You are on page 1of 50

Rancangan Malaysia Pertama

Rancangan Malaysia Pertama  (RMP: 1966-1970)

Sebelum pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama terdapat dua Rancangan Pembangunan


iaitu Rancangan Malaya Pertama (RM1: 1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (RM2:
1961-1965).

Rancangan Malaya Pertama (RM1: 1956 – 1960)

Penyertaan rakyat dalam aktiviti pertanian yang dirancang turut menjana pendapatan kepada negara

Perancangan pembangunan yang serius telah bermula pada tahun 1954 apabila satu
perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan
negara. Ini menghasilkan RM1 yang berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam
sebanyak RM1,100 juta. Matlamat utama rancangan pembangunan tersebut ialah untuk
membangunkan ekonomi dengan memberikan penekanan yang lebih kepada sektor di luar
bandar. Sebanyak RM478.2 juta (44.5%) daripada jumlah peruntukan pembangunan RM1
telah diperuntukan bagi membangunkan sektor luar bandar ini.

Penubuhan dua buah agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA
(Federal Land Development Authority; 1956) dan Kementerian Pembangunan Negara dan
Luar Bandar serta pelaksanaan sistem Buku Merah merupakan inovasi penting dalam sejarah
perancangan dan pembangunan negara sehingga ke masa kini. Dari segi pencapaian RM1,
pelaburan sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Ini
kurang sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi
tempoh berkenaan.

Rancangan Malaya Kedua (RM2: 1961-1965)

RM2 telah mencapai beberapa kemajuan ke arah perancangan yang lebih menyeluruh.
Pertamanya, rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan
dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia.
Kedua, RM2 telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas ke bawah dan dari
bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar serta penyertaan
rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.

Peruntukan pembangunan telah ditambah sebanyak RM2,150 juta iaitu hampir dua kali
ganda peruntukan RM1. Ketiga, beberapa perubahan telah dibuat di dalam RM2 ini, iaitu
bagi pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan
ekonomi negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai
kedudukan ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk
mengatasi masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor
awam terhadap pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.

Dari segi pencapaiannya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
dalam tempoh 1961-1965 ialah sebanyak 6.4% setahun. Daripada segi perbelanjaan
pembangunan pula, sektor awam telah membelanjakan sebanyak RM2,650 juta yang telah
diperuntukkan bagi tempoh RM2. Perbelanjaan pembangunan sebenar sektor swasta adalah
RM2,900 juta, iaitu seperti yang telah dirancangkan.

Rancangan Malaysia Pertama (RMP: 1966-1970)

Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP), pembangunn negara telah diasaskan kepada
suatu rancangan bersepdu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan
Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama ini juga telah menentukan arah pembangunan dan
matlmat-matlamat yang perlu dicapai dalm tempoh rancangan lima tahun. Pembaharuan lain
yang terdapat dalam rancangan ini termasuklah program tenaga manusi dan penelitian yang
lebih mendalam terhadap program-program ke atas tiap-tiap sektor ekonomi.

Di samping itu RMP, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan negeri-
negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus bagi
meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMP melibatkn peruntukan pembangunan sebanyak
RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta daripada sektor
swasta.

Pelaksanaan RMP pula lebih menjurus ke arah pembasmian kemiskinan di kalangan


penduduk. Melihat kepada bancian penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan, didapati
bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di
bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di
kawasan luar bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar.
Penanaman padi dia antara aktiviti ekonomi masyarakat dalam RMP

Pelaksanaan dan Pencapaian Program RMP

Dalam tempoh masa RMP ini, beberapa agensi baru telah ditubuhkan. Di antaranya Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA – Malaysian Industrial Development Authority,
1967) yang dulunya dikenali sebagai FIDA (Federal Investment Development Authority),
Lembaga Penasihat Tarif, MARA (Majlis Amanah Rakyat, 1966), Bank Bumiputera (1966)
dan juga PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad, 1969). MIDA dan Lembaga Penasihat
Tarif dibentuk dengan tujuan membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang
tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS pula
ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan
perdagangan.

Rancangan Malaysia Pertama


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang


pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi
selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan
taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan
rendah.

Rancangan ini mempunyai objektif seperti:

1. memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya


mengeratkan perpaduan rakyat.
2. meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
3. membangunkan ekonomi luar bandar.
4. mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
5. mengurangkan pengangguran.
6. memajukan sektor perindustrian.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar
 2 Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera
 3 Peristiwa berdarah
 4 Lihat juga

 5 Nota kaki

[sunting] Tumpuan kepada sektor pertanian dan


pembangunan luar bandar
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio
ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25%
daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.

FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar
bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka
di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya
meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan
pengangguran di luar bandar.

Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

 FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah
kerajaan.
 MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang
pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.

Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam
dengan lebih luas lagi.

[sunting] Pembangunan industri dan masyarakat


pedagang bumiputera
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari
Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan,
menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan
kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.
Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan
kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.

Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan


lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di
Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayang di Sabah.

[sunting] Peristiwa berdarah


RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum
dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan
pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat
kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa
Melayu[1]

Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei
1969. Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang
Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Rancangan Malaysia Kedua


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Kedua, menggantikan
getah dengan kelapa sawit.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan


pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk
menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang
asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-
orang Melayu.[1]

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama
iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP
dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah
satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus
di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam


usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan
kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi
apabila rancangan ini berakhir.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Latar belakang
 2 Penstrukturan semula ekonomi
 3 Pengindustrian
 4 Perlombongan
 5 Pertanian
 6 Kesihatan
 7 Pendidikan
 8 Pengangkutan
 9 Warisan
 10 Lihat juga
 11 Nota

 12 Rujukan

[sunting] Latar belakang


Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk
Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun
1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia,
manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar
37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.[2]
Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan
menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam
memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.

Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi ini.[2]
Dasar-dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukan Melayu yang rata-
ratanya menyokong parti-parti pembangkang, yang lebih menyenangi pengurangan atau
pemansuhan tindakan afirmatif bagi golongan Bumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.

Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-penyokong


pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas pada keesokan harinya oleh
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti utama di dalam gabungan
Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah menjadi
rusuhan yang berlangsung selama dua hari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah
kematian sekitar 200 orang. Ada pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih
besar manakala beribu-ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang-orang Cina)
kehilangan tempat tinggal.

Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971, apabila Parlimen bersidang
semula.[3]

Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utama membasmi


kemiskinan di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut peranan ekonomi"
melalui sebuah "ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu, DEB mensasarkan pegangan
ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam jangkamasa 20 tahun.[3] Malah sebuah Rangka
Rancangan Jangka Panjang dibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya
disusun supaya tamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan
tujuan kedua-dua polisi ini.[2]

[sunting] Penstrukturan semula ekonomi


RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama
menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam bidang
pengeluaran dan pelombongan.[2] Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi
kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya
pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan — Melayu dan bukan Melayu
— dapat dikembangkan berdasarkan nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu
dalam nilai relatif.[2]

Sejumlah M$7.36 bilion telah diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukan ini lebih
rendah berbanding RMP (M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat mencapai pengurangan
kemiskinan yang lebih besar dan mempertingkat penglibatan orang-orang Melayu di dalam
sektor swasta dengan mengenakan beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat
persendirian yang akan menerima manfaat daripada guna tenaga dan pegangan ekonomi
orang-orang Melayu.[1]
Ketika rancangan ini diumumkan, golongan bukan Melayu memiliki, menurut kata seorang
pengulas, "monopoli secara langsung terhadap guna tenaga perusahaan dan perdagangan
persendirian", dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi, kepentingan-kepentingan
asing mengawal hampir kesemua perusahaan-perusahaan moden termasuk sektor
perkilangan, perbankan, kewangan, getah dan timah. Orang-orang Melayu sebahagian
besarnya terlibat di dalam pekerjaan luar bandar seperti menanam padi, menangkap ikan,
mengerjakan ladang-ladang getah atau kelapa sawit secara kecil-kecilan dan sebagainya.
Mereka langsung tidak terlibat di dalam pekerjaan golongan kolar putih seperti perkeranian
dan hanya di perkhidmatan awam sahaja — dimana 80% daripada pekerjaan di sektor ini
dijamin untuk bumiputera — mereka menduduki jawatan-jawatan atasan.

Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya seperti perubatan dan guaman terdiri daripada
bukan Melayu. Malangnya, dasar kerajaan, seperti yang digariskan di dalam Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan, tampak mengekang penglibatan orang-orang Melayu di dalam
sekor swasta kerana memberi mereka keutamaan di sektor awam. Pengangguran di kalangan
semua kaum juga amat berleluasa, kebanyakannya diakibatkan kekurangan pendidikan,
dengan 70% daripada 275,000 penganggur berdaftar pada tahun 1970 berumur sekitar 15
hingga 25 tahun. Semua inilah yang dijadikan sasaran kerajaan untuk diubah melalui
perlaksanaan DEB dan RMK2.[2]

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam
RMK2:

 Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi
yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka.
 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan memaju industri perikanan
dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.
 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - ditugaskan
memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah.

Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanah dan
penempatan baru di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah. Projek-projek pengairan
juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda, Kedah, Sungai Kemubu, Kelantan dan di
Sungai Kinabatangan, Sabah.

[sunting] Pengindustrian
Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telah meningkatkan
penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang perlaksanaan rancangan ini. Agensi-
agensi terbabit termasuklah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA). Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 seperti
Perbadanan Nasional (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN) dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).[2]

PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikat kerjasama


dengan sektor swasta selain membangunkan industri-industri perintis yang akan dipegang
sehingga golongan Melayu memiliki modal yang mencukupi bagi mengambil alihnya kelak.
Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNAS memiliki lapan syarikat dengan pegangan
100% yang terlibat di dalam bidang insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah,
kejuruteraan, sekuriti dan perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak
swasta bagi membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan
perundingan.[2]

Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156) sewaktu RMK2
yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru dengan M$100,000 atau 25 atau lebih
pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan dan Industri. Bagi mendapatkan lesen tersebut
setiap syarikat perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang
boleh berubah-ubah. Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan
pengenalan akta baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum ini dengan kawalan yang
minimum dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancang untuk
mendatangkan masalah bagi sesetengah kumpulan dan meneruskan perlaksanaannya.
Menurut akta ini, syarikat-syarikat swasta dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu syarikat-
syarikat yang diluluskan selepas 1 Januari 1972, syarikat-syarikat yang diluluskan sebelum
itu dan syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa lesen. Kesemua syarikat yang tertakluk di
bawah akta tersebut dimestikan menghantar satu rancangan atau cadangan kepada
kementerian bagi mencapai sasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi
orang-orang Melayu dan selebihya bagi bukan Melayu. Cadangan yang diterima
kemudiannya dipilih menjadi garis panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat.[2]

Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di pantai timur bagi
mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar. Pantai timur sebenarnya
kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.

Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran membentuk sebanyak 16% daripada keluaran dalam
negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratus daripada sasaran RMK2. Sektor ini
berkembang dengan perlahan pada tahun 1975 akibat kelembapan ekonomi sejagat pada
tahun itu. Hal ini berbeza dengan pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang
melebihi sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh RMK2. Makanan,
keluaran-keluaran kayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini. Pertumbuhan
ketara sektor pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha-usaha kerajaan
menubuhkan kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan-kawasan tersebut telah
diumumkan di negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. Perusahaan yang terdapat
di kawasan-kawasan ini kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil.[2]
Pada awal RMK2, sektor swasta menggaji kebanyakannya pekerja dari golongan
berketurunan Cina. Tetapi, mereka tidak memiliki pegangan hak milik sebenar di dalam
perusahaan moden.

[sunting] Perlombongan
Sehingga lewat 1970-an, Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dengan
membekalkan sekitar 40% kepada negara-negara bukan komunis di seluruh dunia. Walau
bagaimanapun, simpanan bijih timah semakin berkurangan. Sumbangan sektor
perlombongan kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga 13% sepanjang
RMK2 kerana berkurangnya simpanan bijih timah dan besi. Tetapi, bauksit dan tembaga
terus menyumbang kepada sektor ini di awal 1970-an. Penglibatan kaum Melayu di dalam
perlombongan adalah sangat berkurangan dan sekitar 70% daripada sektor ini masih dikawal
oleh orang-orang asing.[4] Ini merupakan warisan zaman penjajahan British.

Banyak syarikat British, yang tiba pada kurun ke-19 untuk mengeksploit sumber dan hasil
galian asli Malaysia masih belum beredar. Penglibatan masyarakat Melayu di sektor ini
diburukkan lagi dengan kecenderungan pihak British pada kurun ke-19 membawa masuk
buruh-buruh Cina yang murah dan hampir kesemua pekerja di lombong hingga lewat 1970-
an ialah orang-orang Cina.[5]

Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalam ekonomi
Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang baru dibina.
Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000 tong sehari
(14,000 m³/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyak Shell. Pada tahun 1974, hak eksklusif
untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum di Malaysia diberikan kepada
syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun berikutnya, Petronas dianugerahkan hak
tunggal ke atas pemasaran dan pengagihan kesemua keluaran petroleum dan peruntukan
untuk mengawal syarikat-syarikat lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya
tetapi melalui terbitan pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas.[6]

Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombongan meningkat bermula
pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasar-dasar merombak sistem ekonomi
negara. Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada 200,000 orang-orang Melayu diambil
bekerja di dalam industri perlombongan. Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah
sehingga sejuta orang melebihi jumlah yang disasarkan pada asalnya.[7]

Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang-orang Melayu sebagai usaha


menambah pegangan mereka di dalam industri ini.[8] Kerajaan tampak berusaha keras
meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat
perlombongan yang pernah dimiliki orang-orang asing. Menjelang 1989, perbadanan milik
kerajaan mengawal sekitar 60% keseluruhan industri perlombongan.[9] Kerajaan juga dibantu
oleh faktor pengeluaran petroleum yang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana
Petronas merupakan syarikat milik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan
Bumiputera. Namun, amalan kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa syarikat-
syarikat milik kerajaan adalah kepunyaan semua orang dan bukan hanya Bumiputera.

[sunting] Pertanian
RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum itu seperti
Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya. Walaupun perbelanjaan bagi pembangunan lain
telah meningkat mencecah M$1 juta, dana untuk pembangunan luar bandar juga ditambah.
RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman di Malaysia. Rancangan Buku
Hijau dilancarkan pada tahun 1974 dengan tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia
terhadap import makanan dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran sepeti
kacang panjang, cili dsb. dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti pertanian lain seperti
baja, benih dan racun perosak pula diberi subsidi.

Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun
sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka.[10][11][12] Lembaga Pertubuhan Peladang
ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara
persatuan-persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan.[13]

Pertumbuhan sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka peluang


pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi
kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah meluaskan saiz
program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA
sendiri telah menetapkan satu sasaran untuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar
(610 km²) sewaktu RMK2.

Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangan dengan


penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu bergantung kepada getah.
Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mengeluarkan hampir
separuh daripada keperluan getah sedunia. Walau bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar
1930-an telah menyebabkan harga getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan
mendalam terhadap ekonomi negara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada
insiden sama berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan. Sungguhpun
begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam percubaan mengambil
semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkan sebagai ladang kelapa
sawit. Menjelang penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar (160 km²) sahaja telah dibangunkan
dengan separuh daripadanya ialah ladang kelapa sawit.[14][15]

Dasar kemajuan tanah dan penempatan semula yang dijalankan oleh kerajaan, walau
bagaimanapun, telah gagal untuk memberi kesan positif terhadap masalah kemiskinan di luar
bandar. Kerajaan hanya berjaya menempatkan semula sejumlah 40,000 orang meskipun
dianggarkan sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat di dalam usaha tani hidup di bawah
paras kemiskinan. Akibat kelemahan program itu, orang yang mendapat faedah daripada
rancangan ini tidak selalunya datang daripada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa proses rumit penempatan semula dan
pembangunan kawasan baru diberi penekanan lebih berbanding meningkatkan daya
pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun sedia ada. Hal ini seterusnya dirumitkan oleh
Perlembagaan Malaysia yang meletakkan kawalan ke atas hal ehwal tanah kepada kerajaan
negeri sekaligus memerlukan kerajaan persekutuan berunding dengan setiap kerajaan negeri
satu-persatu. Keluarga bukan Melayu di kawasan luar bandar juga tidak menerima faedah ini
kerana Perlembagaan Persekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan sebagai
tanah simpanan bagi orang-orang Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima masuk
golongan bukan Melayu ke dalam program ini.[16]

Pengusaha-pengusaha sawah padi digalakkan menuai padi dua kali setahun. Untuk tujuan itu,
kerajaan membantu dengan menggalakkan penggunaan teknologi jentera.

Walaupun RMK2 telah memodenkan negeri-negeri jelapang padi seperti Kedah dan Perlis
(seperti menggantikan kerbau dengan jentera membajak), bukan semua pengusaha kecil
menerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor pertanian korporat, orang-orang Melayu
hanya memiliki pegangan sekitar 0.3% berbanding 60.8% yang dimiliki oleh kepentingan
asing. Berbeza pula keadaanya di dalam sektor bukan korporat yang menyaksikan orang-
orang Melayu mengawal sekitar 47.1%. Disebabkan kekurangan modal, kebanyakan
pengusaha-pengusaha Melayu masih terlibat di dalam kegiatan berdaya rendah apabila
RMK2 tamat.[17]

[sunting] Kesihatan
RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakanan melalui
beberapa program. Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat,
panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-
kumpulan yang kekurangan zat makanan. Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan
dengan kekurangan kakitangan perubatan.[18]

Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun 1964, usaha-
usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan. Kebanyakan berita kejayaan
yang dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara berlaku sewaktu Rancangan
Malaysia Pertama (RMP) dari tahun 1966 - 1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000
pengguna baru kaedah perancangan keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak
diendahkan.[19] Yang ironiknya, pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin
Mohamad secara efektif meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan
Dasar Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100
mencapai 70 juta orang.

[sunting] Pendidikan
Walaupun pendidikan di Malaysia hampir dipinggirkan sewaktu RMK2 yang memihak
kepada rancangan penstrukturan sosio-ekonomi, beberapa usaha penting dijalankan
sepanjang tempoh ini.[20] Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat
rendah hingga ke pengajian tinggi, menggantikan bahasa Inggeris. Peperiksaan kebangsaan
yang sebelum ini berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan
tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan. Menjelang tamatnya
tempoh rancangan ini, hampir kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk
mengajar kurikulum berasaskan bahasa Melayu.[21]

Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanya ialah
menyelaras projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa
jabatan kerajaan. Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain
memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan.[22]

RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang
vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan dalam usaha
memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlaku kerana penumpuan lebih
diberikan terhada usaha memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak
membuka ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal. Namun begitu, beberapa sekolah
teknik dan vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan
pada tahun 1975. Adalah diharapkan usaha ini dapat mengurangkan masalah pengangguran
terutamanya di kalangan belia.[23]

[sunting] Pengangkutan
RMK2 bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggap oleh
kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor perusahaan. Semua
kereta api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar yang lebih efisyen, iaitu diesel dan
kerajaan meninggikan peruntukan bagi penyenggaraan dan pemodenan prasarana kereta api
ini. Penekanan diberikan khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada,
laluan dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih.[24]

Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan
membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain latihan bagi kakitangan
teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-Singapura dipisahkan menjadi
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penerbangan Singapura (SIA).[25]

Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi mempertingkat


perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan sebuah syarikat logistik
kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat. Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat
Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M.
V. Benavon menjadi kapal kontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal
Utara Pelabuhan Klang di Selangor.[26]

Ketika RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di Pulau Pinang dan satu
lagi di Klang. Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkan dua buah pelabuhan baru di
Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilih ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di
Pahang. Dua objektif utama projek pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan
permintaan terhadap pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri
yang kurang membangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala
Pelabuhan Kuantan mula beroperasi pada tahun 1984.[27]

[sunting] Warisan
Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan mencatatkan pengurangan daripada 49% kepada
43%. Kadar pengangguran pula berkurangan sebanyak 0.1% kepada 7.4%. Peningkatan
ketara bagi penglibatan Bumiputera di dalam sektor swasta juga dicatatkan. Peratusan
Bumiputera yang diambil bekerja di dalam sektor pengeluaran bertambah daripada 29%
kepada 33%, sektor perdagangan pula mencatatkan peningkatan 10% kepada 34%. Pegangan
hak milik Bumiputera pula berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun begitu,
rekod ini masih belum dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi
kemajuan itu berlaku disebabkan pegangan syarikat perusahaan kerajaan.[28]

Walaupun rancangan ini pada awalnya mensasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 12.5%
setahun, hanya purata 11% berjaya dicatatkan. Pertumbuhan itu sangat tidak sekata. Pada
tahun 1973 KDNK tumbuh sebanyak 27% manakala pada tahun 1975 pula ia hanya
berkembang sebanya 3% berikutan kemelesetan ekonomi dunia pada masa itu.[29] Meskipun
kerajaan berusaha menangani pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru
sewaktu RMK2, jumlah penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan
1975. Pada tahun 1970, terdapat 275,000 penganggur manakala pada tahun 1975 pula
sebanyak 324,000 orang direkodkan.[30]

RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi. Di antara
tahun 1972 dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat di luar jangkaan sebanyak
40%. Kadar purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun 1974 tetapi menurun kepada 7% pada
tahun 1975.[31] Permasalahan baru seperti ini dipertimbang oleh kerajaan semasa merancang
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).

Sektor perladangan dipelbagaikan melalui galakan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil


menggantikan getah dengan kelapa sawit.

Satu lagi kesan mendalam RMK2 ialah usaha-usaha mempelbagaikan tanaman. Di sebalik
kegagalan RISDA memenuhi sasarannya, industri kelapa sawit di Malaysia terus
berkembang. Menjelang tahun 1998, kelapa sawit merupakan penyumbang kedua terbesar
kepada KDNK Malaysia, di belakang keluaran elektronik.

Keseluruhannya, RMK2 lebih berjaya berbanding dengan rancangan-rancangan sebelumya


dalam menangani ketaksamarataan dari segi ekonomi. Namun begitu, penekanan lebih bagi
meningkatkan kedudukan orang-orang Melayu telah membimbangkan golongan bukan
Melayu. Apabila RMK3 pula dilancarkan, kerajaan telah mengurangkan penekanan ini
sebaliknya memberi tumpuan terhadap pertumbuhan ekonomi lebih rancak yang akan
memberi manfaat kepada semua pihak.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan
ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
 mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum; dan
 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara
beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.[1]

Isi kandungan
[sorok]
 1 Latar belakang
 2 Dasar Pecah dan Perintah
 3 Dasar Ekonomi Baru
 4 Isu Penolakan
 5 Lihat juga
 6 Nota kaki
 7 Rujukan

 8 Pautan luar

[sunting] Latar belakang


Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di
Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza
mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod
rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan
petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja
sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di
kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi
teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar
perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi
dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar
bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan
dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai
kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat
merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.
Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan
walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada
Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar
yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina
terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang
Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah
mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah
kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang
Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–
1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang
Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina
dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa
berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah
manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti
belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969
diketahui.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa
kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah
mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini
telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri,
Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana
Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang
bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa
yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN,


Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu
perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum.
Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur
masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas
dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja
melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga
perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju
membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang
mempunyai lima prinsip utama iaitu:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera
penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis
Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan
Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan
Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah
peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan
pada 18 Julai 1969.

[sunting] Dasar Pecah dan Perintah


Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat
dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan
yang memungkinkan keadaan ini:

1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang


usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan


aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu
tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk
pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat
integrasi nasional

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan
(bandar dan luar bandar).

3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah

1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor


pertanian tradisional.

2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan
perlombongan.

3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.


Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud
interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan
prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan
jurang perpaduan antara kaum.

[sunting] Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan
dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan
negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi
yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang
penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain
maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada
isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan
berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan
kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami
pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang
akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-
rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi
serampang dua mata:-

 penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan


pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
 pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan


untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan
banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di
Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun
1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan
kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di
samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan
seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan
kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam
telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1%
berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan
telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,
perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang
kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

 Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya
penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga
buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
 Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan
dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan
ekonomi.
 Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan
jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
 Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan
Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi
Baru.

[sunting] Isu Penolakan


Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli DAP), Lim Guan
Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu
melalui siaran TV3. Antara langkah yang dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah
'tender terbuka'.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh
Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan
RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

[sunting] Tumpuan utama


RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara
untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan
ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya
KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Bandar-bandar baru ini dibina menjelang
akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di
kawasan rancangan pembangunan tanah.

Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

[sunting] Kesan
RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran
dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion pada tahun
1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.

Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah.
Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada
38% berbanding 59% pada tahun 1970.

Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun


Malaysia dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:

1. menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber
lain dalam Malaysia
2. mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan
dalam negeri
3. meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
4. membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang
pertanian
5. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
6. menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
7. memastikan pembangunan industri

Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58%
daripada jumlah ini dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Tumpuan kepada sektor pertanian
 2 Dasar-dasar mesra pelabur dan industri
 3 Pemilikan saham
 4 Lihat juga

 5 Nota kaki

[sunting] Tumpuan kepada sektor pertanian


Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya pengeluarannya. Dasar Pertanian
Negara (DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984 bermatlamat memaksimumkan pendapatan
daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan
ekonomi negara keseluruhannya[1]. Rancangan-rancangan DPN meliputi pembukaan tanah-
tanah baru, pemulihan serta penyatuan kebun-kebun kecil, penanaman semula, pembangunan
pertanian secara bersepadu dan pembinaan kemudahan pengairan.

Antara projek-projek penting semasa RMK4 adalah:

 Pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman ekspot seperti kelapa sawit, getah dan
koko oleh agensi-agensi seperti FELDA dan RISDA serta kerajaan-kerajaan negeri.
 Rancangan mini estet tanaman getah yang dikelolakan oleh RISDA di Kg Parit
Seraya dan Kg Parit Selangor di Johor.
 Pembangunan kampung tradisional oleh FELCRA di Kg Kok, Kedah; Teratak Batu,
Kelantan; dan Ulu Berang, Terengganu.
 Tanaman kontan projek tembakau di Alor Ketitir, Terengganu, dan Kandis, Kelantan
serta projek tanaman sayur-sayuran di bawah skim Penanaman Berkelompok.
 Tanaman kelompok padi oleh LPP di Tanjung Karang, Selangor, dan syarikat-
syarikat kerjasama di Kelantan, Perak dan Pulau Pinang.
 Perluasan program penyelidikan, pinjaman dan pemasaran.

Sementara itu, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah
mengendalikan rancangan pemulihan tanah di Sarawak.

[sunting] Dasar-dasar mesra pelabur dan industri


Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, semasa dalam tempoh RMK4,
yang bertujuan supaya sektor swasta, pengusaha tempatan dan kerajaan bersama-sama
memikul tanggunjawab memajukan negara. Melalui dasar ini, kepentingan atau pelaburan
kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta. Pada tahun yang sama, kerajaan Malaysia juga
memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalak kerjasama antara sektor
awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara. Kedua-dua dasar ini memberi impak
yang besar sama ada positif atau negatif sehingga pada hari ini.

Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Industri


Berat Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan untuk mengurus industri berat
seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA di Kemaman, Terengganu.
Menurut Perdana Menteri ketika itu, dasar perindustrian berat mempunyai serampang dua
mata iaitu mewujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri
sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru[2]. Pengenalan dasar ini membawa
kepada penubuhan Proton yang memacu industri otomobil negara pada tahun 1983.

[sunting] Pemilikan saham


RMK4 juga bertujuan menyeimbangkan pemilikan saham dan harta antara bumiputera dan
bukan bumiputera. Ini dilakukan dengan penubuhan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

[sunting] Lihat juga

Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun


ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20
tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk
meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik
syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing
dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport.
Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya
agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Kawasan luar bandar
 2 Pelancongan
 3 Pembuatan

 4 Pautan luar

[sunting] Kawasan luar bandar


Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanah dengan lebih
cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara.
Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangan digalakkan. Untuk kemudahan tersebut,
kredit dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim
Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

[sunting] Pelancongan
Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima.
Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan
terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Satu lagi penekanan
Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang
ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk
meningkatkan produktiviti negara.
[sunting] Pembuatan
Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalam negara dan
antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON.

[sunting] Pautan luar

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia


bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.

Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun
pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir
Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti
rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara
ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara
yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].

RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:

1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi


2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda
kelas pertama
3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina
dan produktif
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Isi kandungan
[sorok]
 1 Isu-isu penting dalam RMK9
o 1.1 Pembangunan infrastruktur
 2 Kajian separuh penggal
 3 Nota kaki

 4 Pautan luar

[sunting] Isu-isu penting dalam RMK9


[sunting] Pembangunan infrastruktur

Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunan infrastruktur


dalam tempoh RMK9 seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang
diperuntukkan RM10 bilion. Selain dari itu:

 RM3.5 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan


 RM2 bilion untuk pembangunan industri bioteknologi (termasuk infrastruktur)
 RM1 bilion untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa
Kota Kinabalu sebagai pusat penerbangan kos rendah kedua di Malaysia
 Peruntukan untuk jambatan kedua dan monorail di Pulau Pinang.
 Peruntukan untuk guru pelatih sebanyak rm1 bilion

[sunting] Kajian separuh penggal


Berikut adalah laporan Kajian Separuh Penggal RMK9 seperti yang dibentangkan Perdana
Menteri Malaysia di Parlimen pada 26 Jun 2008:

Item 2007 2005


Kedatangan pelancong 21 juta 16.4 juta
Perolehan dari pelancong RM46.1 bilion RM31.9 bilion
Jumlah perolehan dari rawatan kpd pesakit dari
RM457.5 juta -
luar negara
RM198.1
Jumlah jualan RM293.9 bilion
bilion
Nilai komoditi pertanian RM52.4 bilion RM37.5 bilion
Penetrasi Internet/100 isi rumah 19.3% 7%
Pembinaan/menaik taraf jalan 32,694 km -
Bekalan air bersih luar bandar 300 sekolah -
100% di Sarawak, 72% di
Bekalan elektrik sekolah luar bandar -
Sabah
Insiden kemiskinan tegar 0.7% 1.2%
Pendapatan per kapita RM23,066 RM18,840
Defisit negara (% dari KDNK) 3.2% 3.6%

Lain-lain:
1. Pembinaan 32,000 rumah kos rendah
2. 47 provisi di bawah Kod Tanah Kebangsaan untuk menambah baik pengurusan tanah
3. Pemprosesan pasport dalam masa 24 jam

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan


Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-
6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.

Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model
Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.

[sunting] Lima teras


RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan
tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara


2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas
pertama
3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kuali hidup
5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

Content

Latarbelakang
Kajian Keberkesanan Pendekatan Pembasmian Kemiskinan di Malaysia
Model Pembasmian Kemiskinan Dari Perspektif Islam & Penaksiran Semula Konsep/ Takrif
Cabaran Dalam Merealisasikan Pembasmian Kemiskinan Menurut Perspektif Islam
Strategi & Kaedah Perlaksanaan Model Pembasmian Kemiskinan yang menyeluruh serta berkesan
Bengke 1- Yayasan Basmi Kemiskinan
Bengkel 2- Zakat & Kemiskinan
Bengkel 3- Peranan Amanah Ikhtiar Malaysia
Bengkel 4- Strategi dan Kaedah Pembasmian Kemiskinan Yang Berkesan
Pelan Tindakan

LATAR BELAKANG
Usaha pembasmian kemiskinan di Malaysia memang terbukti serius dan diberi tumpuan oleh pihak kerajaan,
bdan-badan bukan kerajaan, pihak swasta, korporat dan individu dengan menggunakan modul dan pendekatan
yang pelbagai. Namun sebaik manapun usaha ini dibuat, ruang untuk meningkatkan keberkesanan program
pembasmian kemiskinan itu tetap wujud. Apatah lagi jika ruang pembaikan yang dicari ini diharapkan akan
menepati landasan Islam dan diberkati oleh Allah SWT.

Sejarah Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya mensifarkan kadar kemiskinan pada zaman pemerintahan
beliau, boleh diulang lagi. Atas semangat inilah Muzakarah Penggubalan Model Pembasmian Kemiskinan
Menurut Perspektif Islam dianjurkan. Diharap muzakarah ini akan menghasilkan suatu model pembasmian
kemiskinan yang boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat dan badan-badan yang terlibat dalam usaha
membasmi kemiskinan di samping memberi syor dan strategi kepada pihak kerajaan menjelang penggubalan
Rancangan Malaysia Ke–8, 2001–2005

OBJEKTIF

 Menilai semula keberkesanan pendekatan-pendekatan pembasmian kemiskinan selama ini


 Mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi perhatian agar suatu model yang
berlandaskan Islam dibuat.
 Mengenal pasti cabaran-cabaran dan kekangan-kekangan yang perlu dihadapi.
 Mengenal pasti persediaan yang perlu dilaksanakan
 Menentukan langkah-langkah susulan demi merealisasikan hasrat muzakarah ini

PENGANJUR

Penganjur utama muzakarah ini ialah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) iaitu sebuah badan bukan kerajaan
(NGO) bebas yang telah berusia 10 tahun. Bersempena sambutan satu dekad YBK, maka muzakarah ini
diadakan bagi tujuan mendapatkan idea-idea dan pendekatan baru pembasmian kemiskinan menurut perspektif
Islam daripada para ilmuan, organisasi, agensi dan pelaksana program seperti ini. YBK amat terhutang budi
kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) Cawangan Terengganu, Institut Perkembangan Minda
(INMIND), jabatan-jabatan dan agensi-agensi serta individu-individu yang telah banyak memberi sokongan
dalam menjayakan muzakarah ini.

e-mail - ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap. | top |

Kertas Kerja 2 - Model Pembasmian Kemiskinan Dari Perspektif Islam Dan Penaksiran
Semula Konsep Serta Takrif (AIDIT HAJI GHAZALI, INSTITUT PERKEMBANGAN
MINDA, INMIND)

ABSTRAK

Kemiskinan dilihat oleh Islam sebagai sesuatu keadaan yang mesti diatasi kerana kesan buruknya ke atas
individu, masyarakat dan keunggulan agama Islam sebagai penyelesaian masalah sosial, ekonomi, politik,
budaya dan sahsiah. Dalam masa ramai pihak yang akur bahawa usaha kerajaan Malaysia dan agensi-agensi
yang terlibat memang sangat dihargai, namun ruang untuk pembaikan masih wujud. Persoalannya adalah, apa
yang patut kita jadikan sebagai landasan pembaikan ini?

Selaku umat Islam, kita perlu melihat dan menerima pendekatan Islam sebagai pendekatan terbaik. Walaupun
prinsip dan sistem nilai Islam tetap tidak berubah, namun pendekatan yang boleh dikatakan sebagai Islami
adalah banyak pemilihan. Sesuatu pendekatan itu bergantung pada keadaan yang dihadapi, serta mengikut
tuntutan semasa dan setempat. Kertas kerja ini berusaha untuk melakarkan kepada kita salah satu pendekatan
yang boleh dipertimbangkan. Pelbagai rangka skima dicadangkan untuk tujuan pelaksanaan pembasmian
kemiskinan. Dalam masa yang sama, usaha untuk membawa kita mengkaji keperluan penafsiran semula konsep
dan takrif yang bersabit dengan isu ini juga dimuatkan dalam kertas kerja ini

hubungi ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.| top |

Kertas Kerja 3 - Cabaran-Cabaran Dalam Merealisasikan Pembasmian Kemiskinan Menurut


Perspektif Islam (Prof. Dr. Jahara Yahaya Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya)

ABSTRAK

Semenjak perlaksanaaan Dasar Ekonomi Baru, Malaysia telah cukup berjaya dalam usaha pembasmian
kemiskinan. Antara lain ini boleh dilihat dari pendapatan masyarakat yang meningkat dengan pesat,
peningkatan peranan golongan Islam (bumiputera) dalam ekonomi dan semakin berkurangnya insiden
kemiskinan. Walau bagaimanapun beberapa cabaran penting masih dihadapi. Masalah kemiskinan mutlak yang
serius masih wujud. Di samping itu terdapat jurang relatif yang semakin lebar di antara pendapatan di kegiatan
tradisional (seperti pertanian di mana orang Islam masih banyak terlibat) dan sektor moden terutama sektor
perindustrian.

Melalui pendekatan pembasmian kemiskinan menurur perspektif Islam berbagai cabaran masih dihadapi di
Malaysia akan dikaji. Ini dilakukan dengan menganalisa masalah-masalah kemiskinan yang dihadapi
masyarakat Islam di negara ini, dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh institusi Islam dalam mengatasi
masalah tersebut.

Dalam konteks ini akan diperhatikan sejauhmana pengutipan zakat telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan
di Malaysia dan juga masalah-masalah yang masih lagi dihadapinya. Perubahan sikap, peningkatan kemahiran
dan pendidikan merupakan unsur penting yang perlu diperhatikan dalam pembasmian kemiskinan menurut
perspektif islam. Dalam konteks ini akan diperhatikan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk meningkatkan
keazaman masyarakat Islam untuk bekerja dan meningkatkan kemahiran dan pendidikan sebagai usaha untuk
mengatasi masalah kemiskinan yang mereka hadapi.

hubungi ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap | top |

Kertas Kerja 4- Strategi Dan Kaedah Pelaksanaan Model Pembasmian Kemiskinan Yang
Menyeluruh Serta Berkesan - (Prof. Dr. Sulaiman Yassin Kolej Universiti Terengganu)

Abstrak

Manusia telah mengenal kemiskinan dan golongan miskin sejak zaman dahulu lagi. Kemudian datang berbagai
falsafah dan pemikiran silih berganti untuk menghuraikan masalah kemiskinan ini dan meringankan penderitaan
golongan miskin. Di negara kita usaha mengurangkan kemiskinan telah melibatkan berbagai pihak dari agensi
kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) semenjak merdeka lagi. Cetusan dari permasalahan ini, demografi
dan perspektif Islam. Hasilnya banyak pemikiran dan perancangan mengenai kemiskinan telah dilakukan bagi
merealisasikan kesejahteraan kepada penduduk Malaysia.

Kertas kerja ini cuba menilai strategi-strategi yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di
Malaysia yang membabitkan lima tonggak utama iaitu pertumbuhan ekonomi mampan, sistem governan,
pembangunan sosial, penghayatan Islam dan jaminan keselamatan sosio-ekonomi. Seterusnya cadangan tentang
kaedah perlaksanaan dan intervensi dibincangkan yang melibatkan berbagai aktiviti di sektor pertanian,
pendidikan, kesihatan sosial, pengurusan agensi perlaksanaan dan penglibatan institusi Zakat dan Baitulmal
yang lebih bermakna. Perlaksanaan strategi mengurangkan kemiskinan memerlukan satu usaha yang
komprehensif dan lantaran itu kertas ini juga cuba melihat peranan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan
agensi-agensi terlibat.
e-mail - ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap | top |

Pembentangan Bengkel 1 - YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) NEGERI


SELANGOR (TUAN HAJI MOHAMED TAMIN MOHD. YUSUF PENGURUS BESAR,
YBK NEGERI SELANGOR)

PENUBUHAN - Yayasan Basmi Kemiskinan ditubuhkan pada 16 Mac 1990 dan didaftarkan di bawah Akta
(Perbadanan) Amanah Ordinan,1952 (No. 73 of 1952) YBK dilancarkan secara rasmi pada April 1990 oleh Tan
Sri Dato’ Haji Muhammad Haji Muhd. Taib.

FALSAFAH - Beri seorang itu ikan, dia akan memakannya sehari. Ajarkan dia menangkap ikan, dia akan dapat
menyara dirinya sepanjang hayat”.

 DASAR YBK  -  Membasmi kemiskinan melalui program-program yang berteraskan prinsip membantu
golongan termiskin menolong diri mereka sendiri.

Sila e-mail ybk@ybk.org.my untuk kertas kerja lengkap | top |

Pembentangan Bengkel 2 - Zakat Dan Kemiskinan (Tuan Haji Mohamed Dahan Bin Haji
Abdul Latiff, Pengurus Besar, Ppz Wilayah Persekutuan)

PENGENALAN

“Dan pada harta-harta mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak untuk
orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta) (Adz-
Dzaariyaat (51) : Ayat 19) Tujuan kertas kerja ini ialah untuk memberi satu perspektif
berkenaan hubungan institusi zakat di Malaysia dengan usaha menghapus kemiskinan di
negara ini.

Tajuk Lain -

Kemiskinan Di negara ini


Institusi Zakat Di Negara Ini
Asnaf-Asnaf Perbelanjaan Zakat
Kemampuan Institusi Zakat Untuk Menolong Membasmi Kesmikian

Sila e-mail ybk@ybk.org.my untuk kertas kerja lengkap | top |

Pembentangan Bengkel 3 - PERANAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, AIM (Mohd.


Asri Abdul, Pengarah Bahagian Pinjaman)

 Ada sesetengah golongan miskin yang menyertai program AIM tidak dapat bertahan
lama dan berhenti.
 Aspek mikro kredit sebagai alternatif.
 Rasa tanggungjawab di kalangan golongan yang miskin yang memeinjam. Setiap
pnjaman yang diberi mestilah kepada golongan yang berupaya (able body) dan
berkemampuan untuk mengusahakan sesuatu perniagaan.
 Selain dari pinjaman atau bantuan yang diberikan, yang lebih penting ialah perubahan
sikap.
 AIM hanya memberikan kepada golongan wanita. Mengapa, sedangkan lelaki adalah
pemimpin. Dalam hal ini, wanita hanyalah sebagai wakil kepada seluruh keluarga.
Dalam banyak keadaan, pinjaman yang dibuat atas nama wanita adakalanya
digunakan oleh si suami atau si anak.
 AIM juga menekankan konsep menyimpan kepada para pesertanya. Dalam hal ini,
semasa meminjam, mereka juga menyimpan sekurang-kurangnya RM1 sehari dengan
AIM. AIM hanya memegang amanah untuk menyimpan di mana duit tersebut akan
diserahkan kepada para penyimpan.
 Matlamat AIM juga ialah untuk membina ekonomi dan syakhsiyyah.

Sila e-mail ybk@ybk.org.my untuk kertas kerja lengkap | top |

Pembentangan Bengkel 4- Strategi Dan Kaedah Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Yang


Berkesan - (Prof. Dr. Sulaiman Yassin , Timbalan Rektor, Kolej Universiti Terengganu)

Pendekatan Pembangunan Dari Bawah Ke Atas

Pembangunan perbandaran menggunakan pendekatan ini adalah lebih murni kerana


kesejahteraan sesetengah keluarga akan turut mempengaruhi kesejahteraan sesebuah
kampung dan seterusnya sesebuah bandar.

ASPEK PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan aspek yang terpenting dalam usaha membasmi kemiskinan kerana ia
merupakan aset kepada kesinambungan pembangunan negara. Tanpa penyediaan kepada
aspek pendidikan yang sewajarnya, masyarakat Melayu akan terus terpinggir.

Keadaan sistem persekolahan seperti sistem sekolah kebangsaan perlu kepada penilaian
semula agar dapat menjana pembinaan bangsa. Kemudahan-kemudahan di bilik-bilik darjah
dan bilik guru juga wajar diberikan perhatian agar setanding dengan kemudahan yang
dimiliki oleh sekolah-sekolah swasta.

Faktor galakan keluarga juga merupakan elemen penting dalam memastikan kecemerlangan
pembelajaran anak-anak. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh kepada anak-anak terutamanya
dalam aspek meningkatkan ilmu pengetahuan.

 ASPEK KESIHATAN
 PENAKRIFAN SEMULA MAKSUD KEMISKINAN
 KEMAMPUAN SEKTOR PERTANIAN BERPERANAN SEBAGAI ASAS
KEPADA PEMBASMIAN KEMISKINAN
 SIKAP BELAS EHSAN DI KALANGAN MASYARAKAT YANG
BERKEMAMPUAN
 RUMUSAN DAN RESOLUSI BENGKEL 4
Sila e-mail ybk@ybk.org.my untuk kertas kerja lengkap | top |

PELAN TINDAKAN BAGI PENGGUBALAN MODEL PEMBASMIAN


KEMISKINAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

MUKADIMAH

Salah satu daripada tujuan Muzakarah Penggubalan Model Pembasmian Kemiskinan


Menurut Perspektif Islam diadakan adalah bertujuan untuk membentuk Pelan Tindakan yang
mengandungi strategi dan program ke arah pembasmian kemiskinan melalui pendekatan
yang lebih menyeluruh dan efektif.

