You are on page 1of 72

GARIS PANDUAN

Pelaksanaan Program
Komunikasi Untuk
Perubahan Tingkah Laku
(COMBI)

Pencegahan dan Pengawalan


DEMAM DENGGI

Cawangan Penyakit Bawaan Vektor


Bahagian Kawalan Penyakit
Jabatan Kesihatan Awam
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
dengan kerjasama
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
2005
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

KANDUNGAN

Jawatankuasa Penyelaras Program COMBI Kebangsaan vi


Sidang Pengarang viii
Kata-kata Aluan ix
Prakata xi
Ringkasan Eksekutif xii
Objektif Garis Panduan xiv

PENDAHULUAN 1

PENGENALAN 1
• Situasi Semasa 1
• Definisi Komunikasi 2
• Definisi Tingkah Laku 3
• Definisi Perubahan Tingkah Laku 3
• Apakah COMBI 4
• Lima Prinsip Asas COMBI 5

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM COMBI 9

STRATEGI 9
• Penubuhan Jawatankuasa Program COMBI 9
• Latihan 9
• Penglibatan Pelbagai Agensi 10
• Promosi Program COMBI 10
• Pusat Promosi Perkhidmatan 11

BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN COMBI 11

FASA 1: PERANCANGAN 11

Peringkat Negeri 11
• Penubuhan Jawatankuasa Teknikal 11
• Anggota Jawatankuasa Teknikal 11
• Bidang Kuasa dan Fungsi 12
• Penubuhan Jawatankuasa Induk 13

iii
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

• Anggota Jawatankuasa Induk 13


• Bidang Kuasa dan Fungsi 14

Peringkat Daerah 14
• Penubuhan Jawatankuasa Teknikal 14
• Anggota Jawatankuasa Teknikal 15
• Bidang Kuasa dan Fungsi 15
• Penubuhan Jawatankuasa Kerja 15
• Anggota Jawatankuasa Kerja 16
• Bidang Kuasa dan Fungsi 16
• Penubuhan Jawatankuasa Komuniti 17
• Anggota Jawatankuasa Peringkat Komuniti 17
• Bidang Kuasa dan Fungsi 17

FASA 2: PELAKSANAAN 18

Pengurusan Majlis Pelancaran 18


• Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Kerja 18
• Bidang Kuasa dan Fungsi Komuniti 18

Pengurusan Aktiviti Dalam Tempoh Pelaksanaan 19


• Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Kerja 19
• Bidang Kuasa dan Fungsi Komuniti 20

FASA 3: PEMANTAUAN 20

Borang Reten COMBI 20


• Borang Reten PKD/COMBI - 1 21
• Borang Reten PKD/COMBI - 2 21
• Borang Reten PKD/COMBI - 3 21
• Borang Reten PKD/COMBI - 4 22
• Borang Reten PKD/COMBI - 5 22
• Borang Reten JKN/COMBI - 1 22

Kajian Jejak (Tracking Survey) 22

Pemantauan Entomologi 23

iv
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

FASA 4 : PENILAIAN 26

• Kajian Tingkah Laku Terhadap Pengetahuan, 26


Sikap dan Amalan (KAP)
• Penilaian Entomologi 27
• Penilaian Epidemiologi 29

LAMPIRAN
Lampiran 1 : Ringkasan Perancangan Program COMBI 31
Lampiran 2 : Ringkasan Pelaksanaan Program COMBI: 34
Pengurusan Majlis Pelancaran
Lampiran 3 : Ringkasan Pelaksanaan Program COMBI: 35
Pengurusan Aktiviti Program
Lampiran 4 : Borang Pemantauan Program COMBI: 36
PKD/COMBI-1
Lampiran 5 : Borang Pemantauan Program COMBI: 39
PKD/COMBI-2
Lampiran 6 : Borang Pemantauan Program COMBI: 40
PKD/COMBI-3
Lampiran 7 : Borang Pemantauan Program COMBI: 41
PKD/COMBI-4
Lampiran 8 : Borang Pemantauan Program COMBI: 42
PKD/COMBI-5
Lampiran 9 : Borang Pemantauan Program COMBI: 43
JKN/COMBI 1
Lampiran 10 : Borang Soal Selidik Kajian Pengetahuan, 44
Sikap dan Amalan (KAP) Pra-Ujian:
KAP/COMBI 1
Lampiran 11 : Borang Soal Selidik Kajian Pengetahuan, 47
Sikap dan Amalan (KAP) Pasca Ujian:
KAP/COMBI 2
Lampiran 12 : Borang Kajian Jejak (Tracking Survey): 51
Borang KAP/COMBI 3
Lampiran 13 : Logo Program COMBI Peringkat Negeri-Negeri 53

Glosari 55
Rujukan 57

v
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

JAWATANKUASA PENYELARAS
PROGRAM COMBI KEBANGSAAN

PENASIHAT
Dato’ Dr. Shafie Ooyub
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia

PENGERUSI
Dr. Hj. Marzukhi Md. Isa
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (PBV)
Kementerian Kesihatan Malaysia

PAKAR RUJUK
Dr. Mohd. Raili Hj. Suhaili
Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

AHLI:
Pn. Mastura Md. Hashim
Timbalan Pengarah (Entomologi)
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

En. Tham Ah Seng


Ketua Penolong Pengarah
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr. Zuraidah Mokhtar


Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Johor

vi
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Dr. Norashikin Abd. Rahman


Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Dr. Zailiza Suli


Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Dydy Ilyani Mohd. Basir


Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

Tn. Hj. Kamilan Demin


Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Yusnida Md. Yusof


Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Dr. Junaidi Ibrahim


Ketua Penolong Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Zulkifilee Yazid
Penolong Pengarah
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Kementerian Kesihatan Malaysia

vii
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

SIDANG PENGARANG

PENGERUSI

Dr. Hajah Rosnah Bt. Haji Ismail


Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

PENGARANG
Dr. Mustafa Bakri Bin Adnan Dr. Mohammad Nazarudin Bin Bahari
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pegawai Kesihatan Daerah Kedua,
(Kesihatan Awam), Pejabat Kesihatan Seremban
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
En. Jarno Bin Sukadis
Dr. Zailiza Bt. Suli Penolong Pegawai Kesihatan
Ketua Penolong Pengarah (Vektor), Persekitaran U32, PKD Jempol
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Tuan Hj. Ibrahim Bin Daud
En. Zainal Bin Abd. Rahman Penolong Pegawai Kesihatan
Ketua Penolong Pengarah Persekitaran U32, PKD Seremban
(Kaji Serangga),
En. Mariapppan a/l Semalai
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran U32, PKD Seremban
Pn. Hapsah Bt. Mohd Dusa
Penolong Pengarah
En. Abdul Latiff Bin Maulud
(Promosi Kesihatan),
Penolong Pegawai Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Persekitaran U29, PKD Seremban

Dr. Omar Bin Mihat En. Badrul Hisham Bin Abdullah


Pegawai Kesihatan Daerah, Penolong Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Seremban Persekitaran U29, PKD Port Dickson

Dr. Noor Ashah Bt. Itam Othman En. Ramli Bin Ahmad
Pegawai Kesihatan Daerah, Penolong Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Port Dickson Persekitaran U29, PKD Seremban

viii
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

KATA-KATA ALUAN
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tahniah dan syabas, saya ucapkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri


Sembilan kerana berjaya mengeluarkan satu garis panduan mengenai
program “Communication for Behavioural Impact” (COMBI) bagi
pencegahan dan pengawalan demam denggi di Malaysia.

Adalah menjadi aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk


menyediakan satu garis panduan yang lengkap (best practice guideline)
mengenai pelaksanaan sesuatu program yang telah dilaksanakan. Saya
berharap agar garis panduan yang telah disediakan oleh pegawai-
pegawai yang berpengalaman serta terlibat secara langsung dalam
program COMBI ini, boleh membantu dan menjadi rujukan kepada
Jabatan kesihatan Negeri dan agensi lain untuk melaksanakan program
COMBI di tempat masing-masing, terutamanya maklumat berkaitan
bidang kuasa dan fungsi bermula dari aspek perancangan hingga kepada
penilaian pelaksanaan program ini.

Program COMBI juga merupakan perkongsian bijak di antara agensi


(smart partnership) dengan Kementerian Kesihatan dalam mengawal dan
mencegah demam denggi. Dengan penglibatan aktif mereka, saya
berharap agar masalah denggi yang berlaku secara universal dapat
ditangani bersama secara lebih berkesan melalui konsep komunikasi di

ix
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

kalangan komuniti itu sendiri. Melalui program ini, adalah diharap agar
sikap serta amalan mereka mengenai pencegahan dan pengawalan
demam denggi dapat diubah dan berterusan.

Adalah menjadi harapan saya agar objektif untuk memperkasakan


komuniti dalam mencegah dan mengawal demam denggi akan tercapai
hendaknya.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SHAFIE BIN OOYUB


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam),
Kementerian Kesihatan Malaysia

x
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

PRAKATA

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Garis Panduan Pelaksanaan


COMBI telah berjaya dihasilkan untuk kegunaan semua pihak yang
terlibat terutama dalam bidang kesihatan awam mengenai pencegahan
dan pengawalan demam denggi .

“Communication for Behavioural Impact” atau singkatannya COMBI dan


dalam Bahasa Melayu pula adalah “Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah
Laku” bertujuan untuk memperkasakan peranan komuniti dalam mencegah
dan mengawal kejadian penyakit demam denggi. Ia memerlukan komitmen
yang jitu oleh pelbagai agensi terutama komuniti yang terlibat.

Strategi keseluruhan COMBI adalah untuk mencapai matlamat tingkah


laku yang dicadangkan dan masyarakat mengamalkan tingkah laku
tersebut secara proaktif. Diharapkan melalui kaedah pencegahan yang
diterapkan dapat memberi impak yang positif dalam menangani
permasalahan demam denggi.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi tahniah dan ucapan terima
kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku garis
panduan ini. Saya berharap garis panduan ini dapat membantu Jabatan
Kesihatan Negeri dan agensi-agensi lain sebagai langkah permulaan
dalam melaksanakan program COMBI.

Sekian, terima kasih.

DR. HAJAH ROSNAH BT. HJ.ISMAIL


Pengarah Kesihatan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus

xi
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Program “Communication for Behavioural Impact” (COMBI) merupakan


satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan menggunakan pendekatan komunikasi untuk
merubah tingkah laku manusia. Objektif garis panduan ini diterbitkan
adalah sebagai memberi panduan bagi Jabatan Kesihatan Negeri /
agensi untuk melaksanakan program COMBI dalam mengawal penyakit
berjangkit.

Garis panduan ini menerangkan tentang strategi yang boleh digunakan


untuk melaksanakan program COMBI, antaranya penubuhan
Jawatankuasa Program COMBI, mengadakan latihan kepada anggota
kesihatan dan komuniti yang terlibat, penglibatan pelbagai agensi yang
berkaitan, mengadakan promosi program dan menubuhkan pusat
promosi perkhidmatan di tempat-tempat yang strategik.

Bagi melaksanakan program ini di peringkat agensi dan komuniti, empat


peringkat telah dikenalpasti, iaitu pada peringkat perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Pada peringkat perancangan
dan pelaksanaan, beberapa buah jawatankuasa seperti Jawatankuasa
Teknikal, Induk, Kerja dan Komuniti perlu ditubuhkan. Di dalamnya
dijelaskan apakah fungsi dan bidang kuasa bagi setiap jawatankuasa
tersebut.

