You are on page 1of 26

CRICKET ADIWIRA

SESI 1 - PENGENALAN
DENGAN KERJASAMA:

MALAYSIAN CRICKET ASSOCIATION MALAYSIACRICKET 03-8070 8079


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Untuk memperkenalkan Cricket Adiwira kepada peserta dengan
kaedah yang positif dan menyeronokkan.

KRITERIA PENCAPAIAN
➢ Saya boleh memahami secara amnya mengenai apa itu Cricket
Adiwira.
➢ Saya boleh mengenal peralatan Cricket Adiwira
➢ Saya boleh memahami peraturan Cricket Adiwira
SEMANGAT KESUKANAN KRIKET
TANGGUNGJAWAB HORMAT BERMAIN
DIPIKUL BERSAMA MENGHORMATI BERSUNGGUH-SUNGGUH
DAN ADIL

TERIMA KEPUTUSAN UCAP TERIMA KASIH


SUASANA POSITIF
PENGADIL DAN TAHNIAH
SUKAN KRIKET DI MALAYSIA
PASUKAN LELAKI KEBANGSAAN

KETUA JURULATIH
BILAL ASAD

KETUA PASUKAN
RANKING DUNIA: 31 (T20I) 27 (50 OVERS) AHMAD FAIZ MOHD NOOR
SUKAN KRIKET DI MALAYSIA
PASUKAN WANITA KEBANGSAAN

KETUA JURULATIH
THUSHARA PRABATH KODIKARA

KETUA PASUKAN
RANKING DUNIA: 38 (T20I) WINIFRED ANNE DURAISINGAM
CRICKET ADIWIRA
Matlamat & Objektif
Matlamat utama Cricket Adiwira adalah untuk
memperkenalkan permainan kriket dalam bentuk yang paling
mudah kepada kanak-kanak dalam persekitaran yang
menyeronokkan dan selamat.

Senang, Seronok & Selamat


Slogan (tagline) Cricket Adiwira adalah senang, seronok dan
selamat. Ini berdasarkan pengembangan kemahiran asas
dalam memukul, membaling, menjaga wiket dan memadang
serta pengembangan atletik kanak-kanak dalam bentuk
yang sederhana
CRICKET ADIWIRA
Senang
❖ Cricket Adiwira adalah senang dimainkan
❖ Cricket Adiwira tidak memerlukan padang kriket yang sebenar dan
boleh dimainkan di mana-mana permukaan yang rata dan selamat
untuk dimainkan.
Contoh:

Dewan Terbuka atau


Padang
Tertutup

Kawasan Letak Kereta


CRICKET ADIWIRA
Seronok & Selamat
➢ Cricket Adiwira menghilangkan kebosanan dan
gangguan yang sering dihadapi ketika latihan di dalam
jaring (nets) di kalangan kanak-kanak.
➢ Penggunaan bola tenis yang telah dibalut dengan pita
pelekat (tape) dan bola lembut (plastik/getah) akan
menghilangkan rasa takut ketika menghadapi bola
keras.
➢ Pemain tidak memerlukan peralatan perlindungan
lengkap kriket seperti penghadang kaki dan sarung
tangan (pad & gloves).
➢ Peraturan Cricket Adiwira akan memastikan setiap
pemain yang mengambil bahagian akan berpeluang
untuk memukul (batting), membaling (bowling),
menjaga wiket (wicket keeping) dan memadang
(fielding) sewaktu permainan berlangsung.
➢ Ini akan menghilangkan kebosanan dan menghalang
penguasaan permainan oleh pemain yang lebih baik dan
memberikan peluang yang sama rata kepada semua
pemain
CRICKET ADIWIRA
Setiap kanak-kanak boleh bermain
Tujuan penting Cricket Adiwira yang lain adalah:
• Untuk menerapkan minat seumur hidup terhadap sukan
kriket.
• Untuk mengembangkan kemahiran dengan bola, yang
juga akan berguna untuk sukan lain.
• Untuk memberikan peluang yang sama rata kepada
kanak-kanak untuk bermain kriket tanpa mengira
kemampuan.
• Untuk memberikan latihan fizikal dalam bentuk yang
menyeronokkan.
• Untuk mengembangkan keyakinan diri, kemampuan untuk
menikmati persaingan yang sihat
• Mewujudkan generasi kanak-kanak yang mempercayai
dan menegakkan perpaduan dalam kepelbagaian, dan
menanamkan perasaan bangga sebagai ahli sukan Malaysia
CRICKET ADIWIRA
2 PASUKAN – 8 PEMAIN
Peranan setiap pemain dalam Cricket Adiwira

