You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar


dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Umumnya, pengajaran merupakan suatu yang diognostik dan prekriptif. Pengajaran
merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara
pembinaan ilmu, menetukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang
pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum.
Pengajaran akan berlaku sekiranya seseorang guru dapat melaksanakan semua
tindakan tersebut.

Menurut Ormrod (1995), dalam psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu


proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan
pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai
dan pandangan. Umumnya, pembelajaran merupakan satu proses memberi fokus
kepada persekitaran semasa belajar. Teori pembelajaran merujuk kepada cara manusia
dan haiwan belajar. Teori pembelajaran menjelaskan cara manusia belajar dan
memberi cadangan cara menyelesaikan masalah. Namun, teori pembelajaran
bukannya penyelesai masalah tetapi lebih kepada pilihan-pilihan penyelesaian
masalah.

Secara tuntas, pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran.


Pengajaran mempunyai erti perkataan pencapaian atau tugasan. Pembelajaran pula
merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran
mempengaruhi setiap perubahan tingkah laku manusia.

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 1


2.0 TEORI PEMBELAJARAN

Ciri pembelajaran mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara


sistematik bermula dengan penerimaan ransangan melalui organ deria diikuti oleh
pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku.
Pembelajaran merupakan pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap
yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi yang mana perubahan tingkah laku
selepas aktiviti pembelajaran yang stabil dan kekal. Ini bermaksud perubahan yang
berlaku selepas aktiviti pembelajaran tidak berubah, dalam keadaan yang stabil
dan berterusan. Perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses
pemikiran dan penanggapan. Ia bukan terhasil daripada proses pertumbuhan fizikal
namun daripada proses kognitif. Hasil pembelajaran yang diperoleh daripada
pengalaman atau latihan. Pembelajaran juga berlaku pada diri sendiri dengan
usaha sendiri mengikut motif atau motivasi yang tertentu. Tanpa motif atau
motivasi yang sesuai proses pembelajaran akan terhenti.

Berdasarkan kepada ciri-ciri pembelajaran yang digunakan di atas, maka adalah


penting kita memahami teori-teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha
untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan cara
menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi
sebenarnya menjuruskan kita kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Teori
pembelajaran boleh dirumuskan sebagai merujuk kepada prinsip-prinsip dan
hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi
pendidikan. Pendidik dapat memahami tentang cara pelajar belajar dan dapat
menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dan teknik yang digunakan.

Mengikut teori pembelajaran Behaviorisme ialah tingkah laku pelajar boleh


diperhatikan, dikawal dan diramal. Tokoh mazhab behavioris menekankan bahawa
perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses
pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Ini bermakna
apabila murid diberi ransangan oleh guru seperti pujian terhadap sesuatu yang

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 2


mereka lakukan di dalam bilik darjah mereka akan menghasilkan bertindak balas
seperti berusaha untuk menjadi yang lebih baik maka perubahan tingkah laku telah
terjadi. Pengukuhan yang berterusan di dalam bilik darjah seperti memberi latihan
dan aktiviti yang berterusan di dalam bilik darjah.

Seterusnya, menurut teori pembelajaran kognitif, pembelajaran ialah satu proses


dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung daripada tingkah laku manusia yang mana pembelajaran hanya boleh
berlaku berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan
untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela
mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran melibatkan pembentukan hubungan proses mental yang mungkin
tidak dapat diperhatikan. Pengetahuan murid akan di susun menjadi lebih
sistematik apabila mereka membuat perbandingan dan mengingtegrasikan
maklumat baru dan maklumat lama yang mereka pelajari.

Menurut teori pembelajaran sosial prinsipnya melibatkan tiga unsur yang


utama iaitu individu (proses), persekitaran dan tingkah laku. Individu dirujuk
sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran sebagai rangsangan luaran
dan tingkah laku sebagai perlakuannya. Berdasarkan konsep pembelajaran, prinsip
teori pembelajaran sosial dapat dirumuskan sebagai menentu dan menggunakan
model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial. Hal ini
kerana, murid belajar dari proses peniruan atau model. Berdasarkan peniruan
tersebut, telah memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh
keyakinan terhadap tingkah laku ditirunya dengan memberi peneguhan positif.
Daripada penerangan tersebut dapat dikaitkan dengan ciri pembelajaran iaitu
pembelajaran akan berlaku pada diri sendiri usaha sendiri mengikut motif atau
motivasi yang tertentu. Motivasi yang dimaksudkan ialah penggerak luaran seperti
ibu bapa, guru atau model yang mereka lihat sebagai seorang yang boleh diikuti
atau ditiru.

