You are on page 1of 34

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

KAYAK
SEJARAH

Kayak merupakan salah satu daripada beberapa jenis pengangkutan air yang telah digunakan oleh manusia sejak berkurun lamanya. Tujuan asal kayak dibuat dan digunakan adalah sebagai alat keperluan saharian, sebagai alat pengangkutan bahan atau sumber seperti makanan dan kayu , lanya juga digunakan sebagai alat pengangkutan untuk mengangkut manusia berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang baru, ini merupakan fungsinya pada zaman manusia berpindahrandah atau Iebih dikenali sebagai nomad.

Kayak bukan sahaja digunakan oleh penduduk Eropah dan Amarika, tetapi juga merupakan alat pengangkutan yang penting bagi penduduk di sebelah Asia seperti Jepun, China dan juga penduduk di Asia Tenggara. Di Malaysia, penggunaannya yang banyak dapat dilihat sebagai alat pengangkutan yang penting bagi orang asli negara ini. Masyarakat di Malaysia masih menggunakan kayak sebagai alat pengangkutan adalah golongan orang asli di negeri - negeri seperti Perak dan Pahang.

Kayak yang awal diperbuat daripada sebatang pokok yang telah dibuat pengubahsuaian mengikut keperluan. Lama - kelamaan pembuatan kayak yang berubah berdasarkan teknologi pembuatan yang semakin canggih den moden, ia mula dibina dengan menggunakan paip, kulit, kanvas, simen dan yang terkini diperbuat daripada plastik

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

Pada asasnya, kayak yang dicipta adalah berdasarkan kayak yang telah lama digunakan oleh orang Eskimo iaitu dikenali sebagai kayak Eskimo. lanya diperbuat daripada kulit binatang yang dliapik di, atas kayak. Kini ianya dikenali sebagai kayak. Dayung yang digunakan adalah dayung yang mempunyai dua mata dayung atau 'double blade paddle'. "Canadian Canoe' atau 'dugout' juga merupakan asas pembinaan kayak. ianya adalah sebatang pokok yang ditebuk lubangnya di tengah. Kini dikenali sebagai kenu. Kenu banyak digunakan oleh orang Red Indian yang mana ianya diperbuat daripada kulit pokok papyrus, balsa atau batang pokok yang ditebuk di tengahnya, Kenu mempunyai permukaan yang terbuka dan ia menggunakan dayung yang mempunyai satu mata dayung atau 'single blade paddle'. Pada tahun 1960, kayak mula diber! pendedahan kepada pelajar tanah air, di mana guru - guru pendidikan jasmani diberi latihan di luar negara. Maktab perguruan brinsford Lodge dan Kirby merupakan maktab perguruan khas untuk guru - guru Malaysia.

Aktiviti kayak boleh dilakukan di perbagai persekitaran seperti di tasik, sungai, laut dan mengikut keadaan cuaca. Aktiviti kayak di pens;ekitaran yang berbeza memerlukan cara pengendalian yang berbeza dan jenis kayak yang berbeza

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

DEFINISI KAYAK Kayak didefinasikan sebagai perahu orang Eskimo yang diperbuat dan kayu apung den ditiup dengan kulit anjing laut atas sebarang perahu yang kukuh yang bertutup kain terpal dan bergeledak. JENIS KAYAK T erdapat beberapa jenis kayak daripada segi pembuatan iaitu :

1) 2) 3) 4) 5) 1)

Kayu Kanvas Fiberglass Kevlar Piastik Kayu I kanvas

Kayak ini sangat popular sewaktu sukan ini mula diperkenalkan diperingkat antarabangsa pada awal kurun ini. Kayak daripada kayu adalah kayak yang menggunakan kanvas sebagaii lapisan yang memutupi 'hull' ( badan kayak ) untuk memperkuatkan lagi binaan dan sebagai bahan kalis air. Jenis kayu yang biasa di gunakan terdiri daripada cedar merah, maharony atau ash. Walau bagaimanapun, banyak kelemahan dan keburukan pelu dihadapi apabiia menggunakan kayak jenis inL Kayak ini sangat mahal harganya dan memerlukan penjagaan yang rapi. Kayak jenis ini tidak tahan apabila rempuhan batu dan jika berlaku sebarang kerosakan, ia memeriukan kos yang tinggi untuk urusan baik pulih. Kini banyak 3

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

kayak dari jenis ini sudah tidak lagi digunakan secara meluas. Penegeluaran kayak jenis inj sangat terhad dan hanya berdasarkan pemintaan pengguna .