PEMADANG

PEMBALING
PENJAGA WIKET PEMUKUL
PENGADIL DAN PENCATAT
(UMPIRE AND SCORER)

PENGADIL (UMPIRE) PENCATAT (SCORER)


PERATURAN PERMAINAN CRICKET ADIWIRA
8 PEMAIN SETIAP PASUKAN (TIADA PEMAIN SIMPANAN)
8 OVERS (6 BALINGAN SETIAP OVER)
SEORANG PEMUKUL HANYA MENGHADAPI 6 BALINGAN
PEMUKUL KELUAR (OUT) DITOLAK 3 LARIAN TETAPI TIDAK PERLU
DIGANTIKAN SEHINGGA DIA SELESAI MENGHADAPI 6 BALINGAN
BALINGAN LEBAR (WIDE BALL) ATAU TIDAK SAH (NO BALL) AKAN DIBERIKAN 2
LARIAN/MATA PERCUMA KEPADA PASUKAN MEMUKUL
TIADA BALINGAN TAMBAHAN UNTUK BALINGAN LEBAR (WIDE BALL) ATAU
TIDAK SAH (NO BALL)
SEMUA PEMAIN PASUKAN YANG MEMADANG WAJIB MENUKAR POSISI
MEMADANG PADA SETIAP OVER TERMASUK MEMBALING DAN MENJAGA WIKET
SEMUA PEMAIN WAJIB MEMADANG, MEMBALING DAN MEMUKUL
TIADA SEMPADAN PADANG (BOUNDARY LINE)
SETIAP PEMUKUL HANYA BOLEH MELAKUKAN MAKSIMA 6 LARIAN BAGI SETIAP
BALINGAN

“PASUKAN PALING BANYAK KUMPUL LARIAN/MATA DIKIRA PEMENANG”


UNDIAN LEMPARAN KAYU (TOSS)
Undian bagi menentukan pasukan mana yang akan
memukul atau memadang terlebih dahulu

MEMUKUL @ MEMADANG
LAPANGAN TENGAH / PITCH

8 kaki

16 ela / 48 kaki

1.33 ela / 4 kaki

LAPANGAN TENGAH / PITCH


PERALATAN CRICKET ADIWIRA
BAILS

STUMPS

BOLA

KAYU PEMUKUL WIKET


PERALATAN ALTERNATIF
IKRAR KEHIDUPAN YANG SIHAT
1. Saya berjanji untuk kekal sihat melalui senaman
dan kebersihan yang baik
2. Saya akan makan makanan seimbang setiap hari
untuk mempunyai lebih banyak tenaga untuk
belajar dan bermain
3. Setiap malam saya akan mendapat rehat yang
cukup untuk lebih bersedia melakukan yang terbaik
4. Sekiranya saya bekerja keras untuk sihat dan kuat,
saya akan lebih bahagia sepanjang hayat saya
LINK GOOGLE FORM UNTUK
KERJA RUMAH/KUIZ

https://forms.gle/FDysVDhBksEmow6D6
SEKIAN
TERIMA KASIH
Hakcipta Terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan program ini dalam apa
bentuk dan dengan cara apa jua sekalipun kecuali dengan izin bertulis
Persatuan Kriket Malaysia (Malaysian Cricket Association)

You might also like