MASALAH KEMISKINAN DI MALAYSIA

Masalah kemiskinan merupakan suatu masalah yang masih berterusan walaupun Malaysia
telah mencapai usia kemerdekaan selama 43 tahun. Pelbagai pendekatan pembasmian
kemiskinan telah diambil terutamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1971-1990)
sehinggalah kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN, 1991-2000).

Pada amnya, masalah kemiskinan mutlak telah berjaya diatasi dengan pengurangan kadar
kemiskinan ke tahap yang rendah di mana dengan keadaan ini bermakna masalah kemiskinan
mutlak lebih tertumpu di kalangan golongan miskin, terutama di kawasan desa dan daerah
terpinggir dan beberapa negeri tertentu.

Sila e-mail ybk@ybk.org.my untuk kertas kerja lengkap | top |

ajian Kemiskinan Desa Kasih 2001

YBK telah menjalankan kajian ke atas seluruh 364 buah rumah dan 1,974 orang penduduk di Desa-desa Desa-
Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah, Parit 8 ½ Barat, Batu 2 Tebuk Pulai, Merbau Berdarah, Tg Jawa, Bagan
Nakhoda Omar, Sekendi dan Sg Kajang di Selangor. Hasil kajian menunjukkan hanya 91% atau 332 buah
rumah telah didiami dan sebanyak 319 buah rumah (87.6%) didapati masih kukuh. Terdapat seramai 985 orang
(49.9%) lelaki dan 989 orang (50.1%) perempuan yang menetap di Desa Kasih di mana secara puratanya IR
mempunyai 5.9 orang ahli.

Sebahagian besar penduduk mempunyai latarbelakang sekolah rendah (841 orang atau 42.6%) dan sekolah
menengah (542 orang atau 27.5%). Hanya 16 orang (0.8%) berkelayakan pra-universiti, 48 orang (4.6%)
mempunyai sijil kemahiran, 8 sijil agama, 28 orang (1.4%) diploma dan 5 orang ijazah (0.3%)

Seramai 740 orang (37.5%) masih sedang bersekolah, 744 orang telah tamat sekolah, 163 orang (8.3%) tidak
pernah sekolah dan 327 orang (16.6%) masih muda. Walau bagaiamanapun seramai 97 orang atau 12.5%
daripada mereka yang berumur 7-17 gagal meneruskan pelajaran mereka.
Bilangan penduduk yang berumur 16-64 tahun adalah seramai 1,013 orang dan 624 orang (51.3%) daripadanya
merupakan tenaga buruh. Daripada jumlah tersebut mereka yang bekerja adalah 509 orang dan bilangan yang
tidak bekerja pula seramai 132 orang (21.3% kadar pengangguran)

Majoriti penduduk yang bekerja merupakan kumpulan pekerja pertanian iaitu 414 orang (78.1%). Seramai 70
orang (13.2%) bekerja sebagai operator kilang, 21 orang (4.0%) pekerja pertukangan, 16 orang (3.0%) pekerja
perkhidmatan, 2 orang pekerja perkeranian, 6 orang pekerja juruteknik dan seorang kumpulan profesional

Purata pendapatan bagi 332 isi rumah Desa Kasih adalah RM595.66 sebulan dan pendapatan per kapita adalah
RM100.18. Berdasarkan pendapatan isi rumah tersebut, terdapat 139 isi rumah adalah miskin (54.5%) dan
merupakan isi rumah termiskin (12.7%)

Seramai 39 isi rumah (11.7%) memiliki sebuah kereta bermotor, 268 isi rumah (80.7%) memiliki sekurang-
kurangnya sebuah motorsikal dan 210 isi rumah (63.3%) sekurang-kurangnya sebuah memiliki basikal.
Disamping itu seramai 185 isi rumah (64%) memiliki peti sejuk, 130 isi rumah (39%) memiliki mesin basuh,
262 isi rumah (79%) memiliki TV, 69 isi rumah memiliki VCD Player dan 167 isi rumah (50%) memiliki radio.
Terdapat juga seramai 5 isi rumah (2%) memiliki gelombang ketuhar, 23 isi rumah (7%) memiliki telefon
bimbit dan 6 isi rumah (2%) memiliki komputer peribadi.

Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Persoalan mengenai jaringan usahawan telah dibangkitkan kerana ini dianggap penting dalam
proses pembangunan usahawan.  Adalah disarankan supaya agensi-agensi pembangunan luar
bandar menubuhkan kemudahan jaringan (networking) bagi membantu usahawan-usahawan
luar bandar mewujudkan interaksi dengan rakan sejawat mereka di dalam mahupun di luar
negara.   Pengalaman menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada golongan usahawan
amat bergantung kepada pengaruh politik dan kuasa untuk mengembang dan memperluaskan
jaringan perniagaan mereka.  Pendekatan ini dirasakan tidak sesuai.  Sebaliknya para
usahawan hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk mengembangkan jaringan perniagaan
mereka.   Banyak pendapat mengatakan bahawa jaringan usahawan merupakan teras kepada
kejayaan dan daya saing perusahaan.  Oleh demikian usahawan-usahawan perlu meluangkan
masa dan tenaga untuk membina pangkalan data mengenai perniagaan serta maklumat-
maklumat lain yang berkaitan

Takrifan keusahawanan juga turut dibincangkan.  Jelas bahawa takrifan atau definasi
usahawan yang sediada perlu diperjelaskan lagi berdasarkan ciri-ciri dan parameter-
parameter yang lebih seragam supaya ia dapat digunakan dengan berkesan dalam pengubalan
dasar atau strategi pembangunan keusahawanan.   Tafsiran usahawan yang berbeza-beza
menimbulkan kekeliruan bukan sahaja kepada penggubal dasar tetapi juga kepada pihak-
pihak lain seperti institusi-institusi kewangan, agensi-agensi khidmat sokongan dan
penyelidik-penyelidik

Penekanan juga hendaklah diberikan kepada usaha mengumpul maklumat dan pengalaman
dalam bidang keusahawanan daripada negara-negara lain untuk dijadikan contoh.  Pihak
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) disaran supaya menubuhkan urusetia yang
dapat berfungsi sebagai depositari atau tempat menyimpan maklumat yang diperlukan itu.
Seterusnya, perancangan pembangunan usahawan perlu membentuk institusi yang dapat
menyelaras dan mengendalikan aktiviti usahawan.  Pembentukan institusi ini hendaklah
dijalankan di semua peringkat iaitu negeri, daerah dan bandar.  Ia sesuai dilaksanakan oleh
para usahawan sendiri samada dengan mengwujudkan persatuan ataupun kumpulan
tindakan.  Selain menjadi penghubung di kalangan para usahawan institusi yang ditubuhkan
itu, ia juga boleh bertindak sebagai pusat sumber, badan khidmat nasihat dan tempat rujukan.
Akhir sekali, aspek gender hendaklah sentiasa ditegaskan dalam program-program
pembangunan keusahawanan yang dijalankan oleh KPLB mahupun agensi-agensi
pembangunan yang lain.   Ini bertujuan mengambil kira perbezaan antara gender dan juga
bagi memastikan supaya keperluan-keperluan khusus untuk golongan usahawan wanita dapat
dikenalpasti. | top |

Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar: Pengalaman Malaysia

Banyak program keusahawanan telah dijalankan  di negara ini dan penyertaan usahawan wanita luar  bandar
didapati amat menggalakkan.   Namun demikian apa yang diperhatikan ialah sebilangan besar daripada
ushawan wanita tersebut terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perusahaan secara kecil-kecilan.   Kebanyakan
mereka juga tidak mempunyai modal yang mencukupi dan pasaran yang luas.   Jelas bahawa usahawan wanita
luar bandar lebih banyak tertumpu kepada bidang-bidang tradisi dan pertanian yang kurang produktif
berbanding dengan aktiviti perkilangan ataupun perkhidmatan.

Tahap pengetahuan dan kemahiran usahawan wanita luar bandar masih rendah untuk membolehkan mereka
bersaing dan meneroka bidang-bidang baru dengan berkesan.   Kekurangan keupayaan pengurusan dan
teknologi menjadi penghalang kepada perkembangan usahawan wanita diperingkat antarabangsa

Pihak kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai bantuan kepada golongan usahawan wanita.   Ketersediaan
kemudahan-kemudahan ini kadangkala menggalakkan sindrom bantuan sehingga menghalang para usahawan
wanita untuk berdikari dan menghadapi cabaran.   Adalah disarankan supaya program-program bantuan
membezakan usahawan wanita kepada tiga kategori; usahawan di tahap tinggi, usahawan di tahap pertengahan
dan usahawan di tahap rendah.   Memandangkan setiap kategori tersebut memerlukan jenis bantuan yang
berbeza

Kementerian Pembanguanan Luar Bandar (KPLB) merancang untuk menubuhkan Dewan-dewan Usahawan
Industri Desa.   Persoalannya, apakah peranan yang boleh dan perlu dimainkan oleh dewan-dewan berkenaan?   
Apakah mereka harus terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembangunan usahawan luar
bandar.    Persoalan ini dirasakan penting kerana pihak KPLB tidak mahu mewujudkan sindrom bantuan dan
juga sindrom subsidi di kalangan usahawan industri desa.

Kebanyakan usahawan wanita di negara ini terlibat dengan enterprais mikro yang memerlukan pembiayaan
modal kurang daripada RM10,000.   Namun demikian dasar perindustrian dan pertumbuhan negara tidak
mentakrifkan enterprais mikro sebagai kumpulan sasaran dalam penggubalan strategi. Perkara ini perlu dikaji
semula memandangkan terdapat banyak enterprais mikro, terutamanya diluar bandar, yang boleh memberi
sumbangan berkesan kepada kemajuan negara

Adalah dicadangkan agar institusi-institusi kewangan mengenakan kadar faedah terhadap pinjaman dan kredit
yang disediakan agar usahawan wanita berpeluang menikmati kemudahan tersebut.    Selain daripada itu adalah
disarankan supaya institusi-institusi penyelidikan dan universiti-universiti tempatan meningkatkan lagi
penyelidikan dalam bidang teknologi pengeluaran yang sesuai digunakan oleh enterprais mikro.   Selain
daripada itu usaha hendaklah dibuat untuk mengeluarkan alat perkakas yang mudah dan murah untuk kegunaan
usahawan wanita
Ramai usahawan wanita luar bandar tidak mengetahui tnetang program-program latihan keusahawanan.  Jesteru
itu adalah dicadangkan supaya agensi-agensi pembangunan usahawan dan keusahawanan berusaha
menyebarkan maklumat mengenai program-program tersebut dengan lebih agresif lagi

Aspek gender hendaklah sentiasa diambil kira apabila agensi-agensi pembangunan usahawan membentuk dasar
dan strategi mereka.   Adalah dicadangkan supaya lebih banyak program yang sensitif kepada gender
dilaksanakan. | top |

Cabaran Sosial, Kebudayaan & Politik Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Memandangkan pembangunan usahawan wanita kini sudah menjadi penting dalam pembangunan negara maka
amat perlu dikenalpasti strategi-strategi khusus bagi merangka program yang bersesuaian dengan keperluan
usahawan wanita termasuk di luar bandar.  Selain daripada itu garis panduan dasar juga perlu digubal untuk
mengenalpasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan menjelang alaf ke-21. Halacara yang
komprehensif hendaklah dibentuk untuk menjadikan pembangunan usahawan wanita luar bandar lebih efektif
dan berdaya maju.

Aspek jaringan serta rangkaian khidmat sokongan hendaklah diberi perhatian kerana ini dapat membantu para
usahawan wanita dalam mengendalikan kegiatan perniagaan dan perusahaan mereka.   Selain daripada itu
keperluan latihan kemahiran berkaitan dengan pengeluaran, pengurusan dan pemasaran juga hendaklah
diambilkira dalam perancangan memandangkan kritikal kepada kejayaan usahawan.

Pembangunan usahawan wajar membezakan keperluan kalangan usahawan individu, komuniti usahawan dan
peniaga serta keluarga yang terlibat dalam perusahaan.   Jelas, bahawa setiap kategori usahawan tersebut
memerlukan asas dan khidmat susulan yang khusus selaras dengan tahap perusahaan yang dijalankan.

Struktur pembangunan usahawan yang seimbang hendaklah memberi penekanan yang sama rata kepada empat
komponen iaitu kerohanian, fizikal, sosial, dan ekonomi.    Tumpuan terhadap aspek ekonomi sahaja tidak boleh
menjamin kejayaan sesuatu perusahaan dan ini juga boleh membawa kepada sikap materialistik sehingga
mengabaikan tanggungjawab sosial dan sumbangan kepada masyarakat setempat.

Beberapa masalah utama yang mengekang pembangunan usahawan wanita luar bandar telah dikenalpasti. 
Wanita yang telibat dalam perusahaan mikro biasanya tidak berpeluang memperolehi bantuan kredit daripada
institusi kewangan.   Oleh demikian mereka terpaksa bergantung kepada modal sendiri dan ini membantutkan
perkembangan perusahaan yang dijalankan.    Selain daripada itu, usahawan wanita luar bandar sering
menghadapi masalah pengurusan dan pemasaran.   Program latihan dan bantuan teknikal harus mengambilkira
batasan tersebut.

Kebanyakan usahawan wanita luar bandar juga berperanan sebagai   pengendali rumahtangga selain daripada
melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan perusahaan.  Ini menimbulkan konflik kepada diri mereka kerana
terpaksa membahagikan masa dan tenaga kepada kegiatan yang dijalankan dan juga keperluan  rumahtangga.

Sebahagian besar usahawan wanita di luar bandar tidak mempunyai pendidikan formal berbanding dengan
usahawan lelaki.  Ini membataskan keupayaan mereka di segi menerapkan kemahiran dan teknik perniagaan
dan perusahaan.  Kajian juga menunjukkan  ramai  usahawan wanita tidak mendapat peluang latihan dan
pendidikan kerana ia lazimnya dijalankan di pusat-pusat yang lokasinya jauh daripada tempat tinggal mereka. 
Akibatnya ramai usahawan wanita yang berpotensi terpaksa mengundurkan diri daripada kursus-kursus yang
dijalankan.

Terdapat bukti bahawa tidak ramai pengusaha mikro wanita yang menerima bantuan di bawah program
pembasmian kemiskinan.  Pada masa yang sama juga mereka  dianggap kurang layak untuk mendapat bantuan 
yang ditawarkan di bawah program pembangunan perusahaan kecil anjuran beberapa agensi kerana perniagaan
dan perusahaan yang mereka jalankan masih belum mencapai tahap yang dianggap layak untuk diberi bantuan. |
top |

Peluang Pendidikan dan Latihan Untuk Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Satu aspek yang dianggap kritikal dalam proses pembangunan usahawan wanita di luar bandar ialah latihan dan
pendidikan.   Ia perlu dilihat sebagai satu strategi ke arah meningkatkan prestasi usahawan luar bandar dan
seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.  Dalam konteks ini perlu diwujudkan program khas bertujuan
menerbitkan peluang-peluang latihan, pengembangan dan pendidikan dikalangan usahawan luar bandar
termasuk usahawan wanita.    Ini adalah selaras dengan strategi penyusunan semula masyarakat yang telah
disarankan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).    Tumpuan latihan dan pendidikan ialah untuk mendedahkan
masyarakat usahawan wanita luar bandar kepada pengetahuan moden disegi perniagaan dan perusahaan serta
mendedahkan mereka kepada perubahan dan cabaran yang berlaku ekoran daripada globalisasi dan liberalisasi.