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 3


Seterusnya, merujuk kepada teori pembelajaran humanis yang dipelopori oleh
Rogers berpendapat fitrah manusia, pada dasarnya adalah mulia dan baik.
Individu akan bertumbuh secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka
hidup adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu
mereka mepelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap bermakna.
Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas
persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan
dalam usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran. Secara semulajadi
setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah
mempunyai kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari.
Keberkesanan pembelajaran akan dicapai apabila pelajar mengambil initiatif sendiri
dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Teori pembelajaran Konstruktivisme mendukung makna ilmu pengetahuan


adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan di mana pelajar membina ilmu
pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara
membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya
menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai
kefahaman terhadap maklumat baru. Apabila seseorang murid mengalami sesuatu
fenomena baru, murid akan menilai fenomena itu berdasarkan idea yang sedia ada
serta pengalaman asasnya. Penilaian sedemikian berupaya mengubah persepsi
dan pemahaman atau berupaya mengabaikan maklumat baru itu sebagai sesuatu
yang tidak relevan. Dalam erti kata lain, murid akan bertanya soalan, meneroka dan
menilai apa-apa sahaja yang guru ketahui dalam proses pembinaan
pengetahuannya.

Secara tuntas, teori pembelajaran secara dasarnya merangkumi teori pembelajaran


behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Kita akan meninjau
implikasi-implikasi teori pembelajaran agar dapat dimanfaatkan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kelak.

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 4


3.0 PERBANDINGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN
HUMANISME

Setelah mengetahui secara lengkapnya tentang prinsip-prinsip asas dalam teori


pembelajaran konstruktivisme dan humanisme, kami telah membanding bezakan
prinsip-prinsip kedua-dua teori tersebut.

Teori Pembelajaran
Konstruktivisme Humanisme
Aspek
Tokoh Proses membina pengetahuan R.M Gagne
berlaku mengikut peringkat yang
bermula dengan pengetahuan
sedia ada dalam struktur kognitif.
Jean Piaget, 1980.

Carl Rogers

Pemikiran bahasa
dan proses
penaakulan
berkembang
melalui interaksi sosial, Lev
Vygotsky, 1934.

Asas teori Murid membina ilmu pengetahuan Melihat manusia sebagai


| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 5
melalui tindakan aktif dan makhluk yang istimewa dan
pemikirannya untuk memberi mempunyai keupayaan yang
makna terhadap pengalamannya. tidak serupa dengan haiwan.
Kemahiran dan maklumat yang Humanisme percaya bahawa
ingin dicapai ialah murid dapat manusia bertindak atas dasar
membina konsep dan juga keperluan, motivasi, minat dan
merubah konsep pengamatan nilai. Humanisme juga percaya
mereka kepada konsep definisi. bahawa individu harus dilihat
sebagai satu identiti.

Strategi dan 1)Gunakan strategi berpusatan Strategi kaedah pengajaran dan


kaedah Murid dan guru, kumpulan, Pemb pembelajaran hendaklah
pengajaran sumbangsaran, berorientasikan
pembelajaran koperatif, - strategi pemusatan murid
perbincangan,penyelesaian - kaedah individu
masalah dalam aktiviti pengajaran- - inkuiri
pembelajaran. - kerja praktik
2)Guru menyediakan peluang- - aktiviti pengayaan dan
peluang untuk murid dapat pemulihan
membina pengetahuan dan
membentuk kemahiran, yang
mana mereka dapat
menghubungkaitkan pengalaman
lampau mereka untuk kegunaan
masa depan.

Prinsip-prinsip 1)Menekankan pembelajaran 1)Pelajar mempelajari apa yang


berpusatkan pelajar. mereka kehendaki dan ketahui.
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 6
2) Pembelajaran berlaku melalui 2)Keinginan untuk belajar dan
proses aplikasi pengetahuan. mengetahui cara belajar lebih
3) Pembelajaran berlaku antara penting daripada pemerolehan
interaksi antara orang lain. fakta.
4) Pembinaan pengetahuan dapat • 3)Perasaan pelajar sama penting
diajar dan dibimbing melalui dengan fakta.
proses scaffolding. 4)Pembelajaran cara merasa
5)Pelajar membina pengetahuan sama penting dengan
yang bermakna kepada mereka. cara berfikir.
6)Pembelajaran baru bergantung 5)Penilaian yang dibuat oleh
kepada pengalaman dan pelajar lebih bermakna pada
pengetahuan sedia ada pelajar. dirinya.
7 7)Pembelajaran bermula dengan 6)Pembelajaran berlaku jika
premis atau pengetahuan sedia pelajar berasa selamat.
ada sehingga pembelajaran 7)Pelajar mempelajari apa yang
baru tercapai. mereka kehendaki
8)Interaksi sosial membantu dan dan yang mereka ingin ketahui
menyokong pembelajaran.
9)Pembelajaran bermakna berlaku
dalam konteks tugasan
berasaskan alam nyata.
10)Guru dan rakan berperanan
sebagai fasalitator.
1111) persekitaran pembelajaran
yang kompleks dan tugasan
autentik membantu aplikasi dah
pembinaan pengetahuan baru.
12) Interaksi dan pengaruh sosial
membawa kepada pemikiran aras
tinggi.
13) Persembahan isi pelajaran

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 7


yang pelbagai dengan contoh-
contoh khusus membantu
pemahaman.
14)Pelajar bertanggunjawab
terhadap pembelajaran sendiri.

