You are on page 1of 19

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

Reka Bentuk dan Teknologi

ASAS MEREKA BENTUK

1. Proses Mereka Bentuk


A. Mengenal pasti Masalah
 Tiada produk di pasaran
 Produk sedia ada terdapat kegagalan dan kelemahan
 Produk sedia ada susah dikendalikan
 Produk di pasaran besar dan berat
 Produk sedia ada tidak praktikal dalam cuaca negara ini
 Produk sedia ada mahal
 Produk sedia ada tidak menjimatkan masa atau terhad penggunaannya
B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea
 Data dan maklumat yang diperolehi dengan
a. menyiasat
b. membaca
c. membuat lawatan
d. melayari internet
e. temuramah
 Semua maklumat dan data hendaklah direkodkan dalam buku idea.
 Buku idea ialah buku yang merekodkan tarikh, lakaran, senarai bahan,
butir penemuan dan lain-lain perkara yang berkaitan
C. Menilai dan memilih idea yang terbaik
 Kumpulkan semua idea dan lakarkan idea tersebut
 Analisa dan pilih satu idea yang terbaik
D. Pembinaan (perlaksanaan idea)
 Rancang carta aliran kerja
 Pilih idea dan lakaran , sediakan bahan yang diperlukan
 Tentukan bahan dan pengikat yang akan digunakan
 Pasang setiap bahagian dan bahan dengan tepat dan kukuh
 Pilih kemasan yang sesuai
 Gunakan kemasan sewajarnya dan pastikan ia menarik
E. Pengubahsuaian
 Pengubahsuian perlu dilakukan sekiranya
a. Terdapat beberapa bahagian produk tidak berfungsi
b. Keseluruhan produk tidak berfungsi
c. Terdapat bahagian produk tidak selamat dan berbahaya kepada
pengguna
 Ingin membuat penambahan kepada produk sedia ada
 Ingin membuat tukaran bahan atau jenis pengikat
F. Pendokumentasian
Satu laporan lengkap secara bertulis
 Butiran Laporan mestilah mengandungi
a. Tajuk
b. Latar belakang
c. Objektif
d. Deskripsi projek
e. Rujukan
f. Lampiran
ii. Faktor Reka bentuk
A. Fungsi
» Berfungsi 
B. Rupa bentuk
» Menarik
C. Kesesuaian bahan
» Mudah didapati
D. Kaedah Pembinaan
» Tidak merumitkan
» Tidak membazirkan masa
E. Ketahanan
» Tahan ketika digunakan
» Tahan ketika disimpan
» Tidak mudah rosak, patah atau pecah
F. Kos produk
» berpatutan
G. Kemasan
» bersesuaian dengan penggunaan
H. Faktor Keselamatan
» mesra pengguna dan mesra alam
Tidak boleh mencederakan dan membahayakan pengguna
I. Faktor Kormersial
» Boleh dipasarkan
» Mampu manarik pembeli
iii. Pencetusan Idea
A. Mengenal pasti Masalah
B. Mendapatkan maklumat dan mengumpul idea

 melalui pembacaan
 melayari internet
 membuat lawatan dan kajian
ii. Menilai dan memilih idea yang terbaik
ii. Melakar
i. Tujuan Melakar
membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D atau 2D
ii. Ciri-ciri Lukisan Lararan

Lukisan lakaran dibuat dengan menggunakan pensil

Lukisan Lakaran yang baik haruslah mengandungi

 maklumat bahan
 ukuran panjang dan lebar
 ukuran tinggi dan tebal
 jenis penyambung yang digunakan
 tarikh lakaran
 Skala
 Dimensi
 Nama individu/kumpulan
 Nama projek
ii. Jenis lukisan lakaran

 Lukisan Oblik

a. Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 1 garisan mendatar dan 1


garisan serong bersudut 45º darjah sebagai paksi
 Lukisan Isometrik
a. Lukisan 3 dimensi yang menggunakan 2 garisan tapak 30º darjah
sebagai paksi
 Lukisan perspektif
a. Lukisan yang didasarkan kepada suatu titik lenyap atau garis ufuk

