You are on page 1of 119

Diolah dan disunting

oleh

Dr. Haji Jalal b. Halil Khalil


X
Dr. Sha’ari b. Ngadiman
X
Mohd Nasir b. Abdullah
X
Dr. Abd. Rasid b. Kasri
X
Hammeed Noor Norddin
X
Dr. Rahimi bt. Hassan
X
Suraiya bt. Syed Mohamed
X
Hasenah bt. Hj. Muain
X
Mohd Rosli b. Abd. Wahab
X
Ahmad b. Kassim

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang,


Tingkat 12, Wisma Persekutuan,
Jalan Gambut,
25000 Kuantan, Pahang Darul makmur
Malaysia

28 Mac 2001

Edisi Pertama 2000


Pengguna manual ini boleh membuat salinan
penerbitan dengan memaklumkan kepada sumber.

2
Sekapur Sireh

AIDS merupakan cabaran utama kesihatan awam dekad ini. Sehingga kini masih belum ditemui
lagi vaksin untuk mencegah dan ubat untuk menyembuhkannya. Pengetahuan tentang AIDS,
pengesanan awal kes, penjagaan kesihatan dan pengamalan cara hidup sihat merupakan pertahanan
utama menghadapi ancaman wabak AIDS. Memandangkan kaitan yang rapat di antara AIDS dan isu
moral dan sosial maka kerjasama pelbagai agensi adalah sangat penting dalam mengawal dan
mencegah penularan penyakit ini.

P enagihan dadah dan salahlaku seks merupakan satu ancaman utama kepada keselamatan dan
kesihatan negara. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih daripada 70% penghidap HIV di
negara ini adalah dari kalangan penagih dadah dan kira-kira 20% lagi mendapat jangkitan HIV melalui
hubungan seks termasuk seks di luar nikah. Remaja merupakan golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti
virus HIV memandangkan remaja mempunyai naluri ingin cuba dan tingkahlaku mengambil risiko yang
tinggi. Statistik Kementerian Kesihatan bagi tahun 2000 mendapati 33.3% daripada 5,107 kes HIV yang
dilaporkan adalah mereka yang berumur 13 hingga 29 tahun. Kajian-kajian juga mendapati perlakuan
seks di luar perkahwinan termasuk di kalangan pelajar adalah tinggi iaitu antara 4.6% hingga 18% dan ini
amat membimbangkan. Begitu juga dengan gejala salah guna dadah di mana kira-kira 2.1% hingga 14%
remaja termasuk pelajar pernah terdedah kepada salahguna dadah. Oleh itu pelajar perlu diberi
persediaan bagi menghadapi persekitaran luar sekolah yang mencabar. Pepatah Melayu ada berkata,
“Melentur buluh hendaklah dari rebungnya”. Mereka perlu diberi pendidikan AIDS yang sempurna sesuai
dengan citarasa warga sekolah supaya mereka dapat mengamalkan cara hidup sihat dan membendung
merebaknya HIV kepada orang lain.

S aya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang yang telah menyediakan manual ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, kerjasama dan komitmen daripada pegawai-pegawai
Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memerangi masalah HIV/AIDS di
negara ini. Saya berharap manual ini dapat membantu anggota di Jabatan Pendidikan Negeri dan
Jabatan Kesihatan Negeri dalam melaksanakan program PROSTAR di sekolah di seluruh negara.

Sekian Terima Kasih

Datu’ Dr Hj. Mohamad Taha Arif


Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

3
Seulas Pinang

Program Hidup Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja – PROSTAR telah digerakkan beberapa tahun
kebelakangan ini berkat usahasama pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan dan Pendidikan di peringkat
negeri dan daerah serta guru dan pelajar di sekolah-sekolah menengah terpilih. Jelas terdapat kesan
yang positif yang ditunjukkan di kalangan para pelajar yang bergerak aktif dalam program ini. Kita
percaya ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh pelajar ini dapat dijadikan asas dalam
memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

Setiap warga sekolah dari kalangan guru, pelajar, ibubapa serta ahli masyarakat perlu membina
kemahiran dan sikap yang positif terhadap program ini. Semua pihak perlu berusaha bersama-sama dan
bersungguh-sungguh menangani gejala HIV/AIDS.

Hasil permuafakatan dari perkongsian pengalaman dan kepakaran pegawai-pegawai dari Jabatan
Kesihatan dan Jabatan Pendidikan, Buku Manual ini dapat disediakan. Saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menghasilkan manual ini yang sudah pasti menjadi
panduan dan rujukan untuk menjadikan PROSTAR lebih berkesan lagi.

Saya berharap semua pihak akan terus meningkatkan usaha bagi melahirkan generasi masa depan yang
mempunyai jati diri yang mantap dan peribadi yang mulia. PROSTAR diharap dapat mencapai hasrat
murni ini.

Sekian Terima Kasih.

Ketua Pengarah
Kementerian Pendidikan Malaysia

4
Prakata

Saya mengambil kesempatan ini menghulurkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada kumpulan penyunting edisi pertama ini, yang terdiri daripada kakitangan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
serta Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri Terengganu. Tanpa kerjasama semua
pihak, terbitan buku ini mungkin tidak menjadi kenyataan.

Adalah diharapkan buku ini akan menjadi panduan serta rujukan kepada guru-guru
atau kakitangan Jabatan Kesihatan dalam melaksanakan kursus kepada ahli-ahli
PROSTAR di peringkat sekolah menengah.

Saya amat berbangga kerana buku ini juga telah dilancarkan pada tarikh 09 Jun 2000
bersempena dengan Majlis Pelancaran Kelab PROSTAR Sekolah Peringkat Negeri
Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Perantau Damai, Rompin oleh Y.B Dr
Ahmad Sukri b. Hj Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Negeri
Pahang Darul Makmur.

Sekian Terima Kasih.

DR KHOO SOO TECK, KMN; BCK


Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

5
Senarai Penyumbang
Edisi ini adalah hasil olahan semula daripada edisi ketiga Modul Latihan Fasilitator
PROSTAR yang diterbitkan pada tahun 1999 serta percambahan fikiran ahli-ahli
kumpulan penyumbang. Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih di atas sumbangan mereka.

Edisi pertama ini diolah oleh sekumpulan penyumbang yang terdiri daripada:

Penasihat : Dr. Khoo Soo Teck


Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

Pengerusi J/K : Dr. Hj. Jalal b. Halil Khalil (Timb. Pengarah Kes. Pahang)
Ahli-ahli : Dr. Sha’ari Ngadiman (Pegawai Kesihatan AIDS Neg. Pahang)
En. Mohd. Nasir Abdullah (Peg. Pendidikan Kes.Negeri Pahang)
Dr. Hjh. Malia Mohd. Salleh (Peg. Kes. Epidemiologi Negeri. Pahang)
Dr. Asari b. Abdullah (Pegawai Kesihatan Daerah Pekan)
Dr. Rahimi bt Hassan (Pegawai Kesihatan Daerah Lipis)
Dr. Abd. Rahim b. Abdullah (Pegawai Kesihatan Daerah Rompin)
Dr. Mohd. Nasir Hj. Mokhtar (Pegawai Kesihatan Daerah Raub)
En. Hammed Noor Norddin (Peg. Pendidikan Kes.Negeri Terengganu)
En. Othman b. A. Bakar (Penyelia Pendidikan Kokurikulum Rompin)
Cik Salme Hussain (Guru SMK Rompin)
En. Mohd. Rashid b. Isa (Guru SMK Agama Muadzam Shah)
Cik Wan Zalinda Suria bt. Wan Hassan (Guru SMK Keratong)
Cik Norashikin bt. Hj. Ngadimon (Guru SMK Perantau Damai)
Cik Anita bt. Hj. Abu Hassan (Guru SMK Perantau Damai)
En. Tajul Ariffin Mohd. Ali (Guru SMK Perantau Damai)
En Mad Rosli Hussain (Guru SMK Keratong)
En. Khairul Nizam b. Ahmad (Guru MRSM Muadzam Shah)
Puan Mariam bt. Ngah (Guru MRSM Muadzam Shah)
Ustazah Saadiah bt Abd. Aziz (Sek.Men Keb. Agama Pahang)
Pn. Hasenah Moin (Ketua Jururawat – AIDS Negeri Pahang)
Pn. Jamiah bt. Ahmad (Ketua Jururawat PKD Rompin)
En. Asyam b. Ayoub (Inspektor Kesihatan PKD Rompin)
En. Mohd Nor Hisham b. Morawi (Insp. Kesihatan PKD Rompin)
En. Ahmad b. Kassim (Inspektor Penc. Malaria PKD Rompin)

6
KANDUNGAN MANUAL

Sekapur Sireh 3
Seulas Pinang 4
Prakata 5
Senarai Penyumbang 6
Kandungan Manual 7

Bab 1 Pengenalan
Pengenalan 9
Objektif latihan 10
Pemilihan pelatih 10
Panduan latihan 10
Penyertaan pelatih 11
Pemilihan fasilitator 12
Panduan untuk fasilitator 12
Tingkahlaku pelatih dan cara mengatasinya 13
Jadual latihan 14
Metod latihan 16

Bab 2 Modul 1 – Dasar Kelab Prostar Sekolah


Pengenalan 17
Rasional 17
Matlamat 18
Objektif 18
Dasar Kelab PROSTAR Sekolah 19
Tugas dan tanggungjawab 21
Pemantauan 21
Penilaian dan pencapaian ahli kelab 22
Organisasi Kelab PROSTAR Sekolah 22
Strategi 27
Anugerah 27

Bab 3 Modul 2 – Apa Yang Pelajar Perlu Tahu Mengenai Hiv/Aids


Pelajar Tanpa AIDS 28
Objektif 28
Kandungan 29
Metod 30
Proses 30
Takrif 31
Sejarah jangkitan HIV/AIDS 31

Bab 4 Modul 3 – Pelajar Dan Masalah Sosial


Merokok 35
Program Anti Dadah 38
Masalah Salah Laku Pelajar Di Malaysia 41
Bab 5 Modul 4 – Kehidupan Bermaruah Dan Sihat
Pengenalan 44
Kesihatan Remaja 45
Penilaian Tingkahlaku Berisiko 48
Mengambil Risiko dan Membuat Pilihan 53
Menghadapi Tekanan Rakan Sebaya 55

Bab 6 Modul 5 – Isu-Isu Berkaitan Dengan Aids


Menerokai Nilai dan sikap remaja 58
Kesan HIV dan AIDs 68
Remaja dan AIDS 70

Bab 7 Modul 6- Komunikasi


Aspek-aspek penting dalam komunikasi 72
Kaedah penyampaian maklumat 73
Pemilihan kaedah komunikasi 73
Kaedah-kaedah dalam komunikasi interpersonal 74
Kaedah-kaedah dalam komunikasi kumpulan 75
Kaedah pengucapan awam 78

Bab 8 Modul 7 – Mari Merancang


Topik Utama 81
Objektif 81
Kaedah 81
Proses 81
Nota Syarahan 83
Contoh – Senario 1, Senario 2 88

Bab 9 Modul 8 - Bina Insan


Objektif 91
Perkhemahan PROSTAR 92
Sukan PROSTAR 95
Program Bersama PROSTAR Sekolah 96
Program Motivasi 96
Program Lima Minit Bersama Rakan PROSTAR 97
Buletin PROSTAR 98
Aktiviti untuk pemikiran positif 99
Lampiran : Buku Log 101

Lampiran-Lampiran 107

8
BAB 1 - PENGENALAN

AIDS merupakan satu penyakit yang berjangkit dan tiada rawatan khusus yang
dapat menyembuhkan seseorang daripada penyakit ini. Berdasarkan hakikat tersebut,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membentuk satu program yang dikenali sebagai
PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja). Program ini telah
dilaksanakan dan manual latihan telah diwujudkan bagi perkara tersebut untuk pelajar-
pelajar sekolah menengah.

Kementerian Kesihatan Malaysia dari tahun 1986 hingga akhir tahun 2000 terdapat
38,233 orang telah dijangkiti oleh HIV, manakala dalam tempoh yang sama di Negeri
Pahang pula terdapat seramai 3,516 orang telah dilaporkan dijangkiti HIV. Bagi Negeri
Pahang, daripada jumlah yang dilaporkan itu, 92.2% kes adalah terdiri daripada
mereka yang berada dalam lingkungan umur diantara 13-40 tahun.

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 1994 mendapati 18% daripada 6,110
responden dari bandar dan luar bandar telah mempunyai pengalaman dalam
melakukan seks bebas. 75% daripada mereka adalah berusia 16-21 tahun. Dari data ini
menunjukkan memang terdapat masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja di
negara ini.

Diharapkan, dengan penubuhan kelab PROSTAR di sekolah, ini dapat mewujudkan


satu pendekatan baru kepada remaja dalam usaha memberi pendidikan penyakit AIDS
kepada rakan sebaya.

1.1 OBJEKTIF LATIHAN

Untuk membentuk sekumpulan remaja di sekolah yang mahir dalam merancang,


melaksana serta menilai aktiviti PROSTAR yang bersesuaian bagi rakan sebaya dan
seterusnya menubuhkan Kelab PROSTAR di sekolah-sekolah.

9
Objektif latihan ini adalah untuk :

1.1.1 Meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS serta kaitannya dengan remaja.

1.1.2 Mengadakan latihan bagi kegunaan kaedah komunikasi yang sesuai.

1.1.3 Membentuk tingkahlaku yang positif bagi mengelakkan risiko jangkitan


HIV.

1.1.4 Memberi kemahiran dalam menyediakan pelan tindakan aktiviti PROSTAR.

1.2 PEMILIHAN PELATIH

Pelatih adalah terdiri daripada ahli-ahli Kelab PROSTAR Sekolah. Mereka akan
menjana aktiviti atau projek “outreach” bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja
lain turut serta dalam usaha mencegah dan mengawal jangkitan HIV/AIDS. Kriteria
pemilihan pelatih dalam mengikuti latihan ini adalah seperti berikut;

• Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sekolah


• Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
• Berminat
• Mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga

1.3 PANDUAN LATIHAN

Modul-modul yang terdapat dalam manual latihan ini saling berkaitan. Oleh itu, adalah
perlu keseluruhan modul latihan ini dilaksanakan. Ianya diolah dengan mengambil kira
keperluan memberi pemahaman yang komprehensif serta tepat tentang HIV/AIDS dan
isu-isu yang berkaitan di dalam konteks sosiobudaya tempatan.

Watak dan nama yang terdapat dalam manual ini boleh diubahsuai mengikut
kesesuaian sensitiviti, aktiviti, masa dan tempat. Latihan yang memerlukan informasi
dan penekanan tambahan boleh diubah suai mengikut masalah setempat. Contohnya,
masalah perkongsian jarum suntikan dadah merupakan masalah besar, maka fakta-
fakta perlulah diubahsuai mengikut masalah ini.