Perancangan yang rapi perlu dijalankan sebelum sesuatu program


COMBI dilaksanakan. Hal ini termasuklah pemilihan kawasan yang
sesuai berdasarkan analisis situasi awal tentang kejadian sesuatu
penyakit di kawasan tersebut serta kaitannya dengan tingkah laku yang
hendak diubah. Seterusnya, matlamat serta objektif tingkah laku yang
hendak dicapai dalam Program COMBI perlu ditetapkan dan pelbagai
strategi perlu diatur ke arah mencapai matlamat tersebut.

xii
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Pada peringkat pelaksanaan pula, intervensi yang sesuai akan dijalankan


untuk jangka masa tertentu menggunakan kaedah komunikasi. Program
COMBI dilaksanakan di lokaliti terpilih pada suatu jangkamasa yang
ditetapkan dengan mengambil kira lima prinsip asas utama iaitu Kerahan
Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative
Mobilization / Public Relation / Advocacy); Kerahan Masyarakat
(Community Mobilization); Pengiklanan (Advertising); Penyampaian
Peribadi Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal
Communication) dan Pusat Promosi Perkhidmatan (Point-of-Service
Promotion). Mesej-mesej tingkah laku yang dikehendaki akan
dipromosikan secara besar-besaran, berulang kali, bersungguh-sungguh
dan berterusan.

Di samping itu, sepanjang tempoh pelaksanaan program COMBI,


pemantauan aktiviti secara berterusan akan dijalankan menggunakan
borang reten tertentu yang akan dilengkapkan oleh promoter, penyelia,
pengerusi COMBI dan anggota kesihatan. Selain pemantauan borang
reten, kajian jejak (tracking survey) dan pemantauan entomologi juga
dijalankan. Strategi pelaksanaan akan diubah sekiranya perlu bagi
memastikan Program COMBI akan terus diterima oleh komuniti.

Bagi tujuan penilaian program COMBI, data-data asas misalnya tentang


kejadian sesuatu penyakit, aliran gaya (trend) penyakit, kejadian wabak,
kematian, data-data entomologi serta kajian untuk mengetahui tahap
pengetahuan, sikap dan amalan responden (KAP) sebelum pelaksanaan
akan dibandingkan dengan selepas pelaksanaan program COMBI.

xiii
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

OBJEKTIF GARIS PANDUAN

• Memberi panduan dan menjadi bahan


rujukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri
atau agensi-agensi lain untuk melaksanakan
program COMBI dalam mengawal penyakit
demam denggi.

• Memberi maklumat kepada agensi yang


berkaitan, mengenai bidang kuasa dan
fungsi dalam aspek perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
untuk melaksanakan program COMBI.

xiv
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Situasi Semasa

Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu


masalah global dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika,
Amerika Syarikat, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat
(WHO 2002). Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang
dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditi
dan mortaliti.

Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang


masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang
lalu, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah
menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999
kepada 15,442 kes pada tahun 2003. Kadar insidens pula meningkat
daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000
penduduk pada tahun 2003 (KKM 2003). Pelbagai aktiviti dilaksanakan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah dan mengawal
penyakit demam denggi, seperti menjalankan pemeriksaan Aedes,
penyemburan kabus, larviciding dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan
Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

Selain daripada itu, kementerian memberi fokus utama dalam kawalan


denggi melalui promosi kesihatan yang bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan serta kesedaran komuniti mengenai penyakit serta kaedah
pencegahannya. Pelbagai kaedah digunakan bagi mewujudkan
kesedaran di kalangan orang ramai tentang penyakit demam denggi.
Antara kaedah yang digunakan termasuklah mengadakan aktiviti seperti
ceramah, perbincangan kumpulan kecil, edaran risalah dan poster, tunjuk

1
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

ajar dan pameran. Namun begitu, walaupun pengetahuan dan juga


kesedaran komuniti tentang aspek pencegahan dapat ditingkatkan,
masih didapati komuniti gagal untuk mengubah tingkah laku ke arah
menghapuskan punca pembiakan nyamuk. Berdasarkan hasil kajian
yang telah dijalankan di Singapura, sebanyak 77% responden
mengetahui tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk, namun
sebanyak 49% sahaja yang membuang bekas yang berpotensi tersebut
dan 26.7% lagi menggunakan racun serangga abate bagi mengawal
demam denggi. (Heng et. al. 1998)

Definisi Komunikasi

Komunikasi boleh didefinisikan sebagai:


“proses satu idea disampaikan dari sumber kepada penerima
bertujuan untuk mengubah amalan penerima.”
Everett M. Rogers

Manakala, Emil Dovifat mendefinisikan komunikasi sebagai “....setiap


usaha mempengaruhi masyarakat umum secara sedar dan usaha ini
selanjutnya dapat diadakan melalui keyakinan penuh atau secara
paksaan kolektif sehingga pihak lain tahu dan ingin melakukan perkara
yang disarankan.”

Melalui strategi komunikasi, tingkah laku individu dan juga komuniti boleh
diubah iaitu dengan memperkasa mereka supaya menjalankan aktiviti
pencegahan dan kawalan (Martin dan Prado 2004)

Sehubungan itu, pendekatan konsep COMBI telah diperkenalkan oleh


pertubuhan Sedunia (WHO) yang menggunakan pendekatan komunikasi
bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

2
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Definisi Tingkah Laku

Tingkah laku ialah perlakuan atau aktiviti yang dilaksanakan oleh individu
atau kumpulan, sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

Menurut Gochman, tingkah laku kesihatan ialah:


“Perlakuan seseorang seperti kepercayaan, ekspektasi, motif,
nilai, persepsi atau elemen kognitif lain seperti tingkah laku
peribadi, termasuk keadaan emosi dan genatik, tingkahlaku
terlampau, tindakan dan amalan yang berkaitan dengan
kesihatan ke arah mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.
(“Those personal attributes such as beliefs, expectations,
motives, values, perceptions and other states and traits; and overt
behaviour patterns, actions and habits that relate to health
maintenance, to health restoration and to health improvemnets.”)
Gochman

Manakala menurut Kasl & Cobb, terdapat tiga kategori tingkah laku
kesihatan iaitu:
i. Tingkah laku kesihatan pencegahan
ii. Tingkah laku penyakit
iii. Tingkah laku pesakit

Definisi Perubahan Tingkah Laku

Perubahan tingkah laku didefinisikan sebagai: “Suatu perubahan yang


berlaku daripada peringkat asas kepada yang baru, sama ada
sementara, berkekalan atau meningkat.”

3
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Apakah COMBI

COMBI ialah singkatan bagi “Communication for Behavioural Impact”


atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkah laku”. Program ini bertujuan
untuk memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal
kejadian penyakit berjangkit. Kebanyakan kejadian penyakit berjangkit
mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia, termasuk penyakit
demam denggi. Setakat ini, belum ada ubat dan vaksin bagi rawatan
penyakit demam denggi. Pengurangan punca pembiakan nyamuk Aedes
boleh mencegah penyakit demam denggi dan ia boleh diatasi melalui
komitmen komuniti ke arah perubahan tingkah laku.

Program COMBI telah dilaksanakan di beberapa buah negara bagi


pencegahan dan kawalan penyakit Tuberkulosis (TB) di Bangladesh,
India dan Kenya, penyakit kusta di India dan Mozambique, filariasis di
India, Sri Lanka, Kenya, Nepal dan Zanzibar. Semua program ini didapati
berjaya mengubah tingkah laku komuniti ke arah yang positif.

Di Malaysia, pendekatan COMBI bagi pencegahan dan kawalan penyakit


demam denggi telah dilaksanakan di daerah Johor Bahru. Berdasarkan
kajian jejak (tracking survey) yang dijalankan semasa pelaksanaan
kempen, didapati sebanyak 80% ahli keluarga telah memeriksa rumah
mereka bagi tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk
Aedes. Berdasarkan kajian pasca KAP selepas 12 minggu kempen
dijalankan, didapati hampir 99% responden mengekalkan aktiviti
pemeriksaan rumah seminggu sekali berbanding 70.7% dari kajian pra
KAP (p<0.01) (Mohd Raili, et al. 2003).

Di Zanzibar, Program COMBI dilaksanakan bagi pencegahan dan


kawalan penyakit filariasis dan didapati sebanyak 90% penduduk
mematuhi pengambilan ubat-ubatan walaupun tahap sasaran yang

4
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

ditetapkan sebanyak 80% sahaja. Manakala di Sri Lanka pula, dengan


pelaksanaan Program COMBI, pematuhan penduduk bagi rawatan
filariasis adalah sebanyak 80% (WHO 2002).

Dari segi pelaksanaan program COMBI, empat pendekatan perlu


dilaksanakan iaitu secara besar-besaran (massive); berulang kali
(repetitive); bersungguh-sungguh (intensive) dan berterusan
(persistence). Pendekatan ini penting bagi memastikan kejayaan
program COMBI, memandangkan terdapatnya faktor kekangan dalam
komuniti seperti tumpuan, pemilihan, tanggapan dan pengekalan.

Lima prisip Asas COMBI

Bagi melaksanakan program COMBI, lima prinsip asas yang


menggunakan strategi komunikasi hendaklah diamalkan iaitu Kerahan
Pentadbiran / Perhubungan Awam Dan Advokasi (Administrative
Mobilization / Public Relation / Advocacy); Kerahan Masyarakat
(Community Mobilization); Pengiklanan (Advertising); Penyampaian
Peribadi / Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal
Communication) dan Pusat Promosi Perkhidmatan (Point-of-Service
Promotion). Lima tindakan komunikasi bersepadu tersebut dijelaskan
seperti yang berikut:

1. Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam / Advokasi


(Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy)
Menggerakkan semua anggota pemberi perkhidmatan, mengadakan
mesyuarat atau perbincangan dengan pelbagai agensi, memberi
ceramah, taklimat dan sebagainya yang bertujuan untuk
memaklumkan mengenai perubahan tingkah laku sihat yang
dikehendaki untuk diamalkan oleh komuniti.

5
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

2. Kerahan Masyarakat (Community Mobilization)


Tindakan ini memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti dalam
menyampaikan mesej tingkah laku yang dikehendaki. Tindakan
komunikasi termasuk penggunaan penyelidikan penyertaan,
mesyuarat di kalangan komuniti, jerayawara (road show), lawatan ke
rumah dan sebagainya.

3. Pengiklanan (Advertising)
Mesej tingkah laku disalurkan melalui siaran media elektronik atau
cetak untuk menarik perhatian orang ramai terhadap perubahan
tingkah laku yang dicadangkan.

4. Penyampaian Peribadi / Komunikasi Interpersonal (Personal


Selling / Interpersonal Communication)
Promoter yang dilantik di kalangan komuniti untuk menyampaikan
mesej perubahan tingkah laku di kawasan mereka sendiri.

5. Pusat Promosi Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)


Penyampaian mesej perubahan tingkah laku yang telah dicadangkan
dan ditumpukan di tempat-tempat sesuai yang telah dikenalpasti.

Konsep COMBI, pada asasnya menggunakan semua kemudahan


komunikasi yang sedia ada bagi mempromosi tingkah laku baru yang
telah ditetapkan pada individu, keluarga dan masyarakat bagi mencegah
dan mengawal penyakit berjangkit. Program COMBI bertujuan untuk
memperkasa komuniti ke arah:
• Mempromosi tingkah laku baru ke arah yang lebih baik melalui mesej
mudah yang boleh difahami oleh komuniti.
• Penekanan pada peranan individu dan keluarga.

6
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Gambarajah 2: Carta Lima Prinsip Asas COMBI

Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam


/ Advokasi
KERAHAN PENTADBIRAN /
• Menubuhkan jawatankuasa dan mengadakan
PERHUBUNGAN AWAM /
mesyuarat sama ada di peringkat negeri /
ADVOKASI
daerah / lokaliti yang terlibat.
• Mengadakan latihan untuk kakitangan
kesihatan, PBT / NGO, ketua komuniti dan
sebagainya.
• Mengadakan liputan akhbar.
• Pelancaran program COMBI sama ada
peringkat negeri, daerah atau komuniti.

