You are on page 1of 6

JENIS-JENIS KAYAK DAN FUNGSINYA

1) Creek Boat

Fungsinya :
 Creek Boat, berguna untuk yang baru menceburi atau mengenal olahraga dayung
karena stabil dan mudah dikendalikan.

2) Kayak Polo

Fungsinya:
 Hampir sama dengan Creek Boat tetapi bahagian belakangnya lebih leper bagi
memudahkannya memotong air untuk berpusing.
 Kano Polo ini khusus digunakan di kolam renang atau danau yang tenang.
3) Inflatable Kayak

Untuk Dua Orang

Untuk Seorang Sahaja

Fungsinya:
 Gabungan dari getah dan fiber, bentuknya besar, bulat dan panjang. Daya apung
tingi, stabil dan ringan, cocok untuk pemula
 kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam
angin sebelum digunakan.
4) Kayak Squirt

Fungsinya:
 Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras.
 kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki
pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia
mampu menyelam.
5) Kayak Sprint

Fungsinya:
 Digunakan untuk pertandingan. Berbentuk panjang, kecil dan tirus dibawahnya,
sangat laju dan lurus, pendayung kayak jenis ini harus mempunyai keseimbangan
yang baik.

6) Kayak Slalom

Fungsinya:
 Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek
dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang
Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang
demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.
7) Kayak Downriver

Fungsinya:
 Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck
leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.

8) Kayak Sea

Fungsinya:
 Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa
mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi.
 kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan
semasa melakukan aktiviti. Di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.
9) Kayak Sit on Top

Fungsinya:
 Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar
untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll )
 kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini
telah direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.

You might also like