JENIS BAHAN

1. Kayu

A. Jenis Kayu
I. Kayu Keras II. Kayu Lembut
i. Cengal i. Kayu
ii. Sepetir Getah
iii. Kapur ii. Jelutung
iii. Meranti

A. Saiz Kayu
I. Papan Tebal I. Papan Nipis
»Tebal 38 mm - 100 mm » Tebal 10 mm - 38 mm
» Lebar 150 mm ke atas » Lebar 76 mm ke atas
» Panjang 3 m - 6 m » Panjang 3 m - 6 m

I. Kayu Beroti IV. Kayu Jerjak


Tebal 38 mm - 100 mm » Tebal 20 mm - 38 mm
» Lebar 75 mm - 150 mm » Lebar 25 mm - 76 mm
» Panjang 3 m - 6 m
» Panjang 3 m - 4 m
 

B.  

B. Kecacatan Kayu

IV. Meleding IV. Berspring

 
IV. Berpintal
IV. Berpiuh

IV. Berpusar IV. Merekah


B. Ciri-ciri kayu

IV. Boleh di dapati dalam pelbagai saiz


V. Mempunyai ira dan urat kayu yang menarik
VI. Boleh dibina dengan pelbagai jenis tanggam
VII. Boleh mengecut jika tidak dikeringkan dengan betul
VIII. Mudah diserang serangga perosak
II. Papan Lapis

Papan Lapis terdiri beberapa lapisan kayu yang dipotong nipis disusun secara berselang-
seli dan diglu dan dimampatkan bersama-sama melalui proses kilang

Papan lapis dijual dalam saiz yang besar seperti 4' x 8' dan digredkan berdasarkan
ketebalan

A. Saiz :
» panjang dan lebar = 2 440 mm x 1220 mm
Tebal = dari 3 mm hingga 32 mm
B. Jenis :
» Kalis air
» Tidak kalis air
C. Kegunaan : Untuk membuat dinding bilik, perabot, pintu, rak dan kotak
D. Kelebihan :
» Mudah dipotong
» Tidak retak dan meleding
» Kukuh dan tahan
E. Keburukan :
» Mudah lekang apabila terkena air
» Hanya boleh digunakan di dalam rumah
III. MDF

Medium Density Fibreboard (MDF) ialah bahan komposit yang berasaskan serat kayu
lembut dan kayu terbuang. Ia terhasil daripada proses pemampatan dan glu
A. Kegunaan : digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan perumahan
moden
B. Saiz : 2 440 mm x 1 220 mm
C. Kelebihan :

i. Tahan haba
ii. Tidak retak
iii. Tidak mudah bengkok dan meleding
iv. Permukaannya lebar dan rata
2. Mounting Board

Ia adalah sejenis kertas keras


A. Kegunaan
B. Saiz : Ketebalan 2 mm. Dijual dalam saiz 610 mm x 1 220 mm atau 610 mm x
910 mm
C. Kelebihannya :
» Diwarnakan dengan warna-warna yang menarik
» Mudah dilengkungkan
» Mudah dipotong dan dibentuk

ALATAN TANGAN

1. Pembaris Keluli

A. Kegunaan : Mengukur dan memindahkan jarak


B. Saiz : 30 cm dan 15 cm
C. Binaan : Dibuat daripada keluli
2. Pita Pengukur

A. Kegunaan : Mengukur jarak


B. Saiz : 3 M dan 6 M
3. Sesiku L

A. Kegunaan :
i. Untuk membuat garisan lurus bersudut tepat
ii. Untuk menguji kerataan
iii. Untuk menguji ketepatan
iv. Untuk menguji kepersegian
B. Saiz : Ditentukan mengikut panjang bilahnya
C. Binaan : Bilahnya dibuat daripada kelulu. Badan dibuat daripada kayu atau
logam.
4. NT Cutter