10
1.4 PENYERTAAN PELATIH.

Sepanjang latihan fasilitator perlu mengemukakan soalan atau permasalahan kepada


pelatih untuk dijawab atau diselesaikan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis
mereka. Melalui kaedah latihan sebegini, pelatih dibiasakan menggunakan
pengetahuan yang diperolehi dalam pelbagai situasi yang mungkin tidak dibincangkan
di dalam sesi latihan. Ini juga membuatkan mereka lebih komited.

Fasilitator hendaklah sedaya upaya mewujudkan keadaan yang merangsang


penyertaan daripada pelatih. Pastikan juga setiap ahli di dalam kumpulan mengambil
bahagian. Fasilitator perlu sentiasa prihatin dan peka serta menggalakkan pelatih yang
tidak aktif untuk mengambil bahagian. Fasilitator juga perlu memastikan setiap pelatih
faham tentang perkara serta perbincangan semasa latihan.

1.5 PEMILIHAN FASILITATOR.

Fasilitator pilih daripada kalangan guru-guru yang telah dilatih di dalam kursus fasilitator
PROSTAR. Mereka boleh dibantu oleh anggota kesihatan yang terlatih dan
berpengalaman dalam HIV/AIDS. Bilangan fasilitator yang secukupnya perlu disediakan
bagi setiap kursus yang dianjurkan. Sebagai panduan, satu orang fasilitator bagi setiap
10 orang pelatih.

1.6 PANDUAN UNTUK FASILITATOR.

Fasilitator perlu memahami keseluruhan kandungan manual, terutama sesi yang akan
mereka kendalikan. Mereka perlu juga menambah kandungan manual dengan
menggunakan pengetahuan dan pengalaman sediada dan pembacaan tambahan untuk
setiap sesi yang bakal dikendalikan. Fasilitator perlu mewujudkan suasana yang selesa
dan informal agar pelatih lebih mudah berinteraksi dan mesra. Fasilitator perlulah peka
dan bertolak ansur terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh pelatih apabila topik berkaitan

11
hubungan manusia dibincangkan. Fasilitator tidak boleh mempersendakan pelatih atau
merangsang mereka untuk mempersendakan pelatih yang lain.

Semasa mengendalikan latihan, fasilitator digalakkan untuk memperkenalkan tajuk sesi


dan diri pada permulaan sesi. Beliau seterusnya menerangkan objektif latihan dan
menggalakkan soalan yang berkaitan dengan topik dan menghadkan soalan yang tidak
berkaitan yang boleh dijawab kemudian semasa latihan. Di samping itu, fasilitator perlu
membuat penilaian bagi setiap sesi yang dijalankan.

Bagi latihan ini, fasilitator hendaklah menetapkan dari awal lagi secara khusus apakah
yang perlu dicapai oleh sesi tersebut meliputi kemahiran dan pengetahuan yang akan
diperolehi oleh pelatih di akhir sesi. Fasilitator perlu mengenalpasti fakta pembelajaran
utama yang perlu difahami oleh semua pelatih di akhir sesi. Latihan ini juga perlu
pendekatan yang khusus dan tidak terlalu umum serta tidak mengulangi apa yang telah
diperkatakan di permulaan latihan atau apa yang akan dibincangkan oleh fasilitator
yang lain.

Sesetengah pelatih mungkin tidak tahu makna istilah yang digunakan oleh fasilitator
dalam sesetengah sesi. Terangkan maksud perkataan tersebut setiap kali sepanjang
sesi berlangsung.

Soalan janggal dan rumit adalah perkara biasa semasa membincangkan HIV/AIDS
sebagai contohnya isu seksualiti. Fasilitator perlu yakin dalam menangani dengan
bersahaja dan merasa selesa dengan kemungkinan tidak dapat menjawab sesetengah
soalan yang diajukan oleh pelatih. Sesetengah pelatih kadangkala menanyakan soalan
berbentuk peribadi seperti

• Adakah anda menggunakan kondom?


• Adakah anda telah menjalani ujian HIV?
• Adakah anda berpengalaman dalam seksual?

12
Fasilitator boleh berterus terang dengan menyatakan yang ia tidak selesa untuk
membincangkan hal-hal peribadinya, atau boleh mengatakan yang ia tidak mahu
mempengaruhi pelatih dengan pilihannya dan sebagainya. Kadangkala pendedahan hal
peribadi pada masa yang sesuai boleh mendatangkan kebaikan.

Sesetengah pelatih menanyakan permasalahan perubatan yang rumit dan tidak dapat
dijawab oleh fasilitator. Biasanya ia menunjukkan minat pelatih yang tinggi. Fasilitator
perlulah berterus terang dan jangan memberi jawapan yang salah hanya untuk
melindungi kelemahan sendiri. Catatkan soalan, dapatkan jawapan dari rakan lain atau
dilain masa dan beritahu kepada pelatih.

1.7 TINGKAHLAKU PELATIH DAN CARA MENGATASI.

Terdapat peserta yang mempunyai tingkahlaku yang tertentu. Seseorang fasilitator


harus dapat mengawal situasi tersebut. Berikut adalah cadangan cara-cara untuk
mengatasi tingkahlaku tersebut:

Bercakap tanpa berhenti – mencelah bila berpeluang dan minta pandangan pelatih
yang lain.

Pencelah – mencadangkan supaya beliau hanya memberikan pendapat selepas pelatih


yang diajukan soalan selesai memberikan pandangan.

“The rambler” (keluar dari tajuk perbincangan) – Ulangi soalan dan komen untuk
membawa perbincangan kepada persoalan asal.

Pembisik (menganggu perbincangan kumpulan) – Ajak pelatih berkongsi idea dengan


semua ahli kumpulan bukan pelatih disebelahnya saja.

Pendiam- beri peluang untuk diskusi dua hala. Cuba cari jalan untuk merangsang
pelatih itu bercakap.

13
1.8 JADUAL LATIHAN.

Latihan ini boleh dilaksanakan mengikut jadual yang bersesuaian oleh pihak sekolah,
samada secara terus (bermastautin) untuk empat (4) hari atau secara berperingkat-
peringkat. Walaupun begitu, keseluruhan modul perlu diberikan.

1.9 JADUAL LATIHAN FASILITATOR PROSTAR.

SETIAP HARI

MASA AKTIVITI MASA AKTIVITI


0600 – 0700 Subuh & Tazkirah 1245 – 1400 Makan Tengahari & Zohor
0700 – 0745 Senaman Pagi 1630 – 1700 Minum Petang & Asar
0800 – 0830 Sarapan Pagi 1800 – 1900 Makan Malam
1030 – 1045 Minum Pagi 1900 – 2100 Maghrib/Ishak/Tazkirah

HARI PERTAMA

MASA PERKARA / AKTIVITI


14.00 – 18.00 PENDAFTARAN
21.00 – 23.00 SUAI KENAL

HARI KEDUA

MASA PERKARA / AKTIVITI


08.30 –09.30 MODIUL 1
DASAR KELAB PROSTAR SEKOLAH DAN
PELAKSANAANNYA
09.30 – 12.45 MODIUL 2
• FIKIR-FIKIR
• LAYAR LARA
• HIV / AIDS I @ II
14.00 – 23.00 MODIUL 3
PELAJAR DAN MASALAH-MASALAH SOSIAL I & II

14
HARI KETIGA

MASA PERKARA / AKTIVITI

08.30 –10.30 MODIUL 4


KEHIDUPAN BERMARUAH DAN SIHAT
• KESIHATAN PELAJAR
• PILIHAN DAN PENILAIAN BERISIKO
• TEKANAN RAKAN SEBAYA
10.30 – 12.45 MODIUL 5
ISU-ISU BERKAITAN HIV/AIDS
• REMAJA RENTAN
• KESAN AIDS
• FAKTOR BERISIKO
• PERBINCANGAN
14.00 – 17.00 MODIUL 6
KOMUNIKASI
• CAKAP-CAKAP
• WARTAWAN
• RAJA BORONG
• SAMPAIKAN
21.00 – 23.00 MODIUL 7
MARI MERANCANG
• SENARIO
• PELAN PERANCANGAN
• PERSEMBAHAN KUMPULAN

HARI KEEMPAT

MASA PERKARA / AKTIVITI

08.00 - 10.00 MODIUL 8


BINA INSAN
10.30 – 11.30 PERBINCANGAN DAN PENYERAHAN BUKU LOG
11.30 – 12.45 MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL

15
1.10 METOD LATIHAN

Di antara beberapa metod pengajaran yang boleh digunakan semasa latihan


termasuklah ceramah, ceramah yang diikuti dengan perbincangan, main peranan,
kajian kes, perbincangan kumpulan dan kerja kumpulan, simulasi dan sumbang saran.

Melalui modul ini segala metod tersebut tidaklah dapat dinyatakan secara terperinci.
Walau bagaimanapun, fasilitator PROSTAR digalakkan menggunakan pelbagai kaedah
pembelajaran secara partisipasi. Sesetengah kumpulan kerja memerlukan 3 – 5 ahli
manakala sesetengah pula memerlukan 8 – 10 ahli.

1.11 AKTIVITI BAGI KELAB PROSTAR SEKOLAH - BINA INSAN (BAB 7)

Bab ini disediakan bagi memberikan panduan untuk menganjurkan aktiviti PROSTAR di
sekolah atau program latihan.

16
BAB 2 - MODUL 1
DASAR KELAB PROSTAR SEKOLAH DAN KAEDAH
PELAKSANAAN

2.1 PENGENALAN

Modul ini menerangkan tentang teras pelaksanaan dasar Kelab PROSTAR Sekolah
yang akan digunapakai oleh sekolah-sekolah menengah bagi seluruh Malaysia. Modul
ini menjelaskan dasar, definisi, matlamat, objektif, struktur organisasi dan perlaksanaan
aktiviti-aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah.

2.2 RASIONAL

Usaha murni untuk mewujudkan Kelab PROSTAR sekolah adalah berdasarkan kepada
rasional berikut:

2.2.1 Sekolah merupakan institusi yang terdiri daripada golongan remaja yang
mempunyai kriteria asasnya yang sama. Keadaan ini memudahkan pengetahuan
dan maklumat yang disampaikan.
2.2.2 Peringkat umur semasa pelajar dalam alam persekolahan merupakan
masa yang sesuai untuk diberi pendedahan tentang perkara-perkara yang
berkaitan dengan penyakit AIDS dan cara-cara mengelakkan diri dari
jangkitan tersebut.
2.2.3 Sebelum pelajar-pelajar meninggalkan alam persekolahan mereka wajar
dibekalkan dengan pengetahuan tentang penyakit AIDS dan pentingnya
mengamalkan cara hidup sihat.
2.2.4 Pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar akan dapat merangsang pembinaan
daya tahan diri menghadapi ancaman dan pengaruh kepada aktiviti kurang sihat
yang menjurus kepada jangkitan HIV/AIDS.
2.2.5 Pelajar adalah golongan yang dianggap mempunyai risiko yang tinggi untuk
dijangkiti virus HIV. Di antara faktor yang menyokong andaian tersebut adalah
perkembangan psikologikal remaja yang menonjolkan naluri percubaan seksual,
peningkatan kepekaan terhadap aspek-aspek anatomi, percubaan menikmati

17
dadah dan tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka boleh dijangkiti virus
HIV.

2.3 MATLAMAT.

PROSTAR ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang


jangkitan dan pencegahan HIV/AIDS di kalangan pelajar agar mereka dapat
mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni.
Disamping itu ia juga bertujuan melahirkan generasi yang bermaruah dan
bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara,
seterusnya memupuk minat para pelajar untuk meneruskan penyertaannya di
dalam program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alam
persekolahan mereka.

2.4 OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar akan bahayanya jangkitan
HIV, cara pencegahan dan kawalannya dengan :-

2.4.1 Menggalakkan pelajar mengamalkan cara hidup sihat berteraskan ajaran


agama dan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi pelajar-pelajar
lain kearah amalan cara hidup sihat dan bermoral.

2.4.2 Melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal, mental dan
spiritual.

2.4.3 Membentuk generasi pelajar yang bermaruah, dan bertanggungjawab


kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
2.4.4 Memupuk daya kepimpinan yang berkualiti, inovatif, kreatif, kritis dan
berwawasan dikalangan pelajar.

18
2.5 DASAR KELAB PROSTAR SEKOLAH

2.5.1 Definisi Kelab PROSTAR Sekolah


Kelab PROSTAR Sekolah (Program Sihat tanpa AIDS untuk Remaja)
ialah sebuah kelab di sekolah- sekolah menengah yang menjalankan
aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan pencegahan HIV/AIDS di samping
menggalahkan amalan cara hidup yang sihat.

2.5.2 Penubuhan
Kelab PROSTAR Sekolah perlu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah
berdasarkan kolaborasi dan persetujuan antara Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.5.3 Keahlian
Kelab ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lelaki dan perempuan berumur 13
tahun ke atas. Minima keahlian ialah 30 orang bagi sesebuah sekolah.

2.5.4 Pengiktirafan Kelab PROSTAR


Kelab PROSTAR Sekolah diiktiraf sebagai suatu aktiviti Ko-Kurikulum di
sekolah.

2.5.5 Naungan Kelab PROSTAR


Kelab PROSTAR Sekolah diletakkan di bawah naungan Pengetua
sekolah. Pengetua sekolah melantik seorang guru sebagai penasihat
kelab. Ahli-ahli jawatankuasa dianggotai sepenuhnya oleh pelajar sekolah.

2.5.6 Taraf Ahli Kelab PROSTAR


Semua ahli kelab PROSTAR sekolah adalah ahli kelab PROSTAR
sekolah dengan mengisi borang keahlian dan pengurusan kelab di
peringkat sekolah adalah di bawah bidang kuasa penaung, penasihat dan
ahli jawatankuasa kelab PROSTAR sekolah sepenuhnya.

19
2.5.7 Yuran Kelab PROSTAR

Yuran bulanan (jumlah yuran bulanan bergantung kepada Kelab Sekolah)


boleh diwujudkan untuk menjalankan aktiviti kelab diperingkat sekolah dan
duit tersebut hendaklah di simpan oleh Bendahari Kelab Sekolah dan
dibentangkan penyata kewangannya kepada ahli-ahli kelab.

2.5.8 Kebenaran Aktiviti

Setiap aktiviti kelab PROSTAR yang melibatkan pelajar yang diadakan di


luar sekolah perlu mendapat kebenaran dan kelulusan Pejabat Pendidikan
Daerah dan penjaga.

2.5.9 Sumber Kewangan

Kelab PROSTAR boleh mendapat sumber kewangan daripada;

a. Peruntukan aktiviti ko-kurikulum sekolah


b. Yuran bulanan dari ahli kelab
c. Peruntukan dari Kelab PROSTAR daerah dan negeri
d. Sumber daripada aktiviti pungutan derma (fund raising activities) serta
lain-lain sumber.