Kekuatan 1)Mengembangkan proses 1)Tingkatkan arah kendiri dan


metakognitif dan pemikiran kebebasan
reflektif dengan kaedah dan teknik pelajar.
penyoalan,khasnya kaedah 2)Bantu pelajar
Sokratik. bertanggungjawab tentukan
2)Mengaitkan ilmu yang sedia ada perkara yang ingin dipelajari.
dengan pembelajaran baru dan 3)Tingkatkan daya cipta pelajar.
memupuk motivasi instrinsik, 4)Hasil sosial dan emosi lebih
pelajar agar mengambil inisiatif diri diutamakan daripada akademik.
dalam pembelajaran • 5)Menitikberatkan
perkembangan secara bebas
dan bantu kanak-kanak daripada
tekanan
keluarga dan masyarakat.
6)Meningkatkan naluri ingin tahu
pelajar.
7)Mengembangkan minat bidang
seni

Implikasi 1) merancang dan melaksanakan 1) fokus diberikan kepada


terhadap strategi pengajaran seperti soalan- pelajar, bukannya subjek.
pembelajaran soalan terbuka 2)Guru hendaklah melayani
dan pengajaran dan dialog yang meluas agar pelajar sebagai insan terlebih
berpadanan dengan terlebih dahulu sebelium
respon pembelajar serta melayani mereka sebagai
menggalakkan mereka pelajar.
| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 8
untuk menganalisis,mentafsir, dan 3)Guru hendaklah menerima
meramal setiap pelajar tanpa syarat,
maklumat yang diterima. mengikut potensi dan keupayaan
2)Penilaian adalah sebahagian masing-masing.
proses pembelajaran. Oleh itu, 4)Murid-murid diberikan peluang
pembelajar memainkan untuk memilih tugasan atau
peranan yang lebih besar dalam aktiviti pelajaran.
menentukan kemajuan masing- 5)Guru bertindak sebagai
masing. fasilitator dan menjadikan dirinya
teladan dan role model kepada
pelajar untuk memupuk sikap,
kepercayaan dan tabiat yang
baik.

Berdasarkan jadual di atas, terdapat banyak perbezaan antara teori


konstruktivisme dan humanisme yang telah dikenalpasti. Secara konsepnya, teori
konstruktivisme memberi maksud pelajar membina pengetahuan sendiri dan
mengaitkan pengetahuan yang baru itu dengan pengetahuan atau pengalaman
yang sedia ada. Manakala, teori humanisme pula memperlihatkan pelajar sebagai
insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang.
Konstruktivisme menekankan aspek pembinaan pengetahuan baru manakala
humanisme diperlihatkan aspek mengembangkan keupayaan pelajar dalam
mencungkil dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.

Konstruktivisme menggunakan strategi berpusatkan murid dan guru,


dimana murid-murid dan guru melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajran
dan pembelajaran. Selain daripada itu, aktiviti berasaskan kumpulan, tekbik
sumbang saran, pembelajaran koperatif, perbincangan, penyelesaian masalah
dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran juga membantu pembinaan pengetahuan
baru murid-murid. Manakala, humanisme menekankan strategi berpusatkan murid
sahaja, yang bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-
apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Aktiviti yang dilakukan pula

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 9


hendaklah lebih berasaskan individu di mana pelajar digalakkan untuk memupuk
pembelajaran kearah kendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Kaedah
inkuiri iaitu penemuan idea baru melalui penerokaan sendiri. Aktiviti pengayaan dan
pemulihan juga hendaklah dilakukan supaya potensi pelajar dapat dipertingkat dari
masa ke semasa.
Secara prinsipnya pula, teori konstruktivisme menekankan bahawa
pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan dan juga melalui
interaksi antara orang lain. Ini kerana interaksi dan pengaruh sosial membantu dan
menyokong pembelajaran dan membawa kepada pemikiran aras tinggi.
Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding dan
pelajar membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. Pembelajaran
yang baru pula bergantung kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada
pelajar. Ini bermaksud pembinaan pengetahuan baru bergantung kepada sejauh
mana pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar dan bagaimana mereka
mengaitkannya dengan pengetahuan baru. Pembelajaran bermula dengan premis
atau pengetahuan sedia ada sehingga pembelajaran
baru tercapai dan ianya menjadi lebih bermakna jika terdapatnya konteks tugasan
berasaskan alam nyata. Dalam teori ini, guru dan rakan-rakan sebaya berperanan
sebagai fasilitator iaitu membimbing pelajar membina pengetahuan baru.
Persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik juga dapat
membantu aplikasi dah pembinaan pengetahuan baru di samping persembahan isi
pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus yang dapat membantu
pemahaman pelajar. Akhir sekali, pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri.
Berbeza dengan teori konstruktivisme yang menekankan aspek
pembinaan pengetahuan baru, humanisme memberi peluang kepada pelajar untuk
mempelajari apa yang mereka kehendaki dan ketahui. Ini adalah kerana keinginan
untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan
fakta. Perasaan pelajar pula dikira sama penting dengan fakta-fakta yang dicari.
Humanisme juga mengatakan bahawa pembelajaran cara merasa adalah sama
penting dengan cara berfikir. Penilaian yang dibuat oleh pelajar iaitu penilaian

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 10


kendiri lebih bermakna pada dirinya namun, pelajar perlu dapat mencapai tahap
pencapaian yang ditetapkan. Pembelajaran berlaku dengan baik jika pelajar berasa
selamat dan berada dalam persekitaran yang tidak mengancam secara fizikal,
emosional, psikologi serta nyaman.
Tuntasnya, teori humanisme jauh berbeza dengan konstruktivisme kerana
teori ini sangat mengambil kira pembelajaran berlaku sekiranya potensi pelajar
dapat dicungkil dan seperti informasi di atas, konstruktivisme menekankan
pembinaan pengetahuan baru berasaskan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada pelajar.