2) Fiberglass. Penggunaan bahan ini mempengaruhi perubahan rekabentuk kayak. Digunakan sejak tahun 1960 - an . kayak jenis ini adalah terdiri daripada komposisi damar plastik yang diperkukuhkan dengan gentian kaca. Polyester adalah bahan yang paling biasa digunakan dalam pembuatan kayak fiberglass. Bahan ini, sangat kukuh, lebih mudah dan sangat ringan daripada kayu dan kanvas. Di samping itu, kayak yang diperbuat daripada gentian kaca ini tidak akan pecah , sebaliknya memantul apabila berlanggar dengan batu atau tunggul kayu. Selain daripada itu, terdapat beberapa kebaikan lain iaitu: T erdapat dalam perbagai jenis reka bentuk. Keistimewaan pada kombinasi kekuatan Mempunyai ketahanan kikisan yang baik. Senang dan murah untuk diperbaiki. Oleh melalui bahagian batu dan tidak melekat pada batu.

Selain itu, terdapat juga kelemahan dari kayak jenis in!. Antara kelemahannya adalah kayak mudah berealar. Sungguhpun ealar-calar ini tidak mempengaruhi keseimbangan di dalam air. Kesan ealsrr ini akan menyebabkan kayak terpotong hingga ke bahagian dalam dan memerlukan kos yang tinggi balk tujuan baik pulih.

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

3) Kevtar. Sarna seperti fiberglass, tetapi kayak jenis ini lebih tahan dan lebih ringan jika dibandingkan dengan kayak jenis fiberglass. Pada asalnya kayak jenis ini digunakan untuk pertandingan. Kayak jenis ini mempunyai kualiti yang lebih tinggi , iaitu 40% lebih kuat daripada kayak jenis fiberglass. Keburukan kayak jenis ini adalah harg yang lebih tinggi dan sinar ultra violet bolen merosakkan meterialnya.

4) Kayak plastik Kayak plastik diperkenalkan pada tahun 1970 - an untuk kayak jenis 'white water'. Satu dekad kemudian, kayak plastik tetah di perkenalkan untuk kayak laut ( ekspedisi laut). Kayak jenis ini 'hull' diperbuat daripada lapisan 'closed-eel/foam' dan plastik Acylonitrile-Burtadience-Styeene (ASS plastik ). Kayak plastik yang lebih baik mempunyai daya apungan yang tinggi dan tahan lasak. Pada masa ini, plastik adalah bahan yang paling kerap digunakan untuk membuat kayak kerana kualiti yang tinggi, murah dan tahan lasak. Bahan ini juga menjadi pilihan utama kerana sangat mudah dibentuk mengikut kesesuaian reka bentuk yang dikehendaki. Satu ciri istimewa bahan inl ialah rnempunyai 'ingatan' terhadap bentuk yang di tentukan. Contohnya, kayak yang terlanggar batu dengan kuat dan kayak akan kemek atau remuk. Kayak tersebut akan kembali pada bentuk asal. Bahan ini bersifat lentur disamping mempunyai daya tangkisan hentakan yang tinggi, walaupun pada suhu yang rendah. Kayak jenis ini tidak perlu dicat kerana warna di adun padanya adalah sebati. Plastik ini boleh dilengkapi dengan sebatian ultraviolet yang membolehkan anda berjemur dl tengan panas tanpa rasa risau.Keadaan ini menjadikan bahan inl 5

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

penebat yang baik dan menjadikan keselesaan tidak mengira panas ataupun hujan lebat. Rata -rata penggemar sukan air ini, di Malaysia menggunakan kayak daripada jenis plastik. Cirl-ciri keselamatan yang terjamin dl samping beratnya yang tidak membebankan menjadikan kayak ini sangat mudah dikendalikan dan digemari ramai. Keburukan kayak jenis ini ialah bergantung pada jenis plastik dan ia susah diperbaiki. Secara amnya , kayak plastik mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut: Mempunyai warna yang terang. Lebih ringan. Mempunyai bentuk yang Iicin dan berkilat Mempunyai impak yang baik dan tahan hakisan. lebih senyap. Kos yang sederhana. Kekuatan yang baik.