A. Kegunaan : Untuk memotong papan lapis yang dinipis atau mounting board
B. Saiz :
5. Gergaji Tangan

 
A. Kegunaan : Untuk memotong kayu, papan, papan lapis dan MDF
B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi dalam setiap 25mm
6. Gergaji Puting

A. Kegunaan : Untuk memotong lurus kayu dan papan bersaiz kecil


B. Saiz: Ditentukan oleh panjang bilahnya
7. Gergaji Lengkung Halus

A. Kegunaan : Untuk memotong lengkung pada kepingan papan nipis dan papan
lapis
B. Saiz : Ditentukan jarak antara mata gergaji dengan bingkai
8. Gergaji Besi

A. Kegunaan : Untuk memotong rod besi dan PVC


B. Saiz : Ditentukan oleh panjang
9. Gerudi Tangan
A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang
nipis
B. Mata gerudi pintal digunakan bersama gerudi tangan
10. Mata Gerudi Pintal

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang


B. Saiz : ditentukan oleh diameter
11. Gerudi Engkol

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang di atas kayu ,kepingan papan dan papan lapis
B. Digunakan bersama dengan mata gerudi gerimit
12. Gerimit

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu
(kayu nipis dan lembut)
B. Saiz : ditentukan oleh diameter
13. Penebuk Pusat

A. Kegunaan : Untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum


kerja menggerudi
B. Saiz :
14. Pembenam Paku

A. Kegunaan : Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu


B. Saiz :
15. Tukul Kuku Kambing

A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku dan mencabut paku


B. Saiz : Ditentukan oleh berat kepalanya
16. Tukul Warington

A. Kegunaan : Untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar


17. Ragum Kakak Tua

A. Kegunaan : Untuk mencabut paku


18. Gandin Kayu
A. Kegunaan : Untuk mengetuk hulu pahat atau menanggalkan cantuman papan
projek
19. Pahat rata / Pahat tepi serong

A. Kegunaan : Untuk membuat parit dan lurah serta meratakan dasarnya.


B. Saiz : Ditentukan oleh lebar matanya
B. Kikir Parut

A. Kegunaan : Untuk mengikir dan membentuk hujung kayu


C. Apit G

A. Kegunaan : Mengapit papan projek pada meja ketika kerja memotong dan
menggerudi
B. Saiz : terdapat dalam saiz seperti 1' dan 6"

MESIN GERUDI

A. MESIN GERUDI LANTAI


i. Kegunaan
Mesin gerudi digunakan untuk menggerudi lubang pada kepingan kayu dan logam

ii. Bahagian dan fungsinya


1. Penutup = Melindungi tali sawat dan takal
2. Suis = Menghidup dan mematikan motor
3. Bindu = Memutar mata gerudi
4. Mata gerudi = Membuat lubang pada kayu atau logam
5. Meja gerudi = Menempatkan ragum gerudi
6. Pelaras Meja = Melaraskan aras meja gerudi
7. Tuas Pemasuk = Menurunkan dan menaikkan bindu
8. Motor = Memutar bindu
9. Pengunci Bindu = Mengetatkan dan melonggarkan bindu
10. Ragum Gerudi = Memegang objek ketika kerja menggerudi
iii. Peraturan Keselamatan ketika menggerudi
1. Penggunaan mesin hendaklah dilakukan oleh pelajar dengan pengawasan
guru
2. Hanya seorang sahaja mengendalikan mesin
3. Pakai pakaian yang sesuai
4. Pakai gogal untuk melindungi mata
B. MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK

i. Kegunaan:

1. Mengerudi lubang kayu atau kepingan logam


b. Bahagian dan fungsinya

1. Bindu = memegang dan memusingkan mata gerudi


2. Suis = menghidup dan mematikan motor
3. Pemegang = memegang dan mengendalikan mesin
4. Kabel = menghantar arus elektrik
II. Cara Menggunakannya
1. Mengerudi secara menegak
2. Menggerudi secara mendatar
 