4.0 APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN HUMANISME


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 11


Umumnya, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran
yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan atau pengalaman sedia ada
masing-masing. Teori ini mempunyai asas kognitif dengan penekanan diberikan
kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.
Sebagai contoh, untuk memainkan peranan dalam mencungkil bakat murid yang
mempunyai pelbagai kecerdasan. Oleh itu, saya memberi pendedahan kepada
murid-murid dengan mengadakan pertandingan melukis dan mewarna sebagai
contoh.

Saya akan mengaplikasikan konsep ini seperti mana yang terdapat dalam
teori pembelajaran konstruktivisme. Murid-murid berasa sangat gembira apabila
bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan dikembangkan.
Hadiah juga akan diberikan kepada pemenang dan memberikan murid lima bintang
sekiranya berjaya melukis dengan cantik sebagai peneguhan tingkah laku yang
positif. Pengetahuan sedia ada ini saya kembangkan dengan memberi peluang
kepada yang berjaya mengajar murid yang belum dapat menguasainya pula. Saya
membenarkan murid mengajar rakannya kerana teori ini mengatakan kanak-kanak
lebih mudah faham apabila rakannya yang membimbingnya. Saya gunakan strategi
berpusatkan murid, kumpulan, sumbangsaran, pembelajaran koperatif,
perbincangan, penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Strategi ini secara tidak langsung dapat mengawal suasana di dalam
bilik darjah dengan berkesan.

Selain itu juga, saya perlulah merancang pembelajaran dan pengajaran


mengikut tahap keupayaan murid. Misalnya merancang pengajaran tahun empat
adalah sama tetapi mempunyai perbezaan aras. Guru juga perlulah menyediakan
banyak contoh dan bahan sumber untuk membuat perkaitan dan membina
pemahaman baharu. Kanak-kanak juga lebih mudah faham apabila rakan yang
membimbingnya dan dengan membuat perbincangan dalam kumpulan, murid
dapat berkongsi idea dan mendapat pengetahuan yang lebih jelas.Tambahan lagi,
guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar misalnya tugasan

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 12


yang berkaitat dengan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks
sebenar serta simulasi. Semasa perbincangan, guru perlulah memberi arahan
dengan jelas selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.

Bertunjangkan memberi layanan yang mesra kepada pelajar iaitu Teori


Pembelajaran Humanisme. Perbezaan latar belakang akan mempengaruhi sikap
murid di dalam bilik darjah. Teori yang saya aplikasikan ini ialah teori pembelajaran
humanisme .Murid yang lahir dalam keluarga yang agak susah akan kurang
keyakinan diri. Mereka akan sentiasa berasa rendah diri dan gemar bersendiri.
Oleh itu, saya selaku guru perlulah menerima murid seadanya tanpa pilih kasih.
Saya akan memberi layanan yang adil dan sama rata di antara mereka agar
mereka tidak berasa disisihkan. Saya juga memberi peluang kepada murid untuk
memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran sendiri. Saya akan berusaha menjadi
fasililator untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik dalam diri
murid.

Sekiranya rasa kurang keyakinan dan rasa rendah diri murid dapat difahami,
proses pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan cara yang
sepatutnya kerana murid akan berasa masih dihargai dan disayangi walaupun
mempunyai latar belakang yang berbeza. Guru juga perlu bersifat penyayang dan
memupuk nilai kendiri positif dalam kalangan murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa
memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi dengan sewajarnya kerana
kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas keperluan asas telah dipenuhi.
Saya juga akan memberi layanan yang mesra kepada mereka agar hubungan
antara saya dan mereka dapat dierat dan diperkukuhkan. Apabila guru berhubung
rapat dengan pelajar, mereka akan menunjukkan motivasi intrisik yang tinggi.
Dengan ini, perasaan rendah diri dapat diatasi. Sikap guru seperti ini akan
mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid. Justeru, pembelajaran
dapat berlangsung dalam suasana yang selesa dan kondusif.

