BIODATA TOKOH
Tokoh falsafah yang telah saya pilih untuk dibuat kajian ialah Ibnu Thufail.Saya berminat untuk mengkaji falsafah yang disampaikan oleh beliau kerana beliaumempunyai falsafah yang unik dan membolehkan saya mengupasnya dengan lebihterperinci. Nama sebenar Ibnu Thufail ialah
Abukabar
Mohammad Ibnu Mali IbnuThufail Al Qaisi
. Ibnu Thufail dilahirkan di Sepanyol dan beliau merupakan penduduk Granada asli. Beliau dilahirkan di kota tersebut pada tahun 1110M, iaitu setahun sebelumAl Ghazali wafat. Kemudian beliau dibesarkan, belajar dan juga bekerja di kota ini. Disamping menjadi seorang filosuf, beliau juga seorang tabib yang ahli, seorang ahli ilmudan ilmu alam. Beliau pernah menjabat sekretaris kerajaan dan menjadi tabib dari
Khalifah Abu Ya’kob Al Mansur
. Kedudukannya sebagai tabib raja ini akan diberikannyakepada Ibnu Rusydi untuk menggantikan tempatnya.Ibnu Thufail mempunyai banyak karangan dalam soal-soal ketabiban,astronomi dan lain-lain. Salah satu daripada karangannya yang amat masyhur ialahkarangan yang berjudul
Hayy bin Yaqdhan (Si Hidup anak Si Bangun)
yang
turutdinamakan sebagai
Asrarul Falsafah al Masyriqiah
(Rahasia Filsafat Timur),
keranadalam buku ini Ibnu Thufail menerangkan tentang filsafat dari filosuf Timur
(Al Farabics.).
Pada tahun 1671, buku ini telah disalin ke dalam bahasa Latin dan diberi nama
Philosopphus
Autodidactus (Filosuf yang belajar sendiri).
Selepas itu, buku ini juga telahditerjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sepanyol dan Perancis. _______________________________________________________________________ _