Kerahan Masyarakat
• Penglibatan komuniti dalam menyampaikan
KERAHAN mesej tingkah laku.
MASYARAKAT • Memperkasakan komuniti dalam Program
COMBI.
• Melantik promoter di kalangan komuniti.

7
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Pengiklanan
• Mempromosikan Program COMBI melalui
PENGIKLANAN lagu tema COMBI / drama pendek COMBI /
rancangan kuiz COMBI di radio.
• Mempromosikan mesej COMBI di monitor
skrin warna LED.
• Penggunaan sepanduk, gegantung, papan
iklan untuk menyampaikan mesej tertentu
yang dipasang di jalan-jalan utama, masjid,
sekolah, balairaya dan sebagainya.

Penyampaian Peribadi / Komunikasi


Interpersonal
PENYAMPAIAN PERIBADI /
• Promoter menyampaikan mesej perubahan
KOMUNIKASI
tingkah laku kepada komuniti.
INTERPERSONAL

Pusat Promosi Perkhidmatan


• Pejabat Kesihatan Daerah, klinik kesihatan,
PUSAT PROMOSI balairaya dan lain-lain.
PERKHIDMATAN

8
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM COMBI

• Memperkasa komuniti untuk mengubah dan mengamalkan tingkah


laku baru yang telah diperkenalkan.

• Mengurangkan kejadian penyakit demam denggi di peringkat negeri


dan daerah.

• Menggalakkan penglibatan antara agensi serta mempertingkatkan


usaha sama dalam mencegah dan mengawal penyakit demam
denggi.

STRATEGI

Strategi keseluruhan COMBI adalah untuk mencapai matlamat tingkah


laku yang dicadangkan dan sekaligus komuniti mengamalkan tingkah
laku tersebut. Antara strategi yang digunakan adalah seperti yang berikut:

Penubuhan Jawatankuasa Program COMBI

• Menubuhkan Jawatankuasa COMBI di peringkat negeri, daerah dan


komuniti serta mengadakan mesyuarat.

Latihan

• Memberi taklimat tentang COMBI dan mengadakan latihan


komunikasi secara berkesan untuk anggota kesihatan, promoter dan
agensi berkaitan.

9
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Penglibatan Pelbagai Agensi

• Mengamalkan konsep perkongsian bijak antara agensi kerajaan,


swasta dan badan sukarela.

• Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kelab


PROSTAR, Kawasan Rukun Tetangga, KEMAS dan lain-lain sebagai
promoter.

• Penglibatan pihak media cetak dan elektronik dalam pelancaran dan


perasmian program COMBI di setiap lokaliti serta mempromosikan
mesej yang telah dipilih.

Promosi Program COMBI

• Mendapatkan kerjasama stesen radio tempatan untuk


memperkenalkan program COMBI kepada masyarakat melalui
taklimat dan ceramah, menyiarkan lagu tema COMBI dan drama
pendek, serta mengadakan kuiz COMBI di radio tempatan.

• Menggunakan pasukan promosi kesihatan negeri untuk


menyampaikan mesej, dengan memperdengarkan drama pendek
dan lagu tema COMBI di lokaliti yang telah dikenalpasti secara
berjadual.

• Memasang sepanduk, gegantung, papan iklan di lokaliti yang


dikenalpasti dengan memaparkan mesej tingkah laku yang telah
dipilih.

• Memberi cenderamata berbentuk promosi kepada promoter dan


komuniti yang melaksanakan program COMBI sebagai galakan
kerana mengamalkan perubahan tingkah laku.

10
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Pusat promosi Perkhidmatan

• Menentukan tempat yang sesuai bagi menguar-uarkan mesej COMBI


kepada komuniti seperti di balai raya, klinik, pejabat kesihatan, kedai,
rumah ibadat, sekolah dan sebagainya.

BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN COMBI

Bagi memulakan program COMBI, beberapa langkah telah disyorkan


yang dikenali sebagai 4P COMBI:

i. Perancangan
ii. Pelaksanaan
iii. Pemantauan
iv. Penilaian

FASA1: PERANCANGAN

PERINGKAT NEGERI

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal

Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk memberi khidmat


teknikal dan perundingan kepada Jawatankuasa Induk untuk
melaksanakan program COMBI.

Anggota Jawatankuasa Teknikal

• Pengarah Kesihatan Negeri


• Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
• Ketua Penolong Pengarah (Vektor)

11
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

• Pegawai Pendidikan Kesihatan


• Pegawai Sains (Ahli Kaji Serangga)
• Pegawai Kesihatan Daerah

Bidang Kuasa dan Fungsi

• Mengenal pasti situasi penyakit demam denggi pada peringkat negeri.


• Mengenal pasti dan menetapkan “matlamat keseluruhan” program
COMBI.

Contoh matlamat keseluruhan:

“Untuk mengurangkan kejadian kes demam denggi dan denggi berdarah


di tiga daerah utama di Negeri Sembilan iaitu daerah Seremban, Port
Dickson dan Jempol sebanyak 30% pada penghujung tahun 2004.”

• Memastikan daerah pelaksanaan membuat analisis awal tentang


kejadian kes demam denggi dan kaitannya dengan tingkah laku
komuniti setempat sebelum pengedaran risalah, poster, cenderamata
dan sebagainya. Analisis ini bertujuan agar pengedaran bahan yang
diedarkan itu tidak mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku asal
mereka.

• Melalui analisis situasi awal tersebut, disenaraikan semua tingkah


laku yang menyumbang kepada peningkatan kejadian kes demam
denggi serta berdasarkan statistik yang ada atau mana-mana data
sekunder untuk menyokong pemilihan objektif tingkah laku yang telah
dipilih.

• Berdasarkan pemilihan tersebut, dicadangkan pemilihan tidak lebih


daripada dua tingkah laku baru yang akan diamalkan oleh komuniti.
(bagi memastikan objektif keseluruhan tercapai).

12
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Contoh Objektif Tingkah Laku

i. Mengalakkan ahli keluarga di lokaliti terpilih bagi daerah utama di


Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol) untuk
menjalankan pemeriksaan di dalam dan di luar rumah selama
sepuluh minit bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes
sekali seminggu bagi tempoh empat bulan.

ii. Menggalakkan ahli keluarga di lokaliti terpilih bagi tiga daerah utama
di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol) memaklumkan
jika terdapat rumah kosong atau tempat pembuangan sampah haram
yang berpotensi sebagai pembiakan nyamuk Aedes kepada Pejabat
Kesihatan yang berhampiran secepat mungkin iaitu dalam tempoh
dua hari.

• Memilih daerah yang sesuai untuk melaksanakan program COMBI.


• Membahagikan peruntukan kewangan kepada daerah terpilih.
• Menetapkan tempoh pelaksanaan COMBI yang sesuai.
• Memastikan pelaksanaan COMBI berorientasikan penyelidikan.
• Menyediakan borang soal selidik untuk ujian pra dan pasca bagi
kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP).
• Mengadakan taklimat tentang pelaksanaan program COMBI kepada
Jawatankuasa Induk.

Penubuhan Jawatankuasa Induk

Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan


program COMBI yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal.

Anggota Jawatankuasa Induk

• Pengarah Kesihatan Negeri


• Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
• Ketua Penolong Pengarah (Vektor)

13
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

• Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Kesihatan)


• Pegawai Sains (Ahli Kaji Serangga Negeri)
• Setiausaha Kerajaan Negeri (Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
• Pihak berkuasa Tempatan
• Jabatan Pendidikan Negeri
• Jabatan Penerangan Negeri
• Jabatan Penyiaran Negeri
• Pegawai Kesihatan Daerah

Bidang Kuasa dan Fungsi

• Melaksanakan promosi program COMBI yang telah diputuskan oleh


Jawatankuasa Teknikal seperti yang berikut:
- Menganjurkan pertandingan mencipta logo COMBI.
- Bekerjasama dengan pihak media.
- Mengadakan latihan / kursus bagi anggota kesihatan / Pihak
Berkuasa Tempatan / Pertubuhan Bukan Kerajaan.
- Menguruskan penciptaan lagu tema COMBI.
- Menyediakan soalan kuiz COMBI untuk siaran Radio Malaysia tem-
patan.
- Mengaturkan ceramah atau taklimat tentang program COMBI untuk
siaran di media tempatan oleh pegawai kesihatan.
- Menyediakan skrip drama pendek untuk siaran radio tempatan.
- Menyediakan maklumat promosi untuk siaran media elektronik
(monitor skrin warna LED).

PERINGKAT DAERAH

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal

Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk memberi khidmat


teknikal dan perundingan kepada Jawatankuasa kerja pada peringkat
daerah untuk melaksanakan program COMBI.

14
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Anggota Jawatankuasa Teknikal

• Pegawai Kesihatan Daerah


• Pegawai Pendidikan Kesihatan
• Ketua Unit Penyakit Bawaan Vektor
• Ketua-ketua Unit yang berkaitan.

Bidang Kuasa dan Fungsi

• Membuat anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan program


COMBI.
• Memilih lokaliti untuk melaksanakan COMBI berdasarkan kejadian
kes denggi di daerah.
• Memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan program.
• Menyediakan peta dan data asas untuk setiap lokaliti.
• Menyediakan anggaran bagi bahan promosi dan pendidikan
kesihatan setiap lokaliti seperti gegantung (bunting), sepanduk
(banner), papan iklan (billboard), poster, risalah, cenderamata dan
sebagainya.
• Melantik ibu dan bapa angkat daripada kalangan anggota kesihatan
bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan di lokaliti yang berkaitan.
• Menjalankan kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) - (ujian
pra dan pasca).
• Memberikan taklimat kepada Jawatankuasa Kerja Peringkat Daerah.

Penubuhan Jawatankuasa Kerja

Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan


program COMBI yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal di
peringkat daerah.

15
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Anggota Jawatankuasa Kerja

• Pegawai Daerah
• Pegawai Kesihatan Daerah
• Pegawai Berkuasa Tempatan
• Pegawai Pelajaran Daerah (PPD)
• Pegawai Belia Daerah
• Pegawai Penerangan Daerah
• Ketua-Ketua Unit peringkat kesihatan daerah yang berkaitan
• Pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB)
• Pengerusi Komuniti bagi lokaliti/ kawasan terpilih
• Pertubuhan Bukan Kerajaan
• Agensi lain yang berkaitan

Bidang Kuasa dan Fungsi

• Memberi mandat kepada Pengerusi COMBI peringkat komuniti


terpilih untuk melancarkan program COMBI di peringkat lokaliti
masing-masing dengan peruntukan kewangan dan bantuan teknikal
diberi oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
• Memastikan semua ibu dan bapa angkat menghadiri mesyuarat dan
menyelaras semua aktiviti program COMBI di peringkat komuniti.
• Ibu dan bapa angkat hendaklah mewujudkan komunikasi yang baik
dan berkesan dengan pihak komuniti.
• Melaksanakan program COMBI yang telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal daerah seperti yang berikut:
- Bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi
pemasangan gegantung pada tiang-tiang elektrik
- Mengadakan mesyuarat dengan komuniti terpilih
- Bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah untuk
mengedarkan risalah COMBI dan cakera padat (CD) lagu tema
COMBI, ke sekolah yang terlibat di lokaliti program COMBI.

16
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

- Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi


mendapatkan pengecualian bayaran pengiklanan bahan promosi
dan persediaan tempat pelancaran di lokaliti terpilih.
- Bekerjasama dengan Jabatan Penyiaran tempatan bagi
mempromosi lagu tema COMBI dan drama pendek tentang COMBI
di radio.
- Bekerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk pinjaman alat siar
raya semasa majlis pelancaran COMBI.