REKA BENTUK KAYAK Terdapat tiga jenis kayak yang biasa digunakan iaitu Mandesta, Otters port dan Slalom. a) Mandesta. Berbentuk V Laju. Sukar dik~wa!. Sesuai untuk pertandingan. Sesuai di $ungai dan tasik. 6

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

b)

Ottersport. Berbentuk U atau 'flat botton hull'. Menerima tintangan air yang banyak. Sesuai untuk perjalanan jauh ( berkayak ) Sesuai untuk sungai, laut dan tasik.

c)

Stalom. Berbentuk. Hull melengkung. Mudah di~awal. Laju tapi mudah terbalik.

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

ANATOMI KAYAK (BAHAGIAN-BAHAGIAN KAYAK) T erdapat beberapa bahagian kayak yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Kayak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :

Bahagian kayak Cock pit Coaming

Tujuan Satu atau dua lubang untuk duduk yang terdapat sebuah kayak.

pada

Sebagai pemegang ketika hendak memasuki kayak dan sebagai tempat untuk melakukan spray cover.

Seat Toggle Bouyanc

Tempat duduk. tempat mengikat tali.

Pelampung yang terdapat di bahagian belakang dan hadapan kayak untuk membantu kayak terus timbul walaupun dipenuhi air. tempat meletakkan kaki semasa mendayung Bahagian bawah I lunas untuk kestabilan kayak. Memberi perlindungan kepada kayak apabila berlanggar

. Foot Rest Bar Keel

Rims I Rubbing strip

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

Bow

Bahagian bawah (tepi) Bahagian kiri kayak

Stern . Fore I Front Deck . After Deck Hull Post side Star Soard side Deck Bahagian kanan kayak. Bahagian hadapan kayak. Bahagian belakang kayak Bahagian permukaan hadapan Bahagian permukaan belakang. Bahagian atas

PENDIDIKAN LUAR - KEMAHIRAN ASAS AKTIVITI LUAR

10

FOR RECREATION

COMPROMISES BETWEEN FLAT MiD ROUND

ROUNDED V SHALLOW V TUMBLEHOME

DEEP V MOST

ROUND BOTTOM STRAIGHT SECONDARYSTABIUTY" !

FOR

RACING,

HEAVY

WATER,

AND

WHITEWATER

Rajah di atas menunjukkan beberapa reka bentuk kayak yang terdapat di dalam

pasaran untuk digunakan dipelbagai keadaan.

JENIS-JENIS PENDAYUNG Di pasaran kini terdapat dayung d perbuat daripada kayu, fiberglass, ASS ( plastik dan polypropylene injection) dan Rim ( Reaction Injection moulding) .setiap jenis kayak ini terdapat baik buruknya. Sungguhpun dayung yang diperbuat daripada kayu lebih teguh dan ringan , lama kelamaan matanya akan rosak atau pecah apabila berlanggar dengan batu atau tunggul kayu. Kebanyakan dayung yang ada dipasaran di buat daripada gentian kaca ( fiberglass) atau bahan sintetik yang tahan panas dan pecah serta ringan daripada kayu atau plastik, ada diantaranya seberat 15 auns. Kebanyakan jenis ini harganya mahal. Dari segi keselamatan dan jangjamasa yang panjang, dayung jenis ini adalah yang terbaik untuk digunakan.

Rajah di atas menunjukkan beberapa jenis pendayung dan bahan untuk membinanya

Rajah diatas menunjukkan bahagian pendayung yang sering digunakan semasa berkayak:

BERDAYUNG

Panduan Am i. ii. iii. iv. Hendaklah memegang dengan kedua-dua tangan. Elakkan memegang dengan terlalu kuat, atau tarlaiu longgar. Genggaman yang betui semasa mendayung sepatutnya sewaktu 'ciawiike' iaitu jejari di atas dan ibu jar! di baha9ian bawah. Posisi badan hendaklah dibawa ke belakang seberapa yang boleh supaya bahagian belakang dapat bersandar pada kayak. Sahu hendaklah dalam keadaan selesa apabila mendayung, v. kedudukan papan dayung hendaklah keseluruhannya berada di dalam air. Dayung hendaklah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak dapat diperoiehi. vi. vii. viii. Elakkan mernaksa otot bekerja tarlalu letih. Berehat seketika. Beberapa pegangan pada batang dayung hendaik!ah dicuba dan diubahubah supaya otot-otot dapat direhatkan. Elakkan mendayung dengan rnenggunakan kedua-dua tangan sekaligus. Elakkan perbuatan memukul-mukul air atau marah kerana ini akan menyebabkan kayak anda tidak teratur dan meletihkan anda.

