You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT HEM

UNIT KESELAMATAN SEKOLAH


SJK (T) LADANG TELUK BULOH, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK

Tarikh : 29 JANUARI 2015


Hari : KHAMIS
Masa : 1.45 PM
Tempat: BILIK MESYUARAT SKTI.
Kehadiran :
1. Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim (Guru Besar)
2. Pn Hamidah Bt Sulaiman (PK Pentadbiran)
3. En Rosemadi Bin Omar (PK HEM)
4. En Mohd Azni Bin Md Eusoff (PK KK)
5. En. Looi Meng Lock
6. Puan Siti Sara Bt Abu Bakar
7. En Mohd Asrul Bin Mohd Yusof
8. En Mohd Adrizan Bin Mohd Adib

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Taklimat Sekolah Selamat
3. Hal-hal lain

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim mengalu-alukan kehadiran semua guru yang terlibat
dalam mesyuarat unit keselamatan sekolah.
makluman

1.2 Beliau seterusnya menjelaskan perihal kepentingan Sekolah Selamat yang


maklumat terkini terdapat di portal PPD mulai 1 Mac hingga 31 Mac 2012.
makluman

1
1.3 Pengerusi membentangkan secara ringkas perancangan yang perlu di sediakan
iaitu:
i. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
ii. Merancang aktiviti tahunan Program Bersepadu Sekolah Selamat
iii. Menyediakan laporan dan dokumentasi setiap program yang melibatkan
aktiviti Sekolah Selamat.
iv. Membahagikan tugas kepada AJK tertentu
v. Memberi taklimat dan ceramah kepada murid tentang keselamatan dari
semasa ke semasa.
vi. Mengemaskini rekod,fail,surat menyurat serta maklumat berkaitan.
makluman

2. Pembahagian Tugas AJK 2015


a. En. Looi Meng Lock - Keselamatan Sekolah
b. Puan Siti Sara Bt Abu Bakar – Keselamatan Fizikal Sekolah
c. En Mohd Asrul Bin Mohd Yusof – Krisis / Bencana Alam
d. En Mohd Adrizan Bin Mohd Adib – Aktiviti Pergi/Balik

makluman

3. Perancangan Aspek Keselamatan

3.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik

3.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah


terutamanya di kantin dan padang sekolah.

3.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan
perlu ditukar ganti.

2
3.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini.

3.5 AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan


program bersama tetapi laporan berasingan.

3.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi


untuk penggal kedua persekolahan.

3.7 Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh


semua pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan
tindakan lanjut.

4. Hal-hal lain

4.1 Dokumen bertulis berkenaan dengan bidang tugas setiap


bidang/ cabang keselamatan boleh dirujuki di dalam fail
keselamatan yang di simpan oleh En Rosemadi Bin Omar , Guru
Penolong Kanan HEM.
4.2 Diminta kepada guru unit keselamatan supaya mengambil
tindakan bijak dan segera jika berlakunya kes-kes kecemasan di
luar jangka. Contohnya murid hilang, kemalangan di dalam
kawasan sekolah.

5. Penutup

Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing


demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita supaya mereka
dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. ……………..
(En. Looi Meng Lock ) (En. Rosemadi Bin Omar)
Setiausaha GPK HEM
Unit Keselamatan Sekolah SKTI

3
Tarikh: 3 Februari 2015

You might also like