Penubuhan Jawatankuasa Komuniti

• Objektif penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan


program COMBI pada peringkat komuniti.

Anggota Jawatankuasa Peringkat Komuniti

• Pengerusi Program COMBI yang dilantik oleh ahli komuniti setempat.


• Ibu dan bapa angkat (kalangan anggota kesihatan).
• Penghulu Mukim.
• Ketua-ketua Pertubuhan Komuniti (Kawasan Rukun Tetangga [KRT],
Belia, Masjid, Jiran Wanita dan lain-lain).
• Promoter.

Bidang Kuasa dan Fungsi

• Melantik promoter daripada kalangan ahli komuniti yang berwibawa,


dedikasi dan mempunyai latar belakang pendidikan yang asas dan
daripada pelbagai bangsa dan etnik.
• Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa peringkat komuniti bagi
membincangkan perkara seperti yang berikut:
- Membincangkan majlis pelancaran COMBI pada peringkat komuniti.
- Pelantikan penyelia mengikut blok / unit / fasa.
- Melantik promoter di kalangan komuniti mengikut kesesuaian.

17
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

FASA 2: PELAKSANAAN

PENGURUSAN MAJLIS PELANCARAN

Yang berikut adalah tugas Jawatankuasa Kerja peringkat daerah untuk


mengendalikan majlis pelancaran COMBI di lokaliti terpilih.

Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Kerja

• Menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi.


• Memasang bahan promosi (gegantung, sepanduk, papan iklan dan
lain-lain) di tempat yang strategik.
• Membekalkan cenderamata galakan kepada promoter.
• Menyediakan kad jemputan majlis pelancaran untuk edaran kepada
ahli komuniti.
• Menyediakan buku aturcara majlis pelancaran.
• Menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah bagi ahli komuniti yang
hadir.
• Menguruskan pengumuman di radio dan melalui unit promosi.
• Menyediakan teks ucapan tokoh perasmi majlis pelancaran.
• Menjemput pihak media menghadiri majlis pelancaran.
• Menyediakan cenderamata penghargaan untuk komuniti terpilih.
• Menyediakan alat siar raya.
• Memastikan majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan teratur.
• Memastikan lagu tema COMBI diperdengarkan kepada ahli komuniti.

Bidang Kuasa dan Fungsi Komuniti

• Mengenal pasti tempat dan tarikh majlis pelancaran.


• Mengenal pasti tokoh yang akan merasmikan pelancaran.
• Menyediakan persiapan tapak majlis pelancaran.

18
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

• Meyediakan khemah, kerusi / meja untuk makan minum dan majlis


pelancaran.
• Menyediakan cenderamata bagi tokoh perasmi dan dif kehormat
yang lain.
• Mengenal pasti gimik pelancaran yang sesuai.
• Mengenal pasti juruacara majlis dan pembaca doa.
• Memastikan penglibatan bersama agensi dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan yang lain.
• Mengedar cenderamata dan risalah kepada komuniti yang hadir.
• Memastikan majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan teratur
sebagaimana dirancangkan.

PENGURUSAN AKTIVITI DALAM TEMPOH PELAKSANAAN

Sesudah majlis pelancaran, program COMBI akan terus dilaksanakan


oleh komuniti di lokaliti terpilih.

Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Kerja

• Memastikan ibu dan bapa angkat memantau dan memberi input


mengenai pelaksanaan program COMBI di peringkat komuniti.
• Memastikan unit promosi menguar-uarkan mesej COMBI di lokaliti
terpilih secara berjadual sehingga tamat tempoh pelaksanaan.
• Menjalankan pemeriksaan Aedes dan kajian ovitrap oleh pasukan
Unit Vektor di lokaliti yang terlibat.
• Penyelenggaraan gegantung dan sepanduk yang rosak di lokaliti
yang terlibat.
• Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan oleh
pihak komuniti.

19
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Bidang Kuasa dan Fungsi Komuniti

• Memastikan aktiviti komuniti seperti lawatan ke rumah, balai raya,


kedai, pasar raya, rumah ibadat, sekolah dan sebagainya berjalan
dengan lancar.
• Menyampaikan mesej tingkah laku yang telah dikenalpasti kepada
ahli komuniti.
• Memastikan reten-reten dilengkapkan dan dihantar kepada
Jawatankuasa Kerja peringkat daerah.

FASA 3: PEMANTAUAN

Pemantauan COMBI merupakan penunjuk proses yang penting untuk


mengesan hasil atau impak terhadap perubahan tingkah laku. Ia
dilakukan dengan kaedah pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk
membuat keputusan tentang hasil sesuatu program. Melalui pelaksanaan
pemantauan, kita dapat mengetahui punca masalah dan cara
mengatasinya. Pemantauan yang berkesan boleh digunakan untuk
mengubah strategi yang telah dilaksanakan atau semasa proses
pelaksanaan dijalankan bagi mencapai perubahan tingkah laku yang
dikehendaki.

Terdapat tiga bentuk pemantauan yang dicadangkan iaitu melalui:


• Borang Reten COMBI
• Kajian Jejak (tracking survey)
• Pemantauan Entomologi

Borang Reten COMBI

Dicadangkan enam jenis borang reten COMBI bagi pemantauan program


COMBI di peringkat daerah:

20
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

NAMA BORANG TANGGUNGJAWAB

PKD/COMBI-1 Penghuni rumah di lokaliti terpilih


PKD/COMBI-2 Promoter
PKD/COMBI-3 Penyelia
PKD/COMBI-4 Ibu dan bapa angkat
PKD/COMBI-5 Anggota kesihatan yang membuat pengumuman
JKN/COMBI-1 Penyelaras COMBI daerah

Borang Reten PKD/COMBI-1 (lihat lampiran 4)

Borang PKD/COMBI-1 disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Ia


merupakan lembaran kerja pemeriksaan rumah yang perlu diisi oleh
penghuni rumah bagi lokaliti terpilih. Setelah dilengkapkan, borang ini
hendaklah diserahkan oleh penghuni rumah berkenaan kepada promoter
di sesuatu lokaliti pelaksanaan COMBI secara berjadual.

Borang Reten PKD/COMBI-2 (lihat lampiran 5)

Borang PKD/COMBI-2 diisi oleh promoter pada peringkat komuniti.


Setelah dilengkapkan, borang ini diserahkan oleh promoter kepada
penyelia sekali seminggu untuk dikumpulkan.

Borang reten PKD/COMBI-3 (lihat lampiran 6)

Borang PKD/COMBI-3 akan diisi oleh penyelia pada peringkat komuniti.


Selepas dilengkapkan, borang ini hendaklah diserahkan kepada
pengerusi COMBI di lokaliti berkenaan setiap dua minggu beserta
PKD/COMBI-2.

21
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Borang Reten PKD/COMBI-4 (lihat lampiran 7)

Borang PKD/COMBI-4 akan dilengkapkan oleh ibu dan bapa angkat COMBI
di lokaliti terpilih dan menyerahkan kepada penyelaras COMBI daerah,
setiap dua minggu beserta Borang PKD/COMBI-2 dan PKD/COMBI-3.

Borang Reten PKD/COMBI-5 (lihat lampiran 8)


Borang PKD/COMBI-5 akan dilengkapkan oleh anggota kesihatan yang
membuat pengumuman secara bergerak di lokaliti-lokaliti terpilih secara
berjadual. Borang ini hendaklah diserahkan kepada penyelaras COMBI
daerah setiap minggu.

Borang Reten JKN/COMBI-1 (lihat lampiran 9)


Borang JKN/COMBI-1 akan dilengkapkan oleh penyelaras COMBI
daerah dan menyerahkan borang tersebut kepada Penyelaras COMBI di
peringkat negeri. Borang ini hendaklah dilengkapkan setiap bulan hingga
tempoh pelaksanaan COMBI di lokaliti terpilih tamat.

KAJIAN JEJAK (TRACKING SURVEY)

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan persampelan tanpa


keberangkalian dengan menggunakan kaedah mudah capai atau
“purposive”. Kajian mudah ini dilakukan untuk menunjukkan adakah
kaedah yang dicadangkan berjaya mengubah tingkah laku komuniti. Ini
penting bagi memastikan objektif sebenar COMBI tercapai atau
sebaliknya. Jawatankuasa kerja Peringkat Daerah akan menubuhkan
pasukan kajian jejak di kalangan anggota kesihatan. Pasukan ini terdiri
daripada 2 hingga 3 orang anggota, yang akan bergerak dari rumah ke
rumah di lokaliti tertentu, dan mengadakan temu ramah dengan wakil
penghuni rumah tersebut melalui kaedah persampelan mudah capai,
menggunakan Borang KAP/COMBI-3 (sila lihat lampiran 12).

22
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Kajian ini dilakukan sebulan sekali meliputi semua lokaliti yang terpilih.
Bilangan rumah terpilih secara mudah capai meliputi 10% pada setiap
lokaliti. Analisis akan dibuat oleh anggota kesihatan pada peringkat
daerah. Hasil analisis akan dihantar ke Jawatankuasa Teknikal negeri
untuk makluman dari tindakan selanjutnya. Analisis ini dapat
menggambarkan keberkesanan program COMBI kepada komuniti.
Berdasarkan hasil analisis ini, Jawatankuasa kerja peringkat daerah akan
berusaha mengatasi kelemahan program COMBI di lokaliti tersebut.

PEMANTAUAN ENTOLOMOGI

Pemantauan entomologi (bidang kaji serangga) bertujuan untuk mengkaji


tabiat vektor dan mengetahui keberkesanan pelaksanaan program
COMBI serta memantau tren populasi vektor sama ada naik atau turun.
Parameter entomologi / alam sekitar di bawah boleh dijadikan salah satu
penunjuk untuk menilai keberkesanan program COMBI.

i. Indeks Aedes
ii. Indeks Breteau
iii. Indeks Container
iv. Indeks Ovitrap

Kajian ovitrap di lokaliti terpilih hendaklah dilaksanakan sebelum, semasa


dan selepas program COMBI. Kajian ini dilaksanakan oleh Pasukan Kaji
Serangga Negeri dengan dibantu oleh Pejabat Kesihatan Daerah.
manakala kajian Aedes hendaklah dilaksanakan oleh anggota kesihatan
pada peringkat Pejabat Kesihatan Daerah.

Sebelum program COMBI dilaksanakan, Pejabat Kesihatan Daerah perlu


memastikan tapak pembinaan, tangki septik, tempat pembuangan
sampah dan lain-lain, di sekitar 200 hingga 300 meter dari lokasi program
COMBI tidak berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini

23
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

adalah bertujuan untuk mengelakkan bias dalam pemantauan Indeks


Aedes dan Ovitrap.

Semua data Indeks Aedes dan Indeks Ovitrap dilaporkan kepada


Jawatankuasa Teknikal Negeri setiap minggu. Data ini dikumpul dan
dianalisis mengikut minggu epidemiologi. Segala nasihat teknikal akan
dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan
di lokaliti berkenaan.

Untuk tujuan kawalan, berikut cadangan interpretasi yang boleh


digunakan sebagai panduan:

INDEKS AEDES (A.I)

Penunjuk Tindakan

A.I <1% • Teruskan aktiviti rutin.

A.I >1% • Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa


Penyakit 1975 (pindaan 2000).
• Mempertingkatkan kempen promosi perubahan tingkah laku.

INDEKS OVITRAP (O.I)

Penunjuk Tindakan

O.I<10% • Teruskan aktiviti rutin.

10%≤O.I≥30% • Pemeriksaan premis dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan


Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).
• Aktiviti penghapusan punca pembiakan (+ larviciding).
• Pemeriksaan premis secara menyeluruh dan penguatkuasaan
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
(Pindaan 2000).