Jenis Dayungan dan Teknik berdayung

1)

Dayung junam

Dengan keadaan "blade' dayung yang mempunyai jarak yang sarna diantara satu sama lain dari kayak. Tarik tangan yang di bawah, luruskan ke dalam dan seterusnya ke arah pinggang. Putarkan 'blade' dayung kefuar 90.

2)

Dayung J Dayung ini bertujuan mengemudi kayak supaya tidak terpesong dari arah perjalanan. Selepas sahaja dayung junam dibuat, apabila blade dayung sudah hampir ke belakang maka dayung hendaklah dipusing 90. Dayung ini seakan-akan dayungan tusukan. Jika waktu mendayung, kayak sedikit rnembelok ke kanan, make dayung J hendaklah di lakukan di sebelah kiri. 'Blade' dayung dibiarkan pada posisi tadi sehingga kayak kembali kepada arah perjalanan asal

3)

Dayung tolakan Dayung jenis ini menyebabkan kayak menjauhi objek sasaran jika ia berada disebelah yang sama dengan kayak. Dayungan jenis ini berlawanan dengan dayungan tarikan. $ebaiknya, kayak akan merapat kepada objek sa saran jika anda berdayung di sebelah luar. Tindakan inj akan membuatkan kayak membelok atau memusing sehingga 3600. Untuk memusingkan kayak ke kanan, tindakan , akan dilakukan olerl 'stemman' .

4)

Dayungan ke belakang Dimulakan dengan posisi dayung diletakkan pada aras rendah iaitu di sebelah tepi sisi kayak dengan bahagian rata belakang blade di atas air. Lakukan tolakan ke da!am air memggunakan bahagian belakang 'blade' yang

rata tadi. Kemudlan bawa blade dayung menuju ke clepan kedua-dua tangan dalam keadaan lurus dan menegak,

5)

Dayungan sapu Tindakan inj berkesan bagi membelok atau memusing kayak yang sedang berhenti atau sedang bergerak atau untuk mengekalkan kayak supaya berada daiam keadaan rums. Dayungan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang rendah dan rata. Tangan diluruskan. Dayungan dilakukan dengan memusingkan dayungan sejauh yang boleh ke depan. Tarik dayung ke belakang dan lakukan dalam keadaan separuh bulatan dengan rnengekalkan tangan kiri di posisi lurus. Sentiasa perhatikan setiap dayungan yang di lakukan. Bahagian 'blade' dayung hanya mencecah permukaan air sedikit sahaja.

Merapatkan kayak. Dayungan tarikan digunakan untuk merapatkan kayak selari dengan objek sasaran seperti bertujuan 'rafting'. Pusingkan badan ke kanan. Bahu kiri ke depan dan bahu kanan ke belakang Awasi kayak daripada terbalik jika dayungan diilakukan oleh keduadua peserta. Sebagai keselamatan, 'stemman' hendaklah melakukan dayungan tolakan jika 'Bowman' melakukan dayungan ini.

Rajah di atas menunjukkan cara untuk melakukan dayungan jenis 'sweep'.

Rajah di atas menunjukkan kaedah pusingan dayungan TEKNIK-TEKNIK ASAS KAYAK Mengendalikan kayak dengan baik hendaklah dilatih dari awal pengenalan kayak. Arahan yang baik dalam teknik asas kayak memainkan peranan penting dalam menghasilkan pndekatan yang baik kepada aktiviti ini. Adalah penting pada pelajar baru (beginner) mengetahui dan menghargai limitasi diri dan kayak yang digunakan. Bagi pelajar baru terutamanya, terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira iaitu : 1) 2) 3) Jangan berkayak jika tidak pandai berenang. Gunakan jaket apungan yang tetah diluiuskan atau yang telah Jangan keIuar berkayak sendiri, kalau boleh ajak seorang rakan

diterima pakai den pastikan tahu cara penggunaannya yang betul. yang boleh berenang. Pengendalian kayak memerlukan latihan yang berterusan untuk

membolehkan peserta meluncur dalam pelbagai keadaan air yang selamat dan lancar. Apa yanq penting ialah setiap peserta perlu bersikap terbuka.

KAEDAH MELABUHKAN KAYAK KE AIR

Kayak diangkat sebagaimana cara mengangkat di pinggang atau bahu dengan kedudukan seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah Kanan. Turunkan muncungnya (bow) ke dalam air dan perlahan-lahan meiuncurkan kayak tersebut sehingga daripadanya berlabuh ke dalam air. Tarik kayak tersebut supaya memanjangkan selari denglan tebing dan kedudukan ini memudahkan peserta untuk memasuki kayak tersebut .Satu cara yang lebih mudah ialah dengan mengangkat kayak tersebut pada kedua-dua hujungnya dan berada selari dengan tebing. Keadaan ini akan membolehkan peserta terus meiabuhkan kayak ke permukaan yang keadaan yang tersedia untuk dinaiki.