2.5.10 Buku Log Aktiviti


Buku log akan dibekalkan kepada setiap ahli . Segala aktiviti perlu
dicatatkan dalam buku log dan hendaklah disemak oleh Guru Penasihat
Kelab dan Penyelaras Kelab PROSTAR Daerah. (contoh buku log seperti
lampiran ).

2.5.11 Laporan Aktiviti

Laporan pemantauan bulanan hendaklah dihantar ke Pejabat Kesihatan


Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah. Laporan ini disediakan oleh
Pengerusi Kelab Sekolah dan disemak oleh guru penasihat.

20
2.6 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

2.6.1 Pegawai Kesihatan AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan


Kesihatan(AIDS) bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras
dan memantau aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah di peringkat
negeri.

2.6.2 Pegawai Kesihatan Daerah bertanggungjawab memberi nasihat


dalam merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Kelab
PROSTAR Sekolah di peringkat daerah dengan dibantu oleh
Inspektor Kesihatan.

2.6.3 Pegawai Pendidikan Daerah dan Pengetua sekolah berperanan


memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli
kelab dalam melaksana/menyertai aktiviti kelab PROSTAR.

2.6.4 Guru Penasihat bertanggungjawab membimbing, merancang,


menyelaras dan memantau aktiviti kelab PROSTAR Sekolah dan
memberi maklumbalas aktiviti kelab serta permasalahan kepada
Pegawai Kesihatan Daerah & Pegawai Pendidikan Daerah.

2.6.5 Ahli Jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah bertanggungjawab


melaksana serta menjalankan aktiviti kelab dan memberi
maklumbalas kepada guru penasihat.

2.7 PEMANTAUAN

2.7.1 Pemantauan aktiviti kelab akan dibuat dengan menggunakan format KPS-
01/01.

2.7.2 Laporan ini disediakan oleh guru penasihat dan dihantar kepada Pegawai
Kesihatan Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah pada setiap bulan (
sebelum 10 hb)

2.7.3 Laporan bulanan ini dikompail oleh Pegawai Kesihatan Daerah dan
dikemukakan kepada Jabatan Kesihatan Negeri sebelum 15 hb.

2.7.4 Laporan daripada daerah dikompail oleh Pegawai Kesihatan AIDS dan
dikemukakan ke Kementerian Kesihatan sebelum 20 hb.

21
2.8 PENILAIAN PENCAPAIAN AHLI KELAB

2.6.1 Penilaian keberkesanan aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah akan dilakukan


pada setiap penghujung tahun.

2.6.2 Penilaian akan dilakukan oleh guru penasihat berdasarkan buku log ahli.

2.6.3 Penilaian juga dibuat dengan menggunakan borang ujian pengetahuan


dan sikap mengenai HIV/AIDS ke atas pelajar terpilih melalui kaedah
pensampelan.

2.6.4 Peratus pencapaian keseluruhan ahli berdasarkan buku log akan


dibandingkan dengan pencapaian melalui ujian

2.9 ORGANISASI KELAB PROSTAR SEKOLAH

Kelab ini beroperasi dan dinilai sebagaimana kelab-kelab kokurikulum yang lain
di sekolah. Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah
memainkan peranan membentuk organisasi kelab PROSTAR di sekolah-sekolah
seperti yang ditunjukkan dicarta-carta dibawah:

Carta 1: Penganjur Kelab PROSTAR Sekolah.


Carta2: Peranan dan tanggung jawab Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat
Kesihatan Daerah.
Carta 3: Aliran Penubuhan kelab PROSTAR sekolah.
Carta 4: Organisasi Kelab PROSTAR sekolah.

22
Carta 1: Penganjur Kelab PROSTAR Sekolah.

Pej. Kesihatan Pejabat


Daerah(MOH/Unit Pendidikan
Sekolah) Daerah

Penyelaras Kelab Guru Penasihat


PROSTAR Daerah Kelab Sekolah
(Insp. Kes. AIDS)

Kelab PROSTAR
Sekolah

Carta 2: Peranan dan tanggung jawab Pejabat Pendidikan Daerah dan


Pejabat Kesihatan Daerah.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PEGAWAI KESIHATAN DAERAH/
(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH) PENYELARAS PROSTAR –IK AIDS)
♦ memberi kerjasama kepada ♦ mengadakan mesyuarat 3 kali
Pegawai Kesihatan Daerah/ Ik setahun bersama PPD dan guru-
dalam urusan penubuhan kelab guru penasihat PROSTAR.

23
PROSTAR di sekolah. ♦ merancang dan menyelaras
♦ mengadakan perbincangan aktiviti PROSTAR sekolah
dengan PKD dan IK dalam usaha diperingkat daerah.
memantapkan operasi kelab.
♦ memantau pengurusan dan ♦ memberi khidmat pengurusan
perlaksanaan aktiviti-aktiviti kelab dan teknikal kepada guru
dari masa ke semasa. penasihat kelab PROSTAR
♦ bekerjasama dengan PKD sekolah.
untuk menganjur konvensyen ♦ memantau aktiviti PROSTAR
PROSTAR peringkat daerah. sekolah.

24
Carta 3: Aliran Penubuhan kelab PROSTAR sekolah.

Persetujuan Penubuhan
Kelab PROSTAR di sekolah
antara PPD dan PKD

Taklimat pengurusan dan


operasi kelab kepada
Pengetua dan Guru
penasihat

Penubuhan kelab di
peringkat sekolah
Penolong PPD
sektor Inspektor
kemanusiaan Kesihatan
Unit AIDS

Perlantikan ahli
jawatankuasa kelab

Perlaksanaan aktiviti
kelab.

25
Carta 4: Organisasi Kelab PROSTAR sekolah

PENAUNG
(PENGETUA
SEKOLAH)

GPK (HEM)

Guru Penasihat
Kelab

J
A
W
A
T Pengerusi
A
N
Naib Pengerusi

K
U
A
S
A
Bendahari Setiausaha

K
E
Pen. Setiausaha
L
A
B 7 Orang Ahli
Jawatankuasa

26
2.7 STRATEGI
• Memberi pendedahan kepada guru-guru penasihat tentang pengurusan dan
operasional kelab melalui kursus fasilitator Kelab PROSTAR yang dianjurkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Membentuk jawatankuasa Kelab PROSTAR Sekolah dikalangan pelajar- pelajar.
• Membuat penilaian dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli kelab
sebagaimana yang dilakukan oleh kelab-kelab ko-kurikulum yang lain di sekolah.
• Mendapat khidmat nasihat pengurusan dan teknikal daripada pegawai
penyelaras Kelab PROSTAR Daerah.
• Merancang takwim aktiviti dan melaksanakannya secara berkesan dan
berterusan.
• Mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan agensi luar yang berkaitan
dalam melaksanakan aktiviti Kelab PROSTAR.

2.8 ANUGERAH

Ahli-ahli Kelab PROSTAR dianugerahkan lencana kecemerlangan berdasarkan tahap


penglibatan mereka.
• Lencana PROSTAR Diamond – Mewakili negara
• Lencana PROSTAR Emas – Penglibatan diperingkat kebangsaan.
• Lencana PROSTAR Perak – Penglibatan diperingkat negeri.
• Lencana PROSTAR Gangsa – Penglibatan yang aktif di peringkat sekolah.
• Dikurniakan sijil penghargaan/penyertaan – Penglibatan dalam aktiviti yang dianjur
oleh Kelab PROSTAR.

27
BAB 3 - MODUL 2
APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI HIV / AIDS

3.1 PELAJAR TANPA AIDS.

AIDS merupakan satu penyakit yang amat merbahaya dan mengancam manusia
sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS
menyukarkan lagi usaha untuk mengawal wabak AIDS. Jangkitan HIV berkait rapat
dengan tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat sensitif serta peribadi. AIDS
telah menyebabkan tiga bentuk wabak besar melanda dunia iaitu wabak jangkitan HIV,
wabak AIDS dan yang lebih besar lagi wabak reaksi sosial, budaya, ekonomi, dan
politik. Kajian sains menunjukkan jangkitan HIV bermula pada tahun 1970an diikuti kes
AIDS pertama pada tahun 1981. Orang yang telah dijangkiti HIV sering disisihkan oleh
keluarga dan masyarakat. Adalah diharapkan, dengan pendedahan ini, kita dapat
mengimbangi kesan wabak diatas.

3.2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

3.2.1 OBJEKTIF UMUM


o Memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai HIV / AIDS.
o Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai penyakit–penyakit lain.

3.2.2 OBJEKTIF KHUSUS


o Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para pelajar akan bahaya
jangkitan HIV , cara pencegahan dan kawalannya.
o Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para pelajar akan tanda-
tanda penyakit yang berkaitan dengan jangkitan HIV.
o Memberikan maklumat / input tentang penyakit-penyakit lain yang
seringkali dihidapi oleh komuniti bergantung kepada masa dan tempat.

28
o Menggalakkan para remaja mengamalkan cara hidup sihat
berlandaskan nilai-nilai murni dan agama.

3.3 KANDUNGAN.
3.3.1 Pendahuluan kepada HIV/AIDS.
• Takrif AIDS.
• Apa itu jangkitan HIV.
• Sejarah HIV/AIDS.

3.3.2 Senario wabak HIV/AIDS.


• Global.
• Regional (WPRO).
• Malaysia.

3.3.3 Jangkitan HIV.


• Bagaimana HIV boleh berjangkit dan tidak boleh berjangkit.
• Bagaimana HIV memusnahkan sistem daya tahan tubuh melawan
penyakit.
• Spektrum jangkitan HIV.
• Window period.
• Jangkitan HIV primer
• Jangkitan HIV asymptomatik (tempoh pengeraman)
• Penyakit AIDS.

3.3.4 Pengurusan jangkitan HIV.


• Ujian HIV.
• Kaunseling.
• Rawatan jangkitan HIV.
3.3.5 Kaitan penyakit kelamin (STD) dengan jangkitan HIV.

3.3.6 Pencegahan jangkitan HIV.

29
3.4 METOD
Ceramah, menonton video dan perbincangan kumpulan.

3.5 PROSES.
Sesi dimulai dengan sesi ‘fikir-fikir’ dimana semasa sesi ini para pelajar diminta
untuk menyatakan pendapat mereka mengenai jangkitan HIV/AIDS setakat yang
mereka ketahui.
Selesai sesi ‘fikir-fikir’ peserta akan ditunjukkan dengan video `Layar lara’

3.5.1 Menerangkan skop ceramah.


• Apa itu HIV, jangkitan HIV dan AIDS.
• Situasi semasa HIV/AIDS seluruh dunia, Pasifik Barat dan Malaysia.
• Bagaimana tubuh badan manusia melawan penyakit.
• Bagaimana HIV membiak di dalam tubuh manusia.
• Peringkat-peringkat jangkitan HIV.
• Ujian HIV serta makna daripada keputusan positif dan negatif.
• Bagaimana manusia boleh dan tidak boleh dijangkiti virus HIV.
• Bagaimana jangkitan HIV dapat dicegah.

3.5.2 Pendahuluan kepada HIV/AIDS.


Jemput beberapa pelajar untuk menerangkan apa yang mereka faham tentang
penyakit AIDS serta perbezaan di antara AIDS, HIV (iaitu virus) dan jangkitan
HIV. Tanyakan juga kepada beberapa pelajar lain sejarah HIV/AIDS seperti
bilakah AIDS mula dikenalpasti, dimana dan golongan manakah yang mula-mula
terlibat. Bilakah virus HIV mula dikenalpasti dan oleh siapa.
Jelaskan dan bincangkan dengan lebih lanjut Virus HIV dan takrif AIDS slaid.

30
3.6 TAKRIF

3.6.1 AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrom)


AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.
Peringkat ini adalah peringkat terakhir Jangkitan HIV. Pada peringkat ini sistem
daya tahan tubuh melawan penyakit dan kanser telah lumpuh. Pesakit akan
mendapat gejala jangkitan oportunis dan barah tertentu.

3.6.2 HIV (Human Immunodeficiency Virus)


HIV adalah singkatan bagi sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan
badan seseorang. HIV menyebabkan AIDS.

3.7 SEJARAH JANGKITAN HIV / AIDS


Kes jangkitan HIV pertama telah dikesan pada tahun 1981 di California Amerika
Syarikat. Jangkitan ini bermula di kalangan golongan homoseksual diikuti
biseksual dan heteroseksual. Kawasan yang paling teruk adalah Sub Sahara
Afrika diikuti oleh Asia Selatan (India) dan Asia Tenggara (Negara Thai).

Di Malaysia, kes pertama HIV dikesan pada tahun 1986. Sehingga akhir tahun
1999, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat 33,233 kes dikesan.

3.7.1 JANGKITAN HIV


3.7.1.1 Cara Jangkitan HIV
Terdapat tiga cara yang boleh menyebabkan penyebaran HIV iaitu:
a) Hubungan seksual
HIV merebak melalui pemindahan cecair badan daripada seorang yang
telah dijangkiti kepada seorang yang lain, apabila mereka mengadakan
hubungan seks
b) Penggunaan dadah

31
HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk
menyuntik dadah
c) Jangkitan ibu kepada bayi
Ibu yang telah dijangkiti HIV boleh merebakkan HIV kepada bayinya
ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan

3.7.1.2 BAGAIMANA HIV MEMUSNAHKAN SISTEM PERTAHANAN


Apabila virus HIV menyerang sel-sel darah putih dalam tubuh manusia, sel-sel
tersebut akan musnah dan menyebabkan sistem daya tahan penyakit tidak
mampu lagi menahan serangan-serangan penyakit lain.

3.7.1.3 SPEKTRUM JANGKITAN HIV


“Window period” – peringkat di mana walaupun virus HIV terdapat di dalam darah
“pesakit” tetapi tahap antibodi terhadap HIV tidak mencukupi untuk dikesan melalui
ujian pengesanan antibody terhadap HIV. Tubuh mengambil masa antara 6
minggu hingga 3 bulan untuk mengeluarkan sejumlah antibodi yang mampu
dikesan oleh ujian tertentu.

“Asymptomatic HIV” – peringkat di mana ujian HIV telah dapat mengesan


kehadiran antibodi terhadap kuman HIV tetapi “pesakit” nampak sihat tanpa tanda-
tanda tertentu. Kebanyakan mereka mengambil masa selama sepuluh tahun untuk
menunjukkan tanda-tanda AIDS, tetapi jangka masa ini mungkin lebih pendek jika
tahap kesihatan dan pemakanan pesakit rendah.

“AIDS” – adalah peringkat di mana tahap daya tahan diri melawan penyakit telah
lumpuh dan pesakit menunjukkan tanda-tanda tertentu. Kira-kira 50% pesakit
AIDS akan mati dalam masa kurang 2 tahun.

