You are on page 1of 2

:: URUSAN PENGAMBILAN ::

  Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam [ Info ]    


Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA dari
Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan
disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang
terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data SPA, penyediaan Penyata Lembaga
Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses
tawaran kepada calon yang berjaya.
        Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) [ Info ]    
Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer
sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya
SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan
jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan
pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan
temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini
pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di laman web SPA
http://www.spa.gov.my .

Orang ramai boleh berurusan dengan Urus Setia SPA secara online menerusi
http://www.spa.gov.my atau menelefon talian TeleSPA nombor 600-83-7979 atau melalui
sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor 39111. Maklumat mengenai temu duga dan
keputusannya boleh dicapai melalui laman web SPA dan SMS sepanjang masa.
        Jawatan Yang Dikendalikan oleh SPA [ Info ]    
Maklumat mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan, kod
skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan dan
bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh calon mengikut kelayakan berikut:
- Ijazah/Sarjana/PHD
- Diploma/STP/STPM/HSC
- SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil
- PMR/SRP
- Kelayakan Bakat
- Latihan Separa Perubatan
        Bagaimana Untuk Memohon [ Info ]    
Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi
Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan
Perlis menggunakan Borang Online (SPA8i) yang disediakan di Portal SPA www.spa.gov.my .
        Semakan Online     Calon boleh menyemak
- Maklumat Urusan Pengambilan [ Info ]
- Status Pendaftaran [ Info ]
- Jadual Temu Duga [ Info ]
- Jadual Peperiksaan [ Info ]
- Keputusan Temu Duga [ Info ]
- Keputusan Peperiksaan [ Info ]         Hari SPA Bersama Pelanggan [ Info ]    
Hari SPA Bersama Pelanggan merupakan satu langkah dalam mewujudkan budaya layanan
mesra pelangga di SPA dan memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam
mendapat maklumat secara terus mengenai SPA.
  :: URUSAN PERKHIDMATAN ::   Pengesahan Pelantikan [ Info ]         Penetapan Gaji
Permulaan Mengikut Peraturan 23(2) & 23(5)
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 [PPA 2005] [ Info ]         Pelanjutan Tempoh Percubaan [ Info ]        
Pengesahan Dalam Perkhidmatan [ Info ]         Pemberian Taraf Berpencen [ Info ]        
Kembali Ke Dalam Skim Perkhidmatan Terdahulu [ Info ]         Penamatan Perkhidmatan [
Info ]         Pertukaran Perkhidmatan [ Info ]         Pertukaran Pelantikan [ Info ]        
Pertukaran Sementara/Peminjaman [ Info ]         Pertukaran Pelantikan Melalui Opsyen [
Info ]         Pelepasan Untuk Pertukaran Pelantikan/Peminjaman [ Info ]         Pembatalan
Tawaran Pelantikan [ Info ]         Pertukaran Tetap [ Info ]         Pelanjutan Pertukaran
Sementara/Peminjaman [ Info ]         Pelarasan Gaji Pertukaran Sementara/Peminjaman [
Info ]         Pemendekan Tempoh Pertukaran Sementara/Peminjaman [ Info ]

You might also like