You are on page 1of 3

RASUAH AMALAN TERLARANG DI SISI ISLAM DAN NEGARA

http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/12/rasuah-amalan-terlarang-dalam-islam-dan-
negara/

3 Votes


RASUAH memusnahkan hidup! Dalam sekelip mata seorang yang dihormati boleh menjadi hina, bahkan maruah
bangsa dan negara akan tercalar. Boleh dikatakan setiap hari akhbar melaporkan mengenai perbuatan rasuah
yang dilakukan pihak tertentu termasuk pemimpin politik.

Walaupun masyarakat memahami sebagai amalan biasa, sedar atau tidak rasuah adalah satu bentuk jenayah
dan mereka yang terbabit berdepan tindakan serta hukuman. Sudah ramai menerima akibat daripada amalan
rasuah, sehingga ada kehilangan jawatan dan harta, malah terpaksa menghabiskan sisa hidup di penjara.
Mereka yang terbabit dengan rasuah juga akan dikenakan hukuman di akhirat kelak, sebagaimana ditegaskan
Nabi s.a.w dalam satu hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud:

Rasuah selalu disebut dalam masyarakat majmuk di negara ini. Tetapi apakah sebenarnya rasuah dan sejauh
mana ia difahami? Menurut sarjana, ia berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud
sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan. Asal perkataan itu daripada
rasha yang bermakna tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi. Kamus Dewan
mendefinisikan rasuah sebagai pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk
rusuk (sogok, suap). Berasaskan pengertian itu, rasuah boleh diertikan juga dengan istilah makan suap dan
memberi/menerima sogokan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan ialah korup/korupsi daripada
perkataan Inggeris corrupt/corruption.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan pengertian suapan dalam konteks yang lebih
luas, iaitu:
Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu
apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk
memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama
ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau
ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang
bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau
menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan
mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
Menurut suruhanjaya itu, kesalahan rasuah membabitkan perbuatan meminta atau menerima rasuah, menawar
atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.
Dalam Islam, amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersekutu dengannya seperti penipuan,
penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan pemalsuan dilarang sama sekali. Ayat 188 daripada surah
al-Baqarah bermaksud:

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis bermaksud:

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2008, membabitkan kajian di 180 negara menunjukkan
Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi pada tangga teratas dengan skor 9.3. Somalia ditangga tercorot
(1.0), sementara Malaysia berkongsi dengan Jordan, Hungary, Costa Rica dan Cape Verde di tangga ke-47
dengan skor 5.1. Skor 10 menunjukkan sangat bersih manakala skor kosong amalan rasuah yang teruk.
Walaupun tidak diketahui sejauh mana penilaian yang dilakukan pertubuhan terbabit, ia sedikit sebanyak
memberikan suatu tamparan kepada dunia Islam kerana gagal mendapat kedudukan sebagai negara yang paling
bersih. Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bidang dengan tidak mengira tempat dan keadaan. Secara
umum ia membabitkan empat disiplin iaitu politik, ekonomi, sosial dan persekitaran.
Bagaimanapun, menurut pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity, tanpa mengira tahap
pendapatan, ancaman korupsi pertama mendepani majoriti negara ialah aliran wang tanpa aturan dalam
proses politik. Keputusan itu adalah hasil daripada kajian pihak terbabit di 57 negara di dunia, yang
dikeluarkan dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Di Malaysia ketika ini undang-undang baru pencegahan rasuah turut membolehkan saudara-mara terbabit atau
bersubahat dengan penerima rasuah akan menerima tindakan dan nasib sama dengan orang dituduh
berdasarkan peluasan tafsiran saudara.
Justeru, dengan adanya peruntukan itu, sudah sewajarnya bagi mereka yang bercita-cita untuk mendapatkan
kepentingan peribadi melalui cara tidak sah memikirkan akibatnya berkali-kali, mahu atau tidak. Dengan ini
adalah disarankan supaya umat islam berpegang teguh dengan ajaran islam yang sebenarnya kerana Agama
Islam lah membawa kita ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

oleh: Lokman Hashim, mutiaraislam.wordpress.com
About these ads

You might also like