O.I>30% • Aktiviti penghapusan punca pembiakan (+ larviciding).


• Semburan kabus pencegahan.
• Promosi kesihatan intensif.

24
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Gambarajah 3: Carta Alir Pemantauan Program COMBI

Wakil Penghuni Rumah

Isi Borang
PKD/COMBI 1

Promoter

Isi Borang
PKD/COMBI 2

Penyelia

Isi Borang
PKD/COMBI 3

Pengerusi Program
COMBI
Isi Borang
PKD/COMBI 5

Ibu / Bapa Angkat Unit bergerak

Isi Borang
PKD/COMBI 4

Jawatankuasa Kerja
Daerah

Isi Borang
JKN/COMBI 1

Jawatankuasa Induk
Teknikal Negeri

25
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

FASA 4: PENILAIAN

Penilaian merupakan kaedah yang berguna untuk mengukur kejayaan


sesuatu program. Ia bukan sekadar untuk menilai kejayaan atau
kegagalan sesuatu program tetapi sebagai penunjuk bagi
menggambarkan keberkesanan program secara menyeluruh. Selain
daripada itu, penilaian juga penting untuk menguji kemampuan program
serta membantu pihak berkenaan mengatasi setiap kelemahan dan
kekurangan yang timbul semasa program dilaksanakan. Hasil penilaian
boleh dijadikan input oleh organisasi lain serta memastikan sumber yang
ada digunakan secara optimum.

Dicadangkan tiga bentuk penilaian iaitu:


• Kajian tingkah laku terhadap pengetahuan, sikap dan amalan.
• Penilaian Entomologi.
• Penilaian Epidemiologi.

Kajian Tingkah Laku Terhadap Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP)

Borang kajian KAP berbentuk borang soal selidik berstruktur. Kajian yang
dibuat merupakan kajian persampelan kebarangkalian dengan
menggunakan kaedah temu ramah secara bersemuka dan pemilihan
sampel dibuat secara rawak mudah. Kajian KAP dijalankan oleh
Jawatankuasa Teknikal Peringkat Daerah terhadap komuniti program
COMBI di lokaliti yang terpilih, dengan menggunakan borang pra dan
pasca intervensi (Borang KAP/COMBI-1 dan Borang KAP/COMBI-2) (sila
lihat lampiran 10 dan 11).

Antara kandungan penilaian kajian KAP ialah:

1. Pengetahuan
• Mengenai penyakit demam denggi.
• Kitaran hidup nyamuk Aedes.

26
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

• Penguatkuasaan undang-undang.

2. Sikap
• Terhadap tempat pembiakan nyamuk.
• Terhadap pembersihan bekas simpanan air atau kolah setiap
minggu.
• Terhadap penggunaan ubat jentik-jentik di dalam bekas simpanan air.
• Terhadap aktiviti semburan kabus di dalam rumah.

3. Amalan
• Memeriksa rumah sekali seminggu dan menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk.
• Sentiasa membersih dan menutup bekas simpanan air.
• Menghubungi pihak yang berkenaan jika terdapat rumah kosong
dan sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan Aedes.
• Memasukkan bekas-bekas yang menakung air ke dalam plastik
sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Hasil ujian pra dan pasca intervensi yang dijalankan di semua daerah
terlibat perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Negeri bagi
menilai keberkesanan program COMBI.

Penilaian Entomologi

Penilaian entomologi dalam program COMBI boleh dilakukan melalui


beberapa kaedah. Kaedah yang paling umum dan mudah dilaksanakan
adalah kajian larva Aedes. Hasil kajian akan dinilai melalui Indeks Aedes
(AI), Indeks Breteau (BI) dan Indeks Container (CI). Selain daripada itu,
kajian ovitrap boleh juga dijalankan dan hasil kajian akan dinyatakan
melalui Indeks ovitrap. Analisis perbezaan indeks tersebut sebelum
program COMBI dilaksanakan dan selepas dilaksanakan boleh dijadikan
salah satu faktor pengukur kejayaan atau kegagalan program COMBI. Ahli

27
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

kaji Serangga boleh menyelaras serta menjalankan analisis berkaitan


penilaian entomologi.

Dalam program COMBI, pada umumnya tingkah laku masyarakat yang


berkaitan dengan penyakit denggi atau berkaitan pembiakan nyamuk
Aedes biasanya perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum
mempromosikan tingkah laku yang ingin digalakkan atau ingin
diperkenalkan oleh program. Contoh tingkah laku yang berkaitan dengan
pembiakan nyamuk Aedes adalah pembuangan bekas yang tidak
berguna secara tidak teratur dan merata tempat yang akhirnya boleh
menakung air dan boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes.
Tingkah laku ini mungkin dikenalpasti sebagai tingkah laku yang boleh
menyumbang terhadap pembiakan nyamuk di lokaliti tersebut. Maka,
tingkah laku yang perlu dipromosikan untuk dijadikan amalan masyarakat
seharusnya tingkah laku yang mengarah kepada pembuangan dan
pelupusan bekas tidak berguna secara sempurna, bersistem dan teratur
agar bekas tersebut tidak akan menjadi faktor pertambahan tempat
pembiakan nyamuk Aedes di alam sekitar.

Sekiranya tingkah laku ini menjadi amalan yang berkekalan, maka tidak
akan ada lagi bekas yang boleh menakung air terdapat di persekitaran
secara berterusan dan ini akan mengurangkan punca pembiakan
nyamuk Aedes.

Walau bagaimanapun, sebelum sesuatu keputusan dibuat berdasarkan


penilaian entomologi pada peringkat permulaan, perlulah diingat
hipotesis berikut. Sekiranya melalui COMBI bekas tempat pembiakan
Aedes di persekitaran atau lokaliti dapat dihapuskan, maka
berkemungkinan besar Indeks Aedes, Indeks Breteau dan Indeks
Container termasuk juga Indeks Ovitrap akan turun pada permulaan
projek. Ini disebabkan di lokaliti tersebut tidak terdapat lagi tempat atau
bekas yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes, akibatnya

28
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

nyamuk Aedes yang masih ada di kawasan tersebut atau yang datang
dari lokaliti lain tidak mempunyai tempat untuk bertelur dan membiak.
Oleh itu, nyamuk Aedes mungkin akan memilih ovitrap yang disediakan
sebagai tempat pembiakan dan seterusnya ini akan menyebabkan
Indeks Ovitrap akan naik secara mendadak.

Tindakan kawalan yang bersesuaian dan dijalankan secara teratur akibat


kenaikan Indeks Ovitrap, akan menurunkan Indeks Ovitrap pada bulan
berikutnya sehingga ke tahap yang rendah atau sifar. Ini dapat dicapai
dengan syarat bekas yang tidak berguna yang berpotensi untuk
pembiakan nyamuk Aedes tidak lagi ditemui di lokaliti terbabit. Jika
keadaan ini benar-benar berlaku, maka semua indeks (Indeks Aedes,
Indeks Breteau dan Indeks Container) juga akan kekal pada tahap paling
minimum atau sifar. Jika keadaan ini berkekalan untuk tempoh yang
lama, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa program COMBI telah
berjaya sepenuhnya serta mencapai objektif seperti yang diharapkan.

Penilaian Epidemiologi

Data kejadian kes demam denggi, aliran gaya (trend) penyakit, kejadian
wabak dan kematian akan dijadikan penunjuk keberkesanan program
COMBI. Data ini boleh diperoleh melalui notifikasi kes daripada pihak
hospital, klinik kesihatan dan klinik swasta. Data ini dianalisis dan dibuat
perbandingan sebelum, semasa dan selepas program COMBI tamat.
Penurunan penunjuk ini mengambarkan kejayaan program ini secara
keseluruhannya.

Kes Denggi di lokaliti COMBI

Di Negeri Sembilan pada tahun 2003 sebanyak 16 lokaliti telah


melaksanakan projek COMBI. Sebelum projek COMBI dijalankan
sebanyak 686 kes denggi telah dilaporkan dalam 16 lokaliti berkenaan
dan selepas projek COMBI dilaksanakan hanya 350 kes denggi

29
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

dilaporkan. Ini menunjukkan penurunan bilangan kes sebanyak 336 kes


atau 48.9%.

Kes Denggi di Lokaliti COMBI

BIL. 2003 2004 PERATUS


DAERAH
LOKALITI BIL. KES BIL. KES +/-

Seremban 10 675 327 - 51.6

Port Dickson 2 6 4 - 33.3

Jempol 1 3 18 + 500

Rembau / Tampin 1 1 0 - 100

Kuala Pilah 1 1 0 - 100

Jelebu 1 0 1 + 100

N.Sembilan 16 686 350 - 48.9

Kesimpulan

Program “Communication for Behavioural Impact” atau singkatannya


COMBI ialah satu program yang bertujuan untuk merubah tingkah laku
komuniti agar mengamalkan tingkah laku sihat bagi mencegah dan
mengawal penyakit berjangkit. Program ini menggunakan strategi
komunikasi untuk menyampaikan mesej tingkah laku yang dikehendaki
dan mesej ini akan dipromosikan secara besar-besaran, berulang kali,
bersungguh-sungguh dan berterusan. Program COMBI memerlukan
komitmen penuh komuniti dan program COMBI yang berjaya bukan
sahaja melihat kepada penambahbaikan kepada data-data selepas
intervensi, tetapi tingkah laku yang dipromosikan berjaya menjadi amalan
berterusan pada peringkat komuniti serta memperkasakan penglibatan
komuniti dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

30
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 1

RINGKASAN PERANCANGAN PROGRAM COMBI

Bidang Kuasa dan Fungsi:


JAWATANKUASA • Mengenalpasti situasi penyakit demam denggi di
TEKNIKAL peringkat negeri.
PERINGKAT • Mengenalpasti dan menetapkan apakah “matlamat
NEGERI keseluruhan” program COMBI.
• Memastikan daerah pelaksanaan membuat analisis
situasi awal mengenai kejadian kes demam denggi
dan kaitannya dengan tingkah laku komuniti
setempat sebelum pemberian risalah, poster,
cenderamata dan sebagainya.
• Melalui analisis situasi awal, senaraikan semua
tingkah laku yang menyumbang kepada peningkatan
kejadian kes demam denggi serta berdasarkan
statistik yang ada atau mana-mana data sekunder,
untuk menyokong pemilihan objektif tingkah laku
yang telah dipilih.
• Berdasarkan pemilihan tersebut, dicadang memilih
tidak melebihi dua tingkah laku baru yang boleh
diamalkan oleh komuniti.
• Memilih daerah yang sesuai untuk melaksanakan
program COMBI.
• Membahagikan peruntukan kewangan kepada
daerah-daerah terpilih.
• Menetapkan tempoh pelaksanaan COMBI yang sesuai.
• Memastikan pelaksanaan COMBI berorientasikan
kajian (research oriented).
• Menyediakan borang soal selidik bagi ujian pra dan
pasca kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP).
• Mengadakan taklimat mengenai pelaksanaan
program COMBI kepada Jawatankuasa Induk Negeri.

Bidang Kuasa dan Fungsi:


JAWATANKUASA • Melaksanakan promosi program COMBI yang telah
INDUK diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Negeri
PERINGKAT seperti:
NEGERI - Menganjurkan pertandingan mencipta logo COMBI.
- Bekerjasama dengan pihak media.

31
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

- Mengadakan latihan / kursus kepada anggota


kesihatan / Pihak berkuasa Tempatan / Pertubuhan
Bukan Kerajaan.
- Menguruskan ciptaan lagu tema COMBI.
- Menyediakan soalan kuiz COMBI untuk siaran
Radio Malaysia.
- Mengatur ceramah atau taklimat mengenai program
COMBI untuk siaran di media tempatan oleh
pegawai kesihatan.
- Menyediakan skrip drama pendek untuk siaran
radio tempatan.
- Menyediakan maklumat promosi untuk siaran di
monitor skrin warna LED.

