You are on page 1of 3

Maksud Catan.

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment"


terlarut dalam pelarut
(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan
(sokongan) seperti kertas,kanvas atau dinding. Ini dilakukan
oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia
merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali
lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Perkataan lukisan
digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam
rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada
permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara
penting dalam bentuk seni.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan


bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu
permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang
menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk,
rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah
catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran
yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang
digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance
yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media
yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.
Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam
persembahan catan yang mempersembahkan catan yang
mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak

SEJARAH
Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia
digunakan untuk
menggambarkan kisah-kisah keagamaan.
• Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni
Medievel.
• Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah.
Aliran Romantik,
Klasik, Naturalisme.
• Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting.
• Abad ke-18. Aliran Romantisme.
• Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme,
Post- Impressionisme, Seni Nouveau.
• Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme,
Futurisme, Dadaisme,
• Surealisme dan Abstrak Ekspresionisme.
• War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni
Op, Seni Minimal,
Seni Konseptual, Seni Landskap.

SEJARAH CATAN TANAH AIR

Jika melihat kembali kepada sejarah tanah air kita (Malaysia),


kita akan mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang
telah mempengaruhi perkembangan awal seni lukis moden
Malaysia, iaitu penjajahan Inggeris, penghijrahan ‘bangsa
dagang’ dan status pendidikan. Seni lukis moden pula disifatkan
sebagai karya yang berbeza daripada mana-mana konvensyen
artistic yang tradisional. Ia lebih menekankan cirri-ciri
individualistic daripada manifestasi sesuaru budaya yang
menyeluruh dalam sesebuah masyarakat.

Kelahiran seni moden tanah air berkaitan dengan


proses pemodenan negara. Malahan, pemodenan merupakan
salah satu isu terpenting dalam membicarakan perkembangan
kebudayaan Malaysia, termasuklah seni visual, seni kartun dan
sastera. Pemodenan sering kali dilihat sebagai suatu proses
pembaratan, sama ada dari segi bentuk ataupun makna sesuatu
objek budaya atau tingkah laku manusia. Bahagian ini berhasrat
memberi suatu gambaran umum tentang faktor-faktor awal
yang telah mempengaruhi perkembangan stail seni lukis moden
Malaysia serta menghubungkanya dengan fenomena pemodenan
atau pembaratan.

You might also like