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 13


Selain itu, guru juga perlulah memberikan fokus kepada pelajar bukannya
subjek tertentu. Dengan kata lain, guru perlulah melayani peajar sebagai insan
terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai pelajar. Pelajar juga diberi
peluang untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran. Untuk membina
hubungan sosial dan kemahiran emosi, guru hendaklah melibatkan pelajar dalam
gerak kerja kumpulan. Guru juga bertindak sebagai fasilitator bagi perbincangan
kumpulan. Selain itu, guru menjadi role-model kepada pelajar bertujuan memupuk
sikap dan tabiat baik. Guru juga perlulah memberi pujian dan gerakbalas yang
sesuai dengan isi pelajaran dengan aras pemikiran dan keperluan pelajar. Pelajar
juga tentukan aktiviti pembelajaran seterusnya. Aktiviti pemulihan juga tidak
terkecuali bagi pelajar lemah untuk pembinaan konsep kendiri positif serta
perancangan pengajaran mengambil kira minat kecenderungan dan kesediaan
pelajar . Hormat-menghormati antara guru dan pelajar juga diterapkan.

5.0 RUMUSAN

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 14


Kesimpulannya, teori pembelajaran amat penting kepada setiap guru
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan mengikut
perancangan awal. Setiap guru perlulah pandai mengaplikasikan setiap teori
kepada setiap masalah yang timbul supaya masalah itu dapat diselesaikan. Kita
sebagai guru perlu berfikir jauh ke hadapan supaya dapat melahirkan anak murid
yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

Teori pembelajaran amat penting bagi membantu guru memilih strategi


mengajar dengan berkesan. Terdapat lima teori pembelajaran iaitu teori
pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Teori
pembelajaran humanis menghuraikan fitrah manusia, pada dasarnya adalah mulia
dan baik. Teori konstruktivisme melihat manusia sebagai individu yang membina
pengetahuan berdasarkan pengalaman

Selain itu, proses pembelajaran dan pengajaran perlulah bergerak dengan


seiring supaya murid memperolehi ilmu, pengetahuan baru dan guru berjaya
menyampaikan ilmu tersebut tanpa timbul sebarang masalah. Jika setiap teori
pembelajaran dapat diaplikasikan semasa dalam kelas dengan baik maka guru
akan berjaya melahirkan suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk murid.

Tambahan lagi, guru yang bertindak sebagai fasilitator perlu merancang


dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasikan teori-
teori pembelajaran tersebut. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu
kepada tahu. Terdapat bebarapa model yang dipraktikkan oleh guru-guru pada
masa kini. Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar
melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.

Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim,


muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator,

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 15


pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

6.0 REFLEKSI

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 16


6.1 Refleksi Muhammad Shafiq bin Mohhammad Azmi

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan


keredhaan-Nya dapat saya siapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) ini dalam masa
yang ditetapkan. Pelbagai impak positif mahupun negatif yang diperolehi sepanjang
melakukan kerja kursus ini dan tidak terkecuali pelbagai rintangan dan halangan
terpaksa saya lalui dalam menyiapkan KKP ini.

Kerja kursus ini memberi 1001 makna dalam melangkah sebagai seorang
guru baru. Kini ketahuilah saya bahawa terdapat pelbagai kaedah, pendekatan
mahupun strategi yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kepelbagaian yang wujud ini merangsang aktiviti pengajaran di
dalam bilik dajah dengan berkesan. Saya akan aplikasikan kesemua teori
pembelajaran ini di dalam pengajaran saya. Saya boleh memilih dan
mengaplikasikan pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai berdasarkan teori pembelajaran. Teori-teori pembelajaran ini sedikit
sebanyak membantu saya menangani murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
kecerdasan dan bermasalah. Saya juga akan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dalam pengajaran kelak.

Menyusuri kekuatan tugasan ini, saya kini boleh berbangga dengan


pengetahuan dan penguasaan saya dalam teori-teori pembelajaran ini. Tugasan ini
memberi manfaat kepada saya dalam menjelaskan konsep alam belajar dan
konsep pengajaran dan pembelajaran. Saya juga boleh menghuraikan teori-teori
pembelajaran utama dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Tugasan ini juga memberi kekuatan dalam mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif.

Tambahan lagi, kerja kursus ini dapat menyedarkan saya bahawa saya perlu
bijak dalam menguruskan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 17


masanya. Diharap sebagai seorang guru kelak saya dapat menguruskannya segala
kerja yang perlu selesai mengikut waktu yang ditetapkan.

Kelemahan yang saya perolehi semasa melaksanakan tugasan ini tentulah


dari segi peruntukan masa. Lambakan kerja kursus dalam satu-satu masa amatlah
memeningkan. Selain tiu juga, kesukaran untuk mencari maklumat dan bahan. Hal
ini kerana, saya tidak dapat mencari malumat di internet kerana tiada kemudahan
tersebut di rumah dan di kampung. Ditambah pula dengan kepulangan dari cuti
berhari raya. Perkhidmatan ‘wireless’ yang sekejap ada sekejap tiada juga
memberi tekanan. Namun, kelemahan ini dapat diatasi dengan peminjaman
‘broadband’ dari kawan-kawan sebagai pencarian maklumat. Kelemahan lain
adalah dari masalah dalam penguasaan teori pembelajaran. Teori-teori
pembelajaran ini sejujurnya amat sukar untuk difahami. Mujurlah, perbincangan
dengan pensyarah pembimbing dari semasa ke semasa telah menutup kelemahan
ini.