Bidang Kuasa dan Fungsi:


JAWATANKUASA • Membuat anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan
TEKNIKAL Program COMBI.
PERINGKAT • Memilih lokaliti untuk melaksanakan COMBI.
DAERAH • Memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan
program.
• Penyediaan peta dan data asas untuk setiap lokaliti .
• Menyediakan anggaran bahan promosi kesihatan
bagi setiap lokaliti.
• Melantik ibu dan bapa angkat di kalangan anggota
kesihatan.
• Menjalankan ujian pra dan pasca kajian
pengetahuan, sikap dan amalan (KAP).
• Memberi taklimat kepada Jawatankuasa Peringkat
Daerah.

Bidang Kuasa dan Fungsi:


JAWATANKUASA • Memberi mandat kepada Pengerusi COMBI peringkat
KERJA komuniti terpilih untuk melancarkan program COMBI
PERINGKAT di peringkat lokaliti masing-masing.
DAERAH • Memastikan semua ibu dan bapa angkat menghadiri
mesyuarat dan menyelaras semua aktiviti program
COMBI di peringkat komuniti.
• Ibu dan bapa angkat hendaklah mewujudkan
komunikasi yang baik dan berkesan dengan pihak
komuniti.

32
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

• Melaksanakan program COMBI yang telah


diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Peringkat
Daerah seperti:
- Bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad
(TNB) bagi pemasangan gegantung (bunting) pada
tiang-tiang elektrik.
- Mengadakan mesyuarat dengan komuniti terpilih.
- Bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah
untuk mengedar risalah COMBI dan cakera padat
(CD) lagu tema COMBI, ke sekolah yang terlibat di
lokaliti program COMBI.
- Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) bagi mendapat pengecualian bayaran
pengiklanan bahan promosi.
- Bekerjasama dengan Jabatan penyiaran tempatan
bagi mempromosikan lagu tema COMBI dan drama
pendek tentang COMBI di radio.
- Bekerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk
menggunakan alat siar raya.

Bidang Kuasa dan Fungsi:


JAWATANKUASA • Melantik promoter daripada kalangan ahli komuniti.
PERINGKAT • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa peringkat
KOMUNITI Komuniti.
- Membincangkan majlis pelancaran COMBI di
peringkat komuniti.
- Melantik penyelia mengikut blok / unit / fasa.
- Melantik promoter di kalangan komuniti mengikut
kesesuaian.

33
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 2

RINGKASAN PELAKSANAAN PROGRAM COMBI


Pengurusan Majlis Pelancaran

Bidang kuasa dan fungsi:


JAWATANKUASA • Menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi
KERJA • Memasang bahan promosi.
PERINGKAT • Membekalkan cenderamata galakan kepada promoter.
DAERAH • Menyediakan kad jemputan untuk edaran kepada
komuniti.
• Menyediakan buku atur cara majlis pelancaran.
• Menyediakan hadiah untuk cabutan bertuah bagi
komuniti.
• Mengadakan pengumuman di radio dan melalui Unit
Promosi Kesihatan.
• Menyediakan teks ucapan tokoh perasmi majlis
pelancaran.
• Menjemput pihak media ke majlis pelancaran.
• Menyediakan cenderamata penghargaan untuk
komuniti terpilih.
• Menyediakan alat siar raya.
• Memastikan lagu tema COMBI diperdengarkan
kepada komuniti.
• Memastikan majlis pelancaran berjalan lancar.

Bidang kuasa dan fungsi


JAWATANKUASA • Mengenalpasti tempat, tarikh dan tokoh perasmi
PERINGKAT majlis pelancaran.
KOMUNITI • Menyediakan persiapan tapak majlis pelancaran.
• Menyediakan khemah, kerusi / meja untuk makan
minum.
• Menyediakan cenderamata kepada tokoh perasmi
dan dif kehormat yang lain.
• Mengenal pasti gimik pelancaran yang sesuai.
• Mengenalpasti juruacara majlis dan pembaca doa.
• Memastikan penglibatan bersama agensi dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan.
• Mengedar cenderamata dan risalah kepada komuniti.
• Memastikan majlis pelancaran berjalan dengan
lancar dan teratur.

34
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 3

RINGKASAN PERLAKSANAAN PROGRAM COMBI


Pengurusan Aktiviti Program

Bidang kuasa dan fungsi:


JAWATANKUASA • Memastikan ibu dan bapa angkat memantau dan
KERJA memberi input mengenai pelaksanaan program
PERINGKAT COMBI di peringkat komuniti.
DAERAH • Memastikan Unit Promosi Kesihatan menguar-
uarkan mesej COMBI di lokaliti terpilih secara
berjadual.
• Menjalankan pemeriksaan Aedes dan kajian ovitrap
• Penyelenggaraan gegantung dan sepanduk yang
rosak di lokaliti terlibat.
• Melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong yang
dilaksanakan oleh komuniti.

Bidang kuasa dan fungsi:


JAWATANKUASA • Memastikan aktiviti komuniti seperti lawatan ke
KERJA rumah, balai raya, kedai, pasar raya, rumah ibadat,
PERINGKAT sekolah dan sebagainya berjalan dengan lancar.
KOMUNITI • Menyampaikan mesej tingkah laku baru yang telah
dikenalpasti kepada ahli komuniti.
• Memastikan reten-reten dilengkapkan dan dihantar
kepada Jawatankuasa Kerja Peringkat Daerah.

35
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 4
PKD/COMBI-1
BAHAGIAN B / PART B
Senarai semakan pemeriksaan rumah setiap Sabtu atau Ahad selama 10 minit.
Checksheet for house inspection every Saturday or Sunday for 10 minutes.
Tandakan ( ) di ruang 3 jika tempat yang dinyatakan terdapat di rumah/kawasan rumah anda dan
diperiksa dan jawab di ruang 6 bagi tindakan yang telah diambil. Tandakan ( X ) di ruang 4 jika
tempat tersebut tiada terdapat di rumah / kawasan rumah anda dan ruang 6 dibiarkan kosong.
Mark ( ) in column 3 if the listed places are found and inspected in your house / compound. Mark ( ) in column 6
for actions you have taken. Mark ( X ) in column 4 if the listed places are not found in your house or in your
compound and leave column 6 empty.
1 2 3 4 5 6
Ada Tiada
TEMPAT DIPERIKSA / PLACES INSPECTED Yes No
TINDAKAN YANG MESTI DIAMBIL / ACTION TO BE TAKEN

Talam Peti Sejuk / Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Fridge Water Tray
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide

Pelapik Rak Buang air yang bertakung / Drain away the water
Pinggan /
Draining Tray Tidak menggunakan pelapik / Don't use draining tray

Perangkap Semut / Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Ant Trap
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide

Bubuh garam / Put salt

Kolah Air / Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Water Storage
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide

Pam Tandas / Tutup dengan rapat / Close the lid tightly


Cistem
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide

Jika rosak baiki segera / If spoilt repair it immediately

Mangkuk Tandas Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide


Yang Rosak /
Non-functioning Jika rosak baiki segera / If spoilt repair it immediately
Toilet Bowl

Tong Drum Yang Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Berisi Air /
Drum Filled With Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide
Water
Buang dan lupuskan jika tidak digunakan / Throw away
and dispose off if not in use
Telangkupkan atau terbalik supaya tidak menakung air /
Overturn it so that it will not hold water

36
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

1 2 3 4 5 6
Ada Tiada TINDAKAN YANG MESTI DIAMBIL / ACTION TO BE TAKEN
TEMPAT DIPERIKSA / PLACES INSPECTED Yes No

Baldi / Pail Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly

Tutup dengan rapat / Close the lid tightly

Telangkupkan atau terbalik supaya tidak menakung air /


Overturn it so that it will not hold water

Tempayan / Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Earthern Jar
Tutup dengan rapat / Close the lid tightly

Telangkupkan atau terbalik supaya tidak menakung air /


Overturn it so that it will not hold water
Bekas Jambangan Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Bunga / Vase
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide

Tidak membubuh air tetapi membalut tangkai bunga


dengan kapas atau kertas basah /

Pasu Bunga / Gemburkan tanah setiap minggu /


Flower Pot

Alas Pasu Bunga / Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Flower Pot Plate
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide
Tidak menggunakan alas pasu bunga /
Do not use flower pot plate

Pelbagai Jenis Tin / Kumpulkan dan lupuskan dengan sempurna /


Assorted Empty Collect and dispose properly
Cans
Letak di tempat terlindung dari hujan / Place in the shed

Tayar / Tyre Letak di tempat terlindung dari hujan / Place in the shed

Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide


Susun dan tutup rapat di bahagian atas /

Bekas Jambangan Berus dan cuci setiap minggu / Brush and clean weekly
Bunga / Vase
Bubuh ubat pembunuh jentik-jentik / Put larvicide

Kanvas, Semua Buang air yang bertakung / Drain away the water
Jenis Plastik /
Canvas and All Lipat dan letak ditempat terlindung dari hujan /
Type of Plastic Fold and place in the shed

Bekas Minuman Berus, cuci dan salin airnya setiap minggu /


Binatang / Brush, clean and replace the water weekly
Receptables For
Animal Drinks

37
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

1 2 3 4 5 6
Ada Tiada
TEMPAT DIPERIKSA / PLACES INSPECTED Yes No
TINDAKAN YANG MESTI DIAMBIL / ACTION TO BE TAKEN

Tin Rendam Kosongkan airnya / Remove the water


Berus Cat /
Tin for Cleaning Berus, cuci dan salin airnya setiap minggu /
of Paint Brush Brush, clean and replace the water weekly

Letak di tempat terlindung dari hujan / Place in the shed

Alatan Rumah Kumpulkan dan lupuskan dengan sempurna /


Yang Rosak / Collect and dispose properly
Broken Household
Items Letak di tempat terlindung dari hujan / Place in the shed

Alatan Rumah Kutip dan buang dengan sempurna /


Yang Rosak / Collect and throw away properly
Broken Household
Items

Parit Sekeliling Cuci dan bersihkan setiap minggu /


Bangunan / Wash and clean it weekly
Drains Surrounding
The Building Pastikan air mengalir lancar /
Make sure the water flows smoothly

UNTUK DILAKUKAN OLEH ORANG DEWASA SAHAJA / TO BE CARRIED OUT BY ADULT ONLY

Salur Air Hujan / Ganti atau baiki yang rosak /


Tin for Cleaning Replace or repair the non-functioning gutter
of Paint Brush
Tanggalkan / Remove (do away with the gutter)

Pastikan tidak tersumbat / Make sure it is not clogged

Ubat pembunuh jentik-jentik jenis 'Temephos' adalah selamat digunakan, ia boleh dibeli dari kedai-kedai 'hardware' dan pasaraya.
Larvicide 'Temephos' is safe to use and can be purchased at all leading hardware stores and supermarket.

SENARAIKAN TEMPAT LAIN YANG DIPERIKSA / TINDAKAN YANG DIAMBIL /


LIST OTHER PLACES INSPECTED ACTIONS TAKEN

BAHAGIAN C / PART C
Untuk kegunaan pejabat sahaja / For office use only

2. Bilangan tempat pembiakan yang


1. Lengkap / Complete Ya / Yes Tidak / No
dikenalpasti / No. of breeding sites

2. Lain-lain / Others
3. Minggu / Week

38
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 5
PKD/COMBI-2
PEJABAT KESIHATAN DAERAH

BORANG PEMANTAUAN PROGRAM COMBI

NAMA TAMAN / LOKALITI: ......................................................................................

NAMA PROMOTER / SUKARELAWAN: ..................................................................

