You are on page 1of 57

SMK AMINUDDIN BAKI

KUALA LUMPUR
KERJA KURSUS GEOGRAFI
2010
HALANGAN DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI
TAMAN BUNGA RAYA,SETAPAK KUALA LUMPUR.

NAMA : SHAHIDA BINTI MOHD KAMAL


NO.K/P : 970520-14-5498
TINKATAN : 1 JAYA
NAMA GURU : PN.NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD

TANDATANGAN MURID

……………………………………………
(SHAHIDA BINTI MOHD KAMAL)

TANDATANGAN GURU

…………………………………………
(PN.NORHIDAYAH BINTI MOHD DAUD)
SENARAI ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT


1 Penghargaan 3
2 Pendahuluan 4
3 Objektif Kajian 5
4 Kawasan Kajian 6
5 Peta Daerah Kawasan Taman Bunga Raya 7
6 Peta Bentuk Muka Bumi 8
7 Peta Kawasan Kajian 9
8 Kaedah Kajian 10
9 Dapatan atau Hasil Kajian 11-23
10 Bahan Grafik 24-29
11 Rumusan 30-31
12 Lampiran 31-56
13 Gambar/Foto 57-60
14 Rujukan 61

2 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK
Aminuddin Baki Kuala Lumpur,Pn Latifah Binti Hj Mahfod kerana telah
memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Geografi saya iaitu Pn.Norhidayah
Binti Mohd Daud yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan
kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang telah banyak membantu saya
memantapkan lagi hasil kajian saya ini.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pihak luar dan
responden yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya
semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa
dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN
3 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
Tajuk kajian yang telah diberi oleh guru geografi saya ialah HALANGAN
DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUNGA
RAYA,SETAPAK,KUALA LUMPUR . Berdasarkan tajuk ini,saya memilih
Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian untuk
melaksanakan kerja kursus yang diwajibkan bagi semua pelajar tingkatan 1.
Saya memilih kawasan ini adalah kerana ianya merupakan tempat kediaman
saya dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian dan mencari
maklumat.Saya juga lebih memehami keadaan persekitarannya kerana saya
telah tinggal di sini selama 13 tahun lamanya.
Semua maklumat dan data yang diperolehi melalui keadaan kajian yang
saya pilih telah direkodkan dengan baik dan sempurna.Untuk menyiapkan
kajian ini,saya mengambil masa selama 5 hingga 6 minggu.
Harapan saya semoga projek KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN yang
saya hasilkan ini dapat memberi sedikit sebanyak sedikit sebanyak kefahaman
kepada umum tentang halangan dan potensi bentuk muka bumi di Taman
Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.

OBJEKTIF KAJIAN

4 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan untuk menepati objektif-objektif
yang berikut :
Mengenalpasti bentuk muka bumi dan ciri-ciri di Taman Bunga
Raya,Setapak,Kuala Lumpur.
Menyelidik tentang potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia .
Mengkaji samada terdapat halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan
manusia.
Mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Taman Bunga
Raya,Setapak,Kuala Lumpur.
Menyenaraikan langkah atau kaedah yang sepatutnya untuk mengurangkan
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Taman Bunga
Raya,Setapak,Kuala Lumpur.
Dapat menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian
saya.

KAWASAN KAJIAN
5 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
Taman Bunga Raya merupakan satu kawasan utama di Setapak.Tempat-tempat yang
berhampiran Taman Bunga Raya ialah Setiawangsa, Titiwangsa, Taman Melati, Sentul, Chow Kit
dan Kampung Bandar Dalam.

Kawasan Taman Bunga Raya merangkumi keluasan 13.91 km persegi. Majoriti penduduk Taman
bunga Raya terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Secara purata bilangan
Bumiputera 83,200 (54%) dan bukan Bumiputera 69,700 (46%). Populasi Setapak ialah 52,900
orang pada tahun 2000.

