You are on page 1of 16

BIL PERKARA MUKA SURAT

01 PENGHARGAAN
02 PENDAHULUAN
03 OBJEKTIF KAJIAN
04 KAWASAN KAJIAN
05 KAEDAH KAJIAN
06 DAPATAN KAJIAN
07 RUMUSAN
08 LAMPIRAN
09 RUJUKAN
Saya Yamunaa Shree A/P Shanmugha Sundar ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua pihak kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk

menyiapkan kajian geografi tempatan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada pengetua cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Convent,

Klang, Pn Bahariah binti Bustamam yang telah memberi keizinan untuk menjalankan

kajian ini. Seterusnya kepada Pn Noraini binti Nordin, guru geografi tingkatan 3A. Beliau

telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk membuat kajian ini. Saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya, En Shanmugha Sundar A/L

Vellaiyan dan Pn Thanapakiam A/P Namathevan. Mereka banyak memberi dorongan dan

membawa saya ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mendapatkan maklumat.

Selain itu, ucapan terima kasih saya tujukan kepada pegawai MPK yang telah

memberikan maklumat. Tidak ketinggalan juga mengucapkan terima kasih kepada

penduduk- penduduk Taman Sentosa, Klang yang sudi menyampaikan maklumat tentang

latar belakang dan migrasi dalaman mereka.

Sekian, terima kasih.

YAMUNAA SHREE A/P SHANMUGHA SUNDAR

3A
Bahagian kajian geografi tempatan bertujuan memberi peluang kepada pelajar

menjalankan kerja amali untuk menghubungkaitkan tema- tema geografi yang telah

dipelajari dari tingkatan 1hingga 3 bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran geografi

PMR. Kawasan persekitaran pelajar digunakan sebagai asas pengajaran dan pembelajaran

untuk memahami beberapa aspek dan konsep yang telah dipelajari dalam tema- tema

geografi tersebut.

Saya Yamunaa Shree a/p Shanmugha Sundar pelajar tingkatan 3A memilih tajuk

migrasi dalaman penduduk di taman sentosa, Klang. Saya memilih taman sentosa, Klang

sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini merupakan kawasan kediaman saya.

Oleh itu, ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian.

Saya mengkaji aspek- aspek seperti pola, faktor dan kesan migrasi dalaman

penduduk di kawasan kajian saya. Saya telah menjalankan kajian saya dalam masa yang

ditetapkan iaitu dari 13 Mac 2010 hingga 14 Mei 2010. Kemudian, saya menulis laporan

lengkap secara individu seperti yang disyaratkan.


Objektif khusus kajian geografi tempatan ini dijalankan adalah untuk:-

[a] memahami migrasi penduduk di Taman Sentosa, Klang.

[b] mengenal pasti pola migrasi penduduk di Taman Sentosa, Klang.

[c] mengenal pasti faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman

Sentosa, Klang.

[d] mengenal pasti kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang.

[e] memberi cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa,

Klang.

[f] memberi penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
Taman Sentosa terletak di negeri Selangor Darul Ehsan iaitu di daerah Klang.

Taman Sentosa terletak di bawah Majlis Perbandaran Klang (MPK). Kawasan ini

dimajukan oleh syarikat usaha Klang Sdn. Bhd. Taman Sentosa ini dimajukan sekitar

tahun 1980 hingga 1990. Pada asalnya, Taman Sentosa ialah sebuah ladang kelapa sawit.

Bagi membina kawasan perumahan, syarikat perumahan telah menebang pokok kelapa

sawit. Oleh itu, kawasan ini kelihatan rata dan sesuai untuk petempatan.

Keluasan Taman Sentosa ialah 3 986 000 meter persegi.( sumber: Majlis

Perbandaran Klang ) Seramai 10 000 penduduk menduduki di Taman Sentosa. Kawasan

perumahan ini terletak di sebelah tenggara bandar Klang. Taman Sentosa juga terletak di

tenggara pusat bandar Klang dan barat daya barat pusat bandar Kuala Lumpur.

