You are on page 1of 6

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.3 TUGAS FRASA

 Frasa penting untuk menentukan sama ada ayat tersebut gramatis ataupun tidak.
 Ayat gramatis perlu mempunyai binaan yang terdiri dari subjek dan predikat.
 Ayat yang tidak mempunyai salah satu dianggap ayat yang tergantung dan tidak lengkap, tidak
mempunyai makna dan mengelirukan.

4.3.1 SUBJEK

Definisi
Ialah frasa yang letaknya di hadapan predikat dalam susunan ayat frasa.

Dalam susunan biasa, bahagian subjek diisi oleh frasa nama seperti berikut :

SUBJEK PREDIKAT
Pakaian Aminah Berwarna hijau lembut
Pertandingan itu Telah tamat sebentar tadi
Kemerdekaan negara Disambut pada setiap tahun

Subjek boleh terdiri dari unsur-unsur berikut :

a) Kata Nama
Kata nama yang mendahului subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata
nama terbitan, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT
Anak itik Berenang-renang di dalam kolam
Adat perpatih Diamalkan di Negeri Sembilan
Encik Sani Bertugas sebagai jurutera
Lukisan itu Menarik perhatian pengunjung
Kecantikannya Menawan hati ramai jejaka

b) Kata Ganti Nama


Kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk juga boleh menjadi unsur subjek, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT
Kami Baru pulang daripada bercuti
Dia Anak saudara saya
Itu Bangunan yang baru dibina
Ini Kawasan larangan

c) Kata Kerja yang berfungsi sebagai Kata Nama


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Terdapat juga golongan kata kerja yang boleh menjadi subjek iaitu kata ini mengambil tugas kata
nama dan berfungsi sebagai subjek, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT
Mendengar radio Dapat menghiburkan hati
Menghias rumah Hobinya masa lapang
Berjoging Dapat menyihatkan badan
Berkebun sayur Menjadi tradisi keluarga mereka

d) Kata Adjektif yang berfungsi sebagai Kata Nama


Terdapat juga golongan kata adjektif yang boleh menjadi subjek, iaitu kata ini mengambil tugas kata
nama dan berfungsi sebagai subjek, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT
Sopan santun Ciri gadis melayu
Manis Boleh mendatangkan penyakit
Pemarah Sikap yang perlu dielakkan

4.3.2 PREDIKAT

Definisi
Ialah frasa yang letaknya subjek dalam susunan ayat biasa.

Dalam susunan biasa, bahagian predikat boleh diisi oleh frasa-frasa berikut :

a) Predikat Frasa Nama


Frasa nama yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan
kata nama terbitan, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Nama)


Bapanya Pensyarah
Nama anaknya Puteri Nur Balqis
Ceritanya itu Dongengan belaka

b) Predikat Frasa Kerja


Frasa kerja yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, kata kerja
transitif dan kata kerja terbitan, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Kerja)


Semua keluarganya Datang
Mereka Keluar ikut pintu belakang
Mereka Berjumpa setiap hari
Budak itu Tertidur
Abang Membeli motosikal bahari
Kucing itu Membersihkan bulunya
Predikat frasa kerja juga boleh disertai oleh kata bantu, iaitu perkataan yang terletaknya di hadapan
kata kerja.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Terdapat 2 jenis kata bantu iaitu :

i. Kata Bantu Aspek


Ialah perkataan yang menerangkan sesuatu perbuatan yang ada kaitannya dengan masa,
contohnya :
 Akan dan belum – menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan, contohnya :
Mereka akan berlumba sekejap lagi.
Kami belum makan lagi.
 Sedang dan masih – menunjukkan sesuatu perbuatan itu sedang dan belum selesai dilakukan,
contohnya :
Murid-murid sedang berbaris dalam dua barisan.
Kakak masih menuntut di universiti.
 Sudah, telah dan pernah – menunjukkan sesuatu perbuatan itu telah selesai dilakukan,
contohnya :
Kerja rumahnya sudah siap petang tadi.
Ibu telah memasak makanan kegemaran saya.
Keluarganya pernah menetap di Singapura.

ii. Kata Bantu Ragam


Ialah perkataan yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang
dilakukan.
Contohnya adalah seperti berikut :
 Kami hendak balik ke kampung.
 Pelukis itu mahu menyiapkan lukisannya.
 Kita harus bertolak-ansur antara satu sama lain.
 Setiap orang mesti menghormati ibubapa.

c) Predikat Frasa Adjektif


Frasa adjektif yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata adjektif asal atau kata adjektif
ganda, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Adjektif)