Bilangan Melayu - 26,693 orang Bilangan Cina - 19,382 orang India - 4,605 orang Bumiputera
Sabah - 66 orang Bumiputera Sarawak- 218 orang Orang Asli - 36 Orang Lain-lain - 222 Orang
Jumlah 50,682 Orang ----> kajian daripada keputusan pilihanraya pada tahun 2004

Taman Bunga Raya sebagai kawasan utama di Setapak


Pusat bandar Setapak ialah diTaman Bunga Raya. Taman Bunga Raya ialah sebuah perbandaran
moden dan utama di Kuala Lumpur, Malaysia,dikelilingi oleh kawasan perumahan dan
perdagangan Setapak. Wangsa maju Seksyen 10 terdiri dari blok penginapan blok A,B dan C serta
ada dua blok bangunan perniagaan. Berhampiran dengannnya ada kondominum Sri Kinabalu, Sri
Ledang dan Sri Loging. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) terletak di Wangsa
Maju.

Dari segi sejarah, Taman Bunga Raya ini dahulunya ialah estet getah Setapak dari tahun 1900-an
hingga 1980-an. Kawasan perbandaran Taman Bunga Raya ditubuhkan pada tahun 1984.Taman
Bunag Raya telah menjadi salah satu perbandaran terancang di Kuala Lumpur selepas Bandar
Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan.

PETA DAERAH
TAMAN BUNGA RAYA

6 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


Taman Bunga Raya

PETA BENTUK MUKA


BUMI

7 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


PETA KAWASAN KAJIAN

8 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


KAEDAH KAJIAN
Saya melaksanakan kaedah-kaedah di bawah dalam proses menghasilkan
kajian ini.
PEMERHATIAN
Saya membuat pemerhatian terhadap halangan dan potensi bentuk muka bumi
di sekitar Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur.Dari pemerhatian ini,saya
dapat mengenalpasti bentuk muka bumi dan ciri-cirinya dan langkah-langkah
untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.Saya juga

9 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


telah menangkap gambar di sekitar kawasan kajian sebagai sokongan dapatan
kajian saya.

SOAL SELIDIK
Saya telah mengedarkan boring soal selidik kepada 20 orang penduduk di
kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga Raya,Setapak,Kuala
Lumpur.Melalui boring soal selidik ini,saya dapat mengenalpasti halangan dan
potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar.

RUJUKAN
Saya juga telah membuat rujukan di internet,buku-buku rujukan,buku teks,surat
khabar dan saya banyak merujuk kepada ahli keluarga untuk mendapatkan
maklumat yang tepat tentang kawasan yang saya kaji.

DAPATAN KAJIAN
Terdapat beberapa dapatan hasil kajian saya ini yang betajuk HALANGAN
DAN POTENSI BENTUK MUKA BUMI DI TAMAN BUNGA RAYA,
SETAPAK,KUALA LUMPUR.
Antaranya ialah:

1.Terdapat beberapa bentuk muka bumi di kawasan Setapak dan ciri-cirinya.

2.Potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan penduduk dan pembangunan


di Taman Bunga Raya.

10 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


3.Halangan bentuk muka bumi di Setapak terhadap kegiatan penduduk dan
pembangunan.

4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Setapak.

5.Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di


kawasan Setapak.

1.Bentuk muka bumi taman Bunga Raya,Setapak,Kuala Lumpur dan ciri-


cirinya.

TAMAN BUNGA RAYA


Tanah Tinggi
Kira-kira 60% kawasan Taman Bunga Raya adalah kawasan tanah
tinggi.Ianya dijadikan kawasan penempatan bagi penduduk di sekitar
kawasan tersebut.Kawasan tanah tinggi ini juga dijadikan institusi
pendidikan,pusat telekomunikasi dan selebihnya dijadikan hutan simpan
untuk generasi akan datang.Antara institusi pendidikan yang terdapat di
kawasan tanah tinggi Taman Bunga Raya adalah Universiti Tunku Abdul
Rahman yang lebih dikenali sebagai UNITAR.
Tanah Pamah
Setelah menkaji kawasan tanah pamah di Taman Bunga Raya,saya
mendapati bahawa kawasan tanah pamah di sini sangat strategik dan
sesuai untuk menjalan aktiviti perniagaan.Ini kerana terdapat pelbagai jenis
perniagaan yang dijalankan di kawasan tersebut.Antaranya ialah kedai
serbaneka,gerai-gerai makan,restoran mewah,pusat beli belah,pusat
11 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
mendandan rambut,kedai cenderahati dan lain-lain.Terdapat juga
sebilangan penduduk yang memilih untuk tinggal di kawsan tanah
pamah.Walau bagaimanapun,kawasan penempatan di tanah pamah
ini,kebanyakkan berkos rendah.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME


Saya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang selesa dan menetap di
kawasan Taman Bunga Raya walaupun saiz keluasannya tidak terlalu besar.
Oleh itu setiap individu mesti menanam rasa cinta dan tanggungjawab
terhadap negara serta menjaga kedaulatannya setiap masa.

