You are on page 1of 30

SAINAL BIN SULAIMAN 208594 RAZALI BIN BAHAR 208631 TUAN MOHD FIKRIE B.

B.TUAN JUNUS 208703 AHMAD MARWAN BIN HASHIM 208619

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.

Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat di pinggiran sungai. Masyarakat dahulu telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu dugout.

1) Kayak jenis Creek Boat Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan.

2) Kayak jenis Polo Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.

3) Kayak jenis inflatable Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. Kayak jenis ini perlu di pam angin sebelum digunakan.

4) Kayak jenis Squirt Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruang didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

5) Kayak jenis Sprint Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.

6) Kayak jenis Slalom Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.

7) Kayak jenis Downriver. Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom

8) Kayak Sea
Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. Kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.

9) Kayak Sit on Top Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikemudi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). Kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.

Bow (hadapan) Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan. Stern (belakang) Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang. Deck (bahagian geladak atas) Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles Toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak. Cockpit (ruang legar tempat duduk) Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak. Coaming Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk) Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. Footrest (tempat rehat kaki) Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. Hull Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel Jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung. Hatches (tempat ruang simpan barang) Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.

Blade (Bilah mata dayung) Blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.

Tip (pelindung mata dayung) Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan. Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung) ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung. Neck (leher Pendayung) bahagian pencantuman antara blade dan shaft.

Drip Ring (bulatan Getah) bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memiliki Drip Ring Front Of Blade (Permukaan Dayung) Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air. Back of Balde (Belakang Dayung) bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Bahan Buatan Pendayung Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu PRESTASI dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada kayu Playwood (kayu lapis) Fibreglass (gantian kaca) Carbon/kevlar plastik

Berdayung (paddling) adalah satu gerak yang dilakukan oleh anggota kayak (canoeist) bagi menggerakan kayak sama ada dari satu tempat ke tempat yang lain atau dari suatu posisi ke satu posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang wajib kepada setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan kegiatan kayak.

Sebelum anda mula berdayung, terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayung (paddle) dengan cara yang betul. - ketika memegang Shaft/bar (batang paddle) hendaklah dengan kedua belah tangan. Pegangan ini jangan lah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk mengerak-gerakkan ketika berdayung. - Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu.

- Posisi badan hendaklah dibawa ke belakang seberapa mungkin supaya bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada dalam keadaan yang selesa. - Apabila berdayung kedudukan bilah dayung (blade) mestilah keseluruhannya berada dalam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak dapat diperolehi. kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.

-Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya. Kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang. -Beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah dari satu pegangan ke pegangan yang lain supaya otot boleh direhatkan.

You might also like