You are on page 1of 16

BAB 4

PERPADUAN
DAN INTEGRASI NASIONAL
PENGENALAN
 Penjajahan kuasa-kuasa Barat di Tanah Melayu telah
memberikan kesan yang amat besar terhadap pola
masyarakat di Malaysia.

 Hasil penjajahan telah membawa masuk imigran-imigran


dari China dan India yang pada masa itu digunakan
sebagai pekerja di lombong-lombong bijih timah dan
ladang-ladang getah .

 Kesannya pada hari ini wujudnya masyarakat Malaysia


yang multi dimensi atau masyarakat majmuk di Malaysia
dengan pola-pola penempatan berdasarkan kaum.

 Kewujudan masyarakat majmuk ini telah memberi impak


yang besar kepada sistem sosial dan politik sejak zaman
merdeka hingga sekarang.
2
KONSEP PERPADUAN

 Perpaduan bermaksud wujudnya satu identiti nasional di


kalangan penduduk yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

 Perpaduan masyarakat Malaysia cuba dicapai melalui


prinsip-prinsip Rukun Negara, dan rancangan
pembangunan yang lebih tersusun melalui pembangunan
wilayah, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

3
RUKUN NEGARA

1. Kepercayaan Kepada Tuhan


2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Neraga
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan Dan Kesusilaan

4
JENIS-JENIS PERPADUAN

1.Perpaduan Wilayah
2.Perpaduan Ekonomi
3.Perpaduan Politik
4.Perpaduan Pendidikan
5.Perpaduan Kebudayaan
6.Perpaduan Sosial

5
PERPADUAN WILAYAH

 Bertujuan mengimbangi pembangunan sosio-ekonomi


antara negeri atau wilayah yang kurang maju dengan
yang maju dengan cara membuka peluang-peluang
ekonomi, kemudahan sosial.

PERPADUAN EKONOMI

 Setiap kaum mengambil bahagian dalam pelbagai


kegiatan ekonomi dan ianya diharapkan dapat dicapai
melalui DEB yang matlamatnya adalah untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.
6
PERPADUAN POLITIK

 Cuba dicapai melalui kerjasama, tolak ansur dan


pembahagian kuasa politik. Matlamatnya untuk
mewujudkan kestabilan politik dan membolehkan
masyarakat pelbagai kaum menyuarakan pendapat
masing-masing.

PERPADUAN PENDIDIKAN

 Menyediakan ilmu pengetahuan dan pendidikan


melalui Dasar Pendidikan Negara. Strateginya ialah
menyediakan kurikulum yang serupa untuk semua
sistem persekolahan.

7
PERPADUAN KEBUDAYAAN

 Proses mencapai perpaduan melalui program-program


kebudayaan tanpa mengira kaum, keturunan dsdnya.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan
kebudayaan rakyat asal dan agama islam menjadi
unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

PERPADUAN SOSIAL

 Penyediaan program sosial seperti pendidikan,


perumahan, kesihatan dan kemudahan asas atau
persatuan masyarakat untuk seluruh rakyat dirasakan
dapat memupuk persefahaman dan persahabatan
antara pelbagai kaum di Malaysia .

8
MASALAH MENCAPAI PERPADUAN

1. Pengasingan Petempatan
2. Pengasingan Agama
3. Pengasingan Sistem Pendidikan
4. Akhbar Pelbagai Bahasa
5. Persatuan Pelbagai Kaum
6. Pengaruh Politik
7. Kesan Pemerintahan Penjajah di Malaysia

9
Semasa Jepun
 Menimbulkan prangsangka dan permusuhan antara
Melayu dan China

Semasa British
 Dasar Pecah dan Perintah telah mengakibatkan
pengasingan antara kaum dan keterpiggiran
masyarakat bumiputera

10
PERISTIWA 13 MEI 1969
 Tragedi ini telah menyebabkan kerosakan harta benda
dan nyawa, membawa kepada perintah berkurung dan
memberi keuntungan kepada musuh negara.

 Kesannya, rakyat mendesak supaya diwujudkan


perpaduan nasional, keadilan ekonomi dan bahasa
kebangsaan.

11
KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI

 Kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara


(MAGERAN ) yang berfungsi untuk mentadbir negara
selepas parlimen dibubarkan akibat peristiwa 13 Mei.

 Penubuhan Majlis Perundingan Negara untuk menasihati


MAGERAN.

 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis


Muhibbah Negara untuk menggalakkan perkembangan
muhibah antara kaum, mengkaji masalah sosial dan
kebajikan awam, dsbnya.

12
 Rukun Negara diperkenalkan untuk menjadi prinsip
amalan bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum di
bawah satu nilai yang di dokong bersama.

 Pembentukan DEB (1970-1990)

13
INTEGRASI NASIONAL

 Konsep integrasi nasional bermaksud proses


menyatupadukan pelbagai kumpulan yang mempunyai
perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem
wilayah bagi mewujudkan identiti wilayah dan
mengurangkan atau akhirnya menghapuskan sama sekali
sikap taksub terhadap satu-satu kumpulan dalam satu-satu
daerah.

 Dalam konteks Malaysia, intefrasi nasional bermaksud


mewujudkan kerjasama harmoni penduduk antara kaum di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

14
LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN OLEH
KERAJAAN DALAM MEWUJUDKAN INTEGRASI
NASIONAL

 Menggalakkan Perpindahan Penduduk Antara Wilayah.

 Rancangan Pertukaran Kebudayaan


• Pertukaran belia dan penuntut
• Lawatan sambil belajar
• Khemah kerja
• Rancangan anak angkat
• Sukan
• Pertukaran pegawai kerajaan

15
 Penyatuan Sistem Pendidikan
• Sistem kurikulum yang sama bagi mewujudkan
perpaduan melalui pendidikan

16

You might also like