You are on page 1of 23

BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA

PENGELUARAN

PENGKHUSUSAN

SISTEM BARTER

USAHAWAN DAN PENIAGA


KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA

Maksud keperluan :
Sesuatu perkara yang perlu ada pada setiap manusia
untuk terus hidup.
Keperluan manusia terdiri daripada keperluan
fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal.
Keperluan-keperluan lain yang diperlukan setiap
manusia zaman moden ialah pendidikan, kesihatan,
pengangkutan dan kemudahan-kemudahan asas
yang lain seperti air dan letrik.
Maksud Kehendak :
Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia
lebih selesa.
Kehendak lebih merupakan pelengkap kepada
keperluan.
Kehendak manusia tidak terbatas dan sukar
dipuaskan.
Contoh kehendak manusia seperti kereta
mewah, makanan lazat, pakain berjenama, rumah
bunglow dsb.
Perbezaan keperluan dan kehendak

Keperluan Kehendak
• Mesti dipenuhi untuk terus • Pelengkap kepada keperluan.
hidup. • Berbeza antara seoarang
• Keperluan adalah sama untuk dengan seorang lain
setiap manusia. berdasarkan taraf hidup
• Keperluan adalah mengikut
• Tidak terhad.
tahap-tahap tertentu secara
hierarki. • Perkara atau benda yang
• Contoh, makanan, pakain dan menjadikan hidup manusia
tempat tinggal. hidup selesa .
• Merupakan tuntutan • Perlu dipelajari daripada
semulajadi manusia. pengalaman seharian.
Hierarki Keperluan Maslow

Keperluan sempurna
kendiri

Keperluan Penghargaan

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Asas
• Keperluan Fisilogi

– Menghirup udara, makan, minum, tidur, rehat.


– Tempat tinggal dan pakaian
– Keselamatan (mendapat perlindungan undang-
undang dan inusrans)

• Keperluan Sosial
– Bermasyarkat, hormat menghormati, kasih sayang
dan penghargaan diri.

• Keperluan Rohani (keperluan sempurna diri)


– Mencapai cita-cita
Soalan (2) SPM 2004
Antara berikut, yang manakah benar tentang
kehendak manusia ?
A.Perlu dipenuhi untuk hidup
B. Boleh disusun tingkatkan mengikut keutamaan.
C. Adalah sama walaupun taraf hidup manusia
berubah.
D.Berbeza berdasarkan umur, citarasa dan
pendapatan individu.
Soalan (1) SPM 2005
Antara berikut, manakah merujuk kepada
keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow?

A.Mendapat pendidikan tinggi


B.Sentiasa mengikt perubahan fesyen
C.Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat
D.Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup
HOME
PENGELUARAN

Maksud Pengeluaran.

Jenis Pengeluaran

Cabang Pengeluaran

Faktor-faktor Pengeluaran
MAKSUD
“Aktiviti memproses bahan mentah bagi
menghasilkan barang separuh siap atau barang siap
bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan mestilah


mempunyai nilai faedah .

Semakin kerap dan sukar perubahan yang berlaku


terhadap sesuatu barang maka semakin tinggilah
nilai faedah dan semakin mahal harga barang
tersebut.
JENIS PENGELUARAN
• Pengeluaran Langsung - Manusia memenuhi
kehendak dan keperluan mereka dengan
menghasilkan sendiri barang tersebut .
Pengeluaran langsung tidak melibatkan aktiviti
pengkhususan.
• Pengeluaran tak langsung – Kegiatan
pengeluaran yang melibatkan bantuan orang
lain. Melibatkan pengkhususan dan keluaran
dapat ditingkatkan dan dapat dijual.
CABANG PENGELUARAN
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
• BURUH
– Sumbangan tenaga manusia sama ada tenaga fizikal atau
mental. Buruh menerima bayaran upah/gaji.
• TANAH
– Merangkumi darat, udara dan laut serta sumber-sumber yang
terkandung di dalamnya.
• MODAL
– Merupakan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli
aset seperti bangunan/premis atau modal kerja.
• USAHAWAN
– Golongan yang mampu menggabungkan seluruh faktor
pengeluaran untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan
Soalan (1) SPM 2004
Apakah maksud pengeluaran?
A.Proses pengeluaran barang dengan mesin.
B.Aktiviti menghasilkan barang dan
perkhidmatan.
C.Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang
dalam pengeluaran.
D.Proses menghasilkan makanan, pakaian dan
tempat perlindungan.
Soalan (2) SPM 2005
Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan
pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.
Apakah faedah kepada pengguna?