Di semua peringkat di atas, “pesakit” adalah berbahaya kerana boleh


menjangkitkan HIV kepada orang lain.

32
3.7.1.4 PERINGKAT AIDS: Tanda-tanda
Di antara tanda-tanda penyakit AIDS ialah:
a) Berat badan berkurangan tanpa sebab
b) Cirit-birit yang berlanjutan
c) Demam yang berpanjangan
d) Batuk-batuk yang berterusan
e) Bengkak-bengkak di leher, ketiak atau pangkal paha
f) Berlaku penyakit kandidiasis (penyakit kulit) yang disebabkan oleh sejenis
kulat di bahagian mulut dan tekak
g) Mempunyai penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan kelumpuhan
daya tahan pesakit

3.7.1.5 PENGURUSAN JANGKITAN HIV.

Jelaskan kepada pelajar dengan bantuan lut sinar prosedur untuk ujian
antibodi HIV dan terangkan juga akan perbezaan antara ujian saringan
dan ujian pengesahan serta maksud HIV positif dan negatif. Jelaskan
juga dimana perkhidmatan ujian darah untuk HIV boleh didapati.

Jelaskan kepada pelajar dengan bantuan lut sinar kenapa, apa dan bila
kaunseling dalam HIV/AIDS perlu kepada orang yang bimbang dijangkiti
(worried well), berisiko tinggi, terutama yang tidak mahu menjalani ujian
HIV, mereka yang telah dijangkiti dan pesakit AIDS, mereka yang
merawat pesakit HIV/AIDS, mangsa rogol, penderaan seks dan pelajar
yang terlibat dengan seks bebas atau perkongsian dadah secara
suntikan.

Jelaskan dengan bantuan lut sinar bahawa pada masa ini belum ada
ubat yang boleh menyembuhkan atau vaksin yang boleh mencegah
jangkitan virus HIV. Oleh itu rawatan adalah terhad kepada merawat

33
komplikasi daripada jangkitan HIV iaitu jangkitan oportunis dan penyakit
barah.

3.7.1.6 AIDS TIDAK BOLEH MEREBAK


Penyakit AIDS tidak boleh merebak melalui :
• Menyentuh seorang yang dijangkiti
• Duduk bersebelahan dengan pesakit
• Bekerja dalam satu pejabat
• Bermain atau berkawan
• Makan makanan yang dimasak atau dihidangkan oleh pesakit AIDS.
• Berkongsi pengangkutan awam
• Berkongsi bilik air ataupun tandas.
• Menderma darah untuk pesakit AIDS.

3.9 BAHAN
Komputer dan LCD / Lut sinar, slaid, ohp, slaid , video dan papan tulis.

3.10 JANGKAMASA
4 jam.

3.11 PENILAIAN
Pelajar dapat menerangkan;
• Situasi semasa HIV/AIDS berpandukan kepada lut sinar serta menyatakan makna
daripada perkataan HIV, jangkitan HIV dan AIDS.
• Sistem daya tahan tubuh badan manusia melawan penyakit dan bagaimana HIV
membiak di dalam tubuh manusia berpandukan kepada komputer dan LCD / lut
sinar.
• Peringkat-peringkat jangkitan HIV berpandukan kepada komputer dan LCD/lut sinar
serta bagaimana mendapatkan ujian HIV.
• Bagaimana HIV boleh menjangkiti dan cara-cara mencegah jangkitan HIV.

34
BAB 4 - MODUL 3
PELAJAR DAN MASALAH-MASALAH SOSIAL

Pelajar merupakan golongan yang seringkali terdedah dengan pelbagai masalah sosial.
Pada masa sekarang , golongan ini semakin kurang mendapat perhatian daripada
ibubapa mereka sendiri dan masyarakat sekeliling. Justeru itu , mereka perlu dibimbing
serta diberi perhatian secukupnya supaya generasi berwibawa dapat dilahirkan di
tengah-tengah kemajuan dunia.

Kurangnya pengawasan daripada ibubapa ini, telah menyebabkan pelajar terdedah


kepada banyak masalah sosial seperti :
a) Merokok
b) Penagihan Dadah
c) Lain-lain Aktiviti – Bohsia , Bohjan, Gangsterism, Pelacuran , Peras Ugut dan
Kongsi Gelap.

4.1 MEROKOK
Modul ini bertujuan melindungi warga sekolah daripada bahaya asap rokok. Merokok
menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia samada secara langsung atau tidak
langsung. Terdapat lebih kurang 25 jenis penyakit terutamanya penyakit kanser,
jantung dan saluran pernafasan yang dikaitkan dengan merokok.

Semenjak dua dekad yang lalu, penggunaan tembakau telah menjadi masalah
kesihatan awam yang serius di Malaysia. Tiga jenis penyebab kematian utama di
Malaysia adalah akibat penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau iaitu
penyakit jantung iskemia , angin ahmar ( stroke ) dan kanser. Melalui Laporan WHO ,
dianggarkan terdapat 1.1 bilion penduduk di seluruh dunia merokok iaitu 47 % adalah
lelaki dan 12 % wanita dewasa.

Kadar prevalens merokok di Malaysia dalam satu dekad yang lalu , menunjukkan
peningkatan yang ketara. Pada tahun 1986 , prevalens merokok di kalangan penduduk
di Semenanjung Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah 21% . Prevalens merokok

35
di kalangan lelaki adalah 41 % manakala wanita adalah 4%. Berdasarkan tinjuan
Kesihatan dan Morbiditi 1996 , prevalens di kalangan dewasa lelaki adalah 49.2 % dan
wanita dewasa 3.5 % manakala di kalangan remaja 12-18 tahun ialah 16.7
%.Prevalens dikalangan remaja lelaki ialah 30.7% dan di kalangan remaja wanita ialah
4.8%.

4.1.1 OBJEKTIF
Menyedarkan pelajar khususnya yang merokok mengenai kesan-kesan buruk
akibat rokok.
Membantu pelajar-pelajar yang merokok membuat keputusan untuk berhenti
merokok.
Membantu pelajar-pelajar yang merokok menghentikan tabiat merokok secara
teratur dan kekal tidak merokok.

4.1.2 KANDUNGAN
Terdapat beberapa sebab seseorang itu merokok dan di antaranya ialah :
Ingin menonjolkan imej yang hebat dan anggun
Ingin menonjolkan kedewasaan
Ingin mencuba
Ingin mengikut tingkah-laku ibu-bapa
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh iklan
Berkemampuan untuk membeli rokok
Mudah diperolehi di pasaran

4.1.3 METHODOLOGI PENCEGAHAN AMALAN MEROKOK


Pelajar-pelajar perlu didedahkan mengenai:
a) Bahaya tembakau kepada kesihatan
b) Menghisap rokok bukanlah perlakuan yang hebat
c) Amalan merokok adalah sesuatu perlakuan yang sia-sia
d) Kaedah-kaedah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan tabiat merokok.

36
e) Melalui perundangan iaitu salah satu strategi yang berkesan untuk mengawal
penggunaan tembakau dikalangan pelajar. Antara peruntukan perundangan tersebut
ialah :
• Sekolah merupakan kawasan larangan merokok
• Remaja yang berumur 18 tahun kebawah adalah dilarang merokok
atau mengunyah hasil tembakau atau membeli atau mempunyai dalam
milikannya samada untuk kegunaan sendiri atau tidak, apa-apa hasil
tembakau.
• Perlu meletakkan papan tanda di larang merokok di kawasan sekolah
• larangan menjual hasil tembakau kepada mereka berumur 18 tahun ke
bawah.

4.1.4 PENDIDIKAN KESIHATAN UNTUK PENCEGAHAN MEROKOK


Para pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai aktiviti pendidikan untuk mengelakkan
mereka merokok dan di antara topik-topik pendidikan tersebut adalah :

a) Bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam asap rokok kebanyakannya


membahayakan Kesihatan
b) Penyakit-penyakit dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan tembakau
kerana penyakit-penyakit ini memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan dan
selalunya penyakit ini adalah penyakit kronik yang mungkin akan berterusan
sepanjang hayat.
c) Maksud iklan yang disampaikan oleh syarikat rokok perlu diterangkan kepada para
pelajar sebenarnya.
d) Pelajar-pelajar sekolah perlu diberitahu mengenai peraturan-peraturan kawalan hasil
tembakau supaya mereka tidak melakukan kesalahan.

4.1.5 KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT


a) Ceramah anti merokok
b) Pameran
c) Kuiz

37
d) Pertandingan Melukis Poster

4.1.6 BAHAN PENDIDIKAN


a) LCD dan Transpirasi
b) Buku rujukan manual berhenti merokok

4.1.7 JANGKAMASA
Waktu: 1-11/2 jam

4.1.8 PENILAIAN
Pelatih dapat menerangkan :
a) Bahaya merokok terhadap diri mereka dan masyarakat sekitar
b) Pelajar dapat mengurangkan tabiat merokok

4.2 PROGRAM ANTI DADAH


Masalah dadah bermula pada kurun ke-19 lagi dengan kedatangan buruh dan
kumpulan imigran yang mencari peluang pekerjaan. Tabiat ini menular kepada rakyat
tempatan Pada pertengahan abad ke dua puluh masalah candu telah dikesan di negara
ini dan diikuti oleh masalah heroin di awal tahun 70 an. Pada masa ini masalah dadah
telah merebak hampir keseluruh pelusuk negara. Peningkatan insiden penagihan dadah
di Malaysia sejak tahun 1970 an disebabkan kerana ianya mudah diperolehi di mana-
mana. Jumlah penagihan dadah yang berulang telah direkodkan oleh sistem NADI
sejak tahun 1988 purata sebanyak 40 % dari jumlah penagih yang dikesan.
Bagi mengatasi masalah ini Agensi Dadah Kebangsaan telah diluluskan pada Februari
1996. Agensi Dadah Kebangsaan ini berperanan untuk memerangi ancaman dadah
bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah Di antara bidang
tugasnya yang lain ialah melaksanakan program pencegahan, rawatan dan pemulihan.
Di sekolah program pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan melalui kurikulum, ko-
kurikulum, latihan guru, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

38
4.2.1 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
a) Membentuk pemikiran pelajar supaya membenci dadah
b) Mengubah sikap dan persepsi pelajar terhadap kegiatan dadah
c) Melibatkan masyarakat keseluruhannya dalam mekanisme pencegahan dadah.

4.2.2 METOD
a) Ceramah
b) Pameran anti dadah
c) Lawatan ke Pusat Serenti
d) Perbincangan kumpulan.

4.2.3 KAEDAH PERLAKSANAAN


i. Sesi ini dimulakan dengan slot “fikir-fikir” yang mana para pelajar diminta
mengeluarkan pendapat mereka mengenai dadah dan kaitannya dengan jangkitan
HIV/AIDS
ii. Menerangkan skop ceramah mengenai :
a) Situasi semasa penagihan dadah di Malaysia
b) Jenis-jenis dadah yang digunakan
c) Data-data mengenai profil pekerjaan penagih dadah
d) Taraf pendidikan penagih dadah
e) Cara-cara penagihan dadah
f) Tanda-tanda dan kesan penagihan dadah
g) Bagaimana pelajar boleh terlibat dengan dadah
h) Bagaimana menghindar diri dari terjebak dengan penagihan dadah

iii. Kandungan ceramah adalah seperti berikut:


a) Senario Permasalahan dadah di Malaysia
Dianggarkan bilangan penagih yang dapat dikesan dari tahun 1988-1995
ialah seramai 197,747 kes. Dari jumlah ini 61.5 % adalah mereka yang

39
kembali menagih setelah berjaya dipulihkan Manakala 38.5 % adalah mereka
yang baru melibatkan diri di dalam penagihan dadah.

b) Jenis-jenis dadah yang kerap kali disalahgunakan adalah seperti berikut:


Heroin - 69.5%
Cannabis - 16.36%
Morphine - 12.16%
Pill - 0.47%
Opium - 0.22%
Inhalation - 0.02%
Lain-lain - 1.21%

c) Data-data mengenai profil pekerjaan penagih dadah pada tahun 1995 adalah
seperti berikut:
Buruh/Pekerja Am - 26.6%
Tiada pekerjaan - 12.2%
“Sales” - 11.1%
Pertanian - 10.4%
Pembinaan - 10.4%
Pengeluaran - 8.6%
Pengangkutan -7.7%
Perkhidmatan kerajaan/swasta - 9.6%

d) Data mengenai taraf pendidikan bagi penagih dadah yang baru dikesan
sebagaimana berikut:
Tidak bersekolah - 3.2%
Sekolah rendah - 22.5%
Menengah rendah - 46.0%
Menengah atas - 26.5%
IPT - 1.8%

40
e) Cara-cara penagihan dadah
“Chasing” - 49.83%
“Smoking” - 24.21%
“Injecting” - 23.5%
“Drinking” - 1.7%
“Swallow” - 0.7%
“Sniffing” - 0.06%

4.2.4 BAHAN-BAHAN
a) Overhead Projektor, Slaid Projektor, Komputer dan LCD

4.2.5 JANGKAMASA CERAMAH


Masa : 1-11/2 jam

4.3 MASALAH SALAHLAKU PELAJAR DI SEKOLAH

Kes salahlaku dikalangan pelajar-pelajar sekolah semakin meningkat kebelakangan ini.


Hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) membuktikan bahawa pelajar-pelajar di
kawasan Felda lebih banyak terlibat dengan masalah salahlaku berbanding dengan
pelajar-pelajar di kawasan kampung.

4.3.1 SITUASI SALAHLAKU PELAJAR-PELAJAR DI MALAYSIA.


Menurut laporan cawangan dasar / pencegahan jenayah bahagian hal ehwal Awam,
Bukit Aman, sebanyak 11041 pelajar telah ditangkap sepanjang tahun 1993 hingga
1995 kerana terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah.

Kebanyakan mereka yang terlibat adalah berumur di antara 16 – 18 tahun (paling


ramai) diikuti 13-15 tahun dan 10-12 tahun. Antara salahlaku yang kerapkali dilakukan
daripada pelajar antaranya ialah mengedar dan menagih dadah, merogol, memeras
ugut, pelacuran, memalsukan dokumen dan menyertai kongsi gelap

41
4.3.2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Memberi input/maklumat kepada pelajar mengenai senario salahlaku yang
melibatkan pelajar-pelajar sekolah masakini
Memberi keinsafan kepada pelajar agar menghindarkan diri daripada terlibat dengan
kegiatan salahlaku disamping menekankan aspek-aspek keagamaan

4.3.3 KANDUNGAN
i. Faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dengan salahlaku
o Pengaruh rakan sebaya
o Pendedahan nilai-nilai negatif dari luar melalui media cetak dan elektronik
o Ibu-bapa kurang memberi perhatian kepada masalah anak-anak dan
pendidikan agama.
o Keruntuhan institusi kekeluargaan
o Menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah
o Ketiadaan role model di kalangan pelajar
ii.Kaedah Pencegahan
Cara mencegah/menghindar diri dari terlibat dengan salahlaku :
o Berhati-hati di dalam memilih kawan
o Melakukan aktiviti yang dapat memberi manfaat di masa lapang
o Menceburkan diri dalam persatuan/kelab yang memberi penekanan kepada
pembentukan sahsiah, ketahanan dan keyakinan diri.
o Menginsafi diri dengan taat dan patuh kepada suruhan agama.

iii. Kaitannya dengan masalah sosial yang lain dikalangan remaja seperti dadah,
HIV/AIDS dan lain-lain.

