You are on page 1of 1

KATA PEMERI

Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam
ayat. Kata pemeri ini berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu ayat. Oleh itu, kata pemeri ini dikenali
sebagai kata penegas juga. Dalam bahasa Melayu baku, kata pemerinya adalah seperti yang berikut:-

ada, ialah adalah

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Pemeri Penerangan Ayat Contoh

ada Digunakan untuk menegaskan 1 “Beberapa hari lepas Fuad ada


kesungguhan pada makna frasa kerja atau menghubungi saya,” kata Jumat.
perbualan 2 “Fandi ada mengutus surat
kepada saya sebanyak dua kali
sejak dia berpindah ke Kedah,”
kata Johnny.
ialah Digunakan untuk menegaskan 1 Rumah banglo mewah ini ialah
kesungguhan pada makna frasa nama dan rumah Datuk Hamzah.
frasa sendi 2 Bungkusan hadiah itu ialah
daripada kenalan barunya itu.
adalah Digunakan untuk menegaskan 1 Eda adalah anak emas kepada
kesungguhan pada makna frasa nama dan pasangan Datin Lily dan Dato’
frasa sendi Munir.
2 Tujuan malam amal itu diadakan
adalah untuk mengutip derma
bagi mengisi tabung bantuan
pesakit jantung berlubang.

 Untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif, hanya kata pemeri adalah saja yang paling
sesuai digunakan.
Contoh:
1. Penerangan yang diberi oleh penceramah pada malam itu adalah jelas sekali.
2. Kiraan yang dibuat oleh juruwang itu adalah tepat sekali.

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata pemeri ialah untuk menegaskan kesungguhan pada makna
frasa adjektif dalam ayat.
Contoh:
1. a) Kebanyakan huruf pada helaian buku itu ialah kabur. (X)
b) Kebanyakan huruf pada helaian buku itu adalah kabur. (√)

2. Kesalahan menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan kesungguhan pada


makna frasa kerja dalam ayat.
Contoh:
1. a) Adalah diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato pada tahun ini ialah
Saudara Shahrir Arman. (X)
b) Dengan ini diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato pada tahun ini
ialah Saudara Shahrir Arman. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu

You might also like