Kedudukannya ialah kira- kira 8 kilometer dari pusat bandar Klang. Perjalanan

dengan menaiki kereta dari taman sentosa ke bandar Klang mengambil masa 15 minit

jika tiada kesesakan lalu lintas. Tambang bas awam bari taman sentosa ke bandar Klang

ialah RM 2.00. bagi murid yang berpakaian seragam , tambang bas yang dikenakan ialah

RM 0.60.
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperolehi maklumat yang diperlukan

dalam kajian ini. Antara kaedah- kaedah yang telah saya gunakan ialah:-

[a] PEMERHATIAN: Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pola migrasi

penduduk di Taman Sentosa, Klang. Kaedah ini juga digunakan untuk membuat jadual

bilangan penduduk yang berpindah ke Taman Sentosa, Klang.

[b] RUJUKAN: Saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet

untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya penerangan tentang migrasi

penduduk di Taman Sentosa, klang.


Migrasi penduduk ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu

tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara.. Migrasi dalaman

merupakan perpindahan tempat tinggal secara kekal atau sementara dalam sesebuah

negara. Contohnya, penduduk dari Sabah telah berpindah ke Klang penduduk yang

berpindah dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang juga merupakan salah satu migrasi

dalaman.

Terdapat beberapa pola migrasi dalaman penduduk yang berlaku di Taman

Sentosa, klang. Antaranya, dari luar bandar ke bandar dan bandar ke bandar.

[a] LUAR BANDAR KE BANDAR ialah pergerakan penduduk ke bandar lazimnya

bagi meninggikan taraf hidup mereka. Contohnya, seorang penduduk yang berasal dari

Bagan Datoh telah berpindah ke taman sentosa yang terletak di bandar Klang.

[b] BANDAR KE BANDAR ialah pergerakan yang berlaku dari sebuah bandar ke

sebuah bandar untuk menambahkan lagi kos kehidupan mereka dan menikmati

kemewahan di sini. Contohnya, penduduk dari Melaka juga berpindah ke kawasan kajian

saya di Klang.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk.

Beberapa penduduk telah berpindah dari luar bandar ke bandar untuk mencari nafkah.

Terdapat banyak peluang pekerjaan di Taman Sentosa kerana kawasan ini merupakan

kawasan perindustrian. Di samping itu, kadar upah di bandar agak tinggi berbanding di

luar bandar. Oleh itu, mereka berpindah ke bandar untuk meningkatkan taraf hidup

mereka.

Selain itu, petempatan baru juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi

migrasi dalaman penduduk. Ada juga penduduk yang tertarik dengan kawasan

perumahan yang canggih di Taman Sentosa, Klang. Hal ini menyebabkan mereka

berpindah ke sini. Tambahan pula, ada penduduk yang berpindah dari bandar ke bandar

Klang atas arahan majikan. Ada kala, majikannya membuka cawangan di kawasan kajian

saya. Oleh itu, pekerja terpaksa berpindah ke Taman Sentosa bersama-sama keluarga.

Lebih- lebih lagi, darjah ketersampaian juga mempengaruhi migrasi dalaman

penduduk. Ramai orang berpindah ke Taman Sentosa kerana taman ini terletak di antara

bandar Klang dan Shah Alam. Taman Sentosa juga terletak berhampiran lebuh raya

KESAS. Hal ini menyebabkan pekerja dapat sampai ke destinasi kerja dalam tempoh

masa yang singkat.

Saya berasa bangga berpenduduk di taman sentosa kerana berbilang kaum.

banyak penduduk yang berbilang kaum berpindah ke taman perumahan ini.


Terdapat kesan baik akibat migrasi dalaman penduduk di Taman Sentosa, Klang.

Antaranya, apabila golongan imigran berpindah, penduduk di taman ini akan bertambah.

Hal ini menyebabkan komposisi penduduk akan bertambah. Migrasi di taman ini juga

mewujudkan masyarakat majmuk kerana terdapat pelbagai kaum yang berpindah ke

taman perumahan. Selain itu, migrasi penduduk juga meningkatkan taraf kehidupan

kerana taman sentosa mempunyai pelbagai kemudahan asas. Oleh sebab Taman Sentosa

merupakan kawasan perindustrian, ini dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Di samping kesan baik, terdapat juga kesan buruk akibat migrasi di Taman

Sentosa, Klang. Migrasi dalaman penduduk menyebabkan struktur penduduk berubah di

Taman Sentosa, Klang golongan muda lebih ramai berbanding golongan tua kerana

golongan muda berpindah ke Taman Sentosa untuk mencari pekerjaan. Selain itu,

masalah sosial semakin menjadi- jadi di Taman Sentosa, Klang. Hal ini menyebabkan

berlakunya banyak kes gengsterisme di Taman Sentosa, Klang. Tambahan pula,

persaingan pekerja antara penduduk tempatan. Adanya golongan imigran yang berpindah

ke Taman Sentosa, Klang untuk mencari pekerjaan. Pada masa itulah berlakunya

persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan. penduduk tempatan akan bergaduh

kerana peluang pekerjaan tertumpu pada mereka dahulu. hal ini menyebabkan berlakunya

pengangguran pekerjaan di Taman Sentosa, Klang.