Secara tuntas, terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian
mahupun dugaan yang harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar.
Ibarat ungkapan sebuah kata-kata hikmat ‘bukan senang hendak senang, bukan
susah hendak senang.’ Kata-kata ini sentiasa disematkan dalam meniti kehidupan
ini. Sekian..

6.2 Refleksi Ain Zulaikha bt. Zaini

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 18


Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus ini. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa saya tempuhi
dan alami. Cabaran-cabaran ini telah mematangkan diri dan lebih bersedia menjadi
seorang guru pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Mior Ahmad
Termizi B Mior Idris kerana memberi bimbingan dan dorongan dalam menyiapkan
tugasan ini.

Pelbagai kekangan yang saya tempuhi dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Antara cabaran dan yang saya perlu tempuhi ialah kekangan masa. Kerja kursus ini
diterima pada 16 Ogos 2010 dan mendapat taklimat daripada pensyarah pembimbing.
Kami diberi masa hanya 2 minggu untuk menyiapkan kerja kursus ini sedangkan pada
30hb Ogos kami sudah bermula menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
Semasa dalam tempoh bercuti tersebut saya terpaksa bertungkus lumus menyiapkan
kerja kursus.

Seterusnya ialah saya perlu menyiapkan tugasan ini di rumah pada bulan
Ramadhan dan Hari Raya. Hal ini menyebabkan saya perlu membahagikan masa untuk
membantu ibu di dapur, membuat kerja kursus, bertarawih dan menyambut Hari Raya.
Saya juga perlu berhadapan dengan gangguan-gangguan daripada anak saudara dan
adik yang memerlukan jagaan dari saya. Walaupun saya terpaksa menempuhi dugaan-
dugaan tersebut saya meneruskan perjuangan untuk menyiapkannya. Apabila terdapat
sedikit ruang masa, saya akan menghabiskannya dengan menyiapkan kerja kursus ini.
Cabaran ini telah mematangkan saya dalam mempersiapkan diri menjadi seorang guru
pada masa akan datang.

Setelah mendapat soalan kerja kursus yang diberi, saya telah mencari maklumat
di buku dan nota-nota yang dicatat di kelas. Saya terpaksa membaca teori
pembelajaran berulang-ulang kali agar dapat memahami dengan jelas. Dengan ini saya
dapat mengaitkan segala teori dengan masalah pelajar. Saya telah membuat pelbagai
rujukan dan perbincangan dengan rakan-rakan dalam mencari perbezaan antara teori
konstruktisme dan humanisme. Saya juga telah berkolabrasi dengan pensyarah dalam

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 19


mencapai pemahaman yang jelas mengenai tugasan ini. Hasil kolabrasi dengan
pensyarah, saya dapat membuat penambahbaikan dari segi kandungan dan penulisan.

Menerusi kerja kursus ini dapat menyedarkan saya bahawa pengurusan masa itu
sangat penting. Saya perlu bijak dalam menguruskan masa agar dapat menyiapkan
kerja kursus ini tepat pada masanya. Sebagai seorang guru pada masa akan datang
terdapat pelbagai kerja dan tugasan yang perlu dilakukan pada satu masa, jika tidak
pandai menguruskannya segala kerja tidak dapat diselesaikan.

Seterusnya, tugasan ini telah menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai


murid dan alam belajar. Saya telah membuat pelbagai sumber rujukan, membaca dan
memikirkan cara yang bersesuaian untuk menangani masalah. Oleh yang demikian,
saya dapat merasakan berlakunya penambahan ilmu di dalam diri yang bersesuaian
dengan konsep pembelajaran iaitu berlaku penambahan ilmu. Kekuatan kerja kursus ini
dapat meransang saya berfikir secara kritis. Hal ini kerana, saya perlu berfikir luar dari
kotak fikiran.

Selain daripada itu, setelah membuat kerja kursus ini saya dapati guru haruslah
mempunyai kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan agar dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Guru perlu memahami dengan jelas teori-teori
pembelajaran agar dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah yang bersesuaian. Justeru itu, saya berpendapat kerja kursus ini wajar
diteruskan kerana memberi kebaikan kepada guru pelatih. Ia membantu dalam
persediaan menjadi seorang guru pada masa akan datang.

6.3 Refleksi Mohd Rahimi Bin Ahmad Latifi

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 20


Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran
kehadrata Allah S.W.T kerana dengan izin dan keredhaan-Nya saya dapat
menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi mata pelajaran EDU 3103 (Murid dan
Alam Belajar) ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah.Tidak lupa juga
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr Mior Ahmad Termizi Bin Mior Ahmad
Idris yang banyak memberi panduan,bimbingan dan dorongan kepada saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada
ahli0-ahli kumpulan saya yang lain iaitu Muhamad Shafiq Bin Muhhammad
Azmi,Ain Zulaikha Bt Zaini dan Nur Fateha Bt Ab Jalil, tanpa bantuan dan
pertolongan daripada mereka saya tidak mungkin dapat menyiapkan kerja kursus
dalam masa yang ditetapkan.Terdapat pelbagai rintangan dan halangan terpaksa
saya tempuhi semasa menyiapkan kerja kursus ini namun demi menjalankan tugas
sebagai seorang pelatih guru saya tidak memikirkannya.Tetapi saya berusaha
untuk menyiapkan kerja dengan sempurna.

