You are on page 1of 23

FRAME.

Bahagian pertama yang perlu kita kenal ialah Frame atau bingkai. ianya merupakan
kerangka utama untuk menyokong semua komponen basikal.






Frame biasanya dibuat daripada:
a. Steel/besi.
b. Alloy
c. Aluminium.
d. Titanium
e. Carbon fiber




SAIZ FRAME (inch)
XS 14 15
S 16 17
M 18 19
L 20 21
XL 22 23



FORK.
Adalah untuk menempatkan roda hadapan dan bersambung dengan handle. Ada dua jenis
fork iaitu yang mempunyai suspension dan rigit(kaku). Biasanya MTB mempunyai
suspension sementara basikal jalanan atauroad bike adalah jenis rigit. Suspension fork ada
yang menggunakan spring dan ada yang nenggunakan angin. Selain jenis suspension dan
rigit fork ada lagi satu jenis fork iaitu lefty, fork jenis ini hanyalah sebelah sahaja.











HANDLE BAR.
Handle bar berfungsi sebagai satu komponen untuk mengawal basikal. Di handle bar ini
juga sebagi kokpit untuk menempatkan shifter, brek, meter, lampu dan lain-lain aksesori.











STEM DAN HEADSET.
Stem adalah untuk menyambungkan handle bar kepada steering tube di head set.
Sementara headset pula supaya handle dapat di pusingkan ke kiri dan ke kanan.














SEATPOST.
Untuk diletakkan saddle atau pun tempat duduk pada frame. Terdapat banyak ukuran saiz
dimeter batang seatpost ini tetapi saiz diameter yang popular ialah berukuran 27.2mm, 30.9mm
dan 31.6mm. Seatpost terdapat pelbagai bentuk dan ada yang mempunyai kawalan untuk dilaras
tinggi atau rendah seperti gambarajah di bawah:-



SADDLE.
Saddle ataupun tempat duduk dipasang pada seatpost. Saddle ini juga terdapat dalam
pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang menggunakan sponge, ada yang menggunakan jell
dan ada yang tidak menggunakan apa-apa selainplastic sahaja. Saddle ini perlu dilaras
mengikut kesesuaian seseorang penunggang. Penunggang lelaki dan wanita mempunyai
saiz saddle yang berbeza dimana saddle wanita biasanya sedikit besar berbanding saddle
lelaki kerana kedudukan tulang punggung yang berbeza antara lelaki dan wanita.











WHEELSET.
Wheelset terdiri dari rim, hub, spoke dan quick release. Rim wheelset yang digunakan oleh
MTB ialah diameter26 inci dan 29 inci, yang terbaru sekarang ada bersaiz 27.5 inci. Setiap
saiz ada kelebihan dan kekurangannya oleh yang demikian kaji dahulu keperluan kepada
penunggang.











TAYAR.
Tayar dipasang pada wheelset dan terdapat pelbagai bentuk dan kegunaan. Bentuk bunga
tayar akan mempengaruhi aktiviti kayuhan yang dilakukan. Tayar yang tiada bunga
dipanggil slick tyre dan yang mempunyai bunga yang besar adalah off-road tyre. Pemilihan
tayar yang sesuai sangat penting untuk mendapat prestasi kelajuan dan kawalan yang lebih
baik.











GROUPSET.
Group set merupakan komponen yang paling mahal dalam sesebuah basikal. Group set
terdiri daripada crankset, cassette, shifter, rantai, derailleur depan dan belakang serta brake
set.







Crank Set merupakan alatan untuk memacu sesebuah basikal. Pada set ini terdapat
crank arm, Pedal, Chainring dan Bottom Bracket(BB). Chainring adalah untuk
menempatkan rantai terdapat 3 jenis chainring iaitu Single Chainring, Double Chainring dan
Triple Chainring. Pedal yang dipasang pada crank arm terdapat 3 jenis iaitu jenis platform,
toe clip dan clipless.







Cassette adalah gabungan gegigi yang terpasang pada roda belakang. Ia disambungkan
dengan Chainring dengan rantai. Gabungan gegigi ini terdapat dalam beberapa tingkat iaitu
8, 9, 10 dan 11 speed.






Rantai sebagai pengantara atau sebagai menghantar kuasa dari crankset kepada
cassette. Ada jenis rantai yang tiada penyambung ataupun mati. Bagi jenis ini rantai perlu di
potong kiranya hendak di tanggalkan tetapi kebanyakan rantai sekarang mempunyai
penyambung atau dikenali sebagai Master Link ataupun Power Link.









Derailleur satu alat untuk menukar kedudukan rantai pada chainring dan juga cassette.
Shifter yang terletak pada handle digunakan untuk menukar kedudukan rantai untuk
mendapatkan kombinasi yang diperlukan.














Brake kita semua tahu brake digunakan untuk memperlahankan atau memberhentikan
basikal. Brake yang biasa digunakan terdapat tiga jenis iaitu jenis V, mekanikal dan jenis
hydraulic. Disk yang terletak pada roda dipanggil sebagai rotor dan caliper menempat pad.
Lever brake hadapan diletakkan disebelah kiri sementara brake belakang di tempatkan di
sebelah kanan. Brake jenis hydarulik adalah lebih sesuai kerana lebih cekap, ringan tidak
memerlukan tenaga yg banyak untuk membrek.






Jenama groupset yang biasa digunakan pada basikal di monopoli oleh 2 syarikat iatu
Shimano dan juga SRAM. Hanya 2 syarikat ini bersaing dalam mengeluarkan groupset
untuk semua peringkat.
















Semuga penerangan ringkas ini dapat membantu kepada semua penunggang basikal mengenal
komponen dan peralatan yang terdapat pada sebuah basikal.

You might also like