Saya berasa bangga berpenduduk di Taman Sentosa, Klang kerana dapat hidup

bersatu padu dan berharmoni.


Kesan- kesan buruk yang berlaku di Taman Sentosa harus dihapuskan. Beberapa

cadangan telah dicadangkan untuk mengatasi kesan buruk yang berlaku di taman sentosa.

Antaranya, kewujudan rukun tetangga di kawasan kajian. Rukun tetangga merupakan

sebuah persatuan penduduk di sesebuah taman tujuannya adalah untuk menjaga

keselamatan taman pada waktu malam. Rukun ini boleh disertai oleh penduduk secara

sukarela. Selain itu, penubuhan rukun tetangga juga dapat membasmi virus jenayah dan

dapat mewujudkan kerjasama dalam sesuatu kerja.

Tambahan pula, undang- undang perlu dikuatkuasakan. Dengan ini, kurangnya

berlaku penjenayahan di Taman Sentosa, Klang. Lebih- lebih lagi, undang- undang yang

diwujudkan dapat mengurangkan pergerakan kutu embun pada waktu malam. Ini juga

dapat mengurangkan gangguan penduduk pada waktu malam.

Cadangan seterusnya adalah mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua

penduduk di taman sentosa. Dengan ini, semua orang dapat bekerja dan mengurangkan

pengangguran pekerjaan di Taman Sentosa, Klang. Kewujudan peluang pekerjaan juga

dapat mengurangkan persaingan pekerjaan antara golongan imigran dan penduduk

tempatan.

Saya berasa bangga berpenduduk di Taman Sentosa, Klang kerana kita dapat

bekerjasama antara satu sama lain seperti ‘aur dengan tebing’.


JADUAL MENUNJUKKAN BILANGAN PENDUDUK YANG BERPINDAH KE

TAMAN SENTOSA, KLANG DARI TAHUN 2007- 2009 MENGIKUT KAUM.


GRAF MENUNJUKKAN BILANGAN PENDUDUK YANG BERPINDAH KE
TAMAN SENTOSA, KLANG DARI TAHUN 2007- 2009 MENGIKUT KAUM.
Penduduk Taman Sentosa, Klang terdiri daripada pelbagai kaum. Dari segi kaum,

jumlahnya tidak jauh berbeza. Terdapat beberapa orang yang telah berpindah ke taman

saya. Ada penduduk yang berpindah ke Taman Sentosa untuk memenuhi keperluan

mereka. Melalui perpindahan mereka telah memberi banyak kesan. Bukan sahaja kesan

baik tetapi kesan buruk juga. Beberapa langkah telah diambil untuk mengatasi kesan

buruk ini. Penduduk Taman Sentosa telah bekerjasama untuk mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, mereka hidup bersatu padu untuk melakukan sesuatu perkara.

Sebagai kesimpulannya, saya dapat memahami migrasi dalaman penduduk di

Taman Sentosa, Klang dengan jelas. saya amat berbangga berpenduduk di Taman

Sentosa, Klang kerana dapat dalam kalangan masyarakat yang berbagai-bagai kaum

dalam keadaan yang aman dan damai yang berpindah ke sini untuk memenuhi kehendak

mereka.
Saya telah menggunakan beberapa bahan untuk digunakan sebagai rujukan dalam kajian

geografi tempatan ini. Antaranya,

[a] BUKU TEKS TINGKATAN 2

CHONG MUI SEN, AZIZAN BIN HJ. ABU SAMAH,2003

PERCETAKAN SAUFI.SDN.BHD

[b] INTERNET

www.mpklang.gov.my

[c] BUKU RUJUKAN

NEXUS TARGET PMR GEOGRAFI, CHONG MUI SEN

2009, SASBADI SDN.BHD.

You might also like