You are on page 1of 10

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

KGT 2008

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN


DI KAWASAN TAMAN GREENWOOD
DAN
PERBANDINGAN DENGAN NEGARA KANADA

NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD SHAHRIR


TINGKATAN : 3 HIKMAH
NAMA GURU : PUAN ASRUHA BINTI CHE WIL

TANDATANGAN MURID TANDATANGAN GURU

……………………………. ..…………………………..
TAJUK MUKA
SURAT

1 : PENGHARGAAN 1

2 : PENDAHULUAN 2

3 : OBJEKTIF KAJIAN 3

4 : KAWASAN KAJIAN 4

5 : KAEDAH KAJIAN 5

6 : HASIL KAJIAN 6

7 : RUMUSAN

8 : RUJUKAN

9 : LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi


saya , Puan Asruha Che Wil kerana telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian Geografi
Tempatan ini .

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan


kepada ayah , ibu dan kakak yang memberi sokongan dan
dorongan untuk saya menyiapkan projek ini.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada


penduduk dan pegawai daerah Gombak yang memberikan
maklumat tenteng kawasan kajian ini .
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran untuk mata pelajaran


Geografi murid-murid tingkatan 3 diberikan peluang mengerjakan
kerja amali di kawasan kajian Taman Greenwood . Tajuk ini
menepati tema pembelajaran . Murid-murid tingkatan 3 Hikmah
diberi tajuk kajian oleh guru mata pelajaran Geografi .
Saya dan kawan sekelas telah diberi tajuk Kepentingan
Sistem Pengangkutan Di Kawasan Kajian Dan Bandingkannya
Dengan Negara Kanada . Kajian dijalankan di Taman Greenwood
Selangor . Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini
ialah 8 minggu . Setiap pelajar perlu menulis laporan lengkap
tentang kajian yang telah dijalankan .
OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif yang gitentuka dalam


melaksanakan kerja kursus ini :

a) Kesan-kesan perkembangan pengangkutan .


b) Mengenal pasti bentuk muka bumi untuk pembinaan jalan
raya .
c) Mengetahui kesan negatif .
d) Jenis sistem pengangkutan .
e) Faktor yang mempengaruhi .
f) Faktor dari segi darjah kertersampaian .
g) Mengetahui langkah-langkah penyelesaian .

KAWASAN KAJIAN
Guru mata pelajaran Geogafi Tingkatan 3 Hikmah sebagai
kawasan kajian saya . Rasionalnya ialah kawasan ini terletak
berhampiran dengan tempat tinggal saya, iaitu kira-kira dua
kilometer dari rumah saya untuk menjalankan kajian ini. Oleh itu
memudahkan saya untuk menjalankan kajian saya ini.
Taman Greenwood terletak di daerah Gombak . Taman ini
terletak berhampiran dengan Batu Caves . Jarak di antara Taman
Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer .
Kebanyakkan daripada penduduk Taman Greenwood
menggunakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerja atau ke
sesuatu tempat yang dituju . Pengangkutan yang boleh digunakan
di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau
Metrobus , dan teksi awam .
KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

a) Pemerhatian :
Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan
yang melalui jalan raya Taman Greenwood dari
jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5
hari .
b) Rujukan :
- Internet > Mendapat maklumat

HASIL KAJIAN
Daripada hasil maklumat yang saya kumpulkan , jenis sistem
pengangkutan yang ada di Taman Greenwood atau berdekatan
dengan taman itu ialah jalan raya , terowong SMART , LRT dan
lebuhraya bertingkat .

Faktor yang mempengaruhi kemajuan teknologi ialah jaringan


pengangkutan yang banyak . Seperti kemudahan awam yang
disediakan . Manakala dasar kerajaan pula , menurap jalan atau
memperlebarkan jalan yang berlubang atau jalan yang sempit .
Selain itu factor keselesaan pengguna pula , mempunyai jalan raya
yang selamat dan cepat untuk pergi kesesuatu tempat .

Manakala dari segi kertersampaian pula , darjah kesampaian


tinggi kerana bayak pengangkutan awam yang terdapat di Taman
Greenwood . Kebanyakan pengangkutan awam memudahkan
mobility penduduk di Taman Greenwood . Antara faktor lain pula ,
perkembangan ekonomi yang bagus . Akhir sekali , peningkatan
taraf hidup penduduk membolehkan mereka menggunakan
pengangkutan awam .

Kesan-kesan perkembangan pengangkutan pula , ialah


mengurangkan kesan pengangkutan jalan raya kerana boleh
menyebabkan kesesakan lalu lintas . Selain itu , kita perlu menjaga
dan memelihara alam sekitar . Selain itu , kita perlu membuat
landskap yamg menarik seperti meletakkan bunga yang menarik di
sepanjang jalan .

Manakala kesan negatif pula , seperti kesan flora dan fauna


akan menyebabkan hutan di tebang untuk membuat jalan raya .
Selain itu , kenderaan yang banyak menyebabkan kesesakan lalu
lintas berlaku . Manakala , tanah runtuh kerana membuat jalan di
lereng bukit ketika hujan .

Akhir sekali , langkah-langkah penyelesaian seperti


menggunakan alat catalytic iaitu converter pada ekzos kenderaan
yang mampu mengurangkan asap kereta . Selain itu , kita perlu
penghijauan bandar seperti menanam pokok yang berkualiti
menjaga alam sekitar . Cara yang terakhir , ialah mengadakan
kempen untuk mengurangkan menggunakan kenderaan
mengelakkan daripada pencemaran udara dan bunyi .

You might also like