42
4.3.4 METHOD

Strategi Perlaksanaan
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan (5-10 orang) dan fasilitator
meminta pelajar mendedahkan secara jujur salahlaku yang pernah dilakukan
dengan menyatakan perkara-perkara berikut:
o Perasaan semasa melakukan salahlaku
o Kesedaran yang timbul hasil daripada perbuatan tersebut
o Keinsafan antara dosa dan pahala

Respons daripada pendedahan mereka, fasilitator mengajukan soalan tentang


perasaan mereka jika salahlaku tersebut dilakukan oleh ahli keluarga mereka yang
lain. Akhirnya fasilitator merumuskan bahawa salahlaku yang telah dilakukan adalah
salah dari segi moral serta nilai-nilai ketimuran serta agama.

4.3.5 PENILAIAN
Penilaian dilakukan dengan cara pemerhatian terhadap penglibatan pelajar dalam sesi
LDK dan pendedahan secara jujur oleh mereka.

43
BAB 5 - MODUL 4
KEHIDUPAN BERMARUAH DAN SIHAT

PENGENALAN

Jangkitan HIV adalah berkaitan rapat dengan keruntuhan akhlak dan moral seperti
tingkah laku serta cara hidup yang melibatkan penyalahgunaan dadah melalui suntikan
dan hubungan seks. Gejala sosial dan keruntuhan moral di kalangan remaja adalah
amat membimbangkan. Kajian tingkah laku lepak pada tahun 1994 mendapati 18%
daripada 6,110 responden remaja telah mempunyai pengalaman melakukan seks
bebas (75. 1 % berusia antara 16-21 tahun). Satu lagi kajian ke atas 1,900 pelajar
sekolah menengah di Kuala Lumpur (berumur 16 dan 18 tahun) mendapati 2.1 % telah
terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan 4.6% telah berpengalaman melakukan
hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS pada tahun 1996 yang lalu ke atas 4,347
remaja berusia 13-25 tahun mendapati 5% telah mencuba dadah, 6% telah terlibat
dengan seks bebas.

Persekitaran yang dialami oleh remaja masa ini juga amat berbeza dengan apa yang
telah dialami oleh remaja generasi dahulu. Oleh kerana perkembangan sosioekonomi
yang amat pesat, remaja pada masa ini lebih terdedah kepada persekitaran yang
sangat mencabar. Mereka lebih mudah terdedah kepada unsur-unsur negatif seperti
bahan lucah dan filem-filem yang memaparkan budaya seks kasual. Pengawasan
masyarakat juga amat longgar terutamanya di bandar. Semangat kejiranan serta
budaya bantu membantu serta tegur menegur juga sudah semakin luntur. Oleh itu
remaja perlu dirangsang kepada perubahan tingkah laku yang positif ke arah kehidupan
bermaruah dan sihat.

TOPIK UTAMA

i. Kesihatan remaja
ii. Penilaian tingkah laku berisiko
iii. Mengambil risiko dan membuat pilihan
iv. Menghadapi tekanan rakan sebaya

44
5.1 KESIHATAN REMAJA

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat;

i. Menerangkan proses perkembangan kesihatan remaja dari sudut resolusi dan


anatomi.
ii. Menjelaskan hubungan seks dalam perkahwinan

Metode:
Ceramah, perbincangan dan soal-jawab.

Proses:
i. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil (5 orang atau kurang). Jika perlu
asingkan peserta lelaki dan perempuan.
ii. Tanya kepada kumpulan untuk menyenaraikan perubahan-perubahan emosi
yang berlaku semasa baligh. Simpulkan dengan menekankan yang proses
membesar adalah satu proses yang semula jadi dan pengalaman berbeza akan
dialami oleh lain orang. Kesihatan yang baik, bersih, berfikiran positif,
perhubungan sosial yang baik dalam keluarga, rakan sebaya dan diterima oleh
masyarakat akan memastikan hidup yang bahagia. Terangkan kepada peserta
bahawa mereka tidak patut merasa malu semasa membincangkan isu ini kerana
ia adalah fitrah manusia dan wajib mengetuainya (akan fungsinya).
iii. Kemudian beritahu kumpulan yang mereka akan bermain satu permainan di
mana setiap kumpulan akan diberi satu format soalan. Peserta yang mempunyai
format (Lampiran ML 5.1) akan membacakan kenyataan yang tertulis pada
kertas tersebut kuat-kuat. Ahli kumpulan akan berbincang sebentar untuk
memutuskan sama ada kenyataan tersebut benar atau salah dan hebahkan
keputusan kepada umum.
iv. Fasilitator akan menanyakan kepada kumpulan yang lain pendapat mereka. Beri
beberapa minit untuk perbincangan. Fasilitator akan mengulas jawapan dengan
berpandukan kepada kad jawapan yang disediakan. Kaitan mana yang
berkenaan dengan jangkitan HIV/AIDS.

Seting:
Bilik darjah/dewan atau luar (otologi).

Bahan:
Transparensi (lihat lampiran) carta selak / format soalan .
Jangka masa:

45
1 jam 30 minit.

Penilaian:
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di data perbincangan dan menerangkan
proses kesihatan remaja dari sudut resolusi dan anatomi serta menjelaskan silap faham
berkaitan dengan seks dalam perkahwinan.

Lampiran ML 5.1
Kenyataan (peserta) Jawapan Ulasan
Setelah seorang wanita
mengalami haid, dia boleh
mengandung
Sebelum datang haid wanita
boleh mengandung.
Tidak melakukan hubungan
kelamin adalah satu-satunya
cara yang 100% berkesan
untuk mengelakkan
mengandung.
Wanita dan lelaki boleh
mendapat jangkitan penyakit
STD tanpa apa- apa tanda dan
gejala.
Wanita tidak akan mengandung
sekiranya mereka mengadakan
hubungan seks sekali sahaja.
Wanita boleh mengandung jika
mereka mengadakan
hubungan seks pada masa
haid.
Sekali dijangkiti gonorea dan .
telah berkali-kali sembuh, kita
tidak boleh dijangkiti lagi
(imun).
Wanita boleh mengandung
walaupun tiada ejekulasi di
dalam faraj.
STD boleh sembuh dengan
menjalin hubungan dengan
dara (virgin).
Jawapan / Keterangan Fasilitator bagi lampiran ML 5.1

46
Kenyataan (peserta) Keterangan (fasilitator)

Setelah seorang wanita Benar Organ resolusi telah berfungsi dan


mengalami haid, dia boleh boleh mengandung. Walau
mengandung bagaimanapun, organ dan badan
(secara fizikal) mungkin belum
bersedia.
Sebelum datang haid wanita Benar Kerana ovari melepaskan telur
boleh mengandung. sebelum haid.
Tidak melakukan hubungan Benar Satu cara yang pasti bagi
kelamin adalah satu-satunya mengelakkan mengandung adalah
cara yang 100% berkesan dengan tidak mengadakan
untuk mengelakkan hubungan kelamin. Begitu juga
mengandung. dengan HIV/AIDS dan STD.
Wanita dan lelaki boleh Benar Kebanyakan jangkitan gonorea
mendapat jangkitan penyakit tidak menunjukkan sebarang tanda
STD tanpa apa- apa tanda dan di kalangan wanita dan sering
gejala. tidak dikesan pada lelaki. Penting
mendapat pemeriksaan doktor jika
berasa mungkin dijangkiti.
Wanita tidak akan mengandung Salah Boleh mengandung dengan hanya
sekiranya mereka mengadakan sekali hubungan seks termasuk
hubungan seks sekali sahaja. yang pertama.
Wanita boleh mengandung jika Benar Memang berkemungkinan ia boleh
mereka mengadakan mengandung pada bila-bila masa.
hubungan seks pada masa
haid.
Sekali dijangkiti gonorea dan Salah Seseorang boleh mendapat
telah berkali-kali sembuh, kita gonorea setiap kali ia menjalin
tidak boleh dijangkiti lagi hubungan seks dengan pasangan
(imun). yang telah dijangkiti gonorea.
Wanita boleh mengandung Benar Mungkin cairan "pre-seminal"
walaupun tiada ejekulasi di mengandungi sperm.
dalam faraj.
STD boleh sembuh dengan Salah STD boleh sembuh dengan
menjalin hubungan dengan ubatan. Seks hanya menular
dara (virgin). jangkitan.

47
5.2 PENILAIAN TINGKAHLAKU BERISIKO

Objektif pembelajaran.
Di akhir sesi ini, peserta dapat mengenal tahap risiko dijangkiti HIV bagi tingkah laku
tertentu.

Metode:
Permainan menentukan tahap risiko dan perbincangan sindiket.

PERMAINAN MENENTUKAN TAHAP RISIKO

Proses:
i. Minta peserta berbaris dalam satu bulatan. Letakkan 4 kotak yang bertanda
"Risiko Tinggi", atau "Risiko Rendah", atau "Tiada Risiko" atau "Tidak Tahu" di
tengah bulatan.
ii. Agihkan kad kenyataan (Lampiran ML 5.2.1) kepada peserta dan minta
membaca kenyataan yang tertulis dengan kuat dan membuat keputusan.
Masukkan kad ke dalam kotak (di tengah bulatan) mengikut keputusan yang
dibuat.
iii. Sebaik sahaja setiap peserta memasukkan kad ke dalam kotak, minta mereka
menerangkan sebab mereka membuat keputusan begitu. Tanyakan kepada
kumpulan samada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut.

PERBINCANGAN SINDIKIT.

Proses:
i. Bahagikan kumpulan kepada kumpulan kecil 4-5 orang dan agihkan salinan
kenyataan "Siapakah Yang Paling Tinggi Risiko Dijangkiti HIV" (Lampiran ML
5.2.2) kepada setiap peserta.
ii. Beri masa 5 minit untuk peserta membaca dan minta setiap peserta menyusun
keempat nama yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut mengikut tahap risiko
dari rendah kepada yang paling tinggi tanpa berbincang.
iii. Setelah selesai, bincangkan dalam kumpulan kecil dan dapatkan susunan yang
dipersetujui oleh kumpulan serta kriteria di mana mereka membuat susunan
sedemikian. Beri 30 minit untuk mereka berbincang.
iv. Kumpulkan semula semua kumpulan dan minta setiap kumpulan kecil tadi untuk
melaporkan susunan mengikut tahap risiko serta sebab-sebab mereka membuat
keputusan sedemikian.

v. Perkara yang perlu diberi tekanan dalam perbincangan adalah;

48
a. Kenalpasti faktor spesifik yang diberikan oleh kebanyakan kumpulan bagi
menilai tingkah laku yang berisiko tinggi.
b. Bincangkan perbezaan susunan tahap risiko dari berbagai kumpulan dan
cuba kenalpasti mengapa terjadinya perbezaan tersebut.

Seting:
Bilik darjah/dewan atau luar (otologi).

Bahan:
Kad kenyataan, 4 kotak (permainan) dan kertas sketsa, kertas dan pensel
(perbincangan sindiket).

Jangka masa:
1 jam 30 minit.

Penilaian:
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan dapat
menyatakan tahap risiko dengan tepat dengan menyatakan sebab-sebab dengan
rasional dan mengikut fakta.

49
Lampiran ML 5.2.1

Kenyataan (keterangan) Tahap Risiko

Hubungan seks di bawah pengaruh arak (Jika sekiranya


kondom dipakai mungkin tidak sempurna)
Mengambil suntikan (Risiko jangkitan melalui jarum tatto
umpamanya walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.)
Mempunyai banyak pasangan seks.
HIV positif ingin mendapatkan anak. (Mereka mungkin
menjangkitkan kepada anak dan isteri/suami. Peluang
anak jadi yatim piatu juga amat tinggi)
Hubungan seks dengan jiran atau kawan. (Tiada siapa
yang boleh dipastikan bebas dari HIV walaupun jiran.)
Menjaga pesakit AIDS.
Berciuman (Deep Kissing)
Gigitan nyamuk yang telah mengigit pembawa HIV. (HIV
adalah virus yang menjangkiti manusia saja.)
Memeluk orang yang dijangkiti HIV/AIDS.
Hubungan seks dengan pelacur kelas pertama (mahal)
(HIV tidak mengenal status ekonomi.)
Oral seks. (walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.)
Anal seks. (Dubur tidak dibentuk untuk seks, jadi ia
mudah luka dan memudahkan virus masuk ke dalam
badan)
Menggunakan tandas awam
Berkongsi jarum suntikan dengan penagih dadah.
Menderma darah
Abstinence / menjauhi hubungan seks.
Hubungan seks hanya dengan pasangan yang tidak
dijangkiti HIV.
Tidak berkongsi jarum dan hanya menggunakan jarum
"disposable" dalam semua keadaan.
Menyembahyangkan jenazah AIDS

50
Jawapan untuk Lampiran ML 5.2.1

Kenyataan (keterangan) Tahap Risiko

Hubungan seks di bawah pengaruh arak (Jika sekiranya Tinggi


kondom dipakai mungkin tidak sempurna)
Mengambil suntikan (Risiko jangkitan melalui jarum tatto Rendah
umpanya walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.)
Mempunyai banyak pasangan seks. Tinggi
HIV positif ingin mendapatkan anak. (Mereka mungkin Tinggi
menjangkitkan kepada anak dan isteri/suami. Peluang
anak jadi yatim piatu juga amat tinggi)
Hubungan seks dengan jiran atau kawan. (Tiada siapa Tinggi
yang boleh dipastikan bebas dari HIV walaupun jiran.)
Menjaga pesakit AIDS. Tiada
Berciuman (Deep Kissing) Rendah
Gigitan nyamuk yang telah mengigit pembawa HIV. (HIV Tiada
adalah virus yang menjangkiti manusia saja.)
Memeluk orang yang dijangkiti HIV/AIDS. Tiada
Hubungan seks dengan pelacur kelas pertama (mahal) Tinggi
(HIV tidak mengenal status ekonomi.)
Oral seks. (walaupun rendah tapi tidak boleh diabaikan.) Rendah
Anal seks. (Dubur tidak dibentuk untuk seks, jadi ia Tinggi
mudah luka dan memudahkan virus masuk ke dalam
badan)
Menggunakan tandas awam Tiada
Berkongsi jarum suntikan dengan penagih dadah. Tinggi
Menderma darah Tiada
Abstinence / menjauhi hubungan seks. Tiada
Hubungan seks hanya dengan pasangan yang tidak Tiada
dijangkiti HIV.
Tidak berkongsi jarum dan hanya menggunakan jarum Tiada
"disposable" dalam semua keadaan.
Menyembahyangkan jenazah AIDS Tiada

51
Lampiran ML 5.2.2

SIAPA YANG PALING TINGGI RISIKO DIJANGKITI HIV

BOB Telah berkahwin dan sesekali menjalin hubungan homoseks. Lelaki yang
dihubungi kebanyakannya tidak berapa dikenali. Bob telah mendengar
tentang AIDS dan sedar yang ia mungkin telah dijangkiti HIV. Dia tidak
merasakan perlu untuk menjalani ujian darah dan menyerahkannya pada
takdir.