Cara masuk kayak Masuk ke dalam kayak yang berada dalam air tanpa tergelincir adalah agak sukar. Pantai berpasir adalah tempat yang ideal untuk memasuki kayak buat pertama kali. Pijak ke dalam kayak yang mana sepatutnya menuju ke arah air dan bergerak dengan cepat. Keadaan pantai yang berbatu memerlukan kedudukan kayak dalam air selari dengan pantai dan gunakan dayung untuk kestabilan semasa memasuki kayak. Letakkan dayung melintang di bahagian belakang 'cockpit' dengan mata dayung menghala ke pantai. Letakkan berat badan ke atas bahagian dayung yang berada di dalam kayak dan masuk keduadua kaki serentak dan perlahan -lahan duduk dalam kayak. Bagi kayak 'double seater',akan masuk kayak terlebih dahulu dan diikuti oleh 'stemman '. Semasa 'bowmen' masuk, kayak dayung di pegang oleh 'stammen' supaya lebih mudah.seterusnya perkara-perkata berikut perlu diikuti:

1. Berdiri di sebelah kayak, dengan bahagian 'cockpit' berada di sebelah kanan.

2. Apabila di laut, pastikan kayak menghadap ombak. 3. Masukkan kaki kanan ke dalam 'cockpit'. 4. Letakkan kedua-dua belah tangan di bahagian belakang badan, dengan memegang kiri dan kanan bahagian 'coaming' iaitu bahagian belakang tempat duduk. 5. Alihkan berat badan di atas kedua-dua tangan dengan seimbang. 6. Seimbangkan berat badan dengan menurunkan pusat graviti dan menyebarkan berat badan secara menyeluruh serta perlahan-Iahan masukkan kaki kiri ke dalam kayak. 7. Duduk dengan selesa dan barulah masukkan kaki kanan , pegang dayung secara melintang di atas 'cockpit'. 8. Seimbangkan kedudukan kayak untuk 'stemman' masuk mengikut prosedur yang sarna. Kedua perkara yang diingatkan semasa menaiki kayak iaitu lakukan dengan perlahan-Iahan dan berhati-hati . Jika boieh semua bahagian anatomi badan harus berada pada bahagian tengah apabila memasuki kayak.

Kedudukan dalam kayak Kedudukan yang betui untuk berkayak ialah dengan duduk sepenuhnya bersandar ke belakang. Lipat lutut seperti bersila atau letakkan kaki di 'foot rest' dengan kedua-dua belah iutut disandarkan pada kayak. Kedudukan ini akan menjadikan tubuh tegak dan berkedudukan tetap. Bahagian belakang yang bersandar akan menyokong tulang belakang apabila mendayung. Kedudukan ini akan menstabilkan dayung dan kawalan kayak.

Cara turun dari kayak Prosedurnya sarna sahaja menaiki kayak iaitu seperti berikut:

1) Jauhi kayak dari benda tajam dan keras. 2) Kayak ditolak supaya kayak berada dalam keadaan mengudur ke belakang. 3) 'sternman' turun dahulu. 4) Keluarkan sebelah kaki dahulu, barulah berdiri dan menegak kayak diikuti oleh 'bowman'. Jika berdiri, kayak akan terbalik kerana kedudukan pusat graviti yang terlalu tinggi akan menghilangkan imbangan . 5) Elakkan daripada berdiri di dalam kayak semasa di daratan. Tempat anda pijak itu mungkin sedang menindih batu atau tunggul kayu, ini boleh menyebabkan kayak pecah. 6) Kayak di naikkan ke pantai sekiranya bementi daripada gravity.

Melancar kayak

Apabila meletakkan kayak untuk mendayung, tentukan ianya berada di dalam air di tepi pantaL Eiakkan manamana bahagian kayak daripada bersentuhan dengan pasir atau tanah. Kalau bersentuhan kayak akan terlekat di dasar air apabila ianya dinaikkan. Ini akan menyukarkan dayungan.

