You are on page 1of 14

INFORMATION of ELAKSAMANA

SEJARAH LOGO HARI KEMERDEKAAN

Tema : Ketahanan Rakyat


Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu
tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. 
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu
tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara.
Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat
dan bertangkup melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi
menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan.
 Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga
manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat
negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia. 

Tema : Bersatu Maju


Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik
meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat
untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada
melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling
tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan.

Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu
melambangkan empat prinsip rukunegara yang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih
sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-
benar timbul dari bumi negara ini. Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk
unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. 

Empat tiang diperbuat daripada timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan
perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian
(satu-satunya kayu yangpaling keras) bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan
kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementara
jejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh
dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. 

Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu
lahiriah (Pertanian dan Perindustrian) dan batiniah. 

Tema : Kebudayaan Sendi Perpaduan


Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN",
logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada
sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara
(Malaysia). 

Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran
berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan
badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan
rakyat. 

Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning
yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang
memberikan erti 21tahum merdeka. 

Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara
yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan
kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup
bersatupadu.

Tema : Bersatu Berdisplin


Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada
keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara
dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang
bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut
dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima
segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat
setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. 

Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-
bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin
mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara dan dengan itu dapat menuju kearah
kemakmuran dan keamanan. 

Tema : Berdisplin Berbakti


Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin
berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari.
Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang
bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara.Bulatan Besar yang
melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'.
Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisplin.

Tema : Berdisplin Berharmoni


Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh
negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. 
Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat
berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu
kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup
berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan
kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Berdisplin Giat Maju


Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-
ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah
dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat
pada bendera Malaysia. 

Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang
membentuk keutuhan negara. Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan
dan kesempurnaan.

Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara
dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang
telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25
tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan. 

Tema : Bersama Ke Arah Kemajuan


Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke
satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. 

Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat
dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin
antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan
kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian,
golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.

Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi
oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha
bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Amanah Asas Kejayaan


Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'.
Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan
yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru
berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam
negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta
yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. 
Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita
usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih
sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.

Tema : Nasionalisme Teras Perpaduan


Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS
PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan
rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu
manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi
teras perpaduan tersebut. 

Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni.

Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu
bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka
dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam
mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Bangsa Tegas Negara Teguh


Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA
TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini
dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat
antarabangsa. 

Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan
lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah
itu. 

Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada
prinsip Rukunnegara.

Tema : Setia Bersatu Berusaha Maju


Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang
kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam
empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. 

Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan
yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah
penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. 

Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. 

Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai
bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan
rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. 

Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA
MAJU. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Bersatu
Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah
digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum
haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa
Malaysia. 

Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang
sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. 

Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran
kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. 

Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.

Tema : Bersatu
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-
berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. 

Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan
masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru
menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional. 

Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu
jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat
resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan
kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. 

Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu
matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. 

Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg sebuah
negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Berjaya
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi
warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi
mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. 

Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang
menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan
Malaysia . 

Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan
dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada
hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa
menjadi asas pentadbiran negara. 

Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan
negara.

Tema : Wawasan 2020


Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. 

Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan
azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan
negara ini sebuah negara maju. 

Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya
usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. 

Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu
yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua
puluh dua puluh) itu. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Wawasan Asas Kemajuan


Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada
perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan
arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia
dan negara di masa depan. 

Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang
terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang
hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan
ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan. 

Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang
stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara 'maju' di masa depan. 

Tema : Bersatu Menuju Wawasan


Rekabentuk: Bentuk hampir bulatan : 
Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta
bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. 

Warna: Merah dan putih :


Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih,
kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. 

Biru : 
Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian,
kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan. 

Kuning : 
Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang
diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-
idamkan oleh setiap rakyat Malaysia.

Tema : Nilai Murni Jayakan Wawasan


Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan 

Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap
fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu
berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. 

Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan
sifat nilai-nilai murni. 

Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan lapisan
masyarakat Malaysia. 

Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. 

Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan
hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani
seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan
terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia
menjayakan dan menuju wawasan 2020.

Tema : Jatidiri Pengerak Wawasan


Konsep Logo : 
Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. 

Keterangan Rekabentuk : 
Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara.
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan
kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. 

Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan
nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. 

Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. 

Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian
menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. 

Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara
yang maju, harmoni dan sejahtera. 

Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia
berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta
bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020. 

Tema : Budaya Penentu Kecapaian


Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan
keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk
logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk
menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. 

Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah
melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. 

Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan
bersama. 

Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu
keharmonian pelbagai kaum. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya


Reka bentuk : 
Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga
masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak
(rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. 
Warna : 
Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat
hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-
cita dan wawasan negara. 

Tema : Negara Kita, Tanggungjawab Kita


Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah
kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. 

Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu
melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. 

Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. 

Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu
kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara. 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Bersatu Ke Alaf Baru


Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat
Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru
yang lebih dinamik dan mencabar. 
Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan
sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu
membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat.
Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan
negara.

Tema : Keranamu : MALAYSIA


Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 43 bagi tahun 2000,  ini menggambarkan rasa
kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman
politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara
yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain
bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu
padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu : Malaysia) tanda bersyukur, rasa
terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama
Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan
datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang
bermaksud vision atau wawasan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Tema : Keranamu : MALAYSIA


Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 44 bagi tahun 2001 ini menggambarkan rasa
kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman
politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara.

Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara
yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain
bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu
padu.

Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia
(Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu : Malaysia) tanda bersyukur, rasa
terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama
Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan
datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang
bermaksud vision atau wawasan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2005

You might also like