Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Kertas KerjaGotong Royong PerdanaSempena Hari Guru 2010Peringkat SekolahMei 2010Anjuran:SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKUAMPUAN JEMAAH, SG BESAR 
 Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURUSAMTAJ, SG BESAR 
 
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhimatlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilandan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satufaktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan olehsesebuah institusi pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihansekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantumempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royongPerdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh KementerianPelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilidarjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murnidalam diri mereka.Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasanlongkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah sertamenghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan DaerahSabak Bernam yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` ataumenyembur asap di sekitar sekolah.
 
Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SAMTAJ akanmemperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat3K.
2.0OBJEKTIF
2.1
Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah, selamat dan ceria.
2.2
Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3
Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
2.4
Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadapkebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesananaktiviti.
3.0TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Tarikh cadangan:
15 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat: Kawasan sekitar SAMTAJMasa: 8.00 pagi 11.30 pagiPakaian: Pakaian sukan
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more