You are on page 1of 12

SK ANDRASSY,

91000 TAWAU, SABAH

PROGRAM PEERS PERINGKAT SEKOLAH

Anjuran:
PRASEKOLAH DAN UNIT KAUNSELING

Tarikh:
8 MAC 2019

Hari:
JUMAAT

Tempat:
DEWAN TERBUKA SK ANDRASSY
1. PENDAHULUAN

Program PEERS sangat penting diberi kepada murid sebagai langkah pertama untuk
membantu murid terutama kepada murid perempuan agar dapat mengambil langkah
yang betul sekiranya berlaku sentuhan-sentuhan tidak selamat ke atas tubuh badan
mereka. Pendedahan awal ini diharap dapat membantu murid untuk lebih berhati-hati
terhadap orang yang tidak di kenali. Oleh yang demikian pihak Hal Ehwal Murid
(HEM) Sekolah Kebangsaan Andrassy dengan kerjasama Prasekolah dan Unit
Kaunseling bercadang untuk menjalankan program PEERS bagi tahun 2019.

2. OBJEKTIF

Objektif PEERS sehari di sekolah ialah :

i) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid agar dapat menghindari dari


menjadi mangsa jenayah seksual..
ii) Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan elemen PEERS dalam
kalangan ibu bapa murid dan komuniti
iii) Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan elemen PEERS di sekolah
iv) Menjadi asas kepada pelaksanaan PDPC elemen PEERS di sekloah.

3. CADANGAN PELAKSANAAN

Tarikh : 8 MAC 2019

Tempat : Dewan Terbuka SK Andrassy,Tawau

4. ANJURAN

Program PEERS ini 2019 ini dianjurkan oleh Prasekolah dan Unit Kaunseling
dan SK Andrassy, Tawau,

5. SENARAI JAWATANKUASA

i) Jawatankuasa Program PEERS Sekolah

Penaung : Puan Doris Francis


Guru Besar

Pengerusi : Puan Angela John


Guru Penolong Kanan HEM

Tim. Pengerusi I : Puan Hajah Surma Masor

Tim. Pengerusi II : Encik Kassim Mat Zin

Setiausaha : Puan Norizah Chin

2
Ahli-ahli : Semua guru

ii) Jawatankuasa Program

Penasihat : Puan Angela John


Guru Penolong Kanan HEM

Penyelaras : Puan Nur Amalina Sanari

Setiausaha : Puan Norizah Chin

Disiplin dan
Keselamatan murid : Puan Sabriah Talitti
Encik Jaiby Julian
Encik Maspajati Manuke
Encik Harun Sonary

Jurugambar : Guru Praktikum

Pelaporan dan
Dokumentasi : Puan Aisah Tabbi
Puan Nur Amalina Sanari

Persiapan tempat
Dan Peralatan : Encik Mejan Othman
Encik Suranto Priady
Encik Rhoma Fasla

Guru LDK : Puan Rabiah Wahid


Puan Jaeemah Iskat
Puan Mariani Firdaus
Puan Norazana Hasim
Puan Normasrawaty
Puan Nurul Aida Che Hussin
Puan Kasturi
Encik Budiyanto

Penceramah : Puan Aisah Tabbi


Encik Shamsuddin Sanusi

3
6. KAEDAH PELAKSANAN
6.1 Panduan Am

6.1.1 Guru perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan PEERS dan cara
menangani jenayah seksual kanak-kanak.

6.1.2 Elemen PEERS perlu diajar dengan jelas dan telus. Segala istilah yang
digunakan wajib difahami oleh semua murid.
6.1.3 Guru perlu membaca dan memahami kandungan buku cerita “Badan
Saya Kepunyaan Saya”.

6.1.4 Guru boleh menggunakan pelbagai bahasa yang mudah difahami oleh
murid untuk menjalankan program ini.

6.1.5 Murid perlu didedahkan dahulu dengan lagu “My Body Is Mine”. Lagu
boleh dimainkan berulang kali supaya murid biasa dengan muzik dan
lirik lagu.

3.2 Perbualan Awal

6.2.1 Peruntukan masa adalah 20 minit.

6.2.2 Bahan yang perlu disediakan:

(a) Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”.

(b) Lagu “ My Body Is Mine”.

6.2.3 Bercerita secara umum dengan menggunakan buku cerita “Badan Saya
Kepunyaan Saya”.

6.2.4 Gaya penceritaan (intonasi, laras bahasa, bahasa badan dan


sebagainya) boleh menarik minat murid.

6.2.5 Perlu menghabiskan keseluruhan buku cerita.

6.2.6 Murid tidak perlu membaca bersama-sama guru.

6.2.7 Masa bersoal jawab dengan murid perlu diuruskan dengan baik supaya
menepati masa yang diperuntukkan untuk aktiviti ini.