Pendedahan ilmu pengetahuan boleh difokuskan kepada tiga komponen.  Komponen pertama ialah di peringkat
sekolah di mana boleh diwujudkan program-program specifik seperti program usahawan muda.   Komponen
kedua pula ditujukan kepada institusi pengajian tinggi dan universiti dan ini boleh mengambil bentuk program
pembangunan siswa yang boleh menggunakan peruntukkan khas yang disediakan oleh bahagian hal- ehwal
pelajar masing-masing.   Komponen ketiga merangkumi latihan di kalangan para belia melalui kursus-kursus
latihan tertentu yang boleh diwujudkan mengikut keperluan.

Aspek pendedahan dan pembudayaann  masyarakat luar bandar khususnya usahawan wanita juga perlu menjadi
salah satu teras pembangunan masyarakat perniagaan dan perindustrian luar bandar.   Bagi mencapai matlamat
tersebut usaha gigih hendaklan di buat untuk menarik minat golongan wanita luar bandar kepada aktiviti
perniagaaan dan menanamkan sikap berdikari dalam aktiviti yang dijalankan.   Perubahan sikap dianggap
penting kerana apa jua aktiviti yang dijalankan memerlukan pengetahuan asas, konsep perniagaan dan
maklumat mengenai bidang yang diceburi.   Hanya melalui pendekatan yang agresif sesuatu kejayaan akan
dapat dicapai.  Para usahawan wanita juga digalakkan menambah pengetahuan mereka dalam perkara-perkara
asas perniagaan seperti pengurusan modal, perakaunan, strategi pemasaran dan pembentukan jaringan.   
Mereka juga perlu fasih dalam hal ehwal mendaftar dan melaksanakan aktiviti mereka

Dari perspektif latihan, program yang dicadangkan merangkumi tiga peringkat.   Kursus  Peringkat pertama
merupakan tahap permulaan di mana asas-asas perniagaan diperkenalkan kepada bakal-bakal usahawan.  
Jangkamasa kursus ini adalah dalam lingkungan lima hari dan ia menumpukan kepada pengenalpastian jenis-
jenis perniagaan yang berpotensi serta langkah-langkah susulan.   Peringkat kedua pula memberi penekanan
kepada perlaksanaan perniagaan yang telah dikenalpasti.    Dalam kursus ini para usahawan akan didedahkan
kepada aspek-aspek organisasi dan pengurusan perniagaan disamping penyediaan akaun serta kawalan mutu
dan perkhidmatan.  Peringkat ketiga merangkumi kursus bagi usahawan-usahawan yang sudah mantap, yakni
sudah lama menjalankan perniagaan.   Tumpuan kursus di peringkat ini adalah terhadap peningkatan motivasi
pengwujudan daya maju dan daya saing perniagaan mereka

Kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa di antara punca-punca kegagalan perniagaan ialah kelemahan
pengurusan, kekurangan kawalan kewangan dan kelemahan mengendalikan kakitangan.  Justeru itu amat perlu
perkara-perkara ini diberi penekanan diperingkat awal penubuhan perniagaan yang dijalankan oleh para
usahawan.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempunyai fungsi untuk memenuhi keperluan latihan
dan pendidikan bagi golongan usahawan luar bandar.    Program-program latihan dijalankan melalui agensi-
agensi di bawah kementerian seperti FELCRA dan Koperasi-koperasi Desa bergantung kepada permintaan
daripada kumpulan sasaran.     Para usahawan disyorkan supaya membuat permohonan kepada kementerian
sekiranya mereka memerlukan program latihan dan kemahiran ataupun ingin menerima pendedahan praktikal
berkaitan dengan perniagaan masing-masing. | top |
Sumber Pembangunan Usahawan : Kewangan, Teknologi dan Perkhidmatan Sokongan

Satu jawatankuasa penyelarasan diperingkat nasional perlu diwujudkan untuk meneliti dasar dan menentukan
halatuju pembangunan usahawan wanita.   Ia juga akan menyelaraskan aktiviti agensi kerajaan dan pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) serta kesemua program pembangunan keusahawanan yang sedia ada.  
Selain daripada itu sebuah agensi seranta juga perlu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat mengenai
sumber-sumber modal, sokongan teknikal, saluran pasaran, latihan dan lain-lain khidmat sokongan.

Dalam masa yang sama para usahawan wanita juga mestilah berusaha untuk mendaftarkan diri mereka dengan
pertubuhan-pertubuhan yang menyediakan skim-skim bantuan.   Mereka juga hendaklah mengambil inisiatif
untuk menubuhkan  kumpulan-kumpulan kesepakaran bagi membolehkan pertukaran pengalaman mengenai
aktiviti yang dijalankan.   Ini adalah strategi perkongsian bijak yang boleh memberi manfaat kepada golongan
usahawan wanita.    Pembentukan jaringan dikalangan usahawan wanita juga hendaklah dipergiatkan.

Adalah dicadangkan supaya institusi-institusi yang serupa ditubuhkan diperingkat ASEAN.   Ini akan
membolehkan kerjasama yang lebih erat dikalangan usahawan-usahawan wanita dalam berbagai-bagai bidang
termasuk perdagangan usahasama dan pelaburan luar pantai.

Bagi mengatasi masalah kredit dikalangan enterprais mikro, sistem pinjaman dan kredit hendaklah menjadi
lebih fleksibel dan menjurus kepada keperluan pengusaha disegi saiz pinjaman, tempoh bayaran balik dan
kegunaan bantuan.   Syarat-syarat pinjaman wajarlah dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai usahawan
wanita yang tidak memiliki cagaran mendapatkan pinjaman dari kredit.

Setiap program bantuan haruslah mengenal pasti kumpulan sasaran yang utama.  Ini bertujuan menjalinkan
peraturan dan aturan pinjaman dan kredit yang lebih sesuai dengan kehendak kumpulan tersebut.

Aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga harus diberi penekanan untuk menyokong pembangunan
enterprais mikro wanita luar bandar.  Kajian-kajian mengenai peralatan dan teknologi yang selaras dengan
kemampuan dan keupayaan usahawan hendaklah dipesatkan.

Kerajaan hendaklah memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita dalam proses penggubalan dasar
pembangunan negara.   Ini termasuklah pembangunan industri, pertanian dan sektor-sektor lain.  Tujuannya
ialah untuk mengambilkira kepentingan golongan wanita dalam pembentukan dasar dan strategi pembangunan. 
Penglibatan wanita juga amat perlu dalam bidang-bidang tertentu seperti perniagaan francais, pembinaan
teknologi, inkubator perniagaan dan khidmat bimbingan.  Secara keseluruhannya kepekaan gender perlu
diserapkan ke dalam proses penggubalan dasar disemua peringkat.

Skim-skim tertentu boleh dipesatkan bagi faedah usahawan wanita.   Ini termasuklah program satu produk satu
kawasan yang membuka peluang kepada pengusaha wanita untuk turut serta.   Namun bagi menjayakan
program tersebut kemudahan kewangan dan pemasaran hendaklah disediakan.

Dari sudut kewangan pula kebanyakan enterprais mikro tidak mempunyai akses kepada institusi   pinjaman.  
Ini disebabkan oleh sifat enterprais mikro yang tidak formal dan kurang menyakinkan kepada institusi pinjaman
disegi keupayaannya untuk membayar balik. Adalah juga didapati bahawa kebanyakan skim-skim pinjaman dan
kredit yang disediakan oleh instituti keewangan tidak mempunyai program menabung untuk para usahawan
wanita dan ini membantutkan usaha mengujudkan satu sistem pusingan modal yang berkesan. | top |

Keberkesanan Mikro-Kredit dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar : Pengalaman AIM

Bagi meninjau keberkesanan program mikro kredit yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)  satu
kaji selidik telah dijalankan keatas 294 peminjam yang mempunyai pendapatan antara RM400 hingga
RM13,000 sebulan dan tertlibat dengan aktiviti pertanian, perikanan, perniagaan dan lain-lain.   Walaupun
aktiviti-aktiviti ini diusahakan secara warisan namun hasil daripada program berpenyeliaan yang diperkenalkan
oleh AIM, ia telah berjaya meningkatkan pendapatan peminjam.
Menerusi sistem berpenyeliaan rapi dan pinjaman mudah yang diperkuatkan dengan penerapan disiplin, pihak
AIM telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat miskin untuk sama-sama menikmati arus perdana
pertumbuhan negara.   Penyeliaan yang rapi serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh AIM telah
mempastikan agar para peminjam tidak kembali semula ke bawah garis kemiskinan. 
Kaji selidik ini telah mendapati bahawa masalah utama kemiskinan ialah kekurangan mdoal dan disinilah AIM
memainkan peranannya dengan menyediakan pinjaman dan kredit.   Disamping menyediakan modal AIM juga
memberi latihan secara berterusan kepada peminjam.  Penekanan diberikan kepada aspek disiplin dan
tanggungjawab supaya modal yang diberikan oleh AIM akan  digunakan secara berkesan.   AIM juga
memainkan peranan disegi pembangunan masyarakat dan kepimpinan di kalangan peminjam.     Dalam aspek
ini AIM menganjurkan mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) yang berfungsi sebagai penyelaras
kegiatan peminjam.
Bagi memantapkan daya tahan dan daya saing peminjam AIM telah memperkenalkan kursus sahsiah.   Ini
dirasakan kritikal memandangkan dunia perniagaan dan perusahaan kini menjadi semakin bersaing.   Selain
daripada itu latihan-latihan profesional juga disediakan merangkumi penyediaan akaun, pemasaran dan
organisasi.
Penemuan kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa para peminjam berpuas hati dengan program
AIM.   Mereka berpendapat peraturan pinjaman dan kredit AIM amat mudah dan fleksibel.    Mereka juga
berpendapat bahawa AIM sememangnya prihatin kepada keperluan dan kehendak peminjam.   Walau
bagaimanapun terdapat sebilangan daripada peminjam yang merasakan bahawa tahap latihan dan kursus yang
diberikan oleh AIM agak terlalu tinggi berbanding dengan daya pemahaman mereka | top |

Impact of Economic & Financial Crises in the ASEAN Region on Microcredit


Programmes

Sejak pertengahan tahun 1997 beberapa negara dirantau ini telah dilanda krisis kewangan dan
ekonomi ekoran daripada pengapongan mata wang baht.  Krisis tersebut telah berlaku kerana
beberapa sebab dalaman dan luaran dan di antara negara-negara yang terjejas termasuklah
Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Korea.   Di antara impak yang ketara ialah
terhadap pembangunan sosial akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kenaikan
kadar inflasi dan kemerosotan pendapatan.  Kadar pengangguran telah meningkat kepada 23
peratus di Indonesia, 6 peratus di Malaysia, 7.7 peratus di Filipina dan 8.8 peratus di
Thailand.  Kadar inflasi dan kemiskinan telah meningkat dengan hebat di Indonesia
berbanding dengan negara-negara lain.  Kegawatan ekonomi yang berlaku turut menjejaskan
program-program mikro kredit yang dilaksanakan di negara-negara berkenaan.  
Umpamanya, satu kajian berkaitan dengan program mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) telah menunjukkan bahawa keperluan pinjaman telah meningkat.   Ini merupakan
petanda bahawa krisis yang berlaku telah mendorong para peminjam untuk memohon amaun
kredit dan pinjaman yang lebih besar bagi mengatasi masalah pembiayaan dan modal aktiviti
mereka yang teruk terjejas akibat krisis tersebut.    Selain daripada itu terdapat juga
penambahan dalam pinjaman untuk tujuan pendidikan yang mana ini menggambarkan
kenaikan dalam perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak peminjam.   Rumusan
yang boleh dibuat ialah program-program berbentuk jaring keselamatan (safety nets)
hendaklah dilaksanakan untuk membantu para usahawan termasuk di luar bandar
menghadapi cabaran-cabaran yang terbit daripada krisis kewangan dan ekonomi itu.

Conclusion
The combination of weakening economic fundamentals and poor management of
Iiberalisation process has contributed to the current economic and financial crisis in
ASEAN.   The socio-economic  impact of the crisis is undoubtedly painful. However, at the
micro level, microcredit programmes are useful and important in cushioning the negative
impact of the crisis on the poor.  Since some economic sectors such as agriculture including
food and tourism have continued to grow despite the crisis, it thus appears imperative to
micro-credit practitioners to concentrate on these strategic areas.    Available evidence has
shown that at least in Malaysia, microcredit borrowers have already developed their
entrepreneurship and probably also niches in these clusters. It is during the recession that the
poor must be given more attention and support. | top |

Entrepreneurship Development for Rural Women and Poverty Alleviation Through the
ACLEDA Activities