Bahagian 'bow' kayak mestilah bersudut tepat manghala laut. Tujuan posisi begini ialah untuk mengelakkan ombak daripada menghempap bahagian rusuk kayak. Jika ombak memukul rusuk kayak, kayak akan mudah terpesong ke kiri dan kanan hingga menyukarkan tindakan untuk menaiki kayak atau berdayung. Bahagian yang menghala ke laut dalam posisi bersudut dinaiki dan didayung agar dapat dibawa keluar dengan segera dari kawasan pantal yang sentiasa dipukul ombak.

Mendaratkan Kayak

Apabila hampir sampai ke pantai, kira-kira 110 meter atau mengikut keadaan ombak atau kedalaman air, kayak hendaklah dipusingkan supaya menghadap semuia ke iaut di dalsm posisi bersudut tepat. Tujuan posisi ini ialah supaya bahagian 'bow' yang dipengaruhi oleh ombak. Setelah kayak menghadap ke laut, dayunglah kebelakang sehingga sampai ke bibir pantai yang mengizinkan. Kemudian turunkan dari kayak secara perlahanIahan . Bagi kayak dua penumpang memerlukan peserta mendayung mengikut rentak yang sarna kerana tanpa pergerakan yang sepakat, kayak akan hanyut, berpusing-pusing atau kedua-dua peserta atau pendayung cepat letih walaupun dalam jarak masa yang dekat

Fungsi dan Tugas

1)

Bowman' Sebagai tenaga hadapan. Fungsi 'bowman' lebih tertumpu kepada bekalan tenaga pergerakan kayak dan menjadi pemerhati arah. Ini kerana rakan di belakang 'sterman' tidak akan nampak sebarang rintangan dan halangan yang ada di hadapan laluan terutamanya ketika hari panas terik kerana terdapat biasan cahaya matahari di atas permukaan air. Tugas 'bowman' ialah untuk memberi maklumat pandu arah di samping menghindarkan kayak daripada terlanggar batu atau apa jua yang berada di hadapan atau di dalam air. '8owman'tidak melihat 'stemman'. Oleh itu 'stemman' akan sendirinya berusaha mendapatkan gerak dayungan yang seragam dengan 'bowman'. Semasa berdayung, genggaman tangan di bawah hendaklah kemas manakala tangan di atas longgar dan menolak kehadapan. Sahu hendaklah lurus dan tidak membengkok ke dalam.

Belakang ditegakkan supaya paru-paru dipenuhi udara sepenuhnya setiap kali anda bemafas semasa melakukan dayungan. Untuk sambungan dayungan di sebelah lain pula, jatuhkan mata dayung yang berada di atas kepala ke dalam air. Ulang dayungan yang dilakukan di kedua-dua ini akan menjadikan seperti putaran yang menggerakkan kayak ke hadapan dengan seimbang.

2)

Sternman' Tugas 'sternman' adalah sebaga jurumudi, tugas yang dipikul adalah

berat. Peserta perlu mahir menukar arah dan dapat melakukan dengan berkesan.lni adalah kerana 'stemman' hanya dapat melihat di hadapan(bowman), bukannya rintangan yang muncul secara tiba-tiba. Selain daripada itu, 'sternman' juga perlu mengkut rentak dayungan rakan di hadapan. Jika tidak, peserta akan menjadi beban dan akan cepat meletihkan 'bowman'. Dari sag! teknikal pandu arah, peserta perlu mahir menggunakan teknik dayungan songsang dan menahan air.

LATIHAN TUBI TERBALIK

Latihan tubi ialah satu latihan bagi melahirkan kedua-dua pendayung supaya dapat m~mbetulkan posisi kayak yang te!rbalik dan seterusnya untuk naik kembali ke dalam kayak dan berdayung semula. Latihan tubi terbahagi

kepada empat peringkat :

1. ,Membebaskan diri daripada kayak Apabila kayak sudah terbalik, jangan sesekali tunggu di daiam kayak dan rasa panik. Segeralah keluar dengan menggunakan tangan dan kaki anda. Jika 'spray cover' terpasang pada kayak, bukalah supaya tindakan anda menolak keiuar dari kayak. tidak terhalang. Setelah keluar dari kayak, tentukan kayak itu berada dalam keadaan selamat. Ambil dayung yang terkeluar dari kayak yang mungkin hanyut jika di biarkan. Kemudian periksa kayak supaya ianya benarbenar terbalik dengan bahagian 'keel' berada di bahagian atas. Jika kayak anda separuh terbalik, air dapat masuk ke dalam kayak dan ia menghalang usaha anda seterusnya. Cara keluar daripada kayak yang terbalik ialah pastikan 'spray cover' di tanggalkan ( jika ada) , condongkan berat ke hadapan dengan kedua-dua belah tangan pegang pada 'coaming' dan luruskan kaki, kemudian tolakkan badan ke atas.

