Professional Documents
Culture Documents
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan
putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan
berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan,
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak,
Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas
jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu
mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna
kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.
Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah
itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke
peringkat akhir.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat
umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29
November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk
ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis
Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan
Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha
Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should
be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the
uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven
pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by
three feet."
Rekabentuk diluluskan
Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei
1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor
dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.
Pembentukan Malaysia
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah
melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-
negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-
Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia
telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka
bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-
jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan
Malaysia.
Singapura berpisah
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur
dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang
berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri
dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya.)
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus,
hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis
hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
Benderaku
Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas
untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus
merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah
diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera
Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur Gemilang". Walau
bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama di
samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".
Jalur Gemilang
Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan
memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan
yang telah dibawa bersama.
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Setelah dibuat tapisan, sebanyak empat buah lagu iaitu ciptaan Benjamin Britten, Sir
William Walton, Carlo Manetti dan Zubir Said telah disenarai pendekkan daripada 514
penyertaan yang diterima. Bagi memilih lagu kebangsaan, satu Jawatankuasa Khas
Pemilihan Lagu Kebangsaan telah dibentuk yang diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj. Keempat-empat lagu tersebut diperdengarkan semula dan telah
dimainkan oleh Pancaragam Polis DiRaja Malaysia di Dewan Polis Depoh, Kuala
Lumpur pada 5 Ogos 1957. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan Lagu
Kebangsaan tidak bersetuju dengan keempat-empat lagu tersebut. Y.T.M. Tunku Abdul
Rahman sebaliknya mengesyorkan lagu Terang Bulan sebagai Lagu Kebangsaan
Negaraku. Cadangan itu telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa yang lain walaupun
pada mulanya mendapat sedikit bantahan.
Lagu Terang Bulan merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan
Perak, ketika baginda berada dalam buangan di Pulau Seychelles. Baginda selalu
mendengar lagu tersebut yang dimainkan oleh Pasukan Pancaragam Peranchis bagi
menghiburkan anggota tentera dan juga orang ramai. Lagu tersebut juga amat disukai dan
menjadi siulan penduduk-penduduk pulau itu
Lagu Terang Bulan juga telah mencuit hati Raja Chulan. Ketika Raja Chulan melawat
Raja Abdullah di Pulau Seychelles, baginda amat tertarik dengan lagu ini lalu baginda
mempelajari dan memainkan lagu tersebut di hadapan Raja Mansor, yang kemudiannya
telah mengesyorkan kepada Sultan Idris, Sultan Perak ketika itu, supaya menjadikan lagu
Terang Bulan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak. Pada tahun 1888, buat pertama
kalinya lagu Terang Bulan telah dimainkan sebagai Lagu Rasmi Negeri Perak di Istana
Buckingham England semasa lawatan Sultan Idris Murshidul'adzam Shah di London,
sempena pertabalan Queen Victoria. Bermula dari itulah, lagu Terang Bulan menjadi
Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan pada tahun 1957, lagu ini telah dijadikan asas
sebagai Lagu Kebangsaan Negaraku.
Notasi muzik lagu Negaraku telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra
Radio Malaya), D.S.P. Croft (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis DiRaja), Kapten
Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A. T. Reed
(Ketua Pengarah, Radio Malaya). Senikata Lagu Kebangsaan Negara telah disediakan
oleh satu Jawatankuasa Khas yang juga diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Al-
Haj dengan persetujuan Sultan-sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan Negaraku diperdengarkan buat pertama kalinya pada malam 31 Ogos
1957, diupacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu di Padang Kelab
Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan
Bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan Negaraku.
Bermula dari detik inilah Lagu Negaraku terus kekal menjadi Lagu Rasmi Negara.