Kemboja telah lama menghadapi peperangan dan pemerintahan yang silih berganti dan ini
telah mengakibatkan ketidakstabilan sosial dan politik serta kemunduran ekonomi.   Banyak
infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam telah musnah akibat peperangan yang
berlaku.   Menerusi bantuan masyarakat antarabangsa berbagai-bagai program pemulihan
telah dirancang dan dilaksanakan.  Salah satu daripada inisiatif-inisiatif tersebut ialah
pembangunan sosio-ekonomi oleh Association of Cambodian Local Economic Development
Agencies (ACLEDA).   Matlamat utama persatuan ini ialah untuk menjana peluang-peluang
pekerjaan dan pendapatan menerusi penyediaan kewangan dan bantuan teknikal serta latihan
dalam bidang pengurusan untuk perniagaan-perniagaan kecil.   Tumpuan program ACLEDA
ialah terhadap wanita luar bandar memandangkan golongan ini merupakan penjana
pendapatan keluarga-keluarga desa.   Sehingga kini ACLEDA telah menjalankan aktivitinya
di sebelas jajahan dan 22 daerah.  Program kredit yang dianjurkan oleh ACLEDA
merangkumi mikro kredit untuk perkhidmatan, kredit untuk perniagaan dan perusahaan kecil
dan kredit untuk firma sederhana.    Dalam melaksanakan aktivitinya ACLEDA telah
menjalinkan rantaian dengan beberapa institusi kewangan dan kredit antarabangsa termasuk
dari Jerman, Kanada, Amerika Syarikat dan New Zealand.   Institusi-institutsi tersebut telah
memberi sumbangan di  antara US$0.1 juta hingga US$1.3 juta kepada dana yang
diwujudkan.    Di antara aspek-aspek bantuan teknikal yang disediakan oleh ACLEDA
termasuklah pengurusan perniagaan, maklumat pasaran, penubuhan kumpulan, anjuran
bengkel serta pemantauan projek.  Ini bertujuan menerapkan ciri-ciri keusahawanan dan
kemahiran asas perniagaan atau perusahaan.  ACLEDA sentiasa menilai dan mengawas
prestasi para peminjam untuk memastikan agar kredit dan pinjaman yang telah diberi dapat
digunakan dengan berkesan.  Di dapati 66 peratus daripada mereka memperolehi keuntungan
yang baik daripada aktiviti yang dijalankan manakala 60 peratus daripada enterprais
pertanian telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang ketara.  Kejayaan ACLEDA
bergantung kepada personaliti dan motivasi peminjam selain daripada jenis-jenis kegiatan
yang dijalankan.   Salah satu kumpulan sasaran yang penting ialah usahawan pertanian
wanita.   Ini memandangkan mereka kekurangan maklumat dan kemahiran mengenai sistem
pertanian.   Dalam konteks ini ACLEDA telah mewujudkan satu program latihan khas untuk
meningkatkan kemahiran pertanian di kalangan mereka.  Rancangan jangka panjang
ACLEDA ialah untuk mengembangankan pinjaman dan kredit ke kawasan-kawasan baru dan
kepada kumpulan-kumpulan yang berisiko seperti keluarga terpinggir dan belia lepasan
sekolah.  Wawasan ACLEDA ini ialah untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat
miskin tanpa mengira latarbelakang gender dan etnik mereka. | top |
Concluding Remarks
The evidence so far suggests that ACLEDA has played a significant role and has made a
useful contribution to promoting entrepreneurs in Cambodia. This to a large extent has
helped to reduce the incidence of poverty especially among the rural population and women.
Through its training programmes ACLEDA has successfully developed a core of small and
medium scale enterprises and entrepreneurs who have contributed to the socio-economic
development of the country.
It is ACLEDA' s plan to expand its scope of activities geographically and functionally. The
plan is to extend its loan and credit schemes to new areas, productive sectors and vulnerable
groups such as the school leavers and single parents. The vision is to eradicate poverty
among the poor irrespective of their background, gender and ethnicity.
| top |

Replication of the Grameen Bank Model in Mitra Karya East Java (KKEJ) Indonesia

Pada tahun 1992  Pusat Penyelidikan Universiti Brawibowo (UNIBRAW) telah menerima tawaran daripada Institut Bank Indonesia untuk
menyediakan bantuan kepada golongan miskin melalui perlaksanaan model Bank Grameen.   Susulan kepada tawaran ini dan berasaskan kajian
susulan projek mikro kredit UNIBRAW telah dilancarkan pada bulan Oktober 1993 dengan modal awal sebanyak 7 juta Rupiah.   Projek ini telah
dinamakan Projek Mitra Karya East Java (MKEJ).  Menjelang tahun 1994 seramai 75 peminjam telah terlibat dalam projek mikro kredit yang
dijalankan.   Matlamat-matlamat projek MKEJ ialah untuk memperbaiki kebajikan golongan miskin dengan menyediakan pinjaman mudah, memberi
bantuan kepada wanita miskin, melaksanakan pembangunan sumber manusia melalui perkhidmatan pendidikan, menjana peluang-peluang pekerjaan
di luar bandar dan meningkatkan penglibatan keluarga miskin dalam kegiatan ekonomi.  Pendekatan utama projek MKEJ merangkumi penubuhan
sebuah yayasan untuk mengendalikan projek, pembentukan jaringan dikalangan institusi-institusi mikro kredit dan kewangan, penganjuran sesi
pertemuan untuk pihak-pihak yang terlibat dan pengujudan sistem maklumat di semua peringkat perlaksanaan projek.  

Model Bank Grameen telah digunakan dengan beberapa perubahan untuk menyesuaikannya dengan situasi tempatan menerusi projek yang
dijalankan.    Pinjaman-pinjaman jangka pendek dan panjang telah diberikan kepada usahawan.   Selain daripada itu satu skim pinjaman perumahan
juga telah dilaksanakan namun ia tidak dapat dipertahankan kerana prestasi membayar balik yang rendah.   Beberapa perkhidmatan sampingan juga
turut disediakan dibawah projek MKEJ seperti bantuan perubatan, permbangunan kemahiran, pengembangan pemasaran, promosi produk dan
kemahiran komunikasi.   Pemantauan dijalankan dengan tegas oleh pengurus cawangan MKEJ untuk memastikan supaya usahawan menjalankan
kegiatan mereka dengan baik.    Prestasi yang dicapai setakat ini adalah menggalakkan di mana cawangan-cawangan MKEJ telah berjaya
mencatatkan lebihan pendapatan bersih.  Keseluruhannya projek MKEJ dianggap telah mencapai matlamatnya.    Namun demikian beberapa batasan
dan kelemahan telah dikenalpasti dan pihak pengurusan MKEJ kini dalam proses menyediakan langkah-langkah strategik untuk mengatasinya.

Conclusions and Recommendations

Overall the MKEJ project has achieved its objectives. Through a stringent self-assessment procedure, the project has been able to identify its
constraints and thereon find the solutions. Having said that, it is paramount that for it to remain viable, the project has to be able to generate incomes
that can adequately cover its operation and ancillary costs.

Foremost, hard work is needed to ensure that the project can proceed. In addition, there should  be enough seed money or initial capital in order to
support a basic minimum number of beneficiaries. Staff motivation is also crucial as this can enhance their commitment and dedication to the project
| top |

Current Microcredit Practice and Microenterprise Development and Their Contributions to Malaysia
Development - Mohd. Asri Abdul  Bahagian Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia

Abstrak

Sepanjang sebelas tahun yang lampau Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berjaya menyediakan bantuan
kredit kepada 54,000 keluarga miskin di negara ini.   Bantuan tersebut merangkumi 15,920 pinjaman SPI 2
(RM5,000 – RM9,900) dan 1,334 pinjaman SPI 3 (RM10,000 atau lebih).  Pemberian kredit ini telah berjaya
mengeluarkan keluarga-keluarga berkenaan daripada lingkaran kemiskinan.   Daripada jumlah sahabat yang
menerima bantuan AIM dianggarkan lebih kurang 3,000 dijangka akan berjaya melonjak untuk menjadi
usahawan mikro.  Golongan inilah yang akan diberi fokus khusus dalam konteks pembangunan keusahawanan
anjuran AIM.   Adalah dirasakan bahawa keperluan-keperluan yang dikenakan terhadap para sahabat AIM pada
masa ini amat sesuai dan perlu diteruskan sebagai asas penyediaan mereka untuk menjadi usahawan mikro.   Ini
termasuklah keperluan sahabat menjadi ahli sesebuah kumpulan dan menghadiri mesyuarat di peringkat
kumpulan.    Bagi tujuan ini juga AIM merancang untuk mengujudkan pakatan-pakatan strategik dan usahasama
serta projek-projek berkumpulan sebagai alat untuk meningkatkan saling bergantungan di kalangan sabahat. 
Salah satu aspek yang diberi penekanan dalam perancangan AIM seterusnya ialah isu gender.   AIM  akan terus
memberi tumpuan bukan sahaja kepada pembangunan usahawan wanita malahan juga pembangunan keluarga.  
Fokus bantuan akan bermula dengan golongan wanita namun matlamatnya ialah supaya impak bantuan yang
diberikan kepada mereka akan beransur-ansur berkembang kepada keseluruhan keluarga melalui penglibatan
ahli isirumah dan keluarga.   Peralihan juga akan dibuat untuk meningkatkan program kredit mikro yang
bertujuan menjanakan pendapatan kepada pembentukan enterprais mikro yang berdaya maju dan berdaya tahan.

Concluding Remark

As the thrust of micro credit programme shifts from income generating activities to micro enterprises, some
revision will need to be made in respect of certain micro credit conventions as well as to the roles of husband
and wife in enterprise development and scaling-up.   | top |
Country Paper -TSPI Development Corporation Microcredit Practice, Microenterprise Development and
Their Contributions to National Development : The TSPI

Kadar kemiskinan di Filipina telah menurun daripada 36.5 peratus pada tahun 1994 kepada 32.1 peratus pada
1997.   Namun demikian bilangan warga miskin telah meningkat daripada 4.53 juta kepada 4.55 juta dalam
tempoh masa yang sama dan daripada bilangan ini isirumah miskin di luar bandar telah bertambah daripada 3.0
juta kepada 3.3 juta.   Keadaan ini telah menggesa pemerintah untuk meningkatkan usaha membasmi
kemiskinan dengan menggalakkan sektor swasta dan juga rakyat supaya turut serta dalam program pembasmian
kemiskinan.   Tumpuan diberikan kepada pembangunan enterprais mikro sebagai saluran utama untuk
meningkatkan pendapatan dan gunatenaga sebilangan besar keluarga miskin.   Pada bulan Oktober 1991 TSPI
Development Corporation, sebuah badan bukan-Kerajaan, telah ditubuhkan untuk menyediakan peluang-
peluang kepada golongan miskin untuk membantu diri mereka mengatasi belenggu kemiskinan.   Sejak
penubuhannya, TSPI telah melaksanakan berbagai-bagai skim dan program ke arah meningkatkan pendapatan
dan gunatenaga rakyat miskin.     Falsafah yang digunakan dalam perlaksanaan programnya ialah menjadikan
rakyat miskin sebagai rakan kongsi yang mempunyai tanggungjawab dan kecenderungan untuk menjayakan
enterprais mereka.    Sehingga kini TSPI telah berjaya meningkatkan pendapatan 30,000 usahawan di tiga
kawasan utama iaitu Metro Manila, Kabuhayan dan Sakbayan.   Sebanyak P468 juta atau USD11 juta telah
dibelanjakan.   Program TSPI Kabuhayan merupakan satu kes pembangunan usahawan melalui pemberian
kredit yang di dapati berjaya.   Dimulakan pada November 1991 TSPI telah menerapkan model Bank Grameen
tetapi dengan melakukan beberapa pengubahsuaian untuk keperluan masyarakat tempatan.   Di antara ciri-ciri
utama program ini ialah tumpuannya terhadap golongan wanita yang miskin terus (hardcore pure), latihan yang
dimestikan, pembentukan kumpulan-kumpulan, penggunaan pinjaman untuk projek yang menjanakan
pendapatan sahaja, bayaran balik setiap minggu, penubuhan tabung simpanan kumpulan dan penerapan ciri-ciri
pembangunan sosio-ekonomi.   Sehingga bulan Jun 1998, 10 buah cawangan dan 8,462 ahli terangkum di
bawah program ini yang melibatkan jumlah pemberian kredit dan pinjaman sebanyak P120 juta.   Kini program
ini sedang dikembangkan ke lain-lain kawasan dan matlamatnya ialah untuk menjadikan setiap cawangan yang
melaksanakannya mampu berdaya maju.   Matlamat   jangka panjang program ini ialah untuk meliputi seramai
21,000 orang dan tambahan 10 buah cawangan lagi.   Pengalaman program TSPI ini menunjukkan beberapa
faktor kejayaan yang utama.   Di antaranya ialah perlunya dilaksanakan pemantauan dan penyeliaan yang ketat;
sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku; motivasi kakitangan terutamanya diperingkat cawangan;
penglibatan penuh oleh peminjam dan pengupayaan (empowerment).   Program ini juga mempunyai rancangan
untuk meningkatkan prestasinya dengan memperkenalkan inovasi terhadap skim pinjaman, mempiawaikan
proses dan amalan di peringkat cawangan, pemberian kuasa kepada pegawai pelaksana skim dan pembentukan
sistem maklumat pengurusan
Conclusion

After much has been said about what works and what does not work in approaches to poverty alleviation, we
remain mystified by the unavailability of an exact formula to successful implementation of programs for the
poor. What is certain is that what we do and have done so far is yet modest compared to the magnitude of the
task.    Microlending  such as ours, providing credit accessibility to develop micro enterprises, is just one of
many ways to solve the global issue of poverty. 

We still need to do much more to expand our outreach and make a significant impact on the face of poverty in
the Philippines. We need to discard practices and methods which  hinder us from implementing our programs
efficiently and effectively.   Most of all, we need to prepare to meet the challenges of helping the poor lift
themselves out the poverty. | top |

Pelan Tindakan

Pendahuluan - Salah satu tujuan Seminar Kebangsaan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Ke
Arah Pembasmian Kemiskinan ialah membentuk Pelan Tindakan yang mengandungi strategi dan program
pembangunan usahawan, khususnya usahawan wanita luar bandar. Pelan tindakan ini dirumuskan daripada
pembentangan kertas kerja, perbincangan bengkel dan persembahan laporan antarabangsa, dan mengambilkira
dimensi serta aspek utama yang dianggap kritikal kepada pembangunan usahawan wanita.

Rasional - Selaras dengan tema Wanita Dalam Pembangunan yang didokong oleh Kerajaan maka Pelan
Tindakan ini menggesa supaya dilaksanakan perancangan dan pembangunan usahawan wanita secara lebih
agresif bagi menjamin penyertaan aktif mereka dalam proses pertumbuhan negara. Memandangkan usahawan
wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan nasional maka Pelan Tindakan ini menyokong pembentukan
dan pelaksanaan dasar yang menonjolkan peranan mereka dalam masyarakat.

Matlamat - Menjamin peruntukan yang saksama dalam penyediaan kemudahan sumber dan maklumat,
penjanaan peluang-peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada usahawan wanita bagi membolehkan
mereka memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan negara. Mengintegrasikan usahawan wanita
dalam semua sektor pembangunan negara bagi membolehkan mereka mempertingkatkan kualiti hidup,
membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan menjanakan kesejahteraan

Prinsip dan Garis Panduan - Perkembangan  dan pengintegrasian usahawan wanita ke dalam arus perdana
pertumbuhan negara hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja, malah hendaklah
menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, perniagaan dan perusahaan . Usaha pengintegrasian usahawan
wanita ke dalam pembangunan negara hendaklah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak - Kerajaan,
sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan (NGOs) -  dan perlaksanaan dasar, strategi dan
program usahawan wanita hendaklah dijadikan satu usaha bersama. Dasar pembangunan usahawan wanita
perlu mempertahankan hak asasi dan keistimewaan mereka di segi tanggungjawab keluarga, nilai serta
kehormatan diri, dan sebarang diskriminasi yang berasaskan gender dan kaum wanita hendaklah dihapuskan.

Tindakan

Tindakan-tindakan spesifik diperlukan dalam sektor-sektor yang berkait rapat dengan kemajuan dan
pembangunan usahawan wanita, seperti berikut

Rangka Sosio-Politik

 Menyediakan suasana perundangan dan aturan pentadbiran bertujuan memberi laluan kepada
usahawan wanita mengambil peluang dan melibatkan diri dalam proses pertumbuhan ekonomi
 Menentukan penyertaan usahawan wanita yang lebih berkesan pada peringkat penggubalan dasar di
peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan supaya perwakilan gender yang lebih saksama dapat
dicapai.
 Kerajaan hendaklah juga menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kemunculan
lebih lebih ramai usahawan wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif di peringkat persekutuan,
negeri dan tempatan.
 Meningkatkan komitmen politik di kalangan agensi dan pegawai pembangunan usahawan wanita,
termasuk memberi latihan kepada mereka untuk meningkatkan kepekaan gender serta
mengintegrasikan isu gender dalam latihan pegawai berkenaan.

