You are on page 1of 27

BUKU LOG HBU 125

NAMA : NO MATRIK : KOD PROGRAM : TAJUK TUGASAN :

Isi kandungan

BIL
1 a) b) 2 3 4 5 6 7 8 9 a) b) 10 11

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DI DUNIA SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAN DI MALAYSIA PERBEZAAN ANTARA KAYAK DAN KENU JENIS-JENIS KAYAK JENIS-JENIS PADLE JENIS-JENIS LIFE JACKET CARA-CARA MEMBAWA KAYAK PERALATAN BERKAYAK TUJUAN RAFTING ANATOMI : ANATOMI KAYAK ANATOMI PADLE ISYARAT KETIKA BERKAYAK PENUTUP

HALAMAN
3 4-5 6-7 8-9 10-13 14 15 16 17 18

19-20 21 22-25 26

Pengenalan

Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Selain itu bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna-Nya. Seterusnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih saya iaitu Tuan Mahayuddin Yeop Ahmad kerana banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu beliau juga banyak memberikan teguran sepanjang tugasan ini disiapkan. Seterusnya tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Walaupun mereka jauh mereka tetap memberikan sokongan kepada saya dalam menyiapkan setiap tugasan saya. Terima kasih kerana memberikan modal dalam menyelesaikan tugasan ini dengan sempurnanya. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang banyak memberikan komen-komen dan idea-idea yang bernas sepanjang menyiapkan tugasan ini Sekian, wassalam.

Sejarah perkembangan kayak di dunia.

Aktiviti kanu dan kayak sebebarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang bernama John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya, kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, tetapi kini ia menrangkumi aspek yang lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan. Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak, beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden. John MacGregor adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk, beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi ialah tentang bagaimana orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867, beliau telah menjelajah hampir kesemua sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ciptaannya ini. Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama di kalangan pelayar dan golongan atasan British. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan ramai pengiat aktiviti kayak. Persatuan Kanu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua, namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia. Van Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, International Representanten Shaft Des Kanusport (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah negara. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila Pawlata dar iAustria memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan Eskimo Roll Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik i ni bertujuan untuk menaikkan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar darinya. Di sinilah bermulanya perkembangan teknik gulingan yang lain.

Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawal pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukan Paris. 12 tahun kemudiannya, iaitu pada tahun dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva.

tahun 1924 di mana di Sukan Olimpik ke 1936, acara pecut Berlin. Pada tahun

acara Vll di telah 1949,

Awal tahun 60-an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu, perkembangan pertandingansukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg hinggalah ke acara rodeo.

Sejarah perkembangan kayak di Malaysia


Di negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan pedagangan. Antara kanu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dikalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu dikalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu juga dipraktikan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara. Sekitar tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktiviti kayak negara. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an Penang Canoe and Recreation Club telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan di Malaysia. Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke seluruh Malaysia. Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke seluruh negara. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya. Aktiviti kayak telah tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaraan sejauh 1846 km telah mengambil masa selama 63 hari. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan aktiviti kayak negara. Cabaran-cabaran kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi merentas lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor ke Riau, Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspedisi-ekspedisi yang telah dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa.

Acara pertandingan kanu pula diperkenalkan seawal tahun 1980 an di PulauPinang. Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di Taman Negara. Tahun 1992 mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di Johor Bharu. Acara menuruni jeram dan salom telah diperkenalkan pada tahun 1994 dalam Kejohanan War On Water di Jeram Besu, manakala acara kanu polo pula telah diperkenalkan pada tahun 1995. Seiring dengan perkembangan aktiviti berkayak sebagai satu disiplin sukan , atlit-atlit kayak Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahmad dari Johor telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olompik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan SEA 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama mereka di arena Sukan SEA. Aktiviti berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan. Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum. Antara universiti yang bergiat menjalankan aktiviti berkayak ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarbangsa dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama diAsia memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras di dalam kurikulumnya.

Perbezaan kayak dan kanu

BIL.

PERBEZAAN KAYAK KANU Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.

1.

Kayak merupakan pecahan daripada keluarga kanu.

2.

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.

Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka. Bilah kanu dikayuh dengan

3.

Kayak dikayuh menggunakan

dua bilah mata dayung di sebelah menggunakan satu bilah mata kiri dan kanan. 4. Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara berlunjur. 5. Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus dayung. Semasa menunggang kanu pula, bilah perlu di dayung secara duduk berlutut. Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan ata ke kiri
8

di dayung tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan. 6. Bilah di dayung menggunakan kedua-dua belah tangan pada kanan dan kiri kayak pada satusatu masa. 7. Contoh: kayak polo

untuk mendayung.

Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di kiri atau kanan pada satu masa.

Contoh: sampan

Jenis-jenis kayak

1) Kayak jenis Creek Boat

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan. 2) Kayak jenis Polo

Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.

10

3) Kayak jenis inflatable

Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan. 4) Kayak jenis Squirt

Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

11

5) Kayak jenis Sprint

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.

6) Kayak jenis Slalom

Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.

12

7) Kayak jenis Downriver.

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom

8) Kayak Sea

Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi. 9) Kayak Sit on Top

Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubanglubang khas untuk menghindarkan takungan.