Bayi itu Comel
Baju kebayanya Labuh
Perpustakaan itu Luas
Beg sekolah mereka Berat-berat
Kereta berhias itu Cantik-cantik

Kata adjektif juga boleh disertai oleh kata bandingan lebih dan paling serta imbuhan ter- yang juga
membawa maksud paling, contohnya :
 Emas lebih mahal daripada perak
 Tulisannya paling cantik antara kawan-kawannya.
 Novel itu terlaris pada tahun ini.

d) Predikat Frasa Sendi Nama

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Frasa sendi nama yang menjadi unsur predikat terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti oleh
frasa, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Sendi


Nama)
Ibu pejabatnya Di Putrajaya
Anak bongsunya Ke sekolah
Penggilan telefon itu Daripada kawan baiknya
Bungkusan itu Untuk perwira negara

4.3.3 OBJEK

Definisi
Ialah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif.

Objek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama, contohnya :

SUBJEK FRASA KERJA KETERANGAN


Kata Kerja Transitif Objek
Ayah Membeli Kereta Baharu
Ibu Membuka Bungkusan -
Ali Menghadiahi Nani Cincin berlian
Guru Menasihati Mereka -

Terdapat 2 jenis objek seperti berikut :


a) Objek Tepat
Iaitu bentuk kata nama yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja, contohnya :
 Pustakawan itu menyusun buku di rak.
 Pekebun itu mengusahakan ladang buah-buahan.
 Adik membaca buku cerita.
b) Objek Sipi
Iaitu bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak langsung kepada kata kerja, contohnya :
 Ibu membuatkan nenek secawan kopi.
 Sultan menghadiahi Laksamana sepersalinan pakaian.
 Abang membelikan isterinya rantai emas.

4.3.4 UNSUR KETERANGAN

Definisi
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Ialah unsur yang lazimnya terdapat dalam frasa kerja dan bertugas untuk menerangkan kata kerja
dengan lebih lanjut.

Dalam susunan ayat biasa, unsur keterangan hadir selepas kata kerja tak transitif atau selepas objek bagi
kata kerja transitif.
Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama, contohnya :

SUBJEK FRASA KERJA KETERANGAN


Kata Kerja Objek
Pelumba itu Memandu Kereta Dengan laju
Guru Menerima Hadiah Daripada murid
Pewangi itu Berbau - Sungguh harum
Sungai itu Mengalir - Deras sekali
Pelancong itu Tiba - Malam tadi
Datuk Bercerita - Kisah lama

Unsur keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan maknanya. Antaranya ialah :
a) Keterangan tempat atau arah
Menerangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan menggunakan kata sendi nama di,
dari, daripada, ke, kepada dan pada, contohnya :
 Angin bertiup dari arah selatan.
 Iklan itu terpampang pada dinding bangunan.

b) Keterangan waktu
Menerangkan waktu berlakunya sesuatu hal atau kejadian menggunakan kata sendi nama pada,
dalam, sejak dan hingga, contohnya :
 Perang saudara berlaku pada zaman dahulu.
 Tempahan itu siap dalam 2 hari.

c) Keterangan tujuan dan harapan


Menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian menggunakan kata sendi nama demi, untuk
dan bagi, contohnya :
 Perajurit berjuang demi kemerdekaan negara.
 Mereka membaca buku untuk lulus peperiksaan.

d) Keterangan cara
Menerangkan cara perbuatan dilakukan, iaitu yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sendi
nama dengan, contohnya :
 Mercun itu meletup dengan kuatnya.
 Burung tiung itu berbunyi dengan nyaringnya.

e) Keterangan alat
Menerangkan alat atau perkakas yang digunakan bagi melakukan sesuatu menggunakan kata sendi
nama dengan, contohnya :
 Dia menebang pokok itu dengan gergaji elektrik.
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Murid-murid itu datang dengan bas.

f) Keterangan penyertaan
Menerangkan maksud ikut serta atau turut bersama-sama dengan menggunakan kata sendi nama
dengan, contohnya :
 Dia datang dengan ibunya.
 Penyanyi itu tiba dengan pengawal peribadinya.

g) Keterangan hal
Menerangkan hal atau keadaan menggunakan kata sendi nama tentang, mengenai dan terhadap,
contohnya :
 Mereka berbincang tentang sambutan hari kemerdekaan.
 Dia telah membuat keputusan mengenai tarikh persaraannya.

h) Keterangan bagai
Menerangkan persamaan atau ciri keserupaan menggunakan kata sendi nama seperti, bagai,
sebagai dan bak, contohnya :
 Perompak itu berlagak sebagai pelanggan.
 Dia berdandan seperti pelakon pujaannya.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like