Daripada kerja kursus yang disediakan, saya telah memperoleh pelbagai


implikasi daripada apa yang dipelajari juga boleh diaplikasikan semasa menjadi
guru kelak. Antaranya ialah teori pembelajaran konstruktivisme dan
humanisme.Teori pembelajaran konstruktivisme banyak menekankan seseorang
pelajar untuk membina pengetahuan dan bukan sebagai penerima
pengetahuan.Hal ini dapat dapat dilihat apabila pelajar akan membina pengetahuan
tentang apa yang telah dipelajari dan mengaitkan perkara tersebut dengan
kehidupan seharian mereka bukanlah menerima sepenuhnya perkara yang
disampaikan oleh guru.Teori ini dapat saya aplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kelak kerana pelajar lebih cenderung untuk mengaitkatkan
pengalaman sedia ada dengan pengetahuan semasa pelajar.

Selain itu, teori konstruktivisme ini menekankan prinsip pembelajaran


berpusatkan pelajar.Prinsip ini dilihat banyak memberi peluang kepada pelajar
untuk mengemukakan idea dan pendapat masing-masing.Ia juga berlaku dalam

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 21


suasana kumpulan dan wujud interaksi antara satu sama lain. Hal ini akan
membawa kepada pemikiran aras tinggi dalam diri setiap pelajar kerana pelajar
boleh bergaul dengan pelbagai peringkat pemikiran.Prinsip ini dapat saya pelajari
dan memberi idea kepada saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlaang
kelak.
Disamping itu,implikasi yang lain pula, ialah teori humanisme juga banyak
membantu saya dalam usaha menjadi guru yang berkaliber.Teori ini menekankan
bahawa perlu bertindak atas dasar keperluan,motivasi, minat dan nilai.Selain itu, ia
juga memupuk supaya seseorang individu itu lebih berdikari dan membuat sesuatu
tidak mengharapkan orang lain.Dalam teori ini saya dapat lebih memahami
kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan seharian.Mereka lebih
cenderung untuk membuat sesuatu perkara berdasarkan atas minat yang ada
dalam diri mereka.Selain itu, guru juga perlu memahami dan mengetahui situasi
pembelajaran pelajar.Pelajar yang menerima hubungan dan penerimaan guru serta
rakan-rakan ialah faktor utama yang kepada seseorang pelajar untuk menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran.Jadi, sebagai seorang bakal guru,
pengetahuan tentang sikap dan sifat seseoran individu itu adalah sangat penting
dalam usaha menyampaikan pembelajaran dengan berkesan.

Tambahan pula, prinsip-prinsip pendekatan humanisme merangkumi


pelbagai perkara.Pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu perkara jika
perkara tersebut memenuhi kehendak dan minat seseorang inidividu itu.Dalam hal
ini, saya sebagi guru pelatih perlu menyiapkan diri dengan pendekatan pelajaran
yang pelbagai dalam usaha menarik minat pelajar untuk mempelajari apa yang
saya sampaikan nanti.Selain itu, guru juga perlu mengetahui bahawa suasana
persekitaran yang selesa,nyaman dan selamat serta tidak terancam amat
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar itu.Hal ini
memberi pengetahuan kepada saya agar menjadi guru yang sentiasa peka
terhadap keselesaan waktu pembelajaran agar pelajar dapat memberi sepenuh
tumpuan dam memperoleh segala ilmu yang disampaikan.

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 22


Tugasan ini telah memberi pelbagai pendedahan kepada saya dalam
melangkah ke alam guru kelak. Oleh itu, saya perlu bersedia daripada segi
mental,jasmani, emosi dan rohani agar dapat mempersiapkan diri dalam arus
profesion keguruan yang akan menjadi lebih mencabar kelak.saya juga telah
memperoleh input yang berguna bahawa terdapat pelbagai kaedah, pendekatan
mahupun strategi yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Teori-teori pembelajaran yang telah saya pelajari ini sedikit sebanyak
membantu saya dalam menangani masalah yang timbul semasa saya menjadi guru
pada masa akan datang.Selain itu, saya juga akan berusaha untuk mewujudkan
suasana persekitaran yang menarik, selesa dan kondusif agar menarik minat murid
untuk memperoleh ilmu yang mendapat keberkatan.

Kesimpulannya, teori kontrusktivisme dan humanisme ini banyak membantu


saya dalam mempelajari dan memahami situasi ataupun keadaan murid.Hal ini
kerana sebagai seorang bakal guru, saya akan menghadapi dengan pelbagai
kerenah dan sikap murid yang bermacam-macam,jadi saya perlu bersedia dengan
keadaan ini dan mempelajari dengan lebih mendalam supaya dapat mengatasi
segala maslah yang timbul kelak.Akhir kata, mata pelajaran Murid dan Alam belajar
ini sangat penting untuk dipelajari oleh oleh bakal guru kerana ia akan memberi
manfaat dan banyak membantu saya dalam menghadapi situasi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.Sekian.