13

14

Jenis-jenis life jacket


1. OFFSHORE LIFE JACKET Life jacket ini di design untuk keadaan survival di laut terbuka yang ganas. Dirancang untuk menjaga wajah survivor yang pengsan tetap menengadah ke atas, mengapung di permukaan air. Mempunyai daya apung yang besar sehingga memungkinkan survivor tetap mengapung selama menunggu saat penyelamatan. Life jacket ini sesuai di gunakan untuk berkegiatan di tempat yang jauh dari jangkauan, yang memerlukan waktu lama bagi team rescue utk mencapai survivor. 2. BOUYANT VEST Life jacket jenis ini tersedia dalam berbagai ukuran, untuk anak-anak mahupun orang dewasa, dan biasanya digunakan untuk berkegiatan di sungai baik yang berarus deras (white water) maupun yang berarus tenang. Jenis ini lebih lentur dan lebih murah dibandingkan offshore life jacket. Bantalan kepala pada life jacket ini berfungsi untuk meredam benturan pada saat tercebur di sungai berarus deras, dan berfungsi untuk menjaga wajah survivor yang pengsan tetap menghadap ke atas menjauhi permukaan air. Meski demikian, life jacket ini sebaiknya digunakan di tempat-tempat dimana team penyelamat bisa datang menolong dengan cepat. 3. FLOTATION AID Life jacket yang satu ini termasuk pelampung yang nyaman dikenakan, biasanya dipakai dalam kegiatan olahraga air atau kegiatan berperahu pada sungai atau danau yang berarus tenang. Sangat disarankan untuk memakai pelampung jenis ini pada perairan yang mudah dijangkau team penyelamat kerana tidak mampu untuk menampang kepala survivor yang pengsan. Pelampung jenis ini tersedia dalam berbagai ukuran dan model serta warna yang menarik. 4. SPECIAL USE DEVICE Life jacket ini termasuk dalam kategori pelampung khusus yang bisa di pakai sembari bekerja di atas kapal. Biasanya digunakan oleh nelayan dan para pekerja dilaut lepas. Di dalamnya ditambahkan pelampung udara sehingga daya apungnya boleh di tambah bilamana diperlukan.

15

CARA-CARA MEMBAWA KAYAK


Terdapat beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak. antara kaedah-kaedah tersebit adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan, kelekan di pinggang Berpasangan, pikulan di bahu berpasangan. Pikulan di bahu berseorangan. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung. Kelekan di pinggang berpasangan. Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat. Pikulan di bahu berpasangan. Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun,kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh. Angkat menggunakan tangan Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.

16

Kelengkapan/peralatan berkayak

Terdapat beberapa kaedah yang betul dan senang untuk mengangkat kayak. antara kaedah-kaedah tersebit adalah kaedah pikulan di bahu secara berseorangan, kelekan di pinggang Berpasangan, pikulan di bahu berpasangan. Pikulan di bahu berseorangan. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung. Kelekan di pinggang berpasangan. Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat. Pikulan di bahu berpasangan. Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun,kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh. Angkat menggunakan tangan Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.

17

Tujuan rafting
Setelah jauh mengayuh kayak, para penunggang kayak secara kumpulan biasanya akan membuat rafting. Seorang peserta akan mengangkat paddlenyasecar menegak. Terdapat beberapa tujuan penunggang kayak melakukan rafting. Antara tujuan tersebut adalah : -ahli kayak mendapat rehat sementara meneruskan perjalanan setelah penat mengayuh. -ahli kayak yang lain yang ketinggaln di belakang kita.

samada dari depan ke belakang atau dari belakang ke depan.

uk memberi amaran kemungkinan ada bahaya di hadapan. -ahli kayak makan ataupun minum setelah sekian lama berkayak.

-cara lain semasa berkayak misalnya cara untuk membuang air yang masuk ke dalam kayak.

18

Anatomi kayak
Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak. Bow (hadapan) Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan. Stern (belakang) Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang. Deck (bahagian geladak atas) Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck. Toggles toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak. Cockpit (ruang legar tempat duduk) Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak. Coaming Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover. Seat (tempat duduk) Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. Footrest (tempat rehat kaki) Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. Hull Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak. Keel jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

19

Hatches (tempat ruang simpan barang) Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.

20

Anatomi paddle
Blade (Bilah mata dayung) blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya. Tip (pelindung mata dayung) Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan. Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung) ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung. Neck (leher Pendayung) bahagian pencantuman antara blade dan shaft. Drip Ring (bulatan Getah) bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memiliki Drip Ring Front Of Blade (Permukaan Dayung)Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air. Back of Balde (Belakang Dayung) bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung. Bahan Buatan Pendayung Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu PRESTASI dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.

21

Isyarat ketika berkayak Tangan Pendayung


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Berhenti Rafting atau berkumpul Ke kiri Ke kanan Kecemasan Panggil balik atau call off Ke hadapan

22

23

24

25

penutup
Secara keseluruhannya, daripada program Pendidikan Luar ini dapat melahirkan individu yang mempunyai pelbagai pengetahuan, kesedaran dan amalan serta menghayati hubungannya dengan persekitaran dan alam semulajadi. Sikap dan tingkahlaku yang terpuji bahawa alam semulajadi dan persekitaran adalah ciptaan dan anugerahNya kepada manusia.

Sehubungan dengan itu juga, individu itu juga dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan persekitan. Mengamalkan sikap dan bertingkahlaku yang terpuji setiap kali menggunakan sumber alam semulajadi dan persekitaran. Sentiasa menghayati dan mengamalkan tanggungjawab kepada alam semulajadi di mana merupakan tanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Selain dapat memberi pengalaman kepada para pelajar, Pendidikan Luar juga dapat menerapkan strategi pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar dalam menghadapi masalah pembelajaran yang semakin mencabar dan canggih. Dengan penggabungjalinan antara pembelajaran primitif dan alternatif seperti ini dapat memupuk minat pelajar terhadap pelajaran.

26

27

You might also like