You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGGAROH A

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

MASA : 1 JAM

Arahan Am :

Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian. Bahagian A ialah soalan objektif dan
Bahagian B ialah soalan subjektif. Jawab semua soalan.

Bahagian A : Soalan Objektif

1. Apakah yang akan terjadi sekiranya kita membuat sesuatu keputusan dengan
pertimbangan yang wajar ?
A. Akan berhadapan dengan pelbagai alternatif
B. Akan membuat keputusan yang tidak tepat
C. Akan menyesal dengan tindakan yang telah diambil
D. Akan menerima kesan negatif akibat keputusan yang terburu-buru

2. Apakah yang dimaksudkan dengan teknik awam?


A. Teknik menyelesaikan konflik dalam diri sendiri
B. Teknik berfikir secara pantas untuk menyelesaikan sesuatu masalah
C. Teknik berhadapan dengan rakan yang mendesak kita melakukan sesuatu
D. Teknik berfikir tentang sesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang
bertentangan

3. Hubungan yang erat dan sikap saling menghormati antara anggota keluarga
amat penting kerana:
A. Dapat menghindari daripada gejala yang negatif
B. Membantu ahli keluarga menjalani kehidupan seharian
C. Anggota keluarga akan menjadi lebih sihat
D. Setiap anggota keluarga dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

4. Yang berikut merupakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai sahsiah dan sikap
yang positif, KECUALI :
A. Sentiasa berdisiplin
B. Menegakkan pendapat sendiri
C. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah
D. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat

1
5. Mengapakah sekolah akan menjadi lebih selamat dan selesa dengan
pemupukan sahsiah dan sikap yang positif
A. Kerana pihak sekolah diberikan kemudahan yang secukupnya
B. Kerana pelajar bekerjasama dengan menjaga keselamatan dalam
kawasan sekolah
C. Kerana pelajar tidak perlu menjalani sesi kaunseling dan motivasi
D. Kerana pelajar tidak terlibat dalam perbuatan yang melanggar peraturan
dan undang-undang sekolah

6. Individu yang mempunyai identiti diri akan


A. Mempunyai banyak rakan
B. Mempunyai harta yang banyak
C. Mempunyai matlamat hidup
D. Mempunyai banyak peminat

7. Buku catatan harian peribadi seseorang dikenal sebagai..


A. Buku perancangan
B. Buku tiga lima
C. Buku akaun
D. Diari

8. Siapakah antara yang berikut yang menunjukkan identiti yang positif?


A. Aisyah meniru tugasan sekolah rakannya
B. Sahfizan belajar mengikut jadual waktu hariannya
C. Abu tidak membawa buku teks ke sekolah
D. En.Harith menggunakan jawatannya untuk mendapatkan pekerjaan
anaknya.

9. Pilih amalan cara hidup yang sihat


I. Membasuh tangan sebelum makan
II. Menggosok gigi sebelum masuk tidur
III. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari
IV. Kuku jari disimpan panjang
A. I dan II C. I, II, dan III
B. II dan III D. II, III, dan IV

10. Yang berikut, manakah bukan makanan yang sihat


A. Nasi
B. Sayuran
C. Ais krim
D. Buah-buahan

2
11. Kamu menunjukkan sikap bangga terhadap sekolah sekiranya kamu
A. Menjaga kemudahan sekolah dengan baik dan bertanggungjawab
B. Sentiasa melanggar peraturan sekolah
C. Menconteng dinding di dalam tandas
D. Bersembang ketika ketiadaan guru

12. Yang manakah cara terbaik menghadapi masalah?


A. Berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bijak
B. Menangis sekuat hati
C. Menyalahkan orang lain
D. Tidur sepanjang hari

13. Yang berikut merupakan contoh budaya sekolah, KECUALI


A. Budaya sekolah aktif
B. Budaya sekolah berdisiplin
C. Budaya sekolah penyayang
D. Budaya sekolah dalam taman

14. Apakah kesan pengambilan makanan segera secara kerap


A. Peningkatan berat badan
B. Kerosakan struktur tulang
C. Menjejaskan kesihatan mental
D. Mengurangkan keupayaan berfikir

15. Rashid tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari kerana perlu menjalani
rawatan susulan penyakit yang dihidapinya. Apakah yang perlu Rashid
lakukan?
A. Pergi ke sekolah sebelum menjalani rawatan tersebut
B. Menyuruh ibu bapanya memmaklumkan kepada pihak sekolah secara
bertulis
C. Membiarkan perkara tersebut kerana pihak sekolah telah mengetahui
tentang penyakitnya
D. Menjalani rawatan selama sehari sahaja, kemudian datang ke sekolah
keesokan harinya