SUE Telah berkahwin dengan Subramaniam lebih 15 tahun dan mempunyai 2


orang anak. Selepas kelahiran anak mereka yang kedua, Subra menjalani
vasectomy. Subra kerap bertugas di luar dan sering berjauhan dengan
isteri. Beliau berjumpa dengan bekas kekasih lamanya Prema dan
menjalin semula hubungan setiap kali beliau bertugas di bandar tempat
Prema tinggal. Prema juga menjalin hubungan dengan ramai lagi lelaki.

ROY Berumur 18 tahun, dan baru-baru ini putus hubungan dengan kekasihnya.
Beberapa temannya mengajak beliau ke disko dan minum sampai mabuk.
Dia juga menyuntik dadah atas desakan kawan. Roy tidak pernah
menyuntik dadah sebelum ini dan berazam tidak akan mengulangi lagi.
Sekarang dia berasa bimbang dijangkiti HIV.

MONA Seorang pelacur. Dia mendapat tahu tentang AIDS dua tahun yang lalu.
Dia amat takut akan dijangkiti HIV tetapi tidak dapat keluar dari pelacuran
kerana dipaksa oleh suami yang juga seorang bapa ayam. Walau
bagaimanapun, dia telah mendapat persetujuan bapa ayam untuk
memastikan kondom digunakan bagi setiap hubungan seks dengan
pelanggan dan suaminya.

Jawapan
ROY Risiko paling rendah memandangkan ia telah berazam tidak akan
mengambil dadah lagi.
MONA Dia memastikan kondom digunakan setiap kali hubungan seks,
tetapi kondom tidak mencegah jangkitan 100%. Dia masih boleh
dijangkiti HIV.
SUE Berisiko tinggi kerana suaminya mengamalkan cara hidup berisiko
tinggi.
BOB Berisiko paling tinggi kerana mengamalkan homoseks dan tidak
kesah akan risiko jangkitan HIV.

52
5.3 MENGAMBIL RISIKO DAN MEMBUAT PILIHAN
Di dalam kehidupan harian setiap orang perlu mengambil risiko dan bukanlah mudah
membuat pilihan. Walau bagaimanapun, setiap orang tidak boleh lari dari tingkah laku
yang melibatkan sedikit risiko (seperti risiko kemalangan jika memandu dsb). Dalam hal
jangkitan HIV, ada beberapa tingkah laku berisiko tinggi yang mesti dijauhi dan remaja
perlu berhati-hati menghadapi tekanan-tekanan yang boleh menjerumuskan mereka
kepada risiko tersebut.

Objektif pembelajaran.
Di akhir sesi peserta dapat;
i. Memahami kesukaran proses membuat keputusan.
ii. Membezakan di antara risiko yang munasabah dan tidak munasabah.

Metode:
Perbincangan sindiket.

Proses:
i. Edarkan senarai aktiviti (Lampiran ML 5.3) dan minta peserta menelitinya
serta minta peserta menanda tanpa membincang dengan pasta lain, tahap
risiko untuk dijangkiti HIV bagi setiap aktiviti yang disenaraikan berasaskan
skala I (amat bahaya) hingga 4 (tidak bahaya langsung).
ii. Kemudian bentuk kumpulan kecil dan bincangkan bagi mendapat persetujuan
umum tahap risiko bagi setiap aktiviti yang disenaraikan.
iii. Bincangkan respons setiap kumpulan kecil dalam satu sesi plenari.
a. Mulakan dengan meminta ketua kumpulan untuk menyatakan aktiviti yang
mereka kategorikan sebagai sangat berisiko dan yang mana paling kurang
risiko.
b. Terokai mengapa mereka membuat keputusan seperti yang mereka
nyatakan. Bincangkan perbezaan pendapat di antara peserta.

Seting:
Bilik darjah/dewan atau luar (otologi).

Bahan:
Senarai (Lampiran ML 5.3) dan pensel

Jangka masa:
45 minit.

Penilaian:
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan dapat
menyatakan tahap risiko dengan tepat dengan menyatakan sebab-sebab dengan
rasional dan mengikut fakta.

53
Lampiran ML 5.3

SENARAI UNTUK DIBUAT PILIHAN

Arahan: Bulatkan pada mana-mana nombor bagi jawapan pilihan anda. Bulatkan I
sekiranya berpendapat aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi
menjangkitkan HIV dan 4 jika sebaliknya.

Aktiviti Sangat Merbahaya Kurang Tidak


Merbahaya Merbahaya Merbahaya

1. Menghisap ganja/dadah 1 2 3 4

2. Mabuk 1 2 3 4

3. Minum arak secara sederhana 1 2 3 4

4. Kurang senaman 1 2 3 4

5. Rasa Bersalah 1 2 3 4

6. Tabiat makan yang buruk 1 2 3 4

7. Menghadiri majlis di mana 1 2 3 4


arak dan dadah digunakan

8. Menggunakan dadah secara 1 2 3 4


suntikan

9. Berkongsi jarum untuk 1 2 3 4


mengambil dadah

10. Kerja lebih 1 2 3 4

11. Mengadakan hubungan seks 1 2 3 4


tanpa kondom

12. Tidak mendapatkan rawatan 1 2 3 4


perubatan bila diperlukan

13. Sentiasa gelisah, cemas dan 1 2 3 4


merasa tertekan

14. Hubungan seks dengan orang 1 2 3 4


yang lain dikenali

54
5.4 MENGHADAPI TEKANAN RAKAN SEBAYA
Aspek penting dalam mengukuhkan penghayatan cara hidup sihat bergantung rapat
dengan kebolehan menghadapi tekanan rakan sebaya ke arah melakukan perbuatan
mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti HIV. Ini termasuklah menjauhi dari minum
arak, menyalahgunakan dadah, melanggani pelacur dan lain-lain bentuk aktiviti
berisiko. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya walaupun mereka
tahu ajakan mereka itu adalah merosakkan diri sendiri. Adalah penting bagi remaja
mempelajari strategi menolak tekanan tertentu dan mempraktikkannya selalu.

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat menyatakan cara-cara khusus menolak tekanan rakan
sebaya dan mengenal keperluan menghadapi tekanan rakan sebaya yang mungkin
membawa akibat buruk.

Metode:
Permainan - senario tingkah laku berisiko tinggi

Proses:
i. Bahagikan peserta kepada kumpulan 4-5 orang dan minta seorang peserta
membacakan nota "cara menolak tekanan rakan sebaya" (Lampiran ML
5.4.1)
ii. Agihkan senario (Lampiran ML 5.4.2) berlainan bagi setiap kumpulan dan
minta peserta membincangkan bagaimana cara-cara menolak tekanan
(Lampiran ML 5.4.1) boleh digunakan dan rancangkan skrip (20 minit).
Lakonkan idea kumpulan masing-masing mengikut skrip di atas (5"minit tiap
kumpulan).

Seting:
Bilik darjah/dewan atau luar (otologi).

Bahan:
Senario (lampiran ML 5.4.1 dan ML 5.4.2), kertas dan pensel.

Jangka masa:
45 minit

Penilaian:
Peserta mengambil bahagian dengan aktif di dalam perbincangan dan permainan.
(Lampiran ML 5.4.1)

55
CARA MENOLAK TEKANAN RAKAN SEBAYA
Mungkin kita telah mendengarnya seribu kali - "Katakan Sahaja Tidak'. Bunyinya
nampak senang, tetapi pada hakikatnya adalah sukar menyatakan tidak atau tak mahu
kepada ajakan atau tekanan dari rakan sebaya. Sekiranya rakan sebaya mengajak
anda untuk melakukan sesuatu perbuatan yang anda tidak mahu melakukannya,
mereka mungkin membuat anda berasa seolah-olah anda bersalah sekiranya anda
tidak menurut ajakan itu. Bila tekanan makin kuat anda akan mula tidak pasti apa yang
anda mahu. Perlu anda ingat, jika mereka menekan anda sebenarnya merekalah yang
bermasalah bukan anda. Adalah penting untuk anda bersikap jujur terhadap diri sendiri.
Disenaraikan cadangan cara-cara untuk anda menyatakan tidak sekiranya itu yang
anda mahu;

Penolakan bersopan.
"Boleh saya tawarkan awak minuman?" Maaf, terima kasih.

Beri alasan
"Bagaimana dengan beer?" Saya tidak minum

Mengulangi jawapan
Nah hisap ni (dadah)" Maaf terima kasih,
Cubalah! Maaf terima kasih,
pengecutlah awak ni! Tak apalah, maaf terima kasih

Beri pilihan
"Jum masuk bilik saya" Saya lebih selesa menonton TV di sini

Pulangkan tekanan
"Ala, sat saja masuk bilik saya" Awak tak dengar ke apa yang saya
kata tadi?

Tunjukkan pendirian
"Kalau awak benar-benar cintakan Saya tidak boleh melakukannya. Ianya
saya, buktikan"... berdosa dan belum sampai mahalnya.

Beredar
Saya ada barang", mahu belikah "terima kasih" dan beredar dari situ

Buat tak kisah


"Saya ada barang", mahu belikah Teruskan perjalanan seolah-olah
tidak mendengar

Bersatu teguh
Berada bersama orang lain yang menyokong / sehaluan dengan tindakan kita

Menjauhi situasi

56
Jika anda tahu orang atau situasi di mana orang akan mempengaruhi anda
untuk membuat perkara-perkara yang anda tidak mahu lakukan, jauhi situasi
sebegini.

Lampiran ML 5.4.2
SENARIO (Buat skrip dan lakonkan)

RAJ Pergi ke disko dengan kawan-kawannya. Di dalam disko ramai orang


mabuk dan dadah juga ada diedarkan. Seorang rakan karib yang telah
lama dikenalinya datang menghampiri Raj dengan segelas beer dan
mengajak Raj minum segelas bir sahaja jika benar-benar Raj kawan
sejatinya.

YAAKUB Baru berpindah ke satu bandar yang baru. Kawan sepejabat mengajak
Yaakub dan teman-teman bujang lain ke rumah dan menjamu mereka.
Selepas makan kawan sepejabat Yaakub mengajak semua yang ada
untuk ronda-ronda di bandar dan menunjukkan kepada Yaakub tempat-
tempat hiburan yang ada di bandar itu.

REBECCA lbu bapa Rebecca balik kampung, tinggal Rebecca seorang diri. Beberapa
teman datang ke rumah dan berbual-bual hingga lewat malam. Setelah
semuanya balik, Tony masih meneruskan perbualan dan nampak macam
tidak mahu pulang dan memberi isyarat kepada Rebecca yang dia
sukakan Rebecca lebih dari perempuan lain.

YAZID Tinggal di asrama. Khabar angin menyatakan terdapat dadah


disalahgunakan di asrama tersebut. Yazid baru saja mendapat berita
kekasihnya kahwin dengan orang lain. Dia sangat sedih. Dia masuk ke
bilik Lokman dan mendapati dia sedang menyiapkan perkakas untuk
mengambil dadah. Lokman mempelawa Yazid untuk mengambil dadah
yang boleh menghilangkan kesedihan dan khabarnya tidak menyebabkan
ketagihan.

YATI Mempunyai sedikit sahaja kawan dan sering tidak bersefahaman dengan
kedua ibu bapanya. Dia anak tunggal dan sering kesunyian. Hizan adalah
jiran Yati dan agak rapat dengannya. Yati juga suka padanya. Hizan
mempelawa Yati menemaninya ke rumah.

57
BAB 6 - MODUL 5
ISU-ISU BERKAITAN HIV/AIDS

Masalah HIV dan AIDS melampaui bidang perubatan. Memandangkan kaitan rapat
antara jangkitan HIV dengan seksualiti, penagihan dadah, kesakitan dan kematian,
timbul masalah daripada segi pandangan, sikap dan nilai. HIV dan AIDS meninggalkan
kesan bukan sahaja kepada individu yang dijangkiti, tetapi keluarga, masyarakat dan
juga negara. Malahan, kesan atau impak dan pada jangkitan HIV boleh dalam bentuk
psikologi, sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi.

Sebagai remaja yang prihatin akan masalah HIV/AIDS di negara kita, perlulah kita
mengenalpasti nilai serta sikap diri sendiri terhadap isu-isu berkaitan HIV dan AIDS.
Remaja juga harus faham tentang nilai yang berbeza terhadap isu yang sama. Semoga
dengan kefahaman sedemikian dapat menghasilkan keprihatinan dan peka terhadap
keperluan perkhidmatan sokongan untuk mengimbangi kesan atau impak daripada
wabak HIV/AIDS. Ini bukan hanya tertumpu kepada pesakit AIDS atau mereka yang
telah dijangkiti HIV, malah meliputi juga mereka yang terlibat (affected) seperti keluarga
terdekat.

TOPIK UTAMA

i. Menerokai nilai dan sikap remaja


ii. Kesan HIV/AIDS
iii. Remaja dan AIDS

6.1 MENEROKAI NILAI DAN SIKAP REMAJA

Objektif pembelajaran
Menerokai nilai dan sikap diri sendiri terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan AIDS.

