You are on page 1of 3

W mohd afifi bin w ab kadir Group 7

1. Bunga Raya
● Mempunyai 5 kelopak melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara
● Dilambangkan sebagai bunga perpaduan
● Menjadi bunga nasional Malaysia pada tahun 1960
● Kerajaan memilih Bunga raya sebagai bunga nasional kerana terkenal dan mudah
didapati
● Dikenali sebagai panggilan yang sama di seluruh negara
● Daunnya bergerigi
● Memiliki banyak nama
● Tidak bermusim, akan berbunga sepanjang masa
● Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
● Warna bunga yang pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah
jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda
● Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India
● Digunakan sebagai pengubatan tradisional

2. Tugu negara
● Tugu Negara terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan
Parlimen.
● Mempunyai tujuh patung lelaki yang menggambarkan kejayaan askar Tanah
Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
● Setiap satu patung ini mempunyai wataknya yang tersendiri dengan
melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan
pengorbanan.
● Diukir berdasarkan kepada contoh sebenar askar yang melakonkan aksi
kemenangan menentang penjajah, penuh dengan bahasa tubuh yang boleh
menceritakan 1,001 kisah perjuangan.
● Simbolik perjuangan askar melawan penjajah, teguh berdiri dengan kibaran Jalur
Gemilang, yang dijulang oleh perajurit bersadur gangsa ini.
● Terdapat tulisan yang cukup bermakna di Tugu Negara ini, yang berbunyi 'Demi
memperingati wira-wira yang menjaga keamanan dan kebebasan. Semoga mereka
dirahmati Allah.
● Tugu negara ini rosak sebahagiannya apabila diletupkan oleh pengganas komunis
pada 6 Ogos 1976.
● Dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966 iaitu selama 3
tahun
● Dibina sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu parajurit yang gugur
dalam Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan
semasa Darurat (19488-1960)
● Dibina dengan ketinggian 15 meter dan diperbuat daripada gangsa dan direka oleh
Felix de Weldon (Pengukir dari Austria).
● Tugu Negara ini juga merupakan arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

3. Jata Negara
- Lambang rasmi kerajaan Malaysia
- Diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952
- Maksud lambang:-
- Bintang pecah 14:
Menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan
Persekutuan
- Bintang dan anak bulan:
Lambang Agama Islam yang diangkat sebagai agama rasmi
Malaysia
- Lima bilah keris:
- Lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
- Pokok pinang:
- Melambangkan Pulau Pinang
- Pokok melaka
- Melambangkan negeri Melaka
- Harimau:
- Keberanian, kegagahan dan kekuatan
- Bunga raya:
- Bunga kebangsaan Malaysia
- Warna kuning:
- Warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
- Jalur merah, hitam, putih dan kuning:
- Melambangkan negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Pahang,
Selangor, Perak dan Negeri Sembilan

4. Jalur Gemilang
● Diperkenalkan pada 16 September 1963 sempena penubuhan negara Malaysia.
● Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara
yang ke-40.
● Mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar.
● Jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia.
● Warna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
● Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu.
● Warna putih melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang
berbilang kaum
● Jalur : menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan
putih iaitu 13 negeri anggota dan wilayah persekutuan
● Gemilang : bermaksud cahaya, terang-benderang dan cemerlang
● Bulan Sabit : Melambangkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negara
● Bintang 14 Bucu : Melambangkan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan persekutuan

You might also like