16. Julia berupaya menimbang baik buruk sesuatu keputusan yang diambil. Julia
seorang yang bersikap
A. Jujur
B. Asertif
C. Prihatin
D. Bertanggungjawab

3
17. Peka terhadap isu alam sekitar boleh dimaksudkan sebagai
A. Bersimpati terhadap kemusnahan alam sekitar
B. Menunjukkan sikap mengambil berat terhadap pencemaran alam sekitar
C. Mengetahui isu-isu berkaitan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar
D. Prihatin terhadap persoalan berkaitan alam sekitar dan berusaha
menyelesaikannya

18. Pilih situasi yang menggambarkan individu yang mempunyai harga diri
I. Merendah diri apabila bergaul dengan individu lain
II. Berpakaian sopan ketika menghadiri majlis formal
III. Tidak menceritakan keburukan peribadi orang lain
IV. Bebas bergaul dengan sesiapa sahaja
A. I dan II C. I,II dan III
B. II dan III D. II, III dan IV

19. Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan mental ialah


I. Pemakanan
II. Persekitaran
III. Peristiwa dalam hidup
IV. Ciri-ciri khusus individu
A. I dan II C. I, II dan III
B. III dan IV D. II, III dan IV

20. Apakah faedah menghayati dan mengetahui cerita rakyat sesebuah kaum?
A. Dapat menghiburkan hati
B. Dapat menunjukkan keistimewaan diri
C. Dapat mencari keburukan sesuatu kaum
D. Dapat mengambil pengajaran yang terdapat dalam cerita

21. Selain menjadi pengasas sesebuah keluarga, ibu bapa turut memikul
tanggungjawab tertentu. Antara berikut yang manakah bukan tanggungjawab
ibu bapa?
A. Memberikan pendidikan kepada anak-anak
B. Menyediakan tempat perlindungan untuk keluarga
C. Memberikan kemewahan dan kekayaan kepada anak-anak
D. Memberikan kasih sayang dan menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak

22. Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk semangat perpaduan


antara kaum?
A. Melalui penyertaan pelbagai sekolah
B. Berdasarkan tempat aktiviti dijalankan
C. Melalui penglibatan pelajar pelbagai sekolah
D. Berdasarkan bilangan peserta yang menyertainya

4
23. Perlakuan yang manakah menggambarkan potensi diri seseorang dari aspek
emosi
A. Bermain catur dengan rakan sekelas
B. Menjaga kebersihan diri dengan mandi menggunakan sabun
C. Menemani nenek ke pasar untuk membeli barangan dapur
D. Menghargai keindahan alam dengan menikmati udara nyaman di tepi
pantai

24. Penyataan yang manakah tidak membantu membina keluarga yang bahagia ?
A. Menghargai anggota keluarga
B. Mengingati hari istimewa diri sendiri
C. Melibatkan diri dalam aktiviti keluarga
D. Menjaga keselamatan anggota keluarga

25. Antara berikut yang manakah layanan yang patut Roger berikan kepada Myra
yang cacat anggota
A. Melayan Myra dengan baik dan tidak menyisihkan
B. Menjauhkan diri daripada Myra agar tidak menyusahkan dirinya
C. Melakukan semua kerja sekolah untuk Myra kerana berasa simpati
D. Meminta Myra melakukan kerja-kerja sekolah untuknya

26. Mengapakah setiap perbuatan yang dilakukan perlu difikirkan akibat baik
buruknya
A. Supaya perbuatan itu menyenangkan orang lain
B. Supaya perbuatan itu tidak ditiru oleh orang lain
C. Supaya perbuatan itu tidak mendatangkan bahaya kepada semua pihak
D. Supaya perbuatan itu memberi keuntungan kepada diri sendiri

27. Yang berikut merupakan sikap orang yang percaya kepada Tuhan, KECUALI
A. Sabar apabila ditimpa kesusahan
B. Menjauhi perkara yang menjadi larangan agama
C. Berbuat baik terhadap orang lain
D. Tidak mengamalkan ajaran agama

28. Hasrat untuk mewujudkan budaya sekolah dalam taman boleh dicapai
sekiranya
I. Program kitar semula dijalankan
II. Persekitaran sekolah bersih dan ceria
III. Tabung bantuan kebajikan di wujudkan
IV. Persatuan ibu bapa dan guru di tubuhkan
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I, II dan III

5
29. Apakah maksud kebebasan beragama?
A. Kebebasan setiap individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya
B. Kebebasan untuk mempengaruhi orang lain agar menganut sesuatu
agama
C. Kebebasan untuk menukar agama yang tidak disukai
D. Kebebasan untuk mempersendakan agama yang dianuti oleh orang lain

30. Komunikasi antara keluarga dapat menjalinkan hubungan yang erat.Yang


manakah merupakan cara komunikasi yang baik?
A. Menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan ahli keluarga.
B. Menjerit untuk menunjukkan rasa marah
C. Menuding jari kepada ahli keluarga ketika bercakap
D. Menggunakan nada suara yang yang tinggi ketika menjawab pertanyaan
ibu bapa.