Strategi Makro

 Membentuk dan menyokong dasar-dasar makro yang menyokong pertumbuhan aktiviti ekonomi dan
menjana peluang-peluang perniagaan dan perusahaan khususnya dalam industri kecil dan sederhana,
terutamanya dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan kepada golongan usahawan wanita.
 Menggubal dasar-dasar yang mendokong pertumbuhan berdaya kekal untuk membolehkan peluang-
peluang pelaburan dan pengeluaran yang berterusan di kalangan usahawan wanita.
 Menggesa agensi-agensi perancang pembangunan supaya mengambilkira kepentingan wanita dalam
pembangunan dalam dasar, pelan dan rangka rancangan termasuk Dasar Pertanian Negara (DPN),
Pelan Induk Pelancongan, Dasar Teknologi Maklumat dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).

Susunatur dan Peranan Institusi

 Mempertingkatkan keupayaan Bahagian Hal-Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera induk


pembangunan usahawan wanita bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya dengan lebih bersepadu,
meluas dan berkesan.
 Menubuhkan ragkaian institusi di antara HAWA    dengan Kementerian-Kementerian dan Kerajaan-
Kerajaan Negeri supaya    pembangunan usahawan wanita dapat dilaksanakan dengan lebih integrasi.
 Menubuhkan Dewan-Dewan Industri Desa di semua peringkat - persekutuan, negeri dan daerah -
bertujuan menjalankan fungsi penyelarasan, pemantauan dan penilaian usahawan wanita luar bandar di
samping bertindak sebagai pusat sumber dan pusat pakar
 Menggalakkan penglibatan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan (NGOs) dalam usaha
membangunkan usahawan wanita luar bandar dan pengintegrasian mereka ke dalam pembangunan
negara
 Menubuhkan satu badan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertanggungjawab
tentang keperluan teknikal, pengeluaran, kawalan mutu dan pembangunan produk usahawan-usahawan
wanita.
 Menggalakkan agensi-agensi pembangunan usahawan wanita membentuk sistem maklumat dan
pangkalan data bagi memantapkan fungsi mereka di segi peraturan, pelaksanaan dan pemantauan.

Pendidikan dan Latihan

 Memperluaskan lagi peluang-peluang latihan dan kemahiran dalam berbagai-bagai bidang kepada para
usahawan wanita termasuk yang di luar bandar bagi memudahkan mereka menceburi sektor perniagaan
dan perusahaan.
 Menggemblingkan sumber-sumber pendidikan di luar bandar untuk menyediakan kemudahan-
kemudahan pendidikan, latihan dan pengembangan kepada golongan usahawan wanita luar bandar.
 Membentuk program dan modul latihan yang fleksibel dan sesuai dengan kehendak dan kemampuan
usahawan wanita.
 Memberi latihan secara berterusan kepada pegawai pengembangan di agensi-agensi pembangunan
usahawan wanita bagi membolehkan mereka memberi bimbingan dengan berkesan dan secara
berterusan.
 Menggalakkan sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan turut serta secara aktif dalam
meningkatkan peluang-peluang pendidikan kepada pengusaha wanita.

Khidmat Sokongan

 Menggesa institusi-institusi kewangan memperuntukkan lebih banyak sumber modal dan skim
pinjaman dan kredit yang mudah kepada usahawan wanita luar bandar.
 Membentuk tabung pembangunan usahawan luar bandar untuk membantu projek usahawan wanita
yang berdaya maju mengambil faedah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan
Usahawan (KPU)
 Menggalakkan institusi-institusi pinjaman dan kredit menawarkan khidmat-khidmat sokongan seperti
bantuan teknikal, maklumat pasaran serta pemantauan      prestasi enterprais usahawan wanita.
 Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk menyokong kegiatan usahawan wanita,
termasuk perhubungan, pengangkutan, pasaran, pusat latihan dan ameniti sosial, oleh pihak sektor
awam dan juga swasta.
 Menggalakkan penyertaan usahawan wanita dalam program penyelidikan dan teknologi bagi menjamin
penemuan teknologi yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan mereka.
 Menggalakkan sektor swasta memudahkan pemindahan teknologi kepada para usahawan wanita
termasuk menyediakan latihan dan skim pemilikan teknologi yang mudah dan murah.
 Membentuk direktori perusahaan mikro bagi menggalakkan pembentukan jaringan dan pakatan
strategik di kalangan usahawan dan enterprais mikro wanit | top |

Dasar Strategi Pelaksanaan Program Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ( Zaharudin


Yaacob, KPLB)

Tujuan - kertas ini adalah untuk menerangkan dasar, strategi pelaksanaan dan program-
program yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
dibawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dalam Rancangan Malaysia
yang Ke lapan (RMK- 8).

Latarbelakang - kadar kemiskinan dikalangan rakyat Malaysia pada tahun 1999 ialah 7.5%,
manakala kadar kemiskinan pula ialah 1.4%. Memandangkan kemajuan besar telah dicapai
dalam rangka rancangan terdahulu, isu kemiskinan bukan lagi menjadi isu utama dalam
tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3).   Walaubagaimanapun, Dasar
Wawasan negara (DWN) yang merupakan teras kepada RRJP3, masih meneruskan Agenda
mewujudkan masyarakat yang saksama menerusi strategi serampang dua mata membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. Justeru itu, dalam
tempoh RMke8, usaha-usaha pembasmian kemiskinan akan diorientasikan semula untuk
mencapai matlamat mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% pada tahun 2005, dengan
tumpuan  kepada pembasmian kemiskinan dikalangan kecil miskin di kawasan terpencil dan
dikalangan Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputra yang lain di Sabah dan Sarawak
serta meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka
dalam kumpulan pendapatan 30% terendah. Lanjutan daripada itu, kesemua program
pembasmian kemiskinan, termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), yang
merupakan program utama pembasmian kemiskinan oleh KPLB dalam tempoh Rancangan
Malaysia yang ke Tujuh (RM7), diperkemaskan dibawah Skim Pembangunan kesejahteraan
Rakyat (SPKR)
| top | e-mail : ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.

Fenomena Kemiskinan : Perspektif Sektor Ekonomi (Prof. Madya Dr. Hj Abdullah Sudin,
UiTM)

Pendahuluan - kemiskinan ialah satu masalah yang amat lama ujud dalam kehidupan
manusia. Usaha demi usaha dijalankan untuk mengatasinya, namun kemiskinan tetap
menjadi satu kenyataan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini bertujuan untuk
menerokai kemiskinan yang ujud, mengenalpasti memahami dan menganalisis dengan lebih
dekat terutama kemiskinan di Malaysia. Beberapa pandangan dikemukakan untuk membasmi
kemiskinan untuk perhatian bersama.

Fenomena Kemiskinan di Dunia - Kenichi Ohmae 1996 menjelaskan bahawa dari segi
kegiatan ekonomi dunia hari ini telah beroperasi merentasi sempadan politik teutama dengan
mengambilkira 4 “1’s” iaitu Investment, Industry, Information Technology dan Individual
Consumers. Suasana ini sepatutnya akan memberi satu cahaya baru kepada kemakmuran
sejagat. Namun rata-rata kemiskinan masih mencengkam hidup manusia terutama di dunia
ketiga.  Mengikut World Bank 1990, “ a universal poverty line is needed to permit cross-
country comparison and aggregation. This global poverty line is inevitably somewhat
artbitrary. Rather than settle for a single number, this chapter employs two : RM275 and
RM370 per person a year. The use of the upper poverty line-RM370 – gives an estimate of
1,115 million people in the developing countries in poverty in 1985. This is roughly one-third
of the total population in developing world. Of these, 630million – 18 percent of the total
population of the developing world – were extremely poor: Their annual consumption was
less than RM275, the lower poverty line” (World Bank, 1990; 27028). Satu dekad kemudian
World Bank 2000 melaporkan lagi bahawa “the world has deep poverty amid plenty. Of the
World’s  6 billion people, 2.8billion – almost half- live on less than $2 a day, and 1.2 billion
– a fifth live on less than $1 a day, with 44 percent living in South Asia” (World Bank
2000:3), World Bank 2000, seterusnya menjelaskan bahawa di semua kawasan jumlah
penduduk yang hidup dengan US$1sehari telah meningkat. Di Asia Selatan umpamanya
jumlah penduduk miskin meningkat dari 474milion kepada 522 milion dalam satu dekad;
Amerika Latin dan Carribean jumlah kemiskinan meningkat sebanyak 20%. Manakala di
Eropah dan Asia Tengah jumlah kemiskinan melonjak dari 1.1milion kepada 24milion. Pada
masa yang sama dikawasan Sub-Sahara Afrika jumlah kemiskinan bertambah dari 217
milion pada 291milion. | top |e-mail : ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.

Strategi Mengatasi Kemiskinan: Dahulu, Sekarang & Masa Depan (Dr. Nik Fuad Kamil)

Pendahuluan - kemiskinan merupakan konsep yang mengandungi berbagai pengertian dan tanggapan serta
mudah dipengaruhi oleh sentimen. Kemiskinan pada umumnya sering digambarkan sebagai keadaan
kekurangan zat makanan yang keterlaluan serta keperluan asas untuk hidup seperti makaanan, tempat tinggal
dan pakaian disamping kebuluran dan kelaparan meluas. Umumnya, kemiskinan tidak hanya terbatas kepada
kegagalan memenuhi keperluan kebendaan, tetapi juga keperluan psikologi dan politik.

Isu kemiskinan kini bukan hanya tertumpu kepada masalah memenuhi keperluan  kebendaan  tetapi ia juga
meliputi masalah kemiskinan moral, akhlak dan sikap. Ini adalah kerana masyarakat kini semakin liberal dan
mungkin terdedah kepada geajala-gejala yang tidak sihat. Dalam kerancakan dunia untuk menempuh era dunia
tanpa sempadan, isu-isu kemiskinan moral adalah perlu diberi perhatian yang serius.

Strategi pembasmian kemiskinan dulu dan sekarang mempunyai sedikit perbezaan. Jika dahulu tumpuan lebih
diberikan kepada pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan memenuhi keperluan asas untuk
hidup, tapi kini penekanan adalah lebih kepada pembasmian kemiskinan dan pembangunan pesat Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Dalam rancangan Malaysia Kelapan (RM ke-8), teras pembasmian kemiskinan adalah untuk mengorientasikan
semula program pembasmian kemiskinan bagi mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang tahun
2005. Dalam program ini sasaran telah dikenalpasti dengan lebih khusus misalnya masyarakat miskin
dikawasan luar bandar. Disamping itu, penekanan adalah perlu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti dan
penyertaan berkesan golongan Bumiputera dalam sektor korporat, menambah bilangan Bumiputera dalam
bidang pekerjaan berpendapatan tinggi dan memperkukuhkan pembangunan MPPB.

Diperingkat Antarabangsa, kemiskinan secara global boleh digambarkan sebagai pergantungan sesebuah negara
dengan negara lain. Ini termasuklah pergantungan dari segi kewangan, teknologi dan kebebasan. Isu
pergantungan ini merupakan salah satu punca timbulnya masalah kemiskinan atara negara .
| top | e-mail : ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.

Kemiskinan dari Perspektif Pekebun Kecil Getah & Kelapa Sawit  (Syed Barkat Syed Ali, Persatuan Pekebun
Kecil Kebangsaan)

Tujuan Kertas Kerja - suatu gambaran yang menyeluruh berkenaan dengan kemiskinan dikalangan pekebun
kecil getah dan kelapa sawit dan seterusnya memberi syor bagaimana masalah tersebut boleh ditangani.

Apa dia Kemiskinan? - Secara khusus, kemiskinan adalah salah satu keadaan dimana seseorang tidak dapat
memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan perumahan. Pengertian yang lebih luas merangkumi
juga aspek kemiskinan iman(kerohanian), kemiskinan ilmu (mental) dan kemiskinan akhlak. Pokok pangkal
kemiskinan berpunca daripada pendapatan yang kurang daripada apa yang diperlukan untuk memperolehi
keperluan asas.

| top | e-mail : ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.

Kemiskinan dari Perspektif Penanam Padi (Pn Hjh Shareen Said, MADA)

Pengenalan - Kemiskinan adalah satu isu yang sering menjadi tajuk perbincangan diperingkat dalam mahupun
luar negeri. Perbincangan berkenaan isu ini sering dikaitkan dengan proses atau kesan daripada pertumbuhan
dan perkembangan ekonomi. Masalah kemiskinan masih didapati wujud walaupun pertumbuhan ekonomi
berlaku disesebuah negara dan ia merupakan salah satu masalah utama yang perlu diberi perhatian.

Penyelidik-penyelidik melihat kemiskinan dari berbagai-bagai dimensi samada melalui aspek pemenuhan
kemudahan asas, pendapatan, pengeluaran, pemakanan, pendidikan, kesihatan, kerohanian atau sebagainya.
Dimensi kemiskinan yang berbagai ini menyebabkan ukuran kemiskinan menjadi subjektif, sering
diperdebatkan dan tidak dapat lari daripada pertimbangan nilai. Justeru itu, untuk memudahkan penilaian
terhadap isu kemiskinan, ianya boleh diukur melalui agihan pendapatan.

Didalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMke7), 1996-2000, takrif paras kemiskinan yang digunapakai ialah
berasaskan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM425.00 sebulan bagi saiz Isirumah 4.6 di Semenanjung,
RM601.00 sebulan bagi saiz Isirumah 4.9 di Sabah dan RM516.00 sebulan bagi saiz Isirumah di Sarawak.
Sementara bagi termiskin pula ialah mereka yang memperolehi pendapatan separuh atau kurang daripada PGK
tersebut.
Walaupun Malaysia telah mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan (7.3% diantara
1971-75, 8.6% diantara 1976-1980 dan 8.4% diantara 1990-1995) sehinggalah era kegawatan ekonomi mulai
1997, namun tetap wujud dinegara ini dan ianya merupakan “central issue” yang sentiasa ditangani oleh
Kerajaan didalam kontek pembangunan negara. Dari segi evolusi sejarah, pembangunan kemiskinan sentiasa
merupakan  strategi asas (basic strategi) didalam mana-mana Rancangan Pembangunan Lima Tahun Kerajaan
dinegara ini. Sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) lagi, pembasmian kemiskinan telah ditangani
menerusi pendekatan pembangunan luar bandar secara berpakej.

Walaupun matlamatnya adalah untuk membasmi kemiskinan tetapi disebabkan dengan proses pengagihan yang
kurang sempurna maka wujud perbezaan ekonomi diantara kaum, sektor aktiviti, bandar dan luar bandar.
Disebabkan oleh jurang perbezaan inilah timbulnya berbagai-bagai isu dimana kerajaan perlu merangka strategi
penyusunan semula masyarakat dibawah DEB, yang merangkumi pengujudan peluang-peluang pekerjaan dan
peningkatan pendapatan.