2. Membetulkan semula posisi kayak Apabila kayak berada pada posisi terbalik, udara yang terperangkap di dalam kayak akan menghalang kemasukan air. Apa yang perlu dilakukan ialah supaya kayak kembali ke posisi asal tanpa air terdedah masuk ke dalam kayak. Jika. air dapat arus, maka kayak akan rnudah tergolek ke kiri dan kanan apabila ianya di naiki semula.

3. Menimba air. Apabila kayak telah kembali ke posisi asal, maka air yang telah masuk ke dalam kayak hendaklah ditimba dahulu. Tindakan ini perlu sebelum kembali menaiki kayak kerana jika tidak kayak mudah tergolek ke kiri dan kanan. Ini boleh menyebabkan kayak kembali terbalik.

4. Menaiki kayak semula. 'Bowman' akan bergantung pada kayak dj bahagian 'bow' dengan menyepjt kakinya di situ. Kedua-dua tangan akan memegang 'bow'. Setelah 'bowman' berada di daiam posisi yang selesa, ia akan memberi isyarat pada 'sterman' untuk naik ke dalam kayak. 'Sterman' akan menoiok diirinya ke atas dengan menendang air dan dengan pantas menggunakan tangan bagi membantu sehingga badannya berada d atas 'deck'. Bahagian badan masti berada d atas 'deck' iaitu bahagian antara dada dan perut. Sebelah tangan akan dihulurkan supaya dapat berpegang pada 'coaming'. Apabila 'coaming' telah dipegang, maka ia akan menaiki kedua-dua belah kakinya ke atas, sementara tangan !agi satu terus memegang 'deck'. Posisi ini membolehkan ' sterman' untuk menarik badannya ke hadapan ke arah cockpit.

Apabila sampai di 'cockpit', ia akan mengubah kedudukan tangan kehadapah lalu menegakkan badan memasuki kayak dengan di dahului oleh bahagian kaki. Setelah berada di dalam kayak, 'sterman' akan mengambil dayung untuk mengawal dan mengimbangi kayak. 'Bowman' akan menaiki kayak dengan cara yang sarna setelah mendapat isyarat dari 'sterman'. Ketika sampai di cockman dia akan memusingkan badan untuk masuk ke delam kayak supaya ia dapat rnenghadap ke hadapan semula.

PRINSIP . PRINSIP SAINS YANG TERLIBAT SEMASA KAYAK

1. Prinsip Archmedes Suatu jasad samada keseluruhan atau sebahagian tenggelam dalam bendalir akan mengalami daya julangan yang sama dengan isipsdu bendalir yang disasarkan oleh bahan tersebut. Lihat jenis daya julangan yang dihasilkan daripada jenis ketumpatan air seperti air laut, sungai, tasik dan lombong.

2. Tarikan atau drag Heretan yang dihasilkan oleh ombak di permukaan air yang berketumpatan tinggi menyebabkan wujudnya pergolakan yang tinggi. Kayak mempunyai arus pergolakan yang rendah kerana bentuknya yang aero dinarnik berbanding dengan yang lain. Luas permukaan objek yang bergerak bertentangan dengan aliran berdalir akan mewujudkan heretan yang Iebih besar berbanding dengan sealiran dengan bendalir. Perubahan kedudukan 'streablined' akan menyebabkan luas permukaan objek bertambah apabila menghadapi aliran bendalir. Kuasa permukaan adalah berkadar terus dengan daya heretan di mana luas permukaan bertambah dua kali ganda, heretan bertambah dengan ganda dua.

3. Hukum Newton ke 3 (aksi dan reaksi) Bagi setiap tindakan, (aksi) terhadap tindak balas (reaksi) yang sama magnitud tetapi arah yang berlawanan. 'The effort to making the conoe-bodypaddle unit mov~ is generated in human body'. The princip of action and reaction showed clearly that a downward and reaward strike of the blade into the water equally balanced by upwart and body thrust of the body in the canoe'.

4. Putaran. Pemilihan mata dayung yang berbentuk susuk (curved) Iebih baik dari mata rata. Dapat meminimakan pembentukan buih dan putaran.

5. Sudut Sudut mempengaruhi kelancaran pergerakan kayak. lanya dapat

mengurangkan rintangan air terhadap kayak .