MINGGU / BULAN: (1 hb. - 7 hb.) FEB


(tanda yang berkenaan) (8 hb. - 14 hb.) MAC
(15 hb. - 21 hb.) APRIL
(22 hb. - 31 hb.) MEI

BIL. PERKARA BILANGAN


KAEDAH PROMOSI KESIHATAN
1 Bilangan risalah COMBI yang diedar oleh promoter kepada isi rumah.
2 Bilangan Borang Semakkan Pemeriksaan Tempat Pembiakan
Nyamuk Aedes diedarkan.
3 Bilangan rumah yang dilawati oleh promoter / sukarelawan.
Nama No. Rumah/Jalan Nama No. Rumah/Jalan
1 ......................................................... 16 .........................................................
2 ......................................................... 17 .........................................................
3 ......................................................... 18 .........................................................
4 ......................................................... 19 .........................................................
5 ......................................................... 20 .........................................................
6 ......................................................... 21 .........................................................
7 ......................................................... 22 .........................................................
8 ......................................................... 23 .........................................................
9 ......................................................... 24 .........................................................
10 ......................................................... 25 .........................................................
11 ......................................................... 26 .........................................................
12 ......................................................... 27 .........................................................
13 ......................................................... 28 .........................................................
14 ......................................................... 29 .........................................................
15 ......................................................... 30 .........................................................

Tindakan oleh Promoter COMBI:


Nota: Borang PKD/COMBI-2, untuk diisi oleh promoter di peringkat komuniti. Selepas
dilengkapkan, sila serahkan borang ini kepada Penyelia / Supervisor tuan /
puan pada setiap 15 haribulan dan 31 haribulan pada setiap bulan.

39
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 6
PKD/COMBI-3
PEJABAT KESIHATAN DAERAH

BORANG PEMANTAUAN PROGRAM COMBI


NAMA TAMAN: ........................................................................................................
BLOK/FASA/SEKSYEN/UNIT: .................................................................................
NAMA PENYELIA: ...................................................................................................
MINGGU / BULAN: (1 hb. - 7 hb.) FEB
(tanda dimana
(8 hb. - 14 hb.) MAC
berkenaan)
(15 hb. - 21 hb.) APRIL
(22 hb. - 31 hb.) MEI

PERKARA BILANGAN
BIL. MINGGU MINGGU
KAEDAH PROMOSI KESIHATAN

1 Bilangan risalah COMBI yang diedar oleh promoter.


2 Bilangan borang semakkan pemeriksaan tempat
pembiakan nyamuk Aedes diedarkan.
3 Bilangan rumah yang dilawati oleh promoter /
sukarelawan.

TINDAKAN OLEH PENYELIA:


i. Memungut Borang COMBI-2 daripada promoter / sukarelawan di taman / lokaliti
masing-masing.
ii. Memindahkan maklumat bilangan risalah dan rumah yang telah dilawati oleh promoter
daripada Borang COMBI-2 kepada ruangan “Bilangan” di Borang COMBI-3.
iii. Selepas dilengkapkan, sila serahkan Borang COMBI-3 BERSAMA-SAMA
dengan Borang COMBI-2 kepada Pengerusi program COMBI di taman masing-
masing / wakil yang dilantik oleh Pengerusi.
iv. Tarikh penyerahan Borang COMBI-3 kepada Pengerusi / wakil ialah pada setiap
18 haribulan (bagi 1/2 bulan pertama) dan pada 3 haribulan bulan berikutnya
(bagi 1/2 bulan kedua).
v. Bapa / Ibu Angkat bagi setiap taman akan mengambil Borang COMBI-2 dan
COMBI-3 daripada Pengerusi program COMBI / wakil yang dilantik, di taman
masing-masing pada 20 haribulan (bagi 1/2 bulan pertama) dan pada 5 haribulan
bulan berikutnya (bagi 1/2 bulan kedua).

40
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 7
PKD/COMBI-4
PEJABAT KESIHATAN DAERAH

BORANG PEMANTAUAN PROGRAM COMBI


NAMA TAMAN/LOKALITI: .......................................................................................
BULAN:
FEBRUARI APRIL
(tanda yang
berkenaan) MAC MEI

PERKARA BILANGAN

BIL. MINGGU MINGGU


KAEDAH PROMOSI KESIHATAN

1 Bilangan kes denggi yang dilaporkan di taman-taman yang


terlibat program COMBI.
2 Bilangan notis / kompaun yang dikeluarkan kepada penduduk
di lokaliti yang terlibat program COMBI.
3 Bilangan risalah COMBI yang diedar oleh sukarelawan.
4 Bilangan borang semakan pemeriksaan tempat pembiakan
nyamuk Aedes diedarkan.
5 Bilangan rumah yang dilawati oleh sukarelawan.
6 Bilangan liputan pengumuman oleh Unit Promosi Kesihatan
/ Unit Vektor di taman yang terlibat dengan program COMBI.
7 Bilangan taklimat dan latihan yang diberi kepada sukarelawan.
8 Bilangan mesyuarat yang diadakan di peringkat komuniti.
9 Bilangan aduan yang diterima melalui telefon - mengenai
rumah kosong / sampah haram.
10 Bilangan aduan yang telah disiasat.
11 Bilangan aduan yang telah diambil tindakan:
11.1 Berjaya diambil tindakan
11.2 Dalam proses tindakan
11.3 Gagal

TINDAKAN OLEH URUSETIA PROGRAM COMBI:


i. Memungut Borang COMBI-3 daripada Penyelia Program COMBI Pejabat Kesihatan Daerah yang
dilantik.
ii. Melengkapkan maklumat di dalam Borang COMBI-4 dan serahkan kepada Setiausaha J/Kuasa
Program COMBI Pejabat Kesihatan pada setiap 05 haribulan setiap Bulan.
iii. Memantau pelaksanaan program COMBI di taman-taman yang telah dipertangungjawabkan.
iv. Mendapatkan maklumat-maklumat diatas daripada Pegawai-pegawai yang berkaitan.

41
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 8
PKD/COMBI-5
PEJABAT KESIHATAN DAERAH

BORANG PEMANTAUAN PROGRAM COMBI

TARIKH / HARI: .......................................................................................................

NAMA ANGGOTA: ...................................................................................................

UNIT: ........................................................................................................................

Bilangan Tempoh Masa Bagi


Stesen Setiap Taman
Bil. Liputan Taman Berhenti Bagi Masa Masa Jumlah
Setiap Taman Masuk Keluar Masa

10

Jumlah

TINDAKAN OLEH ANGGOTA:

i. Melengkapkan Borang COMBI-5 pada setiap kali pengumuman di buat di


taman-taman yang terlibat.

ii. Setelah dilengkapkan, sila serahkan Borang COMBI-5 kepada Urusetia


pada setiap 17 haribulan (bagi 1/2 bulan pertama) dan pada 3 haribulan
bulan berikutnya (bagi 1/2 bulan kedua).

42
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 9
JKN/COMBI 1
JABATAN KESIHATAN NEGERI
BORANG PEMANTAUAN PROGRAM COMBI

NAMA DAERAH: .....................................................................................................


BULAN:
FEBRUARI APRIL
(tanda dimana
berkenaan) MAC MEI

PERKARA BILANGAN
BIL. MINGGU MINGGU
KAEDAH PROMOSI KESIHATAN
1 Bilangan kes denggi yang dilaporkan di taman-taman
yang terlibat program COMBI.
2 Bilangan notis / kompaun yang dikeluarkan kepada
penduduk di lokaliti yang terlibat program COMBI.
3 Bilangan risalah COMBI yang diedar oleh promoter /
personal sellers.
4 Bilangan rumah yang dilawati oleh promoter.
5 Bilangan liputan pengumuman oleh Unit Bergerak
Promosi Kesihatan / Unit Vektor di taman yang
terlibat dengan program COMBI.
6 Bilangan taklimat dan latihan yang diberi kepada promoter.
7 Bilangan mesyuarat yang diadakan di peringkat
komuniti / PKD.
8 Bilangan aduan yang diterima melalui telefon -
mengenai rumah kosong / sampah haram.
9 Bilangan aduan yang telah disiasat.
10 Bilangan aduan yang telah diambil tindakan:
- Berjaya diambil tindakan
- Dalam proses tindakan
- Gagal

TINDAKAN OLEH URUSETIA PROGRAM COMBI DAERAH:


i. Melengkapkan maklumat di dalam Borang JKN/COMBI-1 dan serahkan
kepada Jabatan Kesihatan Negeri pada setiap bulan.

43
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 10
Borang KAP/COMBI.1

JABATAN KESIHATAN NEGERI


Borang Soal Selidik Kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP)
Berkenaan Pencegahan dan Pengawalan Demam Denggi Melalui
Program “Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku”
(COMBI) Pra Ujian

A MAKLUMAT RESPONDEN
1. Nama penemuduga
2. Tarikh temuduga
3. Nama lokaliti
4. Alamat rumah
5. Maklumat tentang responden
(ketua keluarga / isteri / dll. yang
berumur lebih 18 tahun)
i. Nama
ii. Umur
iii. Pekerjaan
iv. Bangsa
v. Bilangan ahli keluarga
vi. Tahap pendidikan Tiada Pendidikan
Pendidikan Sekolah Rendah
Pendidikan Sekolah Menengah
Maktab / Kolej / Universiti
B PENGETAHUAN
6. Penyakit demam denggi adalah Ya
disebabkan oleh nyamuk Aedes. Tidak
Tidak Tahu
7. Nyamuk pembawa demam Ya
denggi membiak dalam air jernih Tidak
yang bertakung. Tidak Tahu
8. Kitaran hidup nyamuk daripada Ya
telur sehingga dewasa Tidak
mengambil masa satu minggu. Tidak tahu

44
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

9. Nyatakan samada tanda-tanda Benar Tidak Tidak


berikut adalah benar atau tidak benar tahu
benar berkenaan penyakit • Demam kuat
demam denggi. • Pening / sakit kepala
yang teruk
• Cirit-birit
• Sakit otot-otot, tulang
dan sendi
• Pendarahan pada badan,
hidung dan mulut
• Batuk
• Ruam/bintik-bintik merah
10. Seseorang yang didapati membiak Percuma
nyamuk Aedes akan dikompaun RM 50
serta-merta di bawah Akta RM 200
Pemusnah Serangga Pembawa Tidak melebihi RM 500
Penyakit 1975 (pindaan 2000). Tidak tahu
Berapakah jumlah kompaun
yang dikenakan?
C SIKAP
11. Adakah anda pernah Ya
menghapuskan tempat-tempat Tidak
pembiakan nyamuk?
12. Adakah anda pernah menukar Ya
air dalam bekas simpanan air Tidak
setiap minggu?
13. Adakah anda pernah memeriksa Ya
semua bekas simpanan air di Tidak
dalam dan luar rumah (seperti
kolam air, alas pasu bunga,
alas peti sejuk dan sebagainya)?
14. Adakah anda pernah membubuh Ya
ubat jentik-jentik ke dalam bekas Tidak
simpanan air pada setiap 3 bulan?

45
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

15. Adakah anda membenarkan Ya


pasukan kesihatan melakukan Tidak
semburan pengasapan (fogging)
di rumah anda sekiranya ada kes
denggi di kawasan kediaman anda?
D AMALAN
16. Sentiasa menutup bekas Ya
simpanan air. Tidak
17. Membersihkan bekas simpanan Ya
air setiap minggu dan meggosok Tidak
bekas-bekas tersebut sebelum
diisi semula.
18. Membubuh abate ke dalam bekas- Ya
bekas simpanan air di rumah. Tidak
19. Memasukkan bekas-bekas yang Ya
boleh menakung air (seperti tin- Tidak
tin, botol-botol kosong dan
sebagainya) ke dalam plastik
sebelum membuangnya ke
dalam tong sampah.
20. Memeriksa rumah sekali Ya
seminggu dan menghapuskan Tidak
tempat-tempat pembiakan nyamuk.

