You are on page 1of 16

Sejarah MTB

Sejarah MTB (mountain bike). Mountain bike yang asal ialah basikal biasa yang telah diubahsuai untuk digunakan menuruni bukit. Sukan ini mula popular pada 1970an di Marin County, California. Pada penghujung tahun 70an dan awal 80an, syarikat pengeluar basikal mula mengeluarkan basikal MTB yang khusus dengan menggunakan komponen serta frame yang lebih ringan. MTB pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran ialah Specialized Stumpjumper pada tahun 1981.

Rekabentuk.
2. Hardtail

1. Fully rigid. 4. Full suspension

3. Soft tail

Disiplin MTB.
Cross country (XC) Penekanan kepada mendaki serta endurance. Ringan. Model carbon fibre kurang dari 10kg. Tidak sesuai untuk menuruni laluan yang curam serta laluan yang berbatu2. Trail bikes. Seperti juga XC tetapi tidak memberi penekanan kepada berat. Berat sedikit dari XC tetapi lebih lasak. 11 15kg. All mountain. Direka untuk mendaki dan menuruni laluan yang lebih curam dari XC. Suspension travel yang lebih ialah dalam lingkungan 6 inci dan boleh dilaras. Berat dalam lingkungan 13 16 kg.

Disiplin MTB.
Downhill. Suspension travel melebihi 8 inci. Frame yang ringan tetapi sangat lasak dan kuat. Hanya sesuai untuk menuruni bukit dan race course. Bayangkan acara ski slalom. Berat dalam lingkungan 18kg dan kurang. Freeride. Hampir sama dengan downhill tetapi penekanan lebih kepada kekuatan frame. Lebih berat dari downhill dengan penggunaan bahan yang lebih kukuh. Suspension travel melebih 8 inci. Berat dalam linkungan 14 20 kg. Boleh digunakan untuk mendaki tetapi kebanyakannya sekarang sudah terlalu berat dan tidak sesuai untuk mendaki.

Jenis-jenis trail.
2. Technical trail.

1. Single trail

3. Cross country trail.

Rekabentuk terkini.
Suspensi. Basikal MTB yang terkini mesti mempunyai suspensi (hadapan). Berguna untuk menyerap bonggol serta laluan tidak rata semasa off road. Basikal dengan suspensi hadapan sahaja digelar hardtail. Basikal dengan suspensi depan belakang dipanggil full suspension atau full sus. Advantage fullsus ialah kurang penat semasa menuruni bukit kerana tekanan pada tangan dapat dikurangkan dan lebih laju. Kekurangannya pula ialah ia lebih berat sedikit dari hardtail 1 2kg lebih dan lebih mahal kerana rekaan frame serta tambahan suspensi belakang.

Rekabentuk terkini.
Disk brek. Kebanyakan rekaan terkini menggunakan disk brek samada mekanikal atau hidraulik. Keupayaan brek yang lebih baik berbanding V brek (brek yang biasa) untuk laluan berlumpur atau basah kerana disk brek jarang terkena air atau lumpur.

Frame.
Menggunakan samada aluminium atau carbon fibre.

Rekabentuk frame secara berlian atau Y.

Kenali basikal MTB.

Bagaimana menunggang MTB.

Pelarasan ketinggian pelana yang sesuai


Belajar menggunakan shifter dan gear yang bersesuaian. Belajar mengagihkan berat badan. Teknik membrek yang betul.

Tekanan angin tayar yang sesuai.


Pelarasan fork dan shock.

Before you ride.

Helmet no helmet no ride.

Sarung tangan.

Boleh mengurangkan kecederaan ditangan semasa jatuh dan lebih selesa memegang handlebar kerana glove menyerap peluh.

Before you ride.

Kasut

Pastikan anda memakai kasut. Memakai selipar boleh mengundang padah kerana selipar mudah tergelincir dari pedal.

Pakaian.

Pakai pakaian yang bersesuaian. Jangan pakai kain pelekat, evening gown atau seluar bell bottom kerana ia boleh tersangkut pada rantai.

Kesihatan

Makanan jangan mengayuh dengan perut kosong atau terlalu kenyang. Anda akan membakar banyak kalori semasa menunggang. Anda boleh pitam jika terlalu lapar. Bawa juga bekalan makanan lain seperti pisang, kurma atau roti untuk memberikan tenaga semasa menunggang. Minuman pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi semasa menunggang terutamanya semasa offroad (dalam ladang kelapa sawit atau getah tiada 7-11 yang menjual air). Sifirnya cukup mudah, 1 liter untuk 1 jam berkayuh.

Kesihatan

Stretching lakukan senaman ringan sebelum anda mula berkayuh. Ia dapat mengurangkan risiko cramp (mengurangkan sahaja, bukannya menghapuskan terus). Tidur dan rehat yang mencukupi pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum berkayuh. Risiko cramp adalah tinggi jika anda tidak cukup tidur.

Penyelenggaraan basikal.

Cara menukar tayar dan tiub. Membuat pelarasan brek.

Meminyakkan kabel brek, shifter dan rantai.


Tekanan angin untuk shock. Membasuh dan membersihkan basikal.

Dos and dont in MTB.

Jangan tunggang berseorangan. Jangan tinggalkan rakan anda dibelakang. Sentiasa bekerjasama dan tolong menolong. Jaga kebersihan. Jaga persekitaran, jangan rosakkan alam sekitar.

Bawa bekalan air mencukupi.


Pastikan tiub spare dan alatan menukar tiub sentiasa ada pada basikal/beg. Kalau tidak yakin jangan buat perkara yang bodoh. Tunggang dengan cermat. Jangan rosakkan harta benda awam. Jangan buang sampah merata-rata. Hormati pejalan kaki, trekker dan pengguna lain.

Klinik MTB

You might also like