You are on page 1of 4

Mazni ambik bidang tugas ja, yg senarai tugas dll tu tmbhan ja..

yg highlight warna kuning tu yg penting /


umum.

GURU PENOLONG KANAN 2 (PK HEM)

TUGAS PENOLONG KANAN


HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:

1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK
Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut
arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan
dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan / kebajikan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut
prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan
dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah
berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan
guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya
menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:

Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya
adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama
guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang
yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah
lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK
Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan
segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan
dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan
para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap
perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan
salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.


2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah
dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:

1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan
dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad
001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan
kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:

1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima
buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira
buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:

1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang
mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak
menerimanya.

H. Ko-kurikulum:

Sukan Dan Permainan:


1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.

Persatuan Dan Kelab:


1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:


1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:


1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain
bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:


1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar.
Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Rujukan:

http://skdarau.tripod.com/tugaspk2.html

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan
dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan
dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar
dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.

4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas
dengan nasihat guru-guru lain.

6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.

7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.

8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.

9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.

10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik
darjah.

11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan
oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.

12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.

13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.

14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap
pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.

15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas
yang paling kotor.

Rujukan:

http://skdarau.tripod.com/tgrudiplin.htm

You might also like