Menggerudi mendatar Menggerudi menegak

BAHAN PEMASANGAN
  Keterangan Gambar   keterangan Gambar
I Mata Gerudi Benam V Menggerudi Engsel
II Pemutar Skru Biasa/Rata Skru Alur Rata, Kepala Benam dan
VI
IIIPemutar Skru Philips Kepala Bulat
Gunakan saiz mata pemutar yang tepat VII Skru Philips
IV
dan sesuai    

i. Paku Panel  ii. Paku Kepala rata

1. Paku
A. Kegunaan : mencantum dua keping papan/kayu atau bahan lain kepada kayu
B. Saiz : ditentukan panjang batangnya
C. Jenis
I. Paku Kepala Rata
i. Kegunaan : untuk mencantumkan dua keping papan atau kayu
ii. Saiz ditentukan oleh : Panjang
iii. Apabila membeli paku nyatakan : jenis dan panjangnya
II. Paku Panel
i. Digunakan : untuk pembinaan perabot
ii. Mempunyai kepala benam
III. Paku Payung
i. digunakan untuk memaku papan lapis dan kepingan zink
D. Kelebihan :
Senang digunakan. Murah
E. Keburukan
Sukar ditanggalkan. Papan mudah pecah dan retak
2. Skru
A. Digunakan : untuk memegang dan merapatkan kepingan kayu dan engsel
B. Jenis: Skru dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut alur dan jenis kepala
I. Skru Alur Rata/Biasa
II. Skru Alur Philips
III. Skru Kepala Bulat
IV. Skru Kepala Benam
C. Kebaikan skru :
I. Boleh ditanggalkan semula dan boleh digunakan ke atas kayu yang keras
II. Memberi cengkaman lebih kuat
3. Glu PVA

A. Digunakan : untuk melekatkan dua keping bahan secara kekal


B. kebaikan skru : Boleh digunakan ke atas dua bahan yang berbeza. Contoh MDF
dengan Papan Lapis

PEMBINAAN PROJEK

1. Proses Mengukur
 

Ukur panjang bahan Ukur lebar bahan

2.  Mengukur berdasarkan maklumat kertas projek


3. Proses Menanda
 
Menanda panjang Menanda lebar

4. Menanda ukuran panjang, lebar dan tebal


5. Proses Memotong
 

Mengerat    

6. Memotong kayu dan bahan kepada ukuran yang dikehendaki. Memotong kayu dan bahan
kepada beberapa bahagian
7. Proses Membina dan Mencantum

Membina tanggam dan mencantuk menggunakan bahan cantuman

i. Tanggam Lekap
ii. Tanggam Lekap T iii.Tanggam Temu iv. Tanggam Temu
Palang

A. Membuat tanggam
 Pilih tanggam yang sesuai
 Ikuti langkah-langkah yang betul
 Setelah siap pasang dan uji ketepatan dan kekuatan tanggam
B. Mengglu
 Pilih glu yang sesuai dengan bahan yang digunaan
 Pastikan bahagian-bahagian yang perlu telah dipasang
 Biarkan bahagian yang diglu kering sekurang-kuarangnya satu hari
semalam
C. Memaku

 Gunakan paku yang sesuai , jika papan nipis paku yang kecil dan pendek

D. Menskru

 Jika papan atau kayu tebal hendaklah ditebuk lubang dengan gerudi
terlebih dahulu
 Jika papan nipis hendaklah dibuat lubang pandu dengan menggunakan
senggerek , gerimit atau alat lain yang sesuai

KEMASAN PROJEK
I = Cat Licau II. Tepung Penyumbat III. Syelek IV. Cat Semburan V. Spirit