Disamping menumpukan perhatian kepada pengagihan yang saksama, strategi-strategi khas untuk
meningkatkan pendapatan melalui komoniti juga diberi perhatian seperti padi, kelapa dan nelayan kerana
disektor-sektor ini tertumpunya golongan miskin yang terbesar. | top | e-mail : ybk@ybk.org.my untuk kertas
lengkap.

Pengalaman KEDA dalam Program Pembasmian Kemsikinan (Dato’ Mohammad Tajudin


Bakar, KEDA)

Senario

Isu Ketidak Seimbangan

Keluasan kawasan operasi KEDA ialah 8,279KM persegi (834,413hektar) atau 87.3%
keluasan Negeri Kedah iaitu merupakan kawasan yang terletak diluar kawasan MADA.

Kebanyakan pembangunan sosio-ekonomi tertumpu kepada kawasan pantai dan bandar-


bandar besar.

Keadaan topografi Negeri Kedah – secara geo-fizikal boleh dibahagi kepada tiga wilayah
iaitu :-

    Wilayah dataran – kawasan padi (MADA)

    Wilayah lembah (Kedah Valley) dan

    Wilayah pergunungan – sempadan negara Thailand

Kebocoran ekonomi – mengalir keluar

Pergantungan kepada ekonomi sara diri (subsistence)

Kawasan keselamatan (KESBAN)

Kurang lebihan perbandingan (comparative advantage)


Lokasi kurang strategik.

INSIDEN KEMISKINAN TINGGI – melebihi 33% pada tahun 1980an. Dianggarkan lebih
80,000 keluarga miskin di seluruh negeri Kedah pada tahun 1981. | top | e-mail :
ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.

Kemiskinan Pendidikan (Hj Mohd Hoesne Hussain, YKK)

Latarbelakang - Kemiskinan adalah satu fenomena hidup universal. Tidak ada sebuah negara di dalam dunia
yang tidak mempunyai kelompok-kelompok masyarakat yang miskin. Di dalam akademia, kemiskinan boleh
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Dipercayai kemiskinan mutlak
boleh dihapuskan dengan adanya strategi Pembangunan Secara Total. Namun demikian, kemiskinan relatif ini
adalah dinamik. Oleh kerana adanya perbezaan potensi kemahiran hidup diantara kumpulan-kumpulan
masyarakat, sudah tentu akan mewujudkan perbezaan kualiti hidup didalam beberapa aspek. | top |

e-mail : ybk@ybk.org.my untuk kertas lengkap.

Kajian Kemiskinan Desa Kasih 2001

YBK telah menjalankan kajian ke atas seluruh 364 buah rumah dan 1,974 orang penduduk di Desa-desa Desa-
Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah, Parit 8 ½ Barat, Batu 2 Tebuk Pulai, Merbau Berdarah, Tg Jawa, Bagan
Nakhoda Omar, Sekendi dan Sg Kajang di Selangor. Hasil kajian menunjukkan hanya 91% atau 332 buah
rumah telah didiami dan sebanyak 319 buah rumah (87.6%) didapati masih kukuh. Terdapat seramai 985 orang
(49.9%) lelaki dan 989 orang (50.1%) perempuan yang menetap di Desa Kasih di mana secara puratanya IR
mempunyai 5.9 orang ahli.

Sebahagian besar penduduk mempunyai latarbelakang sekolah rendah (841 orang atau 42.6%) dan sekolah
menengah (542 orang atau 27.5%). Hanya 16 orang (0.8%) berkelayakan pra-universiti, 48 orang (4.6%)
mempunyai sijil kemahiran, 8 sijil agama, 28 orang (1.4%) diploma dan 5 orang ijazah (0.3%)

Seramai 740 orang (37.5%) masih sedang bersekolah, 744 orang telah tamat sekolah, 163 orang (8.3%) tidak
pernah sekolah dan 327 orang (16.6%) masih muda. Walau bagaiamanapun seramai 97 orang atau 12.5%
daripada mereka yang berumur 7-17 gagal meneruskan pelajaran mereka.

Bilangan penduduk yang berumur 16-64 tahun adalah seramai 1,013 orang dan 624 orang (51.3%) daripadanya
merupakan tenaga buruh. Daripada jumlah tersebut mereka yang bekerja adalah 509 orang dan bilangan yang
tidak bekerja pula seramai 132 orang (21.3% kadar pengangguran)

Majoriti penduduk yang bekerja merupakan kumpulan pekerja pertanian iaitu 414 orang (78.1%). Seramai 70
orang (13.2%) bekerja sebagai operator kilang, 21 orang (4.0%) pekerja pertukangan, 16 orang (3.0%) pekerja
perkhidmatan, 2 orang pekerja perkeranian, 6 orang pekerja juruteknik dan seorang kumpulan profesional

Purata pendapatan bagi 332 isi rumah Desa Kasih adalah RM595.66 sebulan dan pendapatan per kapita adalah
RM100.18. Berdasarkan pendapatan isi rumah tersebut, terdapat 139 isi rumah adalah miskin (54.5%) dan
merupakan isi rumah termiskin (12.7%)

Seramai 39 isi rumah (11.7%) memiliki sebuah kereta bermotor, 268 isi rumah (80.7%) memiliki sekurang-
kurangnya sebuah motorsikal dan 210 isi rumah (63.3%) sekurang-kurangnya sebuah memiliki basikal.
Disamping itu seramai 185 isi rumah (64%) memiliki peti sejuk, 130 isi rumah (39%) memiliki mesin basuh,
262 isi rumah (79%) memiliki TV, 69 isi rumah memiliki VCD Player dan 167 isi rumah (50%) memiliki radio.
Terdapat juga seramai 5 isi rumah (2%) memiliki gelombang ketuhar, 23 isi rumah (7%) memiliki telefon
bimbit dan 6 isi rumah (2%) memiliki komputer peribadi.

Kajian Kemiskinan Desa Kasih 2002

YBK telah menjalankan kajian tahunan 2002 ke atas seluruh 364 buah rumah dan 1,980 orang penduduk di
lapan (8) Desa-desa kasih YBK, iaitu Tebuk Pulai Tengah, Parit 8 ½ Barat, Batu 2 Tebuk Pulai, Merbau
Berdarah, Tg Jawa, Bagan Nakhoda Omar, Sekendi dan Sg Kajang. Hasil kajian menunjukkan hanya 91% atau
334 buah rumah telah didiami dan sebanyak 320 buah rumah didapati masih dalam keadaan kukuh. Terdapat
seramai 980 orang (49%) lelaki dan 1,000 orang (51%) perempuan yang menetap di Desa Kasih di mana secara
puratanya IR mempunyai 5.9 orang ahli.

Sebahagian besar penduduk mempunyai latarbelakang sekolah rendah (808 orang atau 40.8%) dan sekolah
menengah (623 orang atau 31.5%) dan seramai 808 orang (40.8%) masih sedang bersekolah.

Bilangan penduduk yang berumur 16-64 tahun adalah seramai 1,078 orang dan 628 orang (58.3%) daripadanya
merupakan tenaga buruh. Daripada jumlah tersebut mereka yang bekerja adalah 517 orang dan bilangan yang
tidak bekerja pula seramai 126 orang (20.1% kadar pengangguran).

Majoriti ahli isi rumah iaitu 240 orang (44.1%) merupakan mereka yang terlibat dalam industri pertanian dan
perikanan dan seramai 286 orang (52.6%) yang bekerja mengambil upah pertanian seperti meracun, memetik
buah kelapa sawit, kopek kelapa dan mencari sumber kampong seperti sayur.

Purata pendapatan bagi 334 isi rumah Desa Kasih adalah RM725.79 sebulan dan pendapatan per kapita adalah
RM150.88. Berdasarkan pendapatan isi rumah tersebut, terdapat 102 isi rumah adalah miskin (30.5%) dan
merupakan 28 isi rumah adalah termiskin (8.4%)

Kajian Kemiskinan Desa Kasih 2003

YBK telah menjalankan kajian tahunan 2003 ke atas seluruh 354 buah rumah dan 1,999 orang ahli isi rumah di
lapan (8) Desa-desa kasih YBK, iaitu Tebuk Pulai Tengah, Parit 8 ½ Barat, Batu 2 Tebuk Pulai, Merbau
Berdarah, Tg Jawa, Bagan Nakhoda Omar, Sekendi dan Sg Kajang.

Hasil kajian menunjukkan terdapat seramai 983 orang (49.2%) lelaki dan 1,016 orang (50.8%) perempuan yang
menetap di desa kasih di mana secara puratanya isi rumah mempunyai 5.6 orang ahli. Sebahagian besar
penduduk mempunyai latarbelakang sekolah rendah (865 orang atau 43.3%) dan sekolah menengah (611 orang
atau 30.6%) dan seramai 756 orang (37.8%) masih sedang bersekolah. Bilangan penduduk yang berumur 16-64
tahun adalah seramai 1,181 orang dan 679 orang (59.1%) daripadanya merupakan tenaga buruh. Daripada
jumlah tersebut mereka yang bekerja adalah 533 orang dan bilangan yang tidak bekerja pula seramai 174 orang
(25.6% kadar pengangguran).

Majoriti ahli isi rumah iaitu 259 orang (48.6%) merupakan mereka yang terlibat dalam industri pertanian dan
perikanan dan seramai 258 orang (48.4%) yang bekerja mengambil upah pertanian seperti meracun, memetik
buah kelapa sawit, kopek kelapa dan mencari sumber kampong seperti sayur. Purata pendapatan isi rumah Desa
Kasih adalah RM674.50 sebulan dan pendapatan per kapita adalah RM119.45. Berdasarkan pendapatan isi
rumah tersebut, terdapat 137 isi rumah adalah miskin(38.7%) dan merupakan 10 isi rumah adalah termiskin
(2.8%)

Secara amnya sebahagaian besar KIR (54.2%) merupakan golongan penerima awal pembangunan kerajaan di
mana hanya 3 KIR atau 0.8% adalah golongan yang tertinggal. Sebanyak 69.8% dari kalangan KIR menerima
pendidikan agama secara tidak formal dan 98.6% faham tentang rukun dan bacaan dalam sembahyang.
Manakala 74.0% dari kalangan KIR merupakan masyarakat yang aktif dengan program kemasyaratan.

http://www.ybk.org.my/

Dengan bangganya saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Sulochana
Nair, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya di atas
kesungguhan beliau dan seluruh organisasi dalam melaksanakan kajian terhadap isu
kemiskinan dan pembangunan di Malaysia. Kami mahasiswa menyambut baik kewujudan
organisasi ini.

Kemiskinan sememangnya menjadi isu penting terutama kepada negara yang sedang
membangun seperti Malaysia. Jurang kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia semakin
menjadi-jadi. Daripada statistik keseluruhan, jurang kemiskinan bagi Bumiputra ialah 2.1
peratus berbanding Cina (0.1) dan India (0.6). Suatu angka yang mencabar bagi kepimpinan
negara untuk diselesaikan.Kita lihat pula perbandingan dengan negara luar. Ketika ini
pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,146 setahun. Pada detik yang sama,
pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$34,152 (Sumber IMF 2007), lima kali
ganda dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Padahal, jika kita lihat kembali pada akhir
tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama.

Sekarang kita banding pendapatan rakyat Malaysia hari ini dengan pendapatan rakyat Korea
Selatan dan Taiwan berikutan ada suara-suara sayup menjawab kita tidak boleh
membandingkan Malaysia dengan Singapura kerana repuklik tersebut hanya sebuah pulau
kecil yang penduduknya hanya 4 juta. Penduduk Korea Selatan sekarang adalah 48 juta
manakala Taiwan adalah 23 juta. Pada tahun 1970-an, rakyat kedua-dua negara adalah lebih
miskin dari rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini pendapatan perkapita rakyat Korea Selatan
adalah AS$19,200 (RM66,000) manakala Taiwan pula adalah AS$15,271 (RM52,700), iaitu
dua hingga tiga kali ganda pendapatan rakyat Malaysia. Di mana silapnya?

Saya menghargai usaha pihak kerajaan sekarang yang bertungkus-lumus melaksanakan


pelbagai projek dalam usaha membasmi kemiskinan antaranya Wilayah Pembangunan
Iskandar (WPI) di Johor, Wilayah Koridor Ekonomi Utara (NCER), Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER), dan yang terbaru Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Sekalung
tahniah atas usaha ini.

Bukan niat saya ingin membawa unsur politik dalam artikel ini, tetapi saya amat tertarik
dengan manifesto parti pembangkang berkenaan menjadikan Malaysia sebagai negara
kebajikan. Kita ketepikan sebentar bahang politik. Boleh jadi manifesto ini hanya omong
kosong pihak pembangkang ataupun sesuatu yang akan dikotakan. Tetapi cuba kita tekankan
kepada idea yang ingin dibawa.

Kita melihat bagaimana kerajaan Kelantan ditadbir dengan menyediakan pelbagai elaun dan
bantuan kepada rakyat. Antaranya Skim Armalah dan Anak Yatim, Skim Bantuan Segera
Bencana, Skim Ladang Rakyat dan yang agak menarik ialah Skim Pinjaman Perumahan,
Kenderaan dan Komputer tanpa dikenakan faedah bagi kakitangan kerajaan. Gerak kerja
yang mantap dalam usaha menbasmi kemiskinan di Kelantan.

Terima kasih kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang yang begitu komited
dalam usaha membasmi kemiskinan. Cuma yang ingin saya ingatkan, semoga dengan projek-
projek yang dilancarkan, manifesto yang dijanjikan, rakyat tidak dibelakangkan. Semuanya
perlulah berorientasikan kepentingan rakyat. Segala usaha yang dijalankan perlulah dipacu
oleh hati yang ikhlas untuk mengubah nasib rakyat.

Dalam membasmi kemiskinan dan mengubah struktur ekonomi Malaysia, golongan atasan
dan bawahan perlu seiring. Pemimpin dan rakyat perlu sama-sama bertekad untuk mengubah
keadaan. Kalau yang di atas ingin mengubah tetapi yang dibawah belum bersedia untuk
berubah, tidak ada apa pun akan berlaku. Perkara yang sama terjadi apabila yang dibawah
berhempas-pulas ingin berubah, tetapi yang diatas tak membantu untuk perubahan. Keadaan
tetap sama.

Jadi kita sama-sama betulkan keadaan. Semoga wujud keberkesanan dalam mengubah nasib
Malaysia. Sama-sama kita raikan kritikan membina dalam membentuk ekonomi Malaysia.
Bersatu-padu kita gerakkan posisi masing-masing demi mencapai agenda ekonomi baru yang
lebih cemerlang. Semoga kita dapat membentuk suatu sinergi yang lebih utuh dalam memacu
ekonomi Malaysi

http://ahmadfahmie.wordpress.com/2008/02/11/basmi-kemiskinan-yang-di-atas-dan-di-
bawah-perlu-selari/

You might also like