12 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


2.Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan
kawasan kajian.

TANAH TINGGI

Petempatan
 Kebanyakkan petempatan di kawasan tanah tinggi Taman Bunga Raya
berkos tinggi.Penduduk di kawasan perumahan di kawasan tanah tinggi ini
juga kebanyakkannya daripada golongan orang-orang kaya.Walaupun untuk
membina rumah di kawasan tanah tinggi memakan jutaan ringgit,namun
masih ramai yang membina dan membeli rumah di kawasan ini.
Pembalakan
 Memandangkan kawasan tanah tinggi di sini mempunyai hutan-hutan kecil
yang subur,syarikat-syarikat yang memerlukan bekalan kayu balak di Taman
Bunga Raya mendapat bekalan yang secukupnya kerana pembekal kayu
balak tidak perlu bersusah-payah mencari kawasan pembalakan untuk
mendapatkan kayu balak.Tambahan pula,kayu-kayu balak di sini berkualiti
tinggi.
Pelancongan
 Terdapat juga beberapa homestay yang beroperasi di kawasan tanah tinggi
yang terletak di Taman Bunga Raya.Ada juga yang mengadakan aktiviti
perkhemahan di hutan yang terdapat di sini.Ini kerana permandangan di
kawasan tanah tinggi ini sangat indah dan menenangkan.

13 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


TANAH PAMAH

Pengangkutan
 Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan di kawasan tanah pamah
yang terletak di Taman Bunga Raya.Antaranya ialah kereta,bas,motosikal,
LRT dan lain-lain.Ini dapat memudahkan penduduk di kawasan Taman
Bunga Raya untuk berhubung dengan kawasan lain.
Petempatan
 Petempatan di kawasan tanah pamah ini kebanyakkanya berkos rendah
dan sederhana rendah.Namun,di kawasan tanah pamah ini juga terdapat
banyak pilihan rumah sama ada yang berkos rendah atau berkos
tinggi.Antara jenis rumah yang terdapat di kawasan tanah pamah ini ialah
rumah pangsa,rumah teres, rumah banglo dan lain-lain.Ini dapat
memberikan tempat tinggal untuk golongan yang kurang berkemampuan
untuk memebeli rumah yang berkos tinggi.
Perniagaan
 Ramai peniaga yang memilih untuk berniaga di kawasan ini.Ini kerana
kawasan tanah pamah yang terletak di Taman Bunga Raya sangat strategik
dan sesuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan.Kawasan yang ramai
penduduk antara faktor yang menyebabkan kawasan ini sangat sesuai
untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

14 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME
Terdapat pelbagai potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman bunga Raya
dan saya berasa bersyukur .Rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab untuk
mengekalkan potensi bentuk muka bumi di seluruh Malaysia tanpa
menjejaskan kedaulatan di negara yang tercinta ini.

3.Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.

TANAH TINGGI

Cerun Curam

15 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


 Terdapat beberapa halangan yang terjadi terhadap kegiatan manusia jika
sesebuah cerun itu terlalu curam.Antaranya ialah kenderaan yang terlalu
besar dan berat contohnya kenderaan yang memebawa simen dan batu-
bata tidak boleh melalui kawasan cerun tersebut kerana boleh
mengakibatkan kemalangan.Ini menyebabkan kesukaran untuk membina
rumah di kawasan tanah tinggi.
Gelongsoran Tanih
 Hujan yang turun terlalu kerap megakibatkan gelongsoran
tanih.Gelongsoran tanih berlaku apabila kawasan tadahan air hujan tidak
mampu lagi untuk menahan air hujan yang turun terlalu banyak terutamanya
pada musim tengkujuh.Apabila kawasan tadahan air hujan tidak dapat
menampung air hujan,lalu tanah di kawasan tanah tinggi pecah dan
berlakunya gelongsoran tanih.
Tanah Runtuh
 13 Februari 2001 ialah kali terakhir berlakunya tanah runtuh di kawasan
tanah tinggi yang terletak di Taman Bunga Raya.Tanah runtuh berlaku
kerana gelongsoran tanih yang terjadi terlalu kerap.Ini meyebabkan
rumah,jalan perhubungan dan lain-lain musnah.

