You are on page 1of 5

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang


berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

IKLAN JAWATAN KOSONG DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR


1. AKAUNTAN GRED W41 (KONTRAK)
2. JURUPULIH PERUBATAN GRED U32 (TETAP)
3. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 (TETAP/KONTRAK)

A.

1. Jawatan : AKAUNTAN

Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Klasifikasi : PERKHIDMATAN KEWANGAN

Taraf Jawatan : KONTRAK

Jadual Gaji : GRED W41 :


P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95

I. Syarat Lantikan:

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh


kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau

(ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang


diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh


kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan
Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9); atau

(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10);

dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian


Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
-2-

2. Jawatan : JURUPULIH PERUBATAN

Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN

Klasifikasi : PERKHIDMATAN PERUBATAN


DAN KESIHATAN

Taraf Jawatan : TETAP

Jadual Gaji : GRED U32 :


P1T1 RM1959.29 – P1T20 RM3656.38
P2T1 RM2104.49 – P2T20 RM4034.43

I. Syarat Lantikan:

(a) Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi


daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6);

(b) Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapy)


daripada London School of Occupational Therapy yang
diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1T7);

(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian


Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

dan (d) Berkhidmat tidak kurang 5 tahun sebagai Jurupulih


Perubatan.

II. Kenaikan Pangkat ke Gred U32:

Jurupulih Perubatan Gred U29 adalah layak dipertimbangkan bagi


kenaikan pangkat ke jawatan Jurupulih Perubatan Gred U32 yang
kosong apabila telah :-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;


dan

(d) diperakukan oleh ketua jabatan/ ketua perkhidmatan.


-3-

3. Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN

Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN

Klasifikasi : PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN


PERTAHANAN AWAM

Taraf Jawatan : TETAP/KONTRAK

Jadual Gaji : GRED KP11 :


P1T1 RM740.62 – P1T21 RM1714.26
P2T1 RM783.09 – P2T21 RM1802.40
P3T1 RM827.19 – P3T21 RM1892.17

I. Syarat Lantikan:

(a) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran


atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau

(ii) bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet


Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan
yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa
Malaysia dengan memuaskan;

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera


seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m


bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan


46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-


kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm
(lelaki sahaja);

(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa
menggunakan cermin mata; dan

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

dan (c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a) (i)


hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
-4-

B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun


pada tarikh tutup iklan jawatan.

C. CARA MEMOHON

(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang


DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari
http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur dengan melayari http://Intranet.dbkl.gov.my.

(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan


Ijazah/Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah
menyertakan surat pengesahan pengiktirafan Ijazah dari Unit Dasar
dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia.

(ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan


dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip
Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang
berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan, Buku
Perkhidmatan Polis/Tentera yang telah disahkan dan sekeping
gambar terbaru berukuran pasport.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:-


PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

Sebelum atau pada : 19 FEBRUARI 2010

E. CATATAN:

(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.


(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil
temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas
6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan tuan/puan tidak berjaya.
Tarikh Iklan Disiarkan : 4 Februari 2010
Tarikh Tutup : 19 Februari 2010

You might also like