You are on page 1of 16

PAJSK

2 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

2


Modul Pelaksanaan PAJSK.

1. Pendahuluan.

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti pasukan badan
beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti
luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan
aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pada masa ini sekolah
menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan
dan kelab sukan/permainan. Setiap murid diwajibkan menganggotai sekurang-
kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk subperaturan 5.1
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS) 8591/Jld. 11 (29) bertarikh 2
Januari 1985.

1.2 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada
membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-
murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza.
Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi
dan keperluan sesebuah sekolah.

1.3 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian
Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan
format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan
kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan
sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid ke institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan.


3 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

3


1.4 Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu menggunakan panduan
penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain dengan
syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku
Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan serta Buku Panduan Pelaksanaan
Dasar 1Murid 1Sukan, Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.



2. Rasional.

2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan murid di sekolah untuk kemasukan ke
Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Setelah
dilaksanakan, sistem penilaian perlu dibuat penambahbaikan bagi memudahkan
lagi pemahaman guru tentang penilaian murid dalam kegiatan kokurikulum dan
penggalakkan aktiviti sukan. Selaras dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah dan Dasar 1Murid 1Sukan, penilaian bagi kegiatan
kokurikulum dan sukan dikaji semula. Dengan mengambil kira kepentingan
kegiatan kokurikulum dan sukan, penilaian kegiatan ini wajib dinilai dan
pemarkahan bagi ketiga-tiga bidang iaitu Sukan dan Permainan, Pasukan
Badan Beruniform serta Persatuan dan Kelab wajib diambil kira dalam
penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan kemasukan ke
sekolah berasrama penuh dan yang setara.

2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan boleh merangsang murid-murid untuk
bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah. Semua
murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana
penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum dan sukan boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita
mereka.


4 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

4



3. Objektif.

3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum dan sukan yang boleh
diterima pakai oleh semua sekolah
3.2 Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat
penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi tersebut.
3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid
dalam aktiviti kokurikulum dan sukan


4. Garis Panduan Semasa melaksanakan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan
Sekolah.

4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut:

5.1.1 Perancangan yang jelas
5.1.2 Tempat penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.
5.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan.
5.1.4 Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.
5.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh KPM dan
agensi luar.

5.2 Gambar murid mesti dilekatkan pada Buku Rekod Penilaian Kokurikulum dan
Sukan murid/pelajar.

5.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan
Sekolah Menengah.

5.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan
menyerahkan data pencapaian murid/pelajar.

5.5 Mengadakan taklimat kepada guru penasihat/pemimpin dan guru kelas.


5.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

5 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

5

5.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan Badan
Beruniform, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan/Permainan.

5.8 Melantik guru sebagai guru penasihat/pemimpin bagi kelab Sukan/Permainan,
Kelab dan Persatuan serta Pasukan Badan Beruniform.

5.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemahiran dalam sesuatu bidang
menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

5.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

5.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

5.12 Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah boleh disediakan dalam
dua bentuk seperti berikut :

5.12.1 Dalam tempoh 3 tahun (bermula dari Tahun Empat hingga Tahun Enam);
dan
5.12.2 Dalam tempoh 8 tahun (bermula dari kelas Peralihan hingga ke
Tingkatan Enam Atas); atau
5.12.3 Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun :
5.12.3.1 Bermula dari kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga
5.12.3.2 Bermula dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam Atas


6. Apa yang akan ditaksir ?

Kehadiran dalam latihan, pada hari acara atau aktiviti
Jawatan dipegang seperti ahli jawatankuasa di peringkat sekolah, daerah
atau negeri
Penglibatan dalam peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah
dan sekolah
Mewakili pasukan, rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau negara
Nilai-nilai murni yang ditunjukan sebelum, semasa dan selepas acara
atau aktiviti
Pencapaian dalam sukan, permainan, dan pertandingan
Sumbangan murid daripada aspek teknikal, pengurusan, dan sokongan

6 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

6

7. Kaedah pemberian nilai skor sukan dan kokurikulum

Hanya MARKAH YANG TERTINGGI sahaja dari setiap aktiviti sukan dan kokurikulum
diambil kira untuk tujuan pentaksiran. Walau bagaimana pun semua aktiviti yang
disertai murid akan direkodkan bagi:

Menggalakkan insentif kepada semua murid mendapat imbuhan yang
setimpal dengan penglibatan dalam aktiviti berkenaan.
Mendorong semua murid terlibat dalam aktiviti bagi mendapat tahap
pencapaian yang tertinggi dalam aktiviti yang dirancang pihak sekolah
dan pertubuhan yang berkaitan.


8. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai
panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan,
kokurikulum dan ekstra kurikulum.

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk
melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan
bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep 1 Murid 1 Sukan, pembangunan modal
insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.







7 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

7


9. Komponen PAJSK
PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstra
kurikulum seperti dalam Rajah 9.1.

















9.1.1 Pentaksiran SEGAK

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut
tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard
yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada
empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa"
dan "Jangkauan melunjur".

a. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal
murid
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)
BMI
SEGAK KOKURIKULUM SUKAN
EKSTRA
KOKURIKULUM
Body Mass
Index (BMI)

Merekodkan
tentang
ketinggian dan
berat badan
bagi
menentukan
tahap jisim
badan

Standard
Kecergasan
Fizikal
Kebangsaan
(SEGAK)

Mengukur tahap
kecergasan

Penyertaan,
Penglibatan
dan
Pencapaian
dalam aktiviti
sukan:
-Sekolah
-Daerah
-Negeri
-Kebangsaan
-Antarabangsa
Penyertaan,
Penglibatan dan
Pencapaian
dalam:
-Kelab
-Persatuan
-Unit Beruniform

Penyertaan,
Penglibatan
dan
Pencapaian
dalam aktiviti
ekstrakurikulum
:
-Sekolah
-Daerah
-Negeri
-Kebangsaan
-Antarabangsa
Rajah 9.1 Komponen PAJSK
8 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

8

b. Konstruk yang diukur
i. Perkembangan fizikal murid
ii. Kecergasan
iii. Senaman
c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK

i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada
pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat.

iii. Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti
SEGAK dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK.


9.1.1.1 Pentaksiran BMI

BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan
ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass
Index (BMI).

a. Objektif Pentaksiran BMI

i. Mengukur BMI murid
ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan
ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.

b. Konstruk yang diukur
i. Tinggi
ii. Berat
iii. Tafsiran BMI
9 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

9


Pelaksanaan Pentaksiran BMI

i. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu
pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun
semasa

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan
terlibat

iii. Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta
merekod dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh LPM.

iv. Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh
aplikasi PAJSK secara automatik apabila diperlukan.


9.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur
aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia yang bertujuan membangun modal insan dalam usaha
memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid.
Pentaksiran Sukan dan Pentaksiran Kokurikulum dalam PAJSK mengandungi
konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa.

Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan yang
mempertingkatkan kemahiran yang melibatkan aktiviti fizikal dan ketahanan
mental.

Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan
pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan
atau antarabangsa. (Jadual 9.1 menunjukkan Aspek Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)
10 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

10



a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor
kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid

b. Konstruk yang diukur

i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan d an
kokurikulum

c. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum

i. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara
berterusan sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian
guru atau berkala mengikut jadual yang ditetapkan oleh
sekolah, PPD atau JPN

ii. Semua murid peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat

iii. Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan
Borang Rumusan Aktiviti Sukan/Kokurikulum (Lampiran C) dan
memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan


iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK
secara automatik apabila diperlukan

v. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum
adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 9.2



11 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

11




Jadual 9.2 Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum


Aspek
(110 Markah)

Penglibatan
(50 Markah)
Penyertaan
(40 Markah)
Prestasi
(20 Markah)


Elemen Elemen Elemen

Khidmat
Jawatan Peringkat Komitmen Sumbangan Kehadiran Pencapaian


Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor

10 20 10 10 40 10
1 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

1




9.1.3.1 Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum
Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum merupakan satu usaha
untuk
mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk
aktiviti bermanfaat di luar dan di dalam waktu persekolahan yang
tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstra kurikulum
merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji,
membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal
untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.

a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum adalah
mengumpul maklumat dan member kurikulum murid.

b. Konstruk yang diukur

I. Perkhidmatan
II. Anugerah daripada badan-badan lain.
III. Khidmat masyarakat.
IV. Program NILAM

c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum


i. Pentaksiran Aktiviti Ekstra kurikulum dilaksanakan
secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada
bila -bila masa di luar waktu persekolahan selepas
aktiviti ekstra kurikulum dijalankan
ii. Semua murid peringkat menengah rendah terlibat
secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid
dalam aktiviti ekstra kurikulum adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaIkhtga.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2000, bertarikh 30
Mac 2000 dan 10 Mei 2000)
2 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

2



iii. Pengesahan aktiviti ekstra kurikulum murid hendaklah
dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur
iv. Guru merekod aktiviti ekstra kurikulum menggunakan
Borang Pelaporan Ekstra kurikulum (BPE; Lampiran
D) dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
v. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi
PAJSK secara automatik apabila diperlukan
vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstra kurikulum
adalah
berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan,
anugerah daripada badan -badan lain, khidmat
masyarakat dan program NILAM


Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 9.3


Jadual 9.3 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstra
Kurikulum

Aspek Element Skor
Perkhidmatan Jawatan 10
Anugerah Rujuk dokumen anugerah 10
Khidmat Masyarakat Komitmen 10
NILAM Rujuk dokumen NILAM 10








3 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

3


10. CARTA ALIRAN PENGISIAN BORANG KEHADIRAN DAN PEREKODAN DALAM
APLIKASI PAJSK



10.1 Peraturan mengisi borang rumusan aktiviti sukan dan kokurikulum

Borang rumusan aktiviti sukan/ kokurikulum (Lampiran C) menggunakan
format borang yang sama
Satu borang hanya untuk satu aktiviti sahaja
Setiap butiran tentang keterlibatan murid dalam aktiviti sukan / kokurikulum
hendaklah diisi oleh Ketua Guru Penasihat Sukan/Kokurikulum di akhir
program aktiviti/perjumpaan dalam Borang Rumusan Aktiviti Sukan dan
Kokurikulum (Lampiran C)
Setelah borang rumusan diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh
murid dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat Sukan/ Kokurikulum dan
menyerahkan kepada Guru Kelas
Borang rumusan tersebut yang telah dilengkapkan hendaklah dikey-in oleh
Guru Kelas dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran, perekodan dan pelaporan

4 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

4


10.2 Carta alir peraturan mengisi borang rekod aktiviti sukan




0.3 Carta alir peraturan mengisi borang rekod aktiviti kokurikulum


10.4 Peraturan Mengisi Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum


5 | M O D U L P E N D I D I K A N J A S M A N I

5




Ketua Guru Penasihat hendaklah mengira penyertaan berdasarkan kepada
BORANG REKOD KEHADIRAN (LAMPIRAN B) dan merekodkan ke dalam
BORANG RUMUSAN AKTIVITI EKSTRA KURIKULUM (LAMPIRAN D
Satu borang hanya untuk satu aktiviti sahaja
Setelah borang rumusan diisi dengan lengkap hendaklah ditandatangani oleh
murid dan disahkan oleh Ketua Guru Penasihat dan Penganjur / pihak yang
berkenaan
Borang rumusan tersebut yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada
guru kelas untuk tujuan key-in dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan penskoran.

You might also like