TANAH PAMAH

Berpaya
 Sesetengah kawasan tanah pamah di Taman Bunga Raya berpaya kerana
hujan turun dengan lebat dan air hujan bertakung di kawasan tanah pamah
yang rendah.Ini mengakibatkan kesukaran untuk membina bangunan,rumah
dan jalan raya di kawasan tersebut.Pihak-pihak yang ingin menjalankan

16 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


aktiviti membina bangunan,rumah dan jalan raya di kawasan berpaya
tersebut perlulah menambaknya terlebih dahulu.
Mudah Banjir
 Kawasan tanah pamah di Taman Bunga Raya mudah banjir kerana tanah
runtuh dan gelongsoran tanih yang berlaku di kawasan tanah tinggi.Tanah
dan air yang turun mengakibatkan kawasan tanah pamah ini mudah banjir.
Selain itu,hujan lebat yang turun sepanjang tahun juga adalah antara faktor
yang menjadikan kawasan tanah pamah tersebut mudah banjir.
Sempit
 Taman Bunga Raya adalah sebuah kawasan yang mula membangun.Sudah
pasti aktiviti pembangunan sedang pesat dijalankan.Semakin lama,semakin
banyak bangunan-bangunan yang dibangunkan.Jadi,kawasan tanah pamah
di Taman Bunga Raya sangat sempit.Tambahan pula kepadatan penduduk
yang makin meningkat.Kenderaan awam dan kenderaan sendiri semakin
banyak menyusuri jalan raya.Ini menyebabkan kawasan tanah pamah di
Taman Bunga Raya sangat sempit dan tiada lagi kawasan untuk dijadikan
hutan simpan,pusat rekreasi dan sebagainya.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME


17 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
Walaupun terdapat pelbagai halangan bentuk muka yang berlaku terhadap
manusia,kita masih boleh mengurangkannya dengan menanamkan sifat
sayang akan bumi dan kita sebagai warga Malaysia seharusnya berbangga
dengan bentuk muka bumi yang terdapat di negara kita.

4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Tanah Runtuh
 Antara kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Taman Bunga
Raya ialah tanah runtuh.Manusia menjalankan aktiviti pembalakan di
kawasan tanah tinggi yang menyebabkan pokok-pokok yang menahan
tanah daripada runtuh di tebang.

Banjir / Banjir Kilat


 Banjir / banjir kilat juga antara kesan kegiatan manusia terhadap alam
sekitar yang semakin berleluasa.Sesetengah manusia yang tidak
bertanggungjawab membuang sampah di sungai dan saliran yang menjadi
18 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
tempat air hujan mengalir.Ini menyebabkan tempat air hujan megalir
tersumbat lalu air hujan melimpah dan berlakulah banjir / banjir kilat.

Pencemaran Udara
 Pembakaran terbuka,asap-asap kederaan dan juga asap-asap kilang antara
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang menyebabkan
pencemaran udara yang sangat teruk.Selain itu,kesihatan penduduk di
Taman Bunga Raya akan terjejas kerana menghirup udara yang tidak elok.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME


Seluruh warga Malaysia seharusnya menanamkan rasa tanggungjawab untuk
mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan
memperbaiki keadaan alam sekitar yang sedia ada ini.Dengan ini kita dapat
memajukan Malaysia dari segi prasarana dan keindahan bumi yang tercinta ini.

19 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


5.Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

Penanaman Semula
 Penanaman semula adalah cara yang paling baik untuk mengurangkan
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar iaitu tanah runtuh.Penanam
semula boleh dilakukan di lereng bukit dan di puncak bukit.Ini kerana iainya
dapat menahan tanah daripada runtuh.

