You are on page 1of 4

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KABBADI
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Walaupun kabbadi adalah sejenis permainan kaum India, namun asal


usulnya tidak diketahui tetapi ia telah dimainkan sejak 4,000 tahun dahulu. Ia
merupakan permainan berpasukan yang memerlukan tenaga, kemahiran dan
mempunyai ciri-ciri permainan gusti dan ragbi.

Pada awalnya, kabbadi adalah untuk mempertahankan diri daripada


seseorang atau kumpulan. Ia adalah sejenis permainan yang mudah lagi murah
dan tidak memerlukan peralatan yang mahal ataupun kawasan permainan yang
luas. Inilah sebabnya ia begitu popular di pedalaman India. Sekarang ini kabbadi
dimainkan di seluruh Asia dengan beberapa penyesuaian. Kabbadi juga dikenali
dengan beberapa nama yang berbeza. Ia bukan sahaja semakin popular di Asia
tetapi juga di Eropah dan Amerika Syarikat.

Kejohanan Kabbadi Sedunia yang Pertama telah diadakan di Hamilton,


Ontario, Kanada, dengan empat belas ribu penonton berkumpul untuk menyaksikan
pemain-pemain terkenal dari India, Pakistan, Kanada, England dan Amerika Syarikat
beraksi.

95
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGAIMANA KABBADI DIMAINKAN

Dalam permainan Kabbadi, dua pasukan yang bertanding untuk skor tertinggi
dengan menyentuh atau menangkap pemain-pemain pihak lawan. Setiap pasukan
mempunyai 12 pemain, 7 orang di gelanggang dan 5 orang lagi di bangku simpanan.

Gelanggang permainan mempunyai keluasan 12.50 meter X 10 meter dengan


dibahagi dua oleh satu garisan tengah. Selepas Undian dijalankan, pasukan yang
menang undian akan menghantar penyerang-penyerangnya memasuki gelanggang
dan menyebut perkataan ‘Kabbadi’ berulang kali.

Tugas penyerang ialah untuk menyentuh sesiapa sahaja atau semua pihak
lawan dan kembali ke petaknya semua dengan satu pernafasan sahaja. Pemain
lawan yang berjaya disentuh akan dikeluarkan. Tugas pihak lawan pula sebagai
pertahanan, ialah cuba menahan penyerang daripada pihak lawan untuk kembali ke
petak atau kawasannya. Jika penyerang tidak kembali ke petaknya dengan sekali
pernafasan semasa menyebut ‘Kabbadi’, dia akan dikehendaki keluar daripada
permainan. Setiap pasukan secara bergilir-gilir memasukkan pemain-pemainnya ke
gelanggang. Jika seorang pemain menyentuh kawasan di luar gelanggang atau
sebahagian daripada anggotanya semasa permainan sedang berjalan, dia akan
dikeluarkan kecuali perkara tersebut berlaku semasa pergelutan.

Skor atau mata akan dikira setiap kali penyerang dapat melepaskan diri ke petaknya
semula. Penyerang akan bertukar menjadi pertahanan apabila semua penyerang
dapat dimatikan. Masa permainan adalah selama 20 minit bagi setiap separuh masa.

10 m

12.50 m
Gelanggang Kabbadi

96
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

LATIHAN KEMAHIRAN KABBADI

1. Lukis bulatan di atas padang dengan kapur atau tali.

2. Seseorang berdiri di dalam bulatan dan mengawal


bola tenis di tengah-tengahnya. Dia tidak boleh
menyentuh atau meninggalkan bulatan.

97
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3. Sebagai penyerang, tugas kamu ialah cuba masuk ke dalam


bulatan untuk merampas bola tenis itu tanpa dapat disentuh oleh
penjaganya. Jika dapat disentuh, kamu akan ditukar menjadi
pengawal untuk mengawal bola itu pula.

Antara Aksi Pertandingan Kabbadi

98

You might also like