6.2.8 Murid menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

6.3 Aktiviti 1 – Kenali Anggota Badan

6.3.1 Peruntukan masa adalah 40 minit.

6.3.2 Bahan yang perlu disediakan

(a) Sekeping puzzle kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan


dicetak atas kertas yang berbeza warna. Puzzle boleh dilaminate
atau ditampal atas polisterin.

(b) Lagu “ My Body Is Mine”

4
6.3.3 Puzzle kanak-kanak lelaki dan perempuan (Lampiran 1)
disembunyikan di sekitar kelas sebelum aktiviti 1 dijalankan. (Guru
perlu tahu atau catat di mana puzzle disembunyikan).

6.3.4 Murid diminta mencari puzzle yang disembunyikan.

6.3.5 Murid menampal puzzle bermula dengan kepala, badan, tangan dan
kaki.

6.3.6 Bersoal jawab dengan murid tentang anggota badan yang ditampal
dengan menekankan kedudukan anggota badan yang betul.

6.3.7 Guru memperkenalkan anggota seksual – zakar, faraj, dubur,


punggung dan payu dara. Penekanan perlu diberikan supaya murid
dapat menamakan anggota seksual dengan betul dan jelas.

6.3.8 Murid diminta menyatakan persamaan dan perbezaan anggota seksual


antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.

6.3.9 Menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

6.4 Aktiviti 2 – Pakaian Dalam Saya

6.4.1 Peruntukan masa adalah 40 minit.

6.4.2 Bahan yang perlu disediakan:

(a) Sekeping gambar pakaian dalam kanak-kanak lelaki dan


perempuan (Lampiran 2). Gambar boleh dilaminate.

(b) Lembaran Kerja Murid (Lampiran 3) mengikut bilangan murid


dalam kelas.

(c) Lagu “ My Body Is Mine”

6.4.3 Bersoal jawab dengan murid tentang anggota seksual dan keperluan
menutup anggota tersebut. Guru perlu menekankan keperluan
memakai pakaian dalam dari aspek keselamatan, kebersihan dan hak
peribadi.

6.4.4 Tiga orang murid diminta untuk memilih dan menampal pakaian dalam
(Lampiran 2) pada puzzle kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam
Aktiviti 1.

6.4.5 Guru perlu menekan bahagian yang ditutup dengan pakaian dalam
adalah anggota seksual dan tidak boleh dilihat, disentuh atau
ditunjukkan kepada orang lain.

6.4.6 Menyanyi lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

6.4.7 Memberikan setiap murid lembaran kerja (Lampiran 3).

6.4.8 Murid mewarna gambar pakaian dalam mengikut kreativiti.

5
6.4.9 Murid menggunting dan menampal gambar pakaian dalam pada
gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan.

6.4.10 Guru perlu memberi penekanan bahawa:

(a) Badan seseorang murid adalah istimewa dan kepunyaan dirinya


sahaja. Konsep “badan memalukan sebab itu perlu ditutup” patut
dielakkan.

(b) Tidak boleh menunjukkan anggota seksual kepada orang lain.

(c) Tidak membenarkan anggota seksual disentuh oleh orang lain.

(d) Tidak boleh melihat dan menyentuh anggota seksual orang lain.

(e) Keperluan memakai pakaian dalam yang bersih.

6.4.11 Bersoal jawab dengan murid tentang anggota seksual:

a) Bolehkah kamu menunjukkan anggota seksual kepada orang


lain? Mengapa?

b) Bolehkah anggota seksual kamu disentuh oleh orang lain?


Mengapa?

c) Bolehkah kamu melihat dan menyentuh anggota seksual orang


lain? Mengapa?
Nota: Tidak boleh kerana:

(i) Badan kanak-kanak istimewa.

(ii) Badan mereka kepunyaan mereka sahaja.

(iii) Anggota seksual tidak boleh dilihat, disentuh ataupun


ditunjukkan kepada orang lain.

(iv) Untuk menjaga keselamatan dan kebersihan diri.

(v) Untuk menghormati hak orang lain.

** Walau bagaimanapun, anggota seksual boleh dilihat atau disentuh


oleh orang lain atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

6.5 Aktiviti 3 – Cantik Tak Baju Saya?

6.5.1 Peruntukan masa adalah 40 minit.

6.5.2 Bahan yang perlu disediakan:

(a) Sekeping gambar pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan


(Lampiran 4). Gambar boleh dilaminate.

(b) Set patung kertas kanak-kanak lelaki dan perempuan serta


pakaian (Lampiran 5) dicetak mengikut bilangan murid dalam
6
kelas. Patung kertas perlu digunting dan dilabel mengikut set.
Patung kertas boleh dilaminate supaya lebih tahan dan
memudahkan murid bermain.

6.5.3 Empat orang murid diminta menampal pakaian (Lampiran 4) pada


gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan yang telah memakai
pakaian dalam Aktiviti 2.

6.5.4 Murid diminta memberi pandangan terhadap gambar kanak-kanak


lelaki dan perempuan yang telah lengkap berpakaian.