Pembinaan Kolam ‘Takungan banjir’


 Untuk mengurangkan banjir/banjir kilat,aktiviti pembinaan kolam takungan
banjir boleh dijalankan.Ini kerana kolam takungan takungan banjir tersebut
boleh menakung air hujan yang melimpah dari sungai atau saliran
berdekatan.Pembinaan kolam takungan banjir sesuai dijalankan di kawasan
tanah pamah yang luas.

Alat catalytic converter

20 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


 Alat catalytic converter atau lebih dikenali sebagai alat mengurangkan asap
ekzos beracun anatara cara yang efektif untuk mengurangkan pencemaran
udara.Memandangkan 70% punca pencemaran udara di Taman Bunga
Raya adalah asap kenderaan,jadi wajarlah setiap pendudk di kawasan
Taman Bunga Raya mendapatkan alat itu.Ini bagi mengurangkan asap
kenderaan dan menjadikan udara lebih berkualiti.

NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME


Walaupun kita terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk mengurangkan
kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar,tetapi ianya sangat bebaloi
kerana ianya akan megekalkan warisan alam ini.Tambahan pula,bumi ini akan
diwariskan kepada genersi akan datang.Kepada yang kurang
berkemampuan,mereka boleh menanam pokok secara kecil-kecilan,pergi ke
mana-mana dengan menaiki kenderaan awam dan lain-lain.Ingatlah,cintai
nagara kita yang bebas daripada ancaman penjajah ini.

21 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


BAHAN GRAFIK
POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN
PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN.
JADUAL KEKERAPAN
POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEKERAPAN
KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN
PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
Petempatan IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
Pembalakan IIIII IIIII
Pelancongan IIIII
Perniagaan IIIII IIIII IIIII
Pengangkutan IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
JADUAL BILANGAN
POTENSI BENTUK MUKA BUMI BILANGAN
KEPADA KEGIATAN MANUSIA DAN
PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
Petempatan 45
Pembalakan 10
22 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
Pelancongan 5
Perniagaan 15
Pengangkutan 25
CARTA PAI

POTENSI BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN


MANUSIA DAN PEMBANGUNAN KAWASAN KAJIAN
25%

Petempatan
45%
Pembalakan
Pelancongan
Pengangkutan
Perniagaan

15%
10%
5%

23 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

JADUAL KEKERAPAN
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KEKERAPAN
TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Cerun Curam IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
Gelongsoran Tanih IIIII IIIII
Tanah Runtuh IIIII II
Berpaya IIIII IIIII IIIII IIIII
Mudah Banjir IIIII III
Sempit IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
JADUAL BILANGAN
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI BILANGAN
TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Cerun Curam 25
Gelongsoran Tanih 10
Tanah Runtuh 7
Berpaya 20
Mudah Banjir 8
Sempit 30

CARTA PAI
24 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN
MANUSIA
30% 25%

Cerun Curam
Gelongsoran Tanih
Tanah Runtuh
Berpaya
Mudah Banjir
Sempit
10%

8%
20%
7%

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

25 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


JADUAL KEKERAPAN
KESAN KEGIATAN MANUSIA KEKERAPAN
TERHADAP ALAM SEKITAR
Tanah Runtuh IIIII IIIII IIIII IIIII
Banjir / Banjir Kilat IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII
Pencemaran Udara IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII IIIII

JADUAL BILANGAN
KESAN KEGIATAN MANUSIA BILANGAN
TERHADAP ALAM SEKITAR
Tanah Runtuh 20
Banjir / Banjir Kilat 30
Pencemaran Udara 50

CARTA PAI

26 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
20%

Tanah Runtuh
50% Banjir / Banjir Kilat
Pencemaran Udara

30%

RUMUSAN
Menerusi kajian saya terhadap POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA
BUMI DI TAMAN BUNGA RAYA telah membolehkan saya mengetahui objektif-
objektif yang ingin dicapai semasa kajian dilakukan.