Bagi mencapai objektif pembelajaran ini aktiviti “Dengar dan Pilih” adalah aktiviti yang
wajib dilakukan dan selepas itu fasilitator boleh memilih salah satu dari 3 simulasi
dibawah;
• Keizinan dan Takdir
• Hanyut dilautan
• Memulakan Penghidupan didunia baru

Metode 1
Permainan "Dengar dan Pilih"

58
Proses
i. Sediakan 3 keping kertas dan tulis di atas setiap keping kertas tersebut dengan
perkataan "setuju", "tidak setuju" dan "tidak pasti".
ii. Lekatkan kertas-kertas tadi di atas lantai atau tanah, kertas bertulis "setuju" di penjuru
kanan, kertas bertulis "tidak setuju" di penjuru kiri dan kertas bertulis "tidak pasti" di
tengah-tengah atau di antara dua penjuru.
iii. Bacakan kenyataan kontroversi seperti yang di Lampiran ML 6.1.1 satu persatu.
Setiap kali kenyataan dibaca, peserta dikehendaki pergi ke penjuru atau di tengah-
tengah perkataan yang bertulis mengikut keputusan yang dipilih.
iv. Tekankan peri mustahaknya peserta mendengar dengan teliti kenyataan yang dibaca
dan bertindak kepada reaksi pertama yang terlintas sebaik kenyataan dibaca.
v. Setelah keputusan dibuat, setiap peserta diminta menyatakan kenapa mereka memilih
keputusan itu. (Perbincangan dan bantahan daripada peserta lain tidak dibenarkan).
vi. Setelah semua pandangan diambilkira, ulangi dengan membaca kenyataan tersebut.
Setelah bacaan pada kali kedua, peserta bolehlah mengubah keputusan mereka
dengan menyatakan alasan mereka berbuat demikian.
vii. Ulangi proses pada (no. 3-6) sehingga semua kenyataan habis dibaca.
viii. Bincang dengan peserta isu atau perkara-perkara berikut:-

• Bagaimana perasaan mereka semasa diajukan kenyataan-kenyataan di atas.


• Apakah yang terlintas di fikiran semasa membuat pilihan keputusan.
• Bagaimana pandangan dan tekanan rakan sebaya mempengaruhi keputusan
peserta.
• Adakah mudah untuk mengubah keputusan yang telah dibuat. Sekiranya
berlaku, apakah yang menyebabkan peserta mengubah fikiran.
• Bagaimana perasaan peserta secara individu semasa menyatakan pendirian
kepada rakan sebaya terutama yang berada dalam golongan minoriti.
• Pernahkah peserta memikirkan nilai di sebalik kenyataan-kenyataan tersebut.
• Bagaimana perasaan peserta bila mereka terpaksa mendengar tanpa dapat
membantah atau berbincang.

Seting
Dewan atau padang

Bahan
• Kertas
• Maker pen

Jangka masa
1 1/2 – 2 jam

59
Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam permainan dan mengikut peraturan.

Metode 2
Keizinan / Takdir (Lampiran ML 6.1.2)

Proses
i. Peserta akan menyenaraikan nama orang-orang yang amat disayangi dalam
hidupnya hari ini. (Antara 5 hingga 7 orang)
ii. Peserta diminta merenung/membayangkan setiap wajah orang-orang yang
disayangi itu satu persatu, melihat jasa, pengorbanan, kasih sayang, harapan
dan segalanya
iii. Fasilitator menggunakan kekuatan diri untuk membawa perasaan ahli
menghayati renungan tersebut secara jelas dengan penuh penghayatan. Takdir
tidak dapat ditolak, bawa perasaan ahli untuk berhadapan dengan takdir.
iv. Peserta akan memilih siapa yang akan diizinkan pergi dulu kerana takdir.
v. Persoalan: Kenapa individu itu dipilih
• Mengapa
• Bagaimana perasaan
• Harapan dsb.

Seting
Dalam dewan

Bahan
Kertas perbincangan

Jangka masa
2 jam

Penilaian
Mencungkil , memahami dan sedar akan diri dan tangungjawab sebagai seseorang
anak kepada keluarga tersayang

Metode 3
Hanyut dilautan (Lampiran ML 6..1.3)

60
Proses
i. Peserta keseluruhan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar, jika kumpulan kecil
dibuat perbincangan boleh dibuat secara berperingkat
ii. Kertas kisah “Hanyut DiLautan” diedarkan kepada kumpulan berkenaan.
iii. Kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang.
iv. Setiap kumpulan melantik seorang juru cakap yang akan menghujahkan fakta
bagi kumpulan mereka.
v. Semasa berhujah kumpulan lain mendengar dan mengemukakan bangkangan
jika tidak dipersetujui.
vi. Fasilitator meminta peserta menerangkan pengajaran dari permainan ini
vii. Fasilitator berbincang dan mengulas.

Seting
Dewan / bilik darjah

Bahan
Kertas perbincangan

Masa
1 jam

Penilaian

Peserta mampu berhujah dan melahirkan pendirian diatas isu/ topik dipertahankan
Isu yang ditimbulkan dan isu yang dibincangkan.

Metode 4
Memulakan Penghidupan di dunia baru ( Lampiran M.L 6.1.4)

Proses

i. Peserta duduk dalam bulatan besar dan menghadap kedalam bulatan


ii. Bacakan arahan simulasi kepada peserta
iii. Pilih watak-watak seperti seperti yang tertera diatas kertas arahan (watak
tambahan boleh disertakan)
iv. Peserta yang dipilih duduk ditengah bulatan dan berbincang. Setiap watak akan
mempertahankan hak masing-masing
v. Fasilitator mesti membangkitkan suasana supaya perbincangan dapat
dihidupkan
vi. Fasilitator membuat penghayatan dan meminta peserta menyenaraikan
pengajaran dari pengajaran ini.

61
Seting
Dewan /Bilik darjah

Masa
1 - 1 ½ jam

Penilaian
Menyoal dan perbincangan, Isu-isu utama ditimbulkan / Isu yang dibincangkan.

62
Lampiran ML 6.1.1

Kenyataan Kontroversi

i. Ujian HIV wajib dijalankan ke atas mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti
berisiko mendapat jangkitan.
ii. Status seseorang pembawa HW harus dihebahkan.
iii. Mereka yang dijangkiti HIV patut menyalahkan diri mereka sendiri.
iv. Kondom patut mudah diperolehi oleh semua orang tanpa mengira umur.
v. Jika seseorang yang belum berkahwin tahu yang ia HIV positif, mereka
tidak harus berkahwin.
vi. Pelacur, penagih dadah dan homoseksual bertanggungjawab terhadap
merebaknya AIDS.
vii. Penagih dadah secara suntikan perlu diberi jarum suntikan baru jika
diminta.
viii. Pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu diasingkan daripada masyarakat
untuk mengelakkan jangkitan.
ix. Seks sesama jenis (homoseksual) adalah suatu yang normal.
x. Seks selamat (pemakaian kondom) patut diajar di sekolah, kolej dan
universiti.
xi. Pembawa HIV patut dihukum sekiranya mereka tidak memberitahu orang
lain yang mereka telah dijangkiti HIV.
xii. Pelacuran patut diharamkan untuk mencegah merebaknya jangkitan HIV.
xiii. Pembawa HIV tidak patut melahirkan anak.

Fakta bagi membantu jawapan bagi Lampiran ML 6.1.1

Nota lsu-isu berkaitan HIV/AIDS

Ujian HIV

Ujian HIV digalakkan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko mendapat
jangkitan.
• Tujuan ujian adalah untuk mengetahui status seseorang itu samada telah dijangkiti
atau tidak. Sekiranya telah dijangkiti, rawatan awal boleh diberikan secepat mungkin
untuk memanjangkan jangkahayat serta kualiti hayat seseorang pembawa HIV.
Nasihat boleh diberi bagi mengurangkan kemungkinan mereka menjangkitkannya
kepada orang lain.
• Juga menjadi tanggungjawab individu yang didapati HIV positif, memberitahu
pasangannya mengenai statusnya dan seterusnya mengambil langkah-langkah
pencegahan bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
• Langkah-langkah pencegahan ialah dengan memakai kondom bagi pasangan suami
isteri dan bagi penagih dadah dengan menghentikan tabiat penagihan atau
menukarkan kepada menghisap/ makan sahaja.

63
• Ujian HIV pada ibu-ibu mengandung digalakkan supaya rawatan kepada janin dapat
dilakukan sekurang-kurangnya ibu didapati positif HIV.

Kerahsiaan Lawan Pendedahan

• Apa itu kerahsiaan? Seseorang tidak berhak memaklumkan sebarang maklumat


mengenai status seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS kepada orang lain yang
tiada kaitan di dalam merawat atau perebakan jangkitan HIV.

• Apa itu pendedahan? Seseorang doktor atau individu lain berhak memaklumkan
kepada orang lain tentang status seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS bagi
maksud rawatan atau pencegahan.

• Peruntukan undang-undang mengenai kerahsiaan HIV/AIDS di Malaysia. Undang-


undang yang terdapat pada masa kini masih belum jelas.

• Kebaikan merahsiakan.
- Tidak ada stigma sosial atau diskriminasi ke atas seseorang pembawa
HIV/pesakit AIDS.
- Hak keperimanusiaan seseorang individu.
- Pembawa HIV/pesakit AIDS menghadapi kurang tekanan daripada
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

• Keburukan merahsiakan.
- Sukar mengawal jangkitan HIV/AIDS.
- Tidak adil kepada orang lain atau masyarakat awam yang mungkin terdedah
kepada risiko jangkitan HIV/AIDS.
- Sukar menjayakan program-program/perkhidmatan-perkhidmatan yang telah
diatur oleh pihak tertentu (kerajaan dan badan-badan sukarela).

Kesan HIV/AIDS dan peranan yang boleh dimainkan


• Seseorang pembawa HIV/pesakit AIDS mengalami pelbagai tekanan psikologi
(tekanan emosi dan murung). Ini lahir akibat pandangan serong keluarga, rakan
sebaya dan masyarakat ke atas diri pembawa HIV/pesakit AIDS.
• Perasaan yakin diri akan membantu pembawa HW/pesakit AIDS meneruskan hidup
dan membantu dalam usaha-usaha pencegahan dan pengawalan HIV/AIDS.
• Sokongan sosial harus diberi kepada pembawa HIV/AIDS iaitu segala aktiviti,
program, khidmat nasihat bagi membantu mereka meneruskan hidup.
• Cara-cara memberi sokongan sosial ialah dengan berinteraksi, empathy (perasaan
simpati, prihatin, ambil berat, memahami perasaan dan hulurkan bantuan tenaga).
Sokongan sosial juga boleh diberi dengan melibatkan diri dalam organisasi-
organisasi yang membantu pembawa HIV/pesakit AIDS. Selain itu, sokongan
material seperti bahan-bahan keperluan harian, pakaian dan bahan makanan.

64
Remaja dan AIDS
Satu pertiga penduduk Malaysia terdiri daripada golongan berumur 15-20 tahun. Lima
peratus dari jangkitan HIV adalah dari kalangan yang berusia 13-19 tahun dan 48% lagi
dari kalangan remaja yang berusia 20-29 tahun.

Remaja sering merasakan mereka tidak akan dijangkiti dan mereka tidak takut
mengambil risiko. Pada hakikatnya mereka kurang menggunakan "akal fikiran" sebelum
membuat sesuatu dan suka meniru tingkah laku "kawan" dan mengejar "trend terkini".

Jumlah penagih dadah terus meningkat. Terdapat kira-kira 600 penagih baru pada
setiap bulan. Lebih 50% dari penagih baru ini adalah daripada kalangan umur 15 - 24
tahun.

Remaja terdedah kepada seks melalui saluran seperti rakan sebaya dan majalah/video.
Pendedahan seks tanpa nasihat membina ini adalah lebih menjurus kepada aspek
seronok dan ini amat merosakkan.

Pengalaman seks luar nikah di kalangan remaja adalah tinggi dan meningkat.
a. Kajian lepak (1994) - 18% (75% adalah remaja 16 - 21 tahun).
b. Kajian Pelajar (1994) - 4.6% (24% dgn pelacur dan 6% homo)
Trend jangkitan HIV di kalangan penagih dadah dan pelacur meningkat. Tunjukkan
carta selak 9 (% positif daripada ujian HIV di kalangan penagih dadah dan pelacur bagi
tahun 1987 - 1996).

Peranan yang boleh dilakukan oleh remaja bagi menangani wabak jangkitan HIV di
kalangan remaja.
1. Sedar akan bahaya HIV dan cara-cara ia merebak dan berjanji menghindari tingkah
laku berisiko tinggi di samping mengamalkan cara hidup berlandaskan akhlak yang
mulia.
2. Berusaha mewujudkan suasana mesra di dalam keluarga dan menyedarkan ahli
keluarga akan bahaya HIV dan menghindari tingkah laku berisiko dan mengamalkan
cara hidup sihat.
3. Mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti berisiko;
a) Di dalam pergaulan hari-hari, kita seharusnya berusaha mempengaruhi kawan-
kawan kepada cara hidup positif contohnya bersukan, rekreasi dan lain-lain
aktiviti yang berfaedah dan menghindari tingkah laku berisiko seperti menghisap
dadah, mabuk-mabuk dan seks luar nikah.
b) Merancang dan melaksanakan program-program pendidikan AIDS di kalangan
rakan sebaya seperti menyertai kempen-kempen kesedaran AIDS, mengatur
ceramah-ceramah AIDS, pameran, drama/sketsa, sajak/puisi dan sebagainya.
c) Menjadi fasilitator bagi menggerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut
serta dalam usaha menentang ancaman AIDS. Ini terutamanya dapat dilakukan
melalui persatuan-persatuan atau di tempat kerja.

65
Lampiran ML 6.1.2
(Kertas Panduan Fasilitator)

Tajuk : Keizinan / Takdir

Objektif : Fokus kepada kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang


anak kepada keluarga tersayang

Masa : 2 jam

Aktiviti :
• Peserta akan menyenaraikan nama orang-orang yang amat disayangi
dalam hidupnya hari ini. (Antara 5 hingga 7 orang)
• Peserta diminta merenung/membayangkan setiap wajah orang-orang
yang disayangi itu satu persatu, melihat jasa, pengorbanan, kasih
sayang, harapan dan segalanya
• Fasilitator menggunakan kekuatan diri untuk membawa perasaan ahli
menghayati renungan tersebut secara jelas dengan penuh
penghayatan. Takdir tidak dapat ditolak, bawa perasaan ahli untuk
berhadapan dengan takdir.
• Peserta akan memilih siapa yang akan diizinkan pergi dulu kerana
takdir.

Proses : Kenapa individu itu dipilih


Mengapa
Bagaimana perasaan
Harapan dsb.
Lampiran ML 6.1.3
HANYUT DILAUTAN

Anda belayar dalam sebuah Kapal Peranginan diLautan Pasifik. Akibat dari satu
kebakaran yang tidak diketahui puncanya, kapal tersebut dan sebahagian isinya
musnah. Kapal itu kini perlahan-lahan tenggelam. Kedudukan anda kini tidak begitu
jelas kerana kerosakan alat-alat memandu (navigator) dan perhatian anda dan anak-
anak kapal tertumpu kepada usaha memadam api itu. Agakan anda yang paling sesuai
ialah anda berada seribu batu dari daratan.

Dibawah ini ialah senarai 15 barang-barang yang tidak musnah oleh api. Bersama
itu juga anda mempunyai perahu penyelamat, dayung yang boleh membawa anda dan
lain-lain anak kapal serta barang-barang dalam senarai itu. Didalam poket anda
terdapat sebungkus rokok, beberapa kotak mancis api dan wang seringgit-seringgit 5
keping.

Tugas anda ialah meletakkan barang-barang dibawah mengikut keperluan dan


mustahaknya bagi menyelamatkan anda. Letakkan No. 1 seterusnya sampai No. 15

66
1. Sextant
2. Cermin Mata
3. Tangki berisi 5 gelen air
4. Kelambu
5. 1 peti bekalan makanan tentera
6. Peta Lautan Pasifik
7. Bantal pelampung
8. Tangki berisi 2 gelen campuran minyak dan gas
9. Radio transistor
10. Ubat penghalau jerung (shark repellent)
11. Kain plastik sebesar 10 kaki persegi
12. 1 quart minuman jus oren
13. Tali nylon sepanjang 15 kaki
14. kotak cokelat batang
15. Alat memancing

Lampiran ML 6.1.4
MEMULAKAN PENGHIDUPAN BARU

Disebabkan oleh peperangan nuklear, dunia ini telah menjadi padang jarak padang
tekukur. Sebutir bom lagi telah dipasang dan akan meletup dalam jangka masa 15 minit
sahaja lagi. Terdapat 6 orang yang masih hidup dengan sebuah roket yang hanya boleh
memuatkan 4 orang penumpang sahaja.

Persoalan yang timbul ialah siapakah diantara 6 orang itu yang harus berkorban dan
yang patut ditinggalkan didunia ini:

1. Ahli Sains
2. Ahli ugama
3. Askar yang cedera/cacat
4. Perempuan yang mengandung
5. Guru
6. Artis/Hakim

67
6.2 KESAN HIV/AIDS

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi peserta dapat:
i. Menyelami pengalaman sebagai pembawa HIV dan reaksi keluarga, rakan serta
masyarakat sekeliling.
ii. Menghayati sikap dan persepsi masyarakat terhadap masalah berkaitan HIV/AIDS.
iii. Menyedari akan kesan atau impak HIV/AIDS.

Metode 1
i. Main Peranan
ii. Perbincangan senario - Uda dan Dara

Main peranan
Proses
i. Mencipta senario dan watak pemain peranan. Fasilitator bebas mencipta senario
dan watak pemain peranan tetapi watak-watak hendaklah terdiri daripada
pembawa HIV, keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat.
ii. (Cadangan : Watak pembawa HIV, hendaklah mendapat sokongan serta celaan
daripada watak- watak lain).
iii. Pemain watak hendaklah melakunkan watak masing-masing seperti dalam kad
main peranan yang disediakan. Setelah selesai memainkan watak atau berlakon,
setiap watak dikehendaki menyatakan pandangan serta perasaan mereka
melakunkan watak masing-masing.

Tanyakan pendapat mereka tentang;


a. reaksi seseorang semasa diberitahu dia HIV positif
b. apa yang mereka (HIV positif) bimbangkan akan berlaku kepada diri mereka,
keluarga, masyarakat, tempat kerja dan negara.

iv. Peserta-peserta lain yang bertindak sebagai pemerhati dikehendaki memberi


maklumbalas mengenai kesan HIV/AIDS kepada pembawa HIV/pesakit AIDS,
keluarga, rakan dan masyarakat seperti yang dilakonkan.
v. Peserta juga digalakkan berbincang mengenai lain-lain kesan HIV/AIDS yang
tidak digambarkan melalui lakonan (kesan ekonomi, sosial dan politik).

Seting
Dewan

Bahan
Kertas, Pen, Kad main peranan

68
Jangka masa
1 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam main peranan dan perbincangan

Metode 2
Perbincangan senario Kisah Uda dan Dara (Lampiran ML 6.2.2)

Proses
i. Peserta dibahagikan kepada kumpulan yang mengandungi antara 8-10 orang
peserta
ii. Fasilitator mengedarkan kisah “Uda dan Dara” kepada setiap kumpulan
iii. Kumpulan akan membaca kisah Uda dan Dara dan berbincang
iv. Persoalan: siapakah yang bersalah dalam kisah ini dan paling anda benci sekali,
v. Diakhir sesi fasilitator mengambil masa 15 minit untuk berbincang dengan kumpulan
besar.
vi. Fasilitator meminta peserta menyenaraikan pengajaran dari kisah ini dan
berbincang.

Seting
Dewan atau luar dewan

Bahan
Kertas senario / kertas catitan

Jangka masa
1 jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan, mampu mengupas dan
mengenalpasti sikap masyarakat dalam kes perlakuan , tanggungjawab dan
menunjukkan sikap mereka
Lampiran ML 6.2.2
KISAH UDA DAN DARA

Uda dan Dara telah terpisah akibat kapal yang mereka naiki untuk berbulan madu telah
pecah akibat dipukul ribut kencang. Uda telah terdampar disebuah pulau dan Dara pula
telah terselamat disebuah pulau yang lain jauh dari tempat Uda. Kedua-dua buah pulau
ini amat sunyi dan tiada berpenghuni. Dara menangis kesunyian dan ketakutan.

69
Ketika hampir waktu senja, singgah seorang juragan di pulau berhampiran tempat Dara
tinggal. Dara memohon bantuan Juragan agar ia dapat bertemu Uda. Juragan bersetuju
menemukan Dara dengan syarat dara sanggup menyerahkan kehormatannya terlebih
dahulu. Pada mulanya Dara keberatan tetapi memikirkan hari sudah hampir malam da
tiada pilihan lain lagi demi kasihnya terhadap Uda.

Selepas itu seperti yang dijanjikan Juragan membawa Dara bertemu Uda. Dara
kemudian menceritakan segala peristiwa yang berlaku semata-mata kerana cintanya
kepada Uda. Uda naik berang lalu memukul Dara. Pukulan Uda mengenai kepala Dara
dan Dara jatuh tersungkur menyembah bumi lalu mati.

Berlaku pula perkelahian hebat antara Uda dan Juragan. Perkelahan ini diperhatikan
oleh ahli pertapaan yang menganggap kedua-dua mereka mengganggu
ketenteramannya, lalu membunuh kedua-dua mereka.

Persoalan:

Berdasarkan peristiwa diatas siapakah diantara mereka yang bersalah dan paling anda
benci sekali

6.3 REMAJA DAN AIDS

Objektif pembelajaran
Diakhir sesi peserta dapat;
i. Membincangkan masalah-masalah di kalangan remaja yang dikaitkan dengan risiko
jangkitan HIV dan AIDS.
ii. Mengupas faktor-faktor yang mendorong remaja terjerumus ke dalam kancah
tersebut.
iii. Mengenalpasti peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam menangani
masalah HIV/AlDS.

Metode
Fokus Group Discussion (FGD)

Proses
i. Bahagikan peserta kepada kumpulan kecil iaitu kira-kira 8 - 10 peserta data satu
kumpulan.
ii. Pilih seorang ketua kumpulan (fasilitator) dan pencatit (Jururekod) bagi setiap
kumpulan.
iii. Terangkan skop perbincangan yang harus meliputi tiga aspek berikut:-
• Masalah-masalah remaja yang dikaitkan dengan HIV/AIDS. Di akhir
perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan masalah-masalah
tersebut.

70
• Faktor-faktor yang mendorong remaja kepadanya. Di akhir perbincangan,
pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan faktor-faktor tersebut.
• Peranan yang boleh dimainkan oleh remaja data menangani masalah HIV/AIDS
termasuklah peranan kepada diri sendiri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat
umum, golongan yang berisiko tinggi, pembawa HIV dan pesakit AIDS. Di akhir
perbincangan, pencatit atau fasilitator perlu menyenaraikan peranan-peranan
yang boleh dilakukan bagi membendung wabak HIV dan AIDS dari terus
merebak di kalangan remaja.

Seting
Dewan

Bahan
Kertas, Pen

Jangka masa
1 jam - 1 1/2jam

Penilaian
Peserta mengambil bahagian secara aktif data perbincangan serta mampu mengupas
persoalan-persoalan yang dibincangkan.

71
BAB 7 – MODUL 6
KOMUNIKASI

Komunikasi adalah “satu proses di mana sesuatu idea dipindahkan dari sumber kepada
penerima dengan harapan akan memberi kesan kepadanya supaya dapat mengubah
tingkahlakunya”. Justeru itu pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta
kemahiran dalam berkomunikasi adalah penting kepada pelajar supaya penyebaran
maklumat akan lebih berkesan. Modul ini memberi penekanan kepada asas
berkomunikasi serta idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai
kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej AIDS kepada rakan sebaya.

7.1 ASPEK-ASPEK PENTING DALAM KOMUNIKASI


Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui
komunikasi pelajar dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara
pemikiran serta kepercayaan tentang AIDS di samping menyuarakan perasaan,
pendapat, pandangan dan tanggapan terhadapnya. Dengan komunikasi juga
diharapkan dapat mengurangkan kegelisahan pelajar serta merapatkan persahabatan
antara mereka.

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi pelajar dapat :-

i. Mempertingkatkan amalan berkomunikasi dengan rakan sebaya dan anggota


masyarakat secara yang lebih efektif.
ii. Menyatakan aspek-aspek penting dalam komunikasi

Metode
Gerak kerja.

Kandungan
Bisik-Bisik

Proses
• Jelaskan kepada peserta peringkat-peringkat komunikasi di mana halangan
boleh berlaku
• Bentuk sekurang-kurangnya dua kumpulan peserta. Tugaskan peserta pertama
dari setiap kumpulan meneliti mesej pendek yang diedarkan. Selepas 2 minit
peserta diminta membisikkan mesej tersebut kepada peserta kedua dan
berurutan sehingga peserta terakhir. Semasa proses ini kumpulan lain
dikehendaki menimbulkan gangguan (kecuali gangguan fizikal) seperti membuat

72
bising dan sebagainya. Peserta terakhir dari setiap kumpulan diminta mencatat
semula mesej. Setelah gerakerja selesai, mesej dibaca dan dibandingkan
dengan yang asal.
• Kemukakan pertanyaan kepada semua peserta mengenai halangan-halangan
komunikasi yang dapat dikesan. Senaraikan di peringkat mana halangan terjadi
dan syorkan cara mengatasinya. Buat ulasan serta perbandingan dengan carta
fasilitator

Seting
Bilik darjah/dewan atau luar (otologi)

Bahan
Carta selak, transparensi, papan putih, kertas mahjong dan “flipchart stand”

Jangka masa
45 minit

Penilaian
Menyoal jenis-jenis halangan dan syor-syor mengatasinya.

7.2 KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT


Penerimaan ke atas pengetahuan, sikap, nilai dan amalan baru ditentukan oleh
keupayaan sumber untuk mempengaruhi penerima. Kemahiran berkomunikasi dan
pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai dapat membantu meningkatkan kekesanan
penerimaan. Melalui pendekatan secara individu dan berkumpulan, pelbagai kaedah
komunikasi boleh digunakan oleh pendidik rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti
PROSTAR.

7.3 PEMILIHAN KAEDAH KOMUNIKASI


Pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai ditentukan oleh beberapa kriteria:

• Bilangan peserta atau rakan sebaya yang terlibat dengan aktiviti


• Sumber yang ada seperti bahan, alat pandang dengar, tenaga manusia dan
sebagainya
• Ciri-ciri sasaran termasuk tahap pengetahuan dan fisiologi
• Objektif perubahan yang diingini sama ada setakat penambahan pengetahuan
atau sikap mahupun tingkah laku
• Persekitaran tempat dan sosiobudaya

73
• Kombinasi kaedah

Objektif pembelajaran
Di akhir sesi pelajar dapat:

• Mengetahui pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam melaksanakan


aktiviti PROSTAR.
• Menunjukkan kemahiran menggunakan kaedah-kaedah komunikasi

Metode
Syarahan dan amali

7.4 KAEDAH-KAEDAH DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL

7.4.1 Interaksi Perseorangan (Nasihat Individu, Temubual dll)


Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat, menyebar maklumat,
menyampaikan nasihat dan mendapatkan kerjasama. Ianya memerlukan
kemahiran dalam menyoal, mendengar, memerhati, mendorong, membuat
penjelasan dan kemesraan.

7.4.2 Pemujukan
Komunikasi yang bertujuan mempengaruhi dan memujuk seseorang supaya
menganggap atau mempercayai sesuatu dari sudut tanggapan kita. Ianya boleh
dilakukan dengan :

Menggunakan fakta yang sahih, benar dan pernah terjadi


Menggunakan logik dan rasional (munasabah pada akal)
Menyatakan faedah
Menyentuh perasaan dan emosi
Menggunakan unsur-unsur yang membimbang/menakutkan
Menghidupkan rasa senang, jenaka, bersahaja tetapi dipercayai

7.4.3 Main Peranan “ Raja Borong ”

Proses
o Pilih seorang pelatih dalam setiap kumpulan dan aturkan sesi main peranan
yang menunjukkan seorang peniaga jalanan yang berusaha untuk menjual
barangannya.
o Setiap seorang daripada mereka diberikan sejenis produk untuk dijaja / dijual.
Dengan menggunakan semua elemen komunikasi yang di ketahui, Pelatih
dikehendaki mempengaruhi audiens supaya membelinya.

74
o Minta peserta lain memain peranannya untuk memilih barangan yang ingin
dibelinya dan nyatakan kenapa.
o Pelatih yang lain memerhati sesi berkenaan dan memberi maklumbalas selepas
tamat sesi atas kekuatan/kelemahan berdasarkan kemahiran dalam interaksi
perseorangan. Pelatih juga dikehendaki memberi komen di atas penggunaan
unsur-unsur pemujukan di dalam sesi berkenaan.
o Pengajar mengulas kemahiran dalam komunikasi perseorangan dan pemujukan.

7.5 KAEDAH-KAEDAH DALAM KOMUNIKASI KUMPULAN

7.5.1 Perbincangan Kumpulan Kecil


Aktiviti yang bertujuan menggalakkan penglibatan rakan sebaya dalam berfikir,
berkongsi maklumat dan pengalaman serta meningkatkan kesefahaman dan
kemesraan antara satu sama lain.

Berfokus kepada sesuatu isu dengan menitikberatkan amalan demokrasi dalam


pelaksanaannya. Saiz kumpulan antara 8 – 10 orang.

Proses
Bentuk kumpulan dengan ahli dan fasilitator berada dalam satu bulatan dan
lantik seorang pencatat.
Pengenalan – Fasilitator dan peserta memperkenalkan diri. Fasilitator
memperkenalkan tajuk atau tujuan perbincangan dan rasional pemilihannya.
Perbincangan – Fasilitator mengemukakan secara terbuka penyataan atau
persoalan dan minta ahli kumpulan respons ke atasnya. Ulangi dan ubahsuai
soalan serta tujukan kepada ahli jika perlu.
Galakan semua peserta mengambil bahagian dengan menghidupkan
perbincangan dengan mengajukan soalan-soalan yang memikat. Awasi monopoli
perbincangan oleh ahli tertentu sahaja. Fasilitator perlu neutral, bersahaja dan
informal. Pