You are on page 1of 8

KEMBARA REKREASI ( KAYAK)

TAJUK : KONSEP DAN DEFINISI KAYAK

NAMA PENSYARAH : ENCIK AZIZUL BIN ABDUL RAHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. NUR ZULAIKHA ILYANA BINTI MOHD ZAINAL (I 17302491)


2. SITI NUR SHAHIDA BINTI MAT LEH (I 18102963)
3. LOW SWEE YIN (I 18102862)
4. AIN INSYIRAH BINTI NAZIR ( I 17302517)
5. FARHAN DANIEL BIN MOSES@MOHD FIRDAUS SUNKA (I 18102569)
6. MOHAMAD ARIFF HAQEEMI BIN R.AZAMI (I 18102546)
DEFINISI KENU
• Merangkumi semua kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamanya
• Digerakkan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
• Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
• Menggunakan sebilah mata dayung dan didayung secara melutut.
DEFINISI KAYAK
• Merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
• Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup
• Menggunakan dua mata dayung dan didayung secara berlunjur.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK
• Dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland.
• Kayak digunakan untuk memburu dilautan Artik.
• Kebanyakan kawasan penempatan manusia zaman dahulu adalah di pinggir
sungai.
• Jalan air merupakan sumber pengangkutan utama.
• Mereka yang tinggal di kawasan hutan tropika menebuk/membakar teras
kayu-menjadikan kanu dugout.
• Di Eropah, hutannya terdiri daripada kayu-kayu lembut yang mempunyai kulit kalis air. Mereka membina kerangka
kenu daripada kayu dan dindingnya daripada kulit kayu birch dan dinamakan kenu Canadian.
• Di Artik mereka menggunakan kayu/tulang haiwan sebagai rangka kanu dan disaluti dengan kulit haiwan seperti
ikan paus dan anjing laut . Ia dinamakan sebagai Inuit/Kayak Eskimo.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA
• John MacGregor - seorang pelaut British berbangsa Scott.
• Mengembara ke serata dunia dan telah melihat teknik orang Eskimo
membina dan mengendalikan kayak.
• Tahun 1865, beliau mencipta kayak moden dinamakan Rob Roy berdasarkan
kayak di Artik dan menggunakannya untuk menjelajah sungai-sungai di Eropah
dari tahun 1865 hingga 1867.
• Tahun 1866, kelab kanu pertama di dunia ditubuhkan di
Twickenham,England. Ia bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu
di seluruh England.
• 7 tahun kemudian ia dianugerahkan gelaran ‘Diraja’ oleh Ratu Victoria.
• Persatuan Kanu British ditubuhkan tahun 1887 dan berperanan besar
memgembangkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia.
• Menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) yang terkenal dan terulung di dunia selepas
Perang Dunia Kedua.
• Van Claussen-seorang Amerika mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu
bertaraf dunia.
• ‘International Representanten Shaft Des Kanusport’ (IRK) telah ditubuhkan pada 20
Januari 1924 di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai 19 buah negara.

Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan ‘Eskimo Roll’
pada tahun 1927. Teknik ini dipelajari beliau dari penduduk Artik bertujuan untuk
menaikkan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya.
Tahun 1924 aktiviti pertandingan kayak mula berkembang. Acara pecut telah
diperkenalkan sebagi acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke VII di Paris.
Tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik
Berlin.
Tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva
SEKIAN , TERIMA
KASIH

You might also like