You are on page 1of 2

MOTIVATION of ELAKSAMANA

GROUP ?!
'Group' atau istilah Melayunya dikenali ´kumpulan´ memberi pengertian interaksi seseorang dengan orang
lain yang melibatkan perbuatan dan ia saling mempengaruhi antara satu sama lain. ´Learning´ atau belajar
pula ialah suatu yang berkait dengan perubahan kekal dalam perbuatan yang mana ia berlaku hasil dari
pengalaman.

Disebabkan pembelajaran tidak dapat dilihat secara langsung maka perubahan tingkahlaku diperlukan
sebagai bukti bahawa pembelajaran telah pun berlaku.

Umumnya pembelajaran terbahagi kepada dua sama ada pada pemikiran atau verbal. Akibat daripada
proses pembelajaran secara berkesan, maka lahirlah apa yang dikatakan sebagai pengetahuan baru yang
akhirnya membentuk tingkah laku.

Apabila menyebut teknik belajar berkesan, maka satu bentuk belajar yang sering ditekankan oleh para
pendidik ialah belajar secara berkumpulan. Maka dengan itu akan wujudlah interaksi iaitu pertukaran isyarat
di kalangan mereka yang terdapat di dalam kumpulan tersebut. Oleh itu apabila dikatakan belajar secara
berkumpulan atau dipanggil juga ´study group', maka sebenarnya ia memberi maksud aktiviti pembelajaran
yang melibatkan satu kumpulan ahli yang dibentuk secara bersama untuk mengendalikan sesi
pembelajaran yang melibatkan interaksi serta perkongsian pengetahuan, persepsi dan kepercayaan.

Kenapa cara belajar sebegini memberi kesan pada pelajar dan apa kaitannya dengan faktor psikologi?
Lazimnya sesi pembelajaran secara berkumpulan melibatkan persefahaman antara ahli yang ada. Terdapat
tiga etika belajar secara berkumpulan, antaranya:
1. bersedia untuk berkongsi idea dan perspektif antara ahli di samping mampu mengawal aktiviti kumpulan;
2. mengendalikan dengan bijaksana, rileks, bersungguh-sungguh dan ikhlas;
3. mewujudkan tindakan yang mendatangkan keselesaan pada semua ahli.

Disebab elemen-elemen inilah kita dapat kaitkan bahawa cara belajar berkumpulan cukup memberi kesan
kepada pelajar terutamanaya dari sudut ingatan dan kefahaman mereka pada subjek yang dibincang.

Dalam etika belajar menurut perspektif Islam pula, belajar secara berkumpulan atau berjamaah akan
mendatangkan berkat malah lebih berkesan daripada belajar secara individu. Ini kerana melalui
perbincangan ahli-ahli dalam kumpulan mereka akan dapat berkongsi pengetahuan dan kefahaman yang
menyeluruh terhadap subjek yang dipelajari secara bersama di samping melatih ahli-ahli terlibat
menggunakan kemahiran bercakap, mendengar, berfikir dan komunikasi interpersonal secara maksimum.

Selain itu saiz kumpulan yang belajar tidak harus lebih tiga hingga lima bagi mengelakkan lencongan
objektif pada perbincangan. Saiz ini juga akan memberi peluang kepada setiap ahli untuk bercakap bagi
mengoreksi, mengkritik dan mengeluarkan idea atau pandangan dengan lebih berkesan.

Dari sudut psikologi pula perbincangan dalam kumpulan secara automatik akan melibatkan pergerakan
seluruh anggota badan.

Jika dikaji secara mendalam manusia secara fitrahnya suka kepada sesuatu yang bergerak-gerak kerana ia
mampu menarik perhatian deria manusia untuk menanggapi sesuatu perkara dan ini akan membantu
proses kepekaan pelajar terhadap tajuk perbincangan seterusnya akan memberi kesan pada otak untuk
mengingati apa yang dipelajari.

Tambahan pula proses pembelajaran berkumpulan mewujudkan suasana ´secure´ iaitu perasaan selamat
kerana kebiasaannya kelompok yang dipilih adalah dari kalangan teman-teman yang dikenali dari kelompok

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2007
MOTIVATION of ELAKSAMANA

mereka sendiri. Oleh yang demikian perhatian mereka akan tertumpu sepenuhnya kepada subjek
perbincangan di samping munculnya keadaan yang dinamik, rileks, fleksibel dan keserasian antara ahli
kumpulan yang dipilih.

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2007

You might also like