1. Bahan kemasan
A. Tepung Penyumbat
I. Kegunaan : untuk menyumbat liang-liang kayu
II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
III. Cara menggunakannya : boleh dicairkan dengan menggunakan air dan
turpentine
B. Cat Alas
I. Kegunaan : untuk menjadikan permukaan kayu lebih licin dan menjadi
alas sebelum menggunakan cat licau
II. Kelebihan : Menjadikan cat licau lebih menarik warnanya dan lebih rata
sapuannya
III. Cara menggunakannya : disapu atas permukaan kayu sebelum
menyapukan dengan cat licau
C. Cat Licau
I. Kegunaan : untuk menutup liang-liang kayu dan kecacatan kayu
disamping mencantikkan kayu dengan warna terpilih
II. Kelebihan :
 Permukaan berkilau, licin dan mempunyai warna yang menarik
 Memberi ketahanan dan perlindungan kepada kayu
III. Cara menggunakannya : Dilarutkan dengan turpentine dan di sapu dengan
berus
D. Cat semburan
I. Kegunaan : untuk mengecat permukaan logam
II. Kelebihan : cepat kering dan mudah digunakan
III. Cara menggunakannya : goncangkan bekas cat. Semburkan dengan cara
menggerakkan semburan secara berulang-ulang
E. Syelek
I. Kegunaan : untuk mecantikkan kayu dan melindungi permukaan kayu
II. Kelebihan : kos murah dan cepat kering
III. Cara menggunakannya : larutkan syelek dengan pelarutnya (spirit methil)
dan sapukan ke atas permukaan kayu mengikut arah urat kayu
F. Tona kayu
I. Kegunaan : untuk mencantikkan kayu dan menyamakan warna ke atas
produk yang dibuat daripada pelbagai jenis kayu
II. Kelebihan :
 Mudah digunakan
 Cepat kering
 Masih kelihatan urat kayu
 Setiap bahagian mempunyai warna yang sama
G. Lekar
I. Kegunaan : mencantikan permukaan kayu dan melindungi permukaan
kayu
II. Kelebihan : tahan haba dan tahan calar
III. Cara menggunakannya : dilarutkan dengan 'thinner' . Disapu terus atas
permukaan kayu atau atau lapisan syelek
H. Pelekat (Fomika dan stiker)
I. Kegunaan : Untuk menutup permukaan kayu dengan corak yang cantik
dan menarik
II. Kelebihan : memudahkan kerja pengemasan dan menutup kecacatan
permukaan kayu
III. Cara menggunakannya : Disapukan glu dan diseterika di atasnya
2. Bahan Pelarut
  
A. Spirit Methil

I. Kegunaan : untuk melarutkan syelek dan membersihkan berus syelek


B. Turpentine

I. Kegunaan : untuk mencairkan cat licau dan membersihkan berus cat


B. Thinner

I. Kegunaan : untuk mencairkan lekar dan membersihkan  berus lekar


II. Alatan kemasan

A. Kerta Las
I. Kegunaan : untuk melicinkan permukaan kayu
II. Cara menggunakannya : digunakan dengan bungkah kayu lalu digosokkan
mengikut urat kayu. Mulakan dengan gred kekasaran kasar (3,2,1) dan
disudahi dengan gred kekasaran yang halus (0, 00)
B. Pengikis
I. Kegunaan : untuk mengikis kotoran atau lebihan tepung penyumbat.
II. Cara menggunakannya : Gerakkan hujung mata pengikir mengikut arah
urat kayu
C. Berus Syelek
I. Kegunaan : untuk menyapu syelek dan lekar
II. Cara menggunakannya : bersihkan berus dengan pelarut yang sesuai dan
sapu syelek ikut arah urat kayu. Setelah selesai bersihkan semula dengan
pelarutnya (contoh spirit methil) dan diikuti dengan air sabun dan
keringkan.
D. Berus Cat
I. Kegunaan : untuk menyapu cat licau dan cat alas
II. Cara menggunakannya : cuci berus dengan pelarut dan sapukan berus ke
satu arah mengikut arah urat kayu

Penjagaan berus

I. Berus yang selesai digunakan hendaklah di cuci dengan pelarus yang


sesuai
II. berus syelek dicuci dengan spirit methil, berus cat dicuci dengan
turpentine dan berus lekar dicuci dengan thinner.
III. Berus yang telah dicuci hendaklah digantung dalam tin atau peti untuk
menggantung berus
IV. Jangan mencampur-adukkan penggunaan berus.

You might also like