27 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


Saya telah mengenalpasti cirri-ciri fizikal (bentuk muka bumi) Taman Bunga
Raya yang sebahagian besarnya terdiri dari tanah pamah dan juga terdapat
sebahagian kecil tanah tinggi.Melalui kajian Geografi ini juga,saya dapat
mengetahui potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan penduduk Taman
Bunga Raya.Terdapat lima potensi bentuk muka bumi di Taman Bunga Raya
iaitu petempatan,pembalakan,pelancongan,pengangkutan dan perniagaan.Satu
perkara yang amat menarik perhatian saya kerana selama ini saya tidak
pernah mengetahui potensi ini sehinggalah kajian ini dibuat.

Walaupun bentuk muka bumi Taman Bunga Raya berpoteni untuk kegiatan
manusia dan pembagunan,namun masih terdapat beberapa halangan bentuk
muka bumi di Taman Bunga Raya iaitu cerun yang curam,tanah runtuh,
gelongsoran tanih,kawasan berpaya,tanah pamah yang mudah banjir dan
kawasan yang sempit dan penuh dengan pembangunan.

Sepanjang kajian ini,saya telah menyelidik kesan kegiatan manusia terhadap


alam sekitar dan kaedah yang sesuai untuk mengurangkan kesan terebut di
Taman Bunga Raya.Pencemaran udara dan gangguan pada ekosistem adalah
kesan utama yang terhasil akibat kegiatan peduduk di Taman Bunga Raya dan
saya telah mencadangkan supaya kita menggunakan alat catalytic converter
atau lebih dikenali sebagai alat mengurangkan asap ekzos beracun dan cuba
untuk menggunakan kenderaan awam jika hendak ke mana-mana.Selain
itu,saya mencadangkan usaha-usaha bagi penanaman semula untuk
menggantikan tumbuhan hutan yang telah musnah hasil daripada proses
pembangunan.

28 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


Saya berasa amat bertuah dan bangga kerana menjadi penduduk di Taman
Bunga Raya.Pembangunannya yang strategik,meyakinkan saya bahawa
Taman Bunga Raya mampu berkembang menjadi sebuah bandar setelit yang
berjaya.Saya juga memilih untuk menjalankan kajian Geografi di Taman Bunga
Raya dengan tujuan untuk mengetahui tentang potensi dan halangan bentuk
muka bumi di samping untuk saya mengenal lagi tentang tempat kediaman
saya sendiri.Saya sentiasa memelihara nama baik Taman Bunga Raya dan
akan terus memperkenalkannya kepada sesiapa juga yang berminat untuk
mengetahui lebih lanjut tentang kawasan ini.

29 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


30 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
31 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
32 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
33 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
34 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
35 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
36 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
37 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
38 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
39 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
40 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
41 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
42 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
43 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
44 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
45 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
46 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
47 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
48 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
49 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
50 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
51 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
GAMBAR / FOTO
GAMBAR MENUNJUKKAN ANTARA CONTOH RUMAH DI TAMAN BUNGA
RAYA.

52 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


GAMBAR MENUNJUKKAN KAWASAN PERNIAGAAN DAN KOMERSIAL DI
TAMAN BUNGA RAYA

53 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


GAMBAR MENUNJUKKAN LAIN-LAIN PEMBAGUNAN DI TAMAN BUNGA
RAYA

54 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


GAMBAR MENUNJUKKAN HUTAN SIMPAN DI TAMAN BUNGA RAYA

55 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 


RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan dari sumber-sumber berikut semasa menjalankan


kajian geografi tempatan ini.
 BUKU TEKS GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 1
Pengarang : Rape’ah Binti Ahamed
Khalijah Binti Maimon
Aziah Binti Ismail
Foo Ho Loke
Penerbitan : ARUS INTELEK SDN BHD
Tahun Terbitan : 2002
 LAMAN WEB
WWW.GOOGLE.COM
56 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 
WWW.DROMOZ.COM
WWW.WIKIPEDIA.COM
 RUJUKAN DARI ORANG SUMBER
Saya juga telah membuat rujukan dari maklumat-maklumat yang diberikan
oleh responden dan borang soal selidik yang telah saya edarkan.Selain itu,
saya juga telah merujuk kepada folio kajian geografi tempatan tahun lepas
yang dibuat oleh senior saya untuk dijadikan contoh dan panduan semasa
saya menjalankan kajian geogarafi tempatan ini.

57 KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 

You might also like