You are on page 1of 2

UCAPAN PERASMIAN HARI KOKURIKULUM SMK MAJAKIR PAPAR 2011

Oleh Pengarah Pejabat pelajaran Daerah Tn Abidin Marjan

Yang berusaha En. Mohd. Yusof bin Babjan, Ketua PIBG SMK Majakir Papar;

Yang berusaha Tuan haji Aziz Bin Yahya, Pengetua Smk Majakir Papar,

Guru-guru Penolong kanan Kokurikulum,

Guru-guru

Dan pelajar yang dikasihi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK Majakir Papar kerana mengundang saya
ke majlis perasmian Hari kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir Papar. Saya
dimaklumkan bahawa program ini dianjurkan oleh unit kokurikulum sekolah dengan kerjasama
ahli jawatankuasa yang terlibat. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Tuan-tuan dan Puan puan

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Sebagai sebahagian daripada


kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum adalah wajib dijalankan di sekolah.

Tujuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah untuk menyemai kesedaran
pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

Aktiviti kokurikulum juga dapat mengimbangkan antara perkembangan mental, rohani, jasmani
dan emosi pelajar.

Selain itu aktiviti kokurikulum juga dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam
kalangan pelajar d dalam sekolah.

Seterusnya aktiviti kokurikulum juga dapat meningkatkan disiplin pelajar seterusnya dapat
meningkatkan integriti nasional.
Tuan-tuan dan Puan-puan

Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf murid-murid sekolah menengah yang cemerlang dalam
aktiviti kokurikulum. Sebanyak 10 peratus markah keseluruhan kemasukan ke IPTA adalah
diambil daripada kegiatan kokurikulum.

Oleh hal yang demikian pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum serta mempunyai
pencapaian yang baik dalam bidang akademik mempunyai peluang yang cerah untuk masuk ke
IPTA.

Kementerian pelajaran juga sedang berusaha untuk memperkasa aktiviti kokurikulum di


sekolah. Selain daripada peruntukan kewangan, kementerian pelajaran juga telah menyalurkan
bantuan pakain seragam kepada pelajar yang tidak mampu. Bantuan ini diharapkan akan
membantu kelancaran aktiviti kokurikulum.

Saya juga ingiin mengingatkan kepada pengurus-pengurus peringkat kokurikulum di sekolah


supaya dapat merancang aktiviti kokurikulum dengan teliti supaya aktiviti kokurikulum ini dapat
memberikan impak yang maksimum kepada pelajar.

Akhir sekali, saya ucapkan tahniah kepada jawatankuasa pengelola Hari Kokurikulum sekolah
kerana Berjaya menganjurkan majlis ini. Sya juga ingin merakamkan penghargaan kepada
guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan aktiviti kokurikulum ini. Ucapan tahniah
juga diberikan kepada pelajat yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam aktiviti
kokurikulum.

DENGAN INI, SAYA DENGAN LAFAZ BISMILLAH MERASMIKAN HARI KOKURIKULUM SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN MAJAKIR PAPAR KALI YANG KE -10.

Sekian terima kasih.

You might also like