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda


“HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI”

46
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 11
Borang KAP/COMBI 2.

JABATAN KESIHATAN NEGERI


Borang Soal Selidik Kajian Pengetahuan, Sikap dan Amalan (KAP)
Berkenaan Pencegahan dan Pengawalan Demam Denggi Melalui
Program “Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku”
(COMBI) Pasca Ujian

A MAKLUMAT RESPONDEN
1. Nama penemuramah
2. Tarikh temuramah
3. Nama lokaliti
4. Alamat rumah
5. Maklumat tentang responden
(ketua keluarga isteri / dll. yang
berumur lebih daripada 18 tahun)
i. Nama
ii. Umur
iii. Pekerjaan
iv. Bangsa
v. Bilangan ahli keluarga
(termasuk responden)
vi. Tahap pendidikan Tiada Pendidikan
Pendidikan Sekolah Rendah
Pendidikan Sekolah Menengah
Maktab / Kolej / Universiti
vii.Pendapatan isi rumah Kurang daripada RM 1,000.00
(suami dan isteri) RM 1,001.00 - RM 2,000.00
RM2,001.00 - RM3,000.00
Lebih daripada RM 3,000.00
B PENGETAHUAN
6. Penyakit demam denggi Ya
disebabkan oleh nyamuk Aedes. Tidak
Tidak tahu

47
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

7. Nyamuk pembawa demam Ya


denggi membiak dalam air jernih Tidak
yang bertakung. Tidak tahu
8. Kitaran hidup nyamuk daripada Ya
telur sehingga dewasa mengambil Tidak
masa satu minggu. Tidak tahu
9. Nyatakan sama ada tanda-tanda Benar Tidak Tidak
berikut adalah benar atau tidak benar tahu
benar mengenai penyakit • Demam kuat
demam denggi. • Pening sakit / kepala
yang teruk
• Cirit-birit
• Sakit otot-otot, tulang
dan sendi
• Pendarahan pada badan,
hidung dan mulut
• Batuk
• Ruam / bintik-bintik
merah
10. Seorang yang didapati membiak Percuma
nyamuk Aedes akan dikompaun RM 50
serta-merta di bawah Akta RM200
Pemusnah Serangga Pembawa Tidak melebihi RM500
Penyakit 1975 (pindaan 2000). Tidak tahu
Berapakah jumlah kompaun
maksimum yang boleh dikenakan
dibawah Akta ini?
C SIKAP Setuju Tidak setuju
11. Tempat-tempat pembiakan
nyamuk hendaklah dihapuskan
bagi memastikan nyamuk tidak
terus membiak.
12. Bekas simpanan air atau kolah
air hendaklah ditukar pada
setiap minggu.
13. Perlukah memeriksa semua
bekas simpanan air di dalam
dan di luar rumah (seperti kolah
air, alas pasu bunga, alas peti
sejuk dan sebagainya)

48
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

14. Membubuh ubat jentik-jentik ke


dalam bekas simpanan air atau
kolah air pada setiap 3 bulan untuk
mengelak jentik-jentik membiak.
15. Membenarkan pasukan
kesihatan melakukan semburan
pengasapan (fogging) di rumah
anda sekiranya ada kes denggi
di kawasan kediaman anda.
D AMALAN
16. Sentiasa menutup bekas Ya
simpanan air. Tidak
17. Membersihkan bekas simpanan Ya
air pada setiap minggu dan Tidak
menggosok bekas-bekas tersebut
sebelum air diisi semula.
18. Membubuh abate ke dalam bekas- Ya
bekas simpanan air di rumah. Tidak
19. Memasukkan bekas-bekas yang Ya
boleh menakung air (seperti Tidak
tin-tin, botol-botol kosong dan
sebagainya) ke dalam plastik
sebelum membuangnya ke
dalam tong sampah.
20. Memeriksa rumah sekali seminggu Ya
dan menghapuskan tempat- Tidak
tempat pembiakan nyamuk.
E BAHAN PROMOSI KESIHATAN
21. Pernahkah tuan/puan membaca,
melihat dan mendengar bahan-
bahan promosi dan pendidikan
kesihatan mengenai COMBI di
tempat tinggal tuan seperti berikut:
i. Risalah Ya
Tidak
ii. Bunting Ya
Tidak
iii. Banner / Kain Rentang Ya
Tidak

49
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

iv. Papan Tanda (Billboard) Ya


Tidak
Lagu dan drama-drama pendek
COMBI oleh:
a) Radio Malaysia Negeri Ya
Sembilan (RMS) Tidak
b) Kenderaan Pejabat Ya
Kesihatan Seremban Tidak
v. Lawatan atau peringatan Ya
oleh sukarelawan / promoter Tidak
(walaupun sekali)
22. Adakah anda menyedari mengenai
kewujudan promosi COMBI di media
elektronik dan cetak seperti di:
i. Mana-mana akhbar tempatan Ya
sama ada Bahasa Melayu, Tidak
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
atau Bahasa Tamil.
ii. LED (TV besar di padang MPS) Ya
Tidak
23. Pada pandangan anda, di antara
bahan-bahan promosi
kesihatan berikut, manakah
yang anda fikirkan paling
berkesan dalam program COMBI
ini? (Tandakan 3 sahaja)
i. Risalah
ii. Bunting
iii. Banner / Kain Rentang
iv. Papan tanda (Billboard)
v. Lagu dan drama-drama
pendek COMBI
vi. Lawatan dan peringatan
oleh promoter
vi. Promosi di akhbar-akhbar
viii. LED (TV besar di padang MPS)

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda


“HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI”

50
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 12
Borang KAP/COMBI 3

BORANG KAJIAN JEJAK (TRACKING SURVEY)

A MAKLUMAT RESPONDEN
1. Nama penemuduga
2. Tarikh temuduga
3. Nama lokaliti
4. Alamat rumah
5. Maklumat tentang responden
(ketua keluarga / isteri / dll. yang
berumur lebih 18 tahun)
i. Nama
ii. Umur
iii. Pekerjaan
iv. Bangsa
v. Bilangan ahli keluarga
vi. Tahap pendidikan Tiada Pendidikan
Pendidikan Sekolah Rendah
Pendidikan Sekolah Menengah
Maktab / Kolej / Universiti
B PENGETAHUAN COMBI
1. Adakah anda pernah mendengar Ya
tentang program COMBI? Tidak
2. Dari manakah anda mengetahui Penyelia / Promoter / AJK COMBI
tentang program COMBI ini? Kakitangan Kesihatan
3. Adakah anda pernah memeriksa Ya
rumah anda dan menghapuskan Tidak
tempat-tempat pembiakan
nyamuk Aedes?
4. Apakah yang perlu anda lakukan • Memusnahkan tempat
jika terdapat tempat pembiakan pembiakan nyamuk aedes
nyamuk? • Mencuci tempat takungan
air bersih
• Menggunakan ubat jentik-jentik
• Lain-lain: Nyatakan _____________________

51
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

5. Adakah anda pernah membaca, • Risalah


melihat atau mendengar tentang • Gegantung / Sepanduk /
mesej COMBI? Jika ya apakah Papan iklan
bahan-bahan promosi tersebut? • Radio
• Lawatan atau peringatan
oleh promoter
• Promosi di akhbar-akhbar
• Monitor skrin warna LED
6. Jika anda mengetahui terdapat • Majlis Daerah / Pihak
tempat pembuangan sampah Berkuasa Tempatan
haram, siapakah yang anda • JKK Kampung / ADUN /
perlu hubungi? Ahli Parlimen
• Pihak Pengurusan Sampah
Swasta
• Pejabat Kesihatan

Terima Kasih Atas Kerjasama Anda


“HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI”

52
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Lampiran 13

LOGO PROGRAM COMBI PERINGKAT NEGERI

Logo Program COMBI


Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Logo Program COMBI


Pahang

Logo Program COMBI


Johor

53
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Logo Program COMBI


Negeri Sembilan

Logo Program COMBI


Selangor

Logo Program COMBI


Perak

54
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

GLOSARI

Hepotesis : Idea yang belum dibuktikan secara emfirikal


sebagai teori.

Teori : Satu kajian yang dibuat secara saintifik dan


boleh dibuktikan.

Variasi : Perbezaan.

APSPP 1975 : Akta Pemusnahan Serangga Pembawa


Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

Promoter : Sukarelawan yang dipilih oleh Pengerusi


Program COMBI di peringkat komuniti.

Entomologi : Bidang kaji serangga.

Ibu dan bapa angkat : Anggota daripada kesihatan yang dilantik


sebagai wakil di setiap lokaliti.

Penyelia : Ketua Promoter yang dilantik oleh Pengerusi


Program COMBI (Setiap 8-10 promoter
diketuai oleh seorang penyelia).

Indeks Aedes/ Indeks : Peratusan rumah yang didapati positif bagi


Premis / Indeks Rumah pembiakan nyamuk Aedes (telur / larva /
/ Indeks Rumah Aedes pupa). Indeks dinyatakan dalam peratusan.
Singkatan – A.I

55
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

Indeks Breteau : Bilangan bekas (tempat pembiakan) yang


didapati positif bagi pembiakan nyamuk
Aedes (telur / larva / pupa) di dalam 100 buah
rumah. Indeks dinyatakan dalam angka
mutlak. Singkatan – B.I

Indeks Container : Peratusan bekas yang menakung air yang


didapati positif bagi pembiakan nyamuk (telur
/ larva / pupa). Indeks dinyatakan dalam
peratusan. Singkatan – C.I

Indeks Ovitrap : Peratus ovitrap yang didapati positif bagi


pembiakan nyamuk Aedes (telur / larva /
pupa). Indeks dinyatakan dalam peratusan.
Singkatan – O.I

Analisis Situasi : Situasi awal mengenai tingkah laku sedia ada


pada satu-satu komuniti.

Larviciding : Kaedah untuk membunuh larva nyamuk


Aedes dalam takungan air.

56
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

RUJUKAN

Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia


(2004). Kes-kes denggi dari tahun 1973 sehingga terkini. Kementerian
Kesihatan Malaysia, Kuala Lumpur.

Heng, B.H., Goh KT, Chua LT. (1998). “Knowledge, attitude, belief and
practice on Dengue and Aedes mosquitoes”. In: Dengue in Singapore.
Singapore: Institute of Environmental Epidemiology, Ministry of
Environment. pg. 184-201.

Lloyd LS, Winch P, Ortego-Cato J, Kendall C. (1992). “Results of a


communitu-based Aedes aegypticontrol program in Merida, Yucatan,
Mexico”. Am J Trop Med Hyg. Jun: 46(6): 635-42.

Mohd Raili, et al. (2003). Report on JB-COMBI Pilot Project. Johor State
Health Department.

San Martin, JL. and Prado, M (2004). “Risk perception an strategies for
mass communication on dengue in the Americas”. Rev Panam Salud
Publica. Feb; pg. 15 (2): 135-9.

Stephen P. Robin (1983). Organizational Behaviour, Concepts,


Controversies and Applications. Prentice Hall Inc. Englewood Cliffs, New
Jersey.

Tham, A.S. (1995). Guidelines on the use of ovitrap for Aedes


Surveilance. Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian
Kesihatan Malaysia.

WHO (2002). Mobilizing for Action (Communication for behaviour


Impact). Geneva, World Health Organization.

57
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU (COMBI)

WHO (2003). A manual for designing a communication for behavioural


impact (COMBI) plan of Action.

Laman web: http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs117/en/


bertarikh 20.6.2004 WHO (2002). “Dengue and dengue hemorrhagic
fever”.

58

You might also like