KESELAMATAN BERKAYAK

Panduan Am Pastikan memberitahu pihak berkuasa. Pastikan semua alatan mencukupi dan selamat digunakan . Tentukan jarak ekspedisi. Tuju ke tempat yang ditentukan. Sekiranya tersesat, peserta dinasihatkan berpatah balik atau Peserta hendaklah bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan

bertanya. seperti kayak terbalik, dayung patah atau pasangan mengalami keeederaan. Memulakan dan menamatkan ekspedisi di tempat yang selamat. Membawa bekalan makanan yang secukupnya. Sewaktu berkayak di laut, peserta digalakkan mengikut atau

menyusur pantai Sekiranya berkayak di sungai dinasihatkan menyusur tengah sungai.

Keadaan cuaca, ombak, tiupan angin dan pasang surut air. lkut arah arus air dan pastikan arah pukulan ombak.

Keselamatan 1 ( persediaan diri dan tanggungjawab) Jangan berkayak secara bersendirian. Mempunyai pengetahuan asas mengenai formasi. Berkebolehan asas berenang. Jaket keselamatan dan alatan yang penting dan mencukupi. Mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengan alam semula jadi.

Keselamatan 2 ( kayak dan alatan ) Pilih kayak yang bersesuaian. Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan selamat

digunakan. Pastikan jaket keselamatan berkeadaan balk dan mempunyai wisel

yang mesti berfungsi dengan baik.

Keselamatan 3 ( peralatan kumpulan ) Peti keselamatan ( First Aid Kit), tali, dan peti keselamatan. Makanan dan minuman secuikupnya. Graunds Sheet dan flysheet atau poncho.

Peralatan persendirian Topi, pakaian yang sesuai, wisel ( penting untuk memberi isyarat

kecemasan apabila beriaku kecemasan atau ketinggalan jauh semasa menyertai kumpulan berkayak.

Lampu suluh, peralatan memancing dan 'snorkeling'. Baju hujan.

Persediaan berkayak. Aktiviti kelonggaran dan regangan. Pemeriksaan peralatan berkayak.

Kaedah penyelamat. 1. Menyelamatkan diri sendirL Ikut kayak dan releks, iuruskan kaki dan keluar dari kayak. Di dalam air, cuba pegang mana - mana bahagian kayak . Ketika di air, cari bahagian 'cockpit' dan masuk semula ke dalam kayak. Anda boieh bernafas dari daism kayak . Depakan tangan dan betuki<an bahagian bawan kayak (hull) sebanyak tiga kali. Inl akan memberikan isyarat kepada rakan !ain bahawa kita berada di dalam keadaan selamat .Seterusnya mereka akan merancang pergerakan penyeiamat. Jika kayak dipenuhi air, secara serentak kedua-dua peserta hendaklah mengangkat kayak sedikit dari aras air dan menolok tangan dengan pantas. In! akan membetulkan kayak semuia . Seorang peserta akan menjaga kestabilan kayak sementara rakannya akan cuba memanjat untuk menaiki kayak.

2. X Rescue . Cara ini dii lakukan jika hanya sebuah kayak yang datang membantu.

Kedua- dua mengsa akan berpaut pada kayak penyelamat (masing masing di bow dan stern) . Bowman penyelamat akan menarik kayak mangsa keatas kayaknya sementara 'stemman' mengimbangi kayak. Ketika kayak berada di atas, air akan keluar dari bahagian depan kayak. Setelah semua air keluar, ianya dibetulkan dengan membalikkannya. 3. H Rescue . Ini dilakukan jika terdapat dua atau lebih kayak yang ada . Rafting bqleh dibuat jika terdapat banyak kayak. Sekiranya terdapat dua kayak, kedua - dua kayak penyelamat akan berada di sisi kayak yang terbalik seolah-olah membentuk huruf H . 'Bowman' kedua- dua kayak tersebut akan memegang hujung kayak mangsa dan membalikkan semula untuk mengeluarkan air. Stemman' akan membantu mengimbangi kayak. 4. H I Rescue .

Stemman' kayak A dan B akan memegang pendayung kepada satu sama lain . Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung - pendayung tersebut. Buang air dengan meninggikan dan merendahkan hujung kayak . Letakkan semula kayak C kepada kedudukan asal dan turunkan semula ke air.

Rajah 1 : X Rescue

Rajah 2 : H Rescue

Rajah di atas menunjukkan jenis dan kaedah menyelamat.

You might also like