAH-SATAH ANATOMI
KAVITI TUBUH BADAN

PENGEKALAN KEHIDUPAN

HOMEOSTASIS

PENSYARAH : PN. ROBIAH BINTI SHUIB


NAMA PEMBENTANG : NATRAH BINTI ALIAS SITI HASANIAH BINTI CHE OMAR AMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN NOR AMALINA BINTI MOHAMAD NOOR NUR FATIHAH HANIM BINTI MOHD ZAHIR NURUL IZZAH SYAZWANI BINTI MD REDZON

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI


ANATOMI
Satu kajian struktur dalaman dan luaran dan hubungan fizikal di antara bahagian-bahagian tubuh badan.

FISIOLOGI
Kajian bagaimana tubuh badan dan bahagianbahagiannya berfungsi.

TAHAP ORGANISASI : ORGANISASI STRUKTUR TUBUH BADAN


1. Kimia 3. Sel 4. Tisu 5. Organ 6. Sistem organ 7. Organisma 2. Organel

RAJAH KOMPOSISI TUBUH BADAN

Semua bahan, termasuk yang membentuk tubuh badan manusia,

terdiri daripada kimia. Kimia merangkumi bahan-bahan mikroskopik yang dikenali sebagai atom. Apabila atom atom ini bercantum ia membentuk molekul. Molekul-molekul kecil boleh bergabung dalam cara yang lebih kompleks bagi menghasilkan makromolekul yang lebih besar. Makromolekul-makromolekul yang menjalankan fungsi yang sama apabila dicantumkan akan menghasilkan organel-organel. Organel-organel yang menjalankan tugas tertentu apabila disatukan akan menghasilkan satu sel.

Sel sel tubuh badan boleh distrukturkan ke dalam

lapisan-lapisan serta struktur lain yang mempunyai fungsi yang umum. Sel-sel yang disusun sedemikian membentuk tisu. Contoh tisu otot kardiak. Kumpulan tisu yang berlainan apabila berinteraksi membentuk organ iaitu suatu struktur kompleks yang mempunyai fungsi terkhusus. Contoh: sistem jantung. Sistem organ yang berfungsi sebagai satu menghasilkan seorang organisma.

SEL
Suatu sel mempunyai sifat-sifat benda hidup. Sel memerlukan nutrien yang dibekalkan oleh makanan terlarut

dalam bendalir ekstraselular yang mengelilingi sel. Makanan terlarut meresap masuk ke dalam sel melalui dinding sel (membran sel). Sel memerlukan oksigen untuk melaksanakan proses metabolisma dan oksigen ini dibekalkan oleh oksigen yang diangkut oleh darah yang meresap ke dalam sel.

Struktur Sel
Terbahagi kepada 3 bahagian :
Membran sel (membran plasma) mengelilingi sel. Sitoplasma Mengisi bahagian dalam sel. Nukleus mengandungi bahan-bahan genetik dan

mengawal aktiviti selular.


Di dalam sitoplasma terdapat struktur-stuktur khusus

yang dipanggil organel-organel. Organel-organel ini terapung di dalam cecair yang dipanggil sitosol.

Jenis-jenis Organel dalam tubuh badan manusia :


Kompleks golgi
Mitokondria Endoplasmatik Rektikulum Ribosom Lisosom Sitoskeletal Peroxisom

Sel-sel Terkhusus :
a)

b) c)

d)
e)

Sel-sel Epitelium Banyak tersusun berlapis-lapis di dalam badan. Bentuk lapisan luar organ termasuk kulit. Sel-sel Darah Sel-sel bulat dan cekung yang terdapat dalam darah. Sel-sel Otot Berjalur dan bercantum dengan tulang bagi menghasilkan pergerakan anggota. Sel-sel Tulang Mengeluarkan kalsium fosfat dan Kalsium karbonet. Sel-sel Saraf Terdiri daripada satu badan sel utama dengan satu nuklues dan membran dikelilingnya.

TISU
Tisu (kumpulan sel) - terdapat 4 jenis tisu. Kumpulan sel yang mempunyai struktur dan fungsi yang sama. Tisu Epitelium (EpithelialTissue): Terdapat di seluruh tubuh. Di luar: Kulit Di dalam: Saluran penghadaman, saluran darah dan saluran pernafasan Sel-selnya tersusun rapat dan padat, biasanya terdapat di permukaan luar seperti kulit dan salur darah.

Tisu penyambung (Connective Tissue): Dinamakan berdasarkan fungsinya. Tisu yang menyokong dan membina badan seperti lapisan dalam kulit, tendon, ligamen, rawan, tulang dan tisu lemak.
Tisu otot (Muscle Tissue): Tisu yang boleh mengecut, mengandungi protein aktin dan miotin dan menjalar laju untuk pergerakan. Ciri utama tisu ini ialah menguncup. Dikenali juga sebagai muscle fiber. 3 jenis tisu otot : otot rangka, otot kardiak (otot jantung) dan otot licin

Tisu saraf (Nervous Tissue) : Membentuk otot, saraf tunjang dan saraf. Berupaya menyelaras dan mengalirkan eletrik, mesej eletrik diurus oleh tisu saraf otak dan memindahkannya ke saraf tunjang.

ORGAN
Dua atau lebih tisu digabungkan bersama untuk menjalankan fungsi

yang sama dalam satu organ. Misalnya, perutlah satu organ yang mengandungi tisu otot, tisu-tisu kelenjar dan tisu-tisu epitelium sebagai membran penyalut. Contoh organ-organ lain yang terdapat di dalam tubuh badan seperti jantung, paru-paru, hati, tulang belakang, perut, buah pinggang, usus besar, usus kecil dan usus hujung.

SISTEM ORGAN :
1) SISTEM INTEGUMENTARI / KULIT Organ utama : Kulit .

2) SISTEM RANGKA Organ utama : Tulang, kartilej, ligamen, sendi.

3) SISTEM OTOT Organ utama : Otot tendon

4) SISTEM SARAF

Organ utama: Otak, saraf tunjang, saraf periferi dan organ reseptor.

5) SISTEM ENDOKRINA Organ utama : Kelenjar seperti pituitari , tiroid dan adrenal .

6) SISTEM KARDIOVASKULAR

Organ utama : Jantung dan salur darah.

7) SISTEM LIMFATIK
Organ utama : Nodus limfa, salur limfatik, timus, limpa dan tonsil.

8) SISTEM RESPIRATORI

Organ utama : Hidung, farinks, trakea, bronkus dan paru-paru

9) SISTEM PENCERNAAN
Organ utama : Mulut, esofagus, perut, pankreas, hepar, ileum, usus besar dan rektum.

11) SISTEM URINARI Organ utama : ginjal, ureter, pundi kencing dan uretra.

13) SISITEM REPRODUKTIF Organ utama lelaki : penis, testis, vesikel semen, kelenjar prostat dan uretra. Organ utama perempuan: ovari, uterus, tiub falopi dan vagina.

ORGANISMA
Semua sistem apabila bekerjasama membentuk satu organisma

yang mempunyai sifat-sifat hidup. Badan manusia adalah satu organisma besar yang mengandungi banyak sel-sel khas yang sama-sama menunjukkan sifat-sifat benda hidup. Tiap-tiap organ dalam tubuh badan manusia adalah bergantung kepada organ-organ lain bagi menjalankan fungsi dengan betul. Hal ini menyebabkan semua sistem adalah saling bergantung antara satu sama lain. Kawalan akhir semua sistem adalah otak supaya badan dapat menjalankan fungsi sebagai satu organisma.

POSISI ANATOMI
Suatu posisi seorang manusia terdiri tegak, muka menghadap ke

hadapan, kaki rapat dengan hujung jari kaki menghala ke hadapan, tangan disisi badan dengan tapak tangan menghala ke hadapan. SUPINE : Posisi anatomikal dan dalam keadaan baring dengan muka menghadap ke langit. PRONE : Posisi anatomikal dan meniarap dengan muka menghala ke bumi

POSISI ANATOMI

Satah adalah suatu permukaan rata bayangan yang

melintasi bahagian tubuh badan.


Latihan yang dilakukan dalam satah gerakan adalah

suatu tuntutan dalam aktiviti fizikal, sukan mahupun aktiviti kehidupan harian seseorang individu.
Dengan menganalisis setiap pergerakan dalam sukan

atau rutin harian, ia membolehkan seseorang mengenalpasti satah gerakan utama bagi mencipta satu rutin atau latihan yang lebih berkesan.

Satah gerakan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :


Horizontal/ Transverse

Frontal/Koronal

Sagittal/Median

SATAH HORIZONTAL / TRANSVERSE


Suatu satah imaginari yang melalui anggota tubuh

badan bersudut tepat dengan aksis memanjang dan membahagikannya kepada bahagian superior (atas) dan inferior (bawah).

SATAH FRONTAL / KORONAL


Suatu satah imaginari yang melalui tubuh badan selari

dengan aksis memanjang dan membahagikannya kepada bahagian anterior (hadapan) dan posterior (belakang).

SATAH SAGITAL Suatu satah imaginari yang melalui tubuh badan selari

dengan aksis memanjang dan membahagikannya kepada bahagian kanan dan bahagian kiri.

BAHAGIAN AKSIAL

BAHAGIAN APENDIKULAR

Manusia dibahagikan kepada bahagian aksial dan

bahagian apendikular. Bahagian aksial terdiri daripada kepala, leher, dan badan. Bahagian apendikular pula terdiri daripada kedua-dua belah tangan dan kaki. Di dalam bahagian aksial terletak : a) Kaviti kranial (tengkorak) b) Kanal vertebral / tulang belakang (saraf tunjang) c) Kaviti toraksik d) Kaviti abdominopelvik

KAVITI TORAKSIK

KAVITI ABDOMINOPELVIK

VISCERA adalah organ-organ di dalam kaviti toraksik

dan abdominopelvik. DIAFRAGMA merupakan satu lapisan otot yang lebar dan nipis yang memisahkan kaviti toraksik daripada kaviti abdominopelvik. Dinding kaviti toraksik terdiri daripada kulit, otot skeletal (voluntari) dan pelbagai tulang.

DIAFRAGMA DAN MEDIASTINUM

MEDIASTINUM memisahkan kaviti toraksik kepada dua bahagian yang mengandungi peparu kanan dan kiri. Viscera toraksik yang lain iaitu jantung, esofagus, trakea dan kelenjar taimus terletak di tengah mediastinum.
Kaviti abdominopelvik yang dibentuk oleh bahagian abdominal atas dan bahagian pelvik bawah bermula di bawah otot diafragma sehingga ke lantai pelvis.

Viscera di dalam kaviti abdominal termasuklah perut,

hati, limpa, pundi, hempedu, ginjal dan sebahagian besar usus kecil dan usus besar. Kaviti pelvik pula terletak dalam tulang pinggul. Kaviti pelvik juga mengandungi bahagian usus besar, pundi kencing, dan organ pembiakan dalaman.

Di dalam kepala, terdapat pelbagai kaviti kecil.

Antaranya: a) Kaviti oral : terdiri daripada gigi dan lidah. b) Kaviti nasal : terletak di dalam hidung dan terdapat sinus yang diisi dengan udara. c) Kaviti orbital : mengandungi mata. d) Kaviti telinga tengah : mengandungi tulang telinga tengah.

KAVITI ORAL DAN KAVITI NASAL

Organisma yang hidup memerlukan beberapa faktor

persekitaran termasuk:A) Air - Bahan kimia yang paling banyak terdapat dalam tubuh manusia. - Diperlukan untuk kebanyakan proses metabolik. - Mengangkut bahan-bahan dalam organisma. - Mengawal suhu badan.

B) Makanan - Bahan yang membekalkan badan dengan nutrien yang perlu. - Bahan tenaga untuk tubuh. - Membantu mengawal tindak balas kimia yang utama dalam tubuh badan. - Membekalkan bahan untuk mengekalkan sel-sel dalam badan.

PIRAMID MAKANAN

C) Oksigen - Gas yang membentuk 1/5 daripada udara biasa. - Digunakan bagi membebaskan tenaga daripada makanan. - Tenaga ini kemudiannya digunakan untuk menggerakkan proses metabolik.

D) Haba - Dihasilkan daripada proses metabolik. - Suatu bentuk tenaga. - Menentukan kepantasan tindak balas nimia yang berlaku dalam tubuh badan. E) Tekanan - Penting dalam proses pernafasan. - Memberi reaksi kepada jantung untuk menghasilkan tekanan darah yang menggerakkan darah melalui saluran darah.

HOMEOSTASIS
Proses mengekalkan keseimbangan persekitaran dalam

badan.
Dirujuk

sebagai semua proses yang mengekalkan persekitaran dalaman yang seimbang walaupun berhadapan dengan persekitaran luar organisma yang sentiasa berubah.

Terdapat 2 mekanisme homeostasis yang berfungsi di

dalam tubuh badan iaitu :

Maklumbalas Negatif

Maklumbalas Positif

Maklumbalas Negatif
Reseptor mengesan lencongan daripada titik yang ditetapkan, efektor yang akan mengembalikan keadaan kepada keadaan normal dirangsangkan.
Apabila keadaan kembali normal,lencongan daripada titik yang ditetapkan semakin berkurang dan efektor semakin tutup. Dikenali sebagai maklumbalas negatif kerana tindakbalas bergerak dalam arah yang bertentangan.

Maklumbalas Positif
Rangsangan awal akan menghasilkan satu tindak balas

yang menambahkan tahap rangsangan tersebut. Contoh, apabila terdapat luka di dalam tubuh badan, jadi darah akan mengalir lebih banyak dan pantas ke kawasan luka untuk membekalkan bahan untuk pembekuan darah dan menghentikan darah.

BIBLIOGRAFI
Modul P&P PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI.
Stanley E. Gunstream (2006). Anatomy and Physiology, New York : McGraw-Hill. http://kamuskesehatan.com/istilah-umum-anatomi/

http://www.mananatomy.com/basic-anatomy/basicanatomical-terms

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like