You are on page 1of 2

1

KEBENARAN AL-QURAN PERISTIWA RUNTUH BANGUNAN WORLD


TRADE CENTRE NEW YORK 11 SEPTEMBER 2001.
MUKJIZAT TERDEDAH
AS SALAMUALAI KLJM WRT
Satu penemuan terbaru yang menakjubkan mengenai kehebatan Al Quran.
Fakta ini ditemui oleh Dr Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak di
bidang sains, pernah mengajar di Amerika. Kini bertugas di Saudi.
Ramai saintis Barat telah menganut Islam hasil dakwah beliau yang
menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al Quran. Kajian_kajian
beliau seiring dengan Syeikh Abdul Majid Zandani, Yaman.
Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New
York. Di dalam al Quran terdapat ayat yang seolah_olah telah memberi
isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al Quran diturunkan lebih 1400
tahun yang lalu).

Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:


Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9
Tahun: 2001

Fakta yang terdapat di dalam al Quran: Ketika Allah menempelak golongan


yang membina masjid Dhirar, beberapa ayat telah diturunkan. Antaranya
ialah ayat yang menceritakan bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mernbina
bangunan tinggi dan bangunan itu akhirnya menjadi punca kegelisahan mereka
sendiri sehingga digambarkan bahawa hati mereka seolaholah dikerat-kerat
dan dipotong.

Copyright 2005/elaksamana@Yahoo.com
2

Ayat berkenaan ialah ayat 110 surah At Taubah (Al Bara_ah). Maka faktanya
lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:
Ayat yang ke : 110 (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke : 11 (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke : 9 (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke : 2001
(kejadian berlaku dalam tahun 2001)

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah
Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika itu tidaklah
kita ketahui. Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan persamaan makna
ayat, maka kita boleh mengarnbil iktibar kerana kaedah ilmu tafsir menyebut:
Pengajaran daripada sesuatu ayat itu diambil daripada maknanya yang umum
dan bukan daripada sebab turun ayat yang khusus.
Wallahu a’lam bissawwab

Copyright 2005/elaksamana@Yahoo.com

You might also like