6.5.5 Guru bersoal jawab dengan murid keperluan untuk memakai pakaian
selain pakaian dalam.

6.5.6 Guru menunjuk cara untuk bermain dengan set patung kertas (cara
memakai baju dan bermain dengan rakan dalam kumpulan).

6.5.7 Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap murid diberikan satu
set patung kertas kanak-kanak lelaki atau perempuan (Lampiran 5).

6.5.8 Murid bermain dengan set patung kertas.

6.5.9 Murid berkongsi pengalaman mereka.

6.6 Aktiviti 4 – Tidak! Jangan Sentuh Saya

6.6.1 Peruntukan masa adalah 30 minit.

6.6.2 Bahan yang perlu disediakan:

(a) Buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”.

(b) Sekeping gambar bahagian belakang badan kanak-kanak lelaki


dan perempuan yang berpakaian dalam (Lampiran 6). Gambar
boleh dilaminate.

(c) Gambar simbol “X” (Lampiran 7). Gambar boleh dilaminate.

(d) Puppet atau patung mainan


6.6.3 Guru menerangkan sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa
dengan menggunakan buku “Badan Saya Kepunyaan Saya”.

6.6.4 Guru menampal gambar bahagian belakang badan kanak-kanak lelaki


dan perempuan yang berpakaian dalam.

6.6.5 Guru menanggalkan pakaian pada puzzle kanak-kanak lelaki dan


perempuan dalam aktiviti 3. Lima orang murid diminta untuk
meletakkan simbol “X” pada bahagian badan yang tidak boleh disentuh
oleh orang lain.

6.6.6 Bersoal jawab dengan murid sambil menerangkan jenis sentuhan -


sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa.

7
6.6.7 Menggunakan puppet atau patung mainan untuk membuat demostrasi
cara mengelak sentuhan yang tidak selamat dan tidak selesa dengan
menyatakan “TIDAK”.

6.6.8 Guru meminta murid menggunakan puppet atau patung mainan untuk
melakonkan situasi:

(a) Seseorang cuba menyentuh anggota seksual orang lain.

(b) Seseorang cuba memegang dan mencium orang lain.

Nota: Jika perlu, guru boleh mengulang situasi yang sama atau
mewujudkan situasi yang lain.

6.6.9 Guru perlu menekankan yang murid berhak menolak sentuhan orang
lain jika mereka merasa tidak selesa atau tidak selamat.

6.7 Aktiviti 5 – Apa Perlu Saya Lakukan?

6.7.1 Peruntukan masa adalah 30 minit.

6.7.2 Bahan yang perlu disediakan:

(a) Video (pautan video: https://youtu.be/IFn3mkD0tJs)

(b) Satu set gambar situasi (Lampiran 8).

6.7.3 Menunjukkan video kepada murid. Guru boleh menghentikan

tayangan video untuk memberi

penerangan jika didapati murid menghadapi kesukaran untuk


memahaminya.

6.7.4 Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.

6.7.5 Guru menerangkan situasi untuk perbincangan dengan menggunakan


gambar (Lampiran 8).

Nota: Gambar pertama adalah jawapan kepada situasi secara umum.

6.7.6 Guru tidak semestinya memberikan semua situasi tetapi


bergantung kepada kesediaan murid dan masa.

6.7.7 Setiap kumpulan perlu membincangkan situasi yang sama.

6.7.8 Wakil dari setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil


perbincangan selepas setiap situasi.

6.7.9 Guru perlu menerangkan bagaimana perbincangan boleh dijalankan


jika murid tidak pernah menjalankan aktiviti perbincangan sebelum ini.

8
6.7.10 Guru perlu membimbing murid semasa perbincangan supaya murid
tahu dan faham apa yang perlu mereka bincangkan.

6.7.11 Guru perlu menerangkan cara yang betul bagi menghadapi setiap
situasi.

6.7.12 Guru juga perlu menekankan tidak ada rahsia antara kanak-kanak
dengan ibu bapa dan guru khususnya yang melibatkan tubuh badan
mereka.

6.8 Aktiviti Penutup

6.8.1 Peruntukan masa adalah 10 minit.

6.8.2 Bahan yang perlu disediakan:

(a) Lagu “My Body Is Mine”

(b) Brosur Program PEERS di Prasekolah

6.8.3 Menyanyikan lagu “My Body Is Mine” dengan aksi.

6.8.4 Guru membuat rumusan dan refleksi terhadap aktiviti yang telah
dijalankan.

6.8.5 Mengedarkan brosur program untuk diberikan kepada ibu bapa.

7. PENUTUP

Program ini diharap dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak
yang positif kepada semua murid SK Andrassy.

9
Disediakan oleh,

Norizah Chin
Setiausaha,
Program Peers 2019

Tarikh: 7.3.2019

Disemak oleh,

ANGELA JOHN
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Andrassy

Tarikh: 7.3.2019

Diluluskan oleh,

DORIS FRANCIS
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Andrassy

Tarikh:7.3.2019

10
LAMPIRAN A

11

You might also like