A. Mengurangkan pembaziran
B. Mengurangkan harga barang
C. Mengurangkan kos pengeluaran
D.Mengurangkan kos simpanan stok

HOME
USAHAWAN DAN PENIAGA

Sifat-sifat Usahawan :
-Kreatif
-Inovatif
-Berani menghadapi risiko
-Kebolehan mengurus
Perbezaan antara peniaga dan usahawan

Peniaga Usahawan
• Berniaga untuk diri sendiri • Menunaikan tanggungjawab
sahaja. sosial dan mencari peluang untuk
memperkembangan
• Matlamat untuk mencari perniagaannya.
keuntungan sendiri . • Keuntungan bukan untuk diri
• Memenuhi keperluan pelanggan sendiri sahaja tetapi juga untuk
disumbangkan kepada
tempatan . masyarakat.
• Saiz perniagaan adalah kecil. • Mencipta, meneroka potensi
perniagaan baru serta membuat
sesuatu yang berinovasi dan
terkini.
• Mempunyai saiz perniagaan
yang berskala besar.
PERANAN USAHAWAN

• Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.


• Mewujudkan peluang pekerjaan.
• Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
• Mempelabagaikan kegiatan ekonomi syarikat
dan negara.
• Menggerakkan pertumbuhan ekonmi negara.
• Menggalakkan pertukaran asing (meningkatkan
eksport negara)
HOME
PENGKHUSUSAN

MAKSUD PENGKHUSUSAN
“ Penumpuan dalam melakukan sejenis
pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut
kemahiran seseorang”

“ Pengkhususan menjadikan pekerja


produktif dan jumlah pengluaran dapat
dihasilkan secara besar-besaran”
JENIS-JENIS PENGKHUSUSAN
1. Mengikut Profesion.
Contoh : doktor, nelayan, jurutera, peguam, guru
dsb.
2. Mengikut Proses.
Berlaku dalam kilang. Setiap pekerja ditugaskan bekerja di
bahagian-bahagian tertentu. Misalnya kerja-kerja berkaitan
membungkus.
3. Mengikut Kawasan.
Berdasarkan kemudahan sumber setempat dan kemahiran
penduduksetempta. Misalnya perikanan di kawasan tepi
pantai, kawasan pertanian,
4 Antarabangsa.
Berdasarkan iklim, budaya, bentuk mka bumi dan sumber asli.
Kesan Pengkhususan dalam Pengeluaran

Kelebihan Kekurangan

• Kemahiran pekerja • Pekerja mudah bosan dan jemu.


meningkat. • Pekerja menjadi tidak kreatif
• Dapat meningkatkan • Operasi pengeluaran mudah
terganggu bila mana-mana unit
produktiviti. pengeluaran tidak berfungsi.
• Kos dapat dikurangkan • Mudah berlaku pengangguran di
• Keluaran dapat dijual pada kalangan pekerja.
harga yang lebih rendah.
Soalan objektif SPM 2004
Antara berikut, yang manakah bukan kesan pengkhususan
dlam pengeluaran terhdap pekerja ?

A.Menjadi lebih cekap dan mahir


B.Dapat dilatih dalam masa yang singkat
C.Berpeluang membuat kerja berdasarkan kemahiran
D.Dapat menghasilkan barang mengikut daya kreativiti

HOME
Sistem Barter
“Aktiviti bertukar barang dengan barang tanpa
menggunakan wang”

Kelemahan sistem barter:


1. Kesulitan membahagi barang.
2. Barang tidak tahan lama.
3.Kesukaran membawa barang
4.Sukar menetapkan nilai pertukaran
5.Masalah kehendak serentak.

You might also like