You are on page 1of 2

Rasuah merupakan isu yang hangat diperkatakan dewasa ini dalam pelbagai aspek

bidang. Kerajaan memandang serius tentang permasalahan ini kerana rasuah


memberikan impak yang paling besar dalam masyarakat yang boleh menggugat
negara. Lantaran itu, ianya perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Pelbagai faktor
dikesan yang mendorong kepada berlakunya rasuah samada di kalangan kakitangan
awam ataupun swasta, samada di dalam organisasi ataupun institusi dan pelbagai
sektor lain.

Rasuah adalah sinonim dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungkin diberikan


kepada seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya. Manakala rasuah dilihat
sebagai ganjaran sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu
pemberian. Ada juga yang beranggapan rasuah ialah wang sogokan atau duit kopi.
Mengikut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan
4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah
ialah:

“Menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau


galakkan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk
tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya” .

Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan ke atas negara –negara Asia
termasuk Malaysia, penyelidik telah mengenalpasti beberapa punca masalah ini wujud.
Menurut Quah (1995), di Asia terdapat dua faktor wujudnya masalah ini iaitu keadaan
semulajadi negara-negara tersebut dan keberkesanan kecekapan pemimpin politik
untuk mengenalpasti cara membanteras masalah tersebut. Manakala menurut Palmier
(1985), terdapat tiga faktor penting yang mempengaruhi wujudnya masalah rasuah iaitu
gaji, peluang dan dasar.

Walaubagaimanapun, menurutnya lagi, faktor gaji merupakan faktor utama


berlakunya rasuah di kalangan kakitangan awam memandangkan bahawa gaji yang
diperolehi adalah rendah berbanding kehendak yang diimpikan. Akan tetapi dalam
menangani isu rasuah yang menjadi masalah utama negara ialah dengan berbalik
kepada nilai-nilai agama dalam mewujudkan masyarakat yang berintegiriti dan
mengamalkan bebas rasuah. Justeru itu setiap individu perlu menanamkan dalam diri
beberapa konsep yang dapat menghindari perbuatan rasuah.

Sebagai hamba, manusia telah terikat perjanjian dengan Allah SWT iaitu tuhan
yang menciptakannya. Ibadat solat umpamanya mampu mencegah manusia dari
melakukan maksiat. Ia bertepatan dengan maksud ayat al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah manusia daripada dosa dan kemungkaran”

(al-Ankabut : 45)
Keadaan ini adalah bertepatan dalam membasmi masalah rasuah kerana setiap
manusia yang selalu menghampirkan diri kepada tuhan, akan dapat menjadikan
manusia itu sentiasa meminta pertolongan kepada tuhan dalam setiap situasi
kesusahan tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

Manusia juga perlu sentiasa bersifat ihsan dalam setiap keperluan dan
perbuatan bahawa Allah sentiasa melihat dan mengetahui apa jua yang dilakukan oleh
hambanya. Semua amalan dan perbuatan manusia samada baik atau buruk akan
diperlihatkan di hari akhirat kelak. Justeru yang demikian, sifat ini akan sentiasa
mendorong manusia melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan kerana setiap
manusia telah meletakkan malaikat untuk mengawas dan mencatat apa jua yang
dilakukannya.

You might also like