6.4 Refleksi Nur Fateha bt. Ab Jalil

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 23


Pertama-tamanya saya panjat kan kalimah alhamdulillah, syukur kepada
Allah Yang Maha Esa kerana telah dapat juga saya dan rakan-rakan
menyelesaikan kerja kursus pendek Murid dan Alam Belajar ( EDU3103 ) dengan
agak sempurna dan dapat menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang ditetapkan.
Untuk itu, ribuan terima kasih juga saya salurkan buat pensyarah mata pelajaran
Murid dan Alam Belajar, Dr Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris kerana telah banyak
membantu dalam proses menyelesaikan tugasan ini. Namun, yang paling penting
dan tidak saya lupai, rakan-rakan seperjuangan saya, Muhammad Shafiq
Mohhammad Azmi, Ain Zulaikha Zaini dan Ahmad Rahimi Latifi yang bertungkus-
lumus mencari bahan bagi menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Tanpa bantuan,
komen dan pendapat mereka, saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini
dengan baik. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran dan dugaan, kami dapat
menyiapkan tugasan dengan adanya kerjasama daripada kami semua.

Dengan penghasilan kerja kursus pendek ini dapatlah dirumuskan


bahawa teori pembelajaran adalah amat penting bagi membantu guru memilih
strategi dan membantu pelajar secara optimum. Melalui teori konstruktivisme
misalannya, melihat manusia sebagai individu yang mempunyai pengetahuan
sendiri berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Maklumat yang disampaikan
guru digabungkan dan disusun semula dalam struktur kognitif pelajar untuk
membina pengetahuan baru pelajar. Kedua-dua teori ini dapat membantu bakal
guru seperti saya untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.

Melalui penghasilan penulisan tentang kedua-dua teori konstruktivisme


dan humanisme ini, ia menambah pengetahuan kami tentang bagaimana unutuk
mengaplikasikan teori ini dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, saya boleh mengaitkan tajuk pembelajaran di
dalam kelas dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar. Jika
terdapat kesalahan Saya boleh menyerap masuk atau menyesuaikan maklumat
baru dalam struktur kognitif pelajar melalui proses adaptasi yang diketengahkan
oleh ahli konstruktivisme terkenal, Jean Piaget. Proses adaptasi yang terbahagi

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 24


kepada dua iaitu asimilasi dan akomodasi ini dapat membina pengetahuan baru
sepanjang hayat individu.

Selain daripada itu, saya juga dapat memahami bahawa pembelajaran


juga boleh berlaku dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial inilah
individu atau pelajar berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. Ini
bermakna kontak sosial pelajar bersama orang di sekelilingnya membantu mereka
mengembangkan pemikiran mereka. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru,
saya boleh menggalakkan para pelajar saya supaya banyak bertanya, bergaul
dengan orang ramai dan menjalankan aktiviti-aktiviti berkumpulan dalam proses
pemngajaran dan pembelajaran. Selain mengembangkan daya pemikiran mereka,
ini dapat menjadikan suasan pembelajaran pelaja lebih bermakna dan
meningkatkan pembinaan pengetahuan dan pembelajaran kendiri.

Melalui Teori Pembelajaran Humanisme, seorang guru perlu memahami


bahawa pelajar bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilainya yang
tersendiri. Maknanya, pembelajaran yang optimum berlaku apabila guru mengambil
perhatian kepada potensi pelajar dengan memberi perhatian yang secukupnya.
Oleh yang demikian sebagai seorang guru kelak, saya seharusnya mengenalpasti
setiap potensi para pelajar saya supaya saya dapat menggilap kemampuan mereka
dalam pembelajaran.

Saya juga harus melayan pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum
melayani mereka sebagai seorang pelajar. Ini adalah untuk memperlihatkan
perbezaan individu setiap pelajar. Dalam proses pengajan dan pembelajaran, saya
boleh melibatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan terutamanya pembelajaran
koperatif. Melalui pembelajaran seperti itu, ia dapat memupuk pembelajaran ke
arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain serta mengembangkan
keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang diberi.

Kesimpulannya, melalui penulisan tugasan kerja kursus pendek ini


memberikan pendedahan kepada saya dan rakan-rakan bagi menyedari bahawa
teori pembelajaran seperti teori konstruktivisme dan humanisme dapat membantu

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 25


kami mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan untuk dipraktikkan
di sekolah kelak. Ini juga meningkatkan pemikiran kreatif dalam pembinaan situasi
dan suasana pembelajaran yang kondusif untuk diaplikasikan kerana saya sedar
bahawa sebagai seorang guru saya harus menghadapi pelbagai ragam dan
kerenah yang berbeza-beza.

Akhir kata, semoga dengan penulisan tugasan ini menambah lagi


pengetahuan dan berkat dari-Nya dapat juga saya mengaplikasikannya di sekolah
nanti dengan baik dan berkesan. Semoga tugasan seperti ini juga dapat diteruskan
pada masa akan datang agar dapat menambah ilmu pengetahuan guru-guru
pelatih.

| MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) 26

You might also like