You are on page 1of 4

PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: unsur seni menggambar / melukis warna lukisan alam semulajadi seni huruf dan sebagainya. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia/guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut : 1. Trapuitik - yakni bilik/studio yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik/studio seni perlu menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila masuk. 2. Perabot yang sesuai - perabot perlu sesuai dengan P&P PSV. Antara ciri-cirinya ialah ada bahagian P&P teori, Bengkel kasar dan bengkel halus. 3. Bahan P&P - teredapat bahan P&P yang sesuai di letakkan ditempat-tempat yang sesuai, seperti carta, buku-buku dan lain=lain, 4. Alat P&P - Alat P&P seperti LCD projektor, Komputer, Printer dan lain-lain 5. Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk Penghasilan Produk. Misalnya mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar, klin, gergaji elektrik dan sebagainya. 6. Bahagian Pameran - bahagaian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satulagi semasa hasil dari kerja-kerja pelajar. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan: Bidang Seni Halus, komunikasi Visual, Kraf dan reka bentuk. 7. Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P. 8. Stor - Stor adalah tempat terkawal menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan P&P. 9. Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV. 10. Papan Maklumat - iaitu Notis Board, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas dan jadual waktu penggunaan bilik seni. 11. Sebaiknya di bilik/studio PSV juga terletaknya pejabat seni kerana memudahkan segala pengurusan PSV samada darisegi pengurusan Fail dan pengurusan P& PENGURUSAN RUANG PENDIDIKAN SENI VISUAL BERKONSEPKAN FUTURISTIK Seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah kearah kesenian yang lebih

kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum melalui peredaran masa dan zaman, telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek Pendidikan Seni dan Visual. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap. Untuk itu saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang futuristik, dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual futuristik ini. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, ruang akses ict, stor dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pengkaryapengkarya yang menggunakan ruang futuristik yang saya ciptakan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan sokongan dari perkara-perkara yang lain iaitu ruang pembelajaran yang dapat mencetuskan idea-idea hebat melalui penggunaan ruang atau prasarana yang kontemporari.

HURAIAN PELAN LANTAI BILIK SENI A. RUANG CETAKAN Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti 1) Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, 2) Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint 3) Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional. B. RUANG AKSES ICT Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh penggunapengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual. Ruang ini boleh memuatkan antara 10 hingga 15 orang pada satu-satu masa. Ruang ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan yang optimum. Pendingin hawa ini juga telah dilaraskan secara automatik mengikut keselesaan pengunjung-pengunjung yang berada di dalam bilik tersebut. Untuk menjaga kebersihan bilik ini, rak kasut disediakan dan pengunjungpengunjung boleh meletakkan kasut pada arak kasut yang telah disediakan. Seperti yang telah dinyatakan tadi, bilik ini adalah berkonsepkan futuristik maka rak kasut yang terdapat di sini juga dapat dikawal hanya dengan menekan butang yang disediakan dan rak kasut tadi akan masuk ke dalam satu ruangan yang tidak dapat dilihat lagi. Komputer-komputer yang digunakan juga berkonsepkan futuristik dan tidak dapat dilihat kecuali dengan menekan butang untuk mengeluarkan skrin komputer dan seterusnya dapat digunakan. Begitulah juga sewaktu komputer itu akan dimatikan, komputer ini akan masuk semula ke dalam ruangan yang tidak

dapat dilihat lagi. Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang dan melindungi jangka hayat komputer supaya dapat bertahan lebih lama lagi. C. STOR Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya. Walau bagaimanapun oleh kerana peralatan yang digunakan adalah canggih, maka habuk dan kekotoran hampir tidak berlaku di bilik ini kerana ada alat pengesan yang dapat mengesan sebarang kekotoran dan perkara ini dapat diatasi dengan begitu mudah. D. RUANG PEJABAT SENI Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. E. BILIK AIR/TANDAS Keperluan asas didalam bilik seni juga dititikberatkan. Bilik air dan tandas yang selesa disediakan untuk sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Semua tandas di sini juga berkonsepkan futuristik dan mesra pengguna. Revolusi reka bentuk kepala paip menunjukkan satu inovasi baru diadaptasikan di sini. Kepala paip diaplikasikan dengan teknologi sensor, pengguna cuma perlu menghulurkan tangan untuk mengeluarkan air. Kepala paip ini sungguh berkesan untuk mengurangkan pembaziran air ketika tidak digunakan dan juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu memusing kepala paip sekiranya tangan licin atau berminyak. Bilik air dan tandas ini juga dilengkapi dengan exhaustfan untuk menyedut udara panas.

IKLIM BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana

pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran. (a) Aspek fizikal Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;

(c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan

You might also like