31. Antara yang berikut, manakah merupakan cerita jenis lawak jenaka?
A. Bawang Putih Bawang Merah
B. Batu Belah Batu Bertangkup
C. Si Tanggang
D. Si Luncai

32. Antara yang berikut,manakah memaparkan kesedaran sivik masyarakat


awam?
A. Merosakkan harta benda awam
B. Berebut-rebut ketika menaiki bas
C. Tidak merokok di tempat awam
D. Merosakkan tanaman di taman bunga

33. Yang berikut, manakah kebaikan kitar semula?


A. Dapat membazirkan barangan
B. Mewujudkan peluang pekerjaan
C. Dapat menggunakan barangan baru
D. Menjimatkan kos perbelanjaan menghasilkan barangan

34. Daya tahan diri dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Elemen ini berkaitan
dengan............
A. Empati
B. Jati diri
C. Kesedaran sivik
D. Kelestarian alam sekitar

6
35. Apakah tindakan anda sewaktu berkunjung ke rumah rakan yang berlainan
bangsa
A. Membuat bising di dalam rumah
B. Berlagak sombong dengan ahli keluarganya
C. Bersopan santun dan menghormati tuan rumah
D. Mengkritik dan mentertawakan keadaan rumahnya

36. Kepercayaan kepada Tuhan terkandung dalam prinsip


A. Tatanegara
B. Rukun Negara
C. Rukun Tetangga
D. Perlembagaan Negara

37. Apakah punca berlakunya masalah sosial dalam masyarakat


A. Sikap mementingkan diri dan ahli keluarga
B. Tidak mempraktikkan ajaran agama
C. Tidak berpuas hati dengan kelebihan orang lain
D. Sikap bersyukur atas kelebihan orang lain

38. Cerita rakyat disampaikan oleh:


A. Tukang karut
B. Penglipur lara
C. Dayang istana
D. Pegawai istana

39. Apakah faedah menghayati dan mengetahui cerita rakyat sesebuah kaum?
A. Dapat menghiburkan hati
B. Dapat menunjukkan keistimewaan diri
C. Dapat mencari keburukan sesuatu kaum
D. Dapat mengambil pengajaran yang terdapat dalam cerita

40. Apakah agama yang dianuti oleh penduduk di negara kita?


I. Islam
II. Buddha
III. Kristian
IV. Hindu
A. I dan II C. I, II, III dan IV
B. I, II dan III D. II, III dan IV

Bahagian B : soalan subjektif


7
Baca kisah cerita rakyat di bawah ini. Kemudian nyatakan pengajaran yang terdapat
di dalamnya.

A. Si Monyet Yang Degil

Anak monyet : Mak, buah apa yang berwarana merah itu?


Ibu monyet : Itu cili, bukan buah. Sangat pedas nak.
Anak monyet : Mak, buahnya ranum tentu sedap
Ibu monyet : Sayang, kita tidak boleh makan cili. Pedas!
Anak monyet: Tak kisah mak, saya nak makan juga.
Ibu monyet : Jangan....jangan nak, dengar nasihat ibu.
( Anak monyet pun meluru ke pokok cili dan memakannya dengan gelojoh)
Anak monyet : Aduh..aduh, pedas, panasnya mulutku ! Tolong mak.
Ibu monyet : Itulah akibat jika tidak mendengar nasihat mak
Anak monyet: Maafkan saya mak.

Pengajaran

1. ________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________

(4 markah)

8
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Idea sukan sokongan teori kepemimpinan

1. Pelajar yang mempunyai ciri-ciri _____________dapat digilap bakat mereka

dan diasuh untuk mengurus sesuatu pasukan.

2. Seseorang yang melalui pelbagai pengalaman lebih berpengetahuan daripada

mereka yang hanya mempelajari _____________ sahaja.

3. Aktiviti __________dapat melahirkan individu yang sihat tubuh badan dan

cergas pemikiran.

4. Memberikan sumbangan _____________dan merancang aktiviti sempena

sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah merupakan salah satu cara

pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.

5. Apabila sekolah mengadakan aktiviti, kita haruslah memberikan

__________sepenuhnya untuk menjayakan aktiviti tersebut.

(5 markah)

C. Soalan umum

1. Ketua Negara ialah _________________________________.

(1 markah)

Kertas soalan TAMAT

You might also like