You are on page 1of 3

1

SEKOLAH MENENGAH SAINT PAUL


89807 BEAUFORT, SABAH

UNIT KOKURIKULUM

PERLEMBAGAAN SUKAN & PERMAINAN: KELAB KOPERASI & PENGGUNA 2011

1.0 NAMA & ALAMAT
1.1 Nama Kelab : Kelab Koperasi & Pengguna
1.2 Alamat : SM Saint Paul,
Peti Surat 53,
89807 Beaufort,
Sabah.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam bidang pengkoperasian dan
kepenggunaan
2.2 Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
bakat kendiri pelajar dalam bidang ilmu perniagaan melalui aktiviti koperasi dan kepenggunaan.
2.3 Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum sekolah bagi merealisasikan misi dan visi
sekolah untuk melahirkan pelajar SM Saint Paul Beaufort cemerlang dalam pelbagai kemahiran,
khususnya kepimpinan dalam kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menerapkan nilai cekap, amanah dan bijak dalam pengurusan kewangan
3.2 Mendedahkan pelajar dengan pengurusan dan aktiviti koperasi dan kepengunaan

4.0 KEAHLIAN
4.1 Keahlian terbuka kepada semua pelajar Sekolah SM Saint Paul Beaufort.
4.2 Permohonan menjadi Ahli Kelab Koperasi dan Pengguna dengan mengisi borang yang
disediakan. Bilangan ahli adalah terhad.
4.3. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan Kelab Koperasi dan Pengguna ini.
4.4 Sebarang permohonan lain untuk menjadi Ahli Kelab Koperasi dan Pengguna hendaklah
melalui dan mendapat kelulusan Pengetua melalui Penolong Kanan Kokurikulum.
4.5 Keahlian boleh terbatal jika Ahli tidak hadir perjumpaan 3 kali berturut-turut tanpa
menyatakan sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah.
4.6 Ketua Guru Penasihat boleh menambahkan bilangan Ahli jika difikirkan perlu dengan
memohon penambahan Ahli daripada Pengetua melalui Guru Penolong Kanan Kurikulum.

5.0 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SM Saint Paul Beaufort.
2

5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasai mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti
apabila difikirkan perlu.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6.0 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat Agung yang
Pertama dan dibubarkan semasa Mesyuarat Agung yang Kedua.
6.2 Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN bagi Ahli yang hadir
Mesyuarat Agung sahaja.
6.3 Ahli JawatanKuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli JawatanKuasa Tingkatan dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
6.4 Ahli JawatanKuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya
tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung dijalankan dengan berpandukan surat kuasa yang telah
diperturunkan kepada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya oleh Pengetua Sekolah.
6.5 Ahli JawatanKuasa yang ingin meletakkan jawatan mesti dan/atau boleh menghantar surat
perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat atau wakilnya dan tidak boleh dipilih dan/atau
dilantik lagi sepanjang tempoh sebagai Ahli Pasukan selepas perletakan jawatannya disahkan
oleh Ketua Guru Penasihat atau wakilnya.
6.6 Ahli JawatanKuasa yang melanggar Undang-Undang Awam dan/atau Peraturan dan Undang-
Undang Pasukan dan/atau telah dikenakan Tindakan Disiplin oleh Pengetua Sekolah
akan dan/atau boleh disingkirkan dari jawatan yang disandang.
6.7 Perkara 6.2 dan Perkara 6.4 hendaklah digunapakai bagi mengisi kekosongan jawatan
tersebut.

7.0 DERMA KEAHLIAN/YURAN/SUMBER KEWANGAN
7.1 Sumber utama kewangan Pasukan adalah melalui derma keahlian yang telah ditetapkan dan
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
7.2 Pasukan boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui aktiviti yang dirancang
khas dengan mengenakan yuran penyertaan yang minima.
7.3 Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar, sumber kewangan
boleh dipohon daripada pihak sekolah atau penajaan pihak swasra atau luar sekolah terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
7.4 Perbelanjaan kewangan ialah untuk :
a) Pentadbiran dan pengurusan
b) Latihan
c) Lain-lain seperti yang diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa dan Pentadbiran.

8.0 KEHADIRAN AHLI
8.1 Ahli dikehendaki menghadirkan diri untuk aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau
dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun.
8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali tanpa sebab akan dikenakan tindakan disiplin.
8.3 Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat atau wakilnya atau
Pengerusi Pasukan.


3

9.0 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
9.1 Ahli secara automatik berhenti apabila tidak lagi bersekolah(belajar) di SM St. Paul,
Beaufort.
9.2 Ahli yang berhenti tidak boleh berbuat apa-apa tuntutan kewangan dan hendaklah
menjelaskan hutangnya dengan Kelab Koperasi & Pengguna.

10.0 AKTIVITI
10.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah dan/atau sebagaimana yang telah dirancang dan/atau
dibincang dan/atau disahkan dalam Mesyuarat Agung dan/atau Mesyuarat Ahli JawatanKuasa
Induk.
10.2 Sebarang pindaan dan/atau perubahan aktiviti hanya dan/atau boleh dibuat oleh Ketua Guru
Penasihat dan/atau wakilnya serta mesti diumumkan untuk pengetahuan dan/atau
semua ahli Kelab.
10.3 Jika ahli Pasukan ingin menyertai aktiviti luar sekolah dan mempunyai kaitan dengan
aktiviti Pasukan mestilah mendapat kelulusan Pengetua Sekolah terlebih dahulu dan
sebarang risiko yang berlaku adalah atas tanggungjawab Ahli Pasukan sendiri.

11.0 MESYUARAT AGUNG
11.1 Sekurang-kurangnya daripada jumlah ahli-ahli berhak mengundi atau dua kali ganda
jumlah jawatankuasa, mengikut mana-mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat
Agung mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum mesyuarat.
11.2 Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam, maka mesyuarat itu hendaklah di
tangguh kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh jawatankuasa.

12.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN
12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
12.2 Peraturan Khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan displin.






( )
SETIAUSAHA
KELAB KOPERASI & PENGGUNA



( )
PENGERUSI
KELAB KOPERASI & PENGGUNA


..
( )
GURU PENASIHAT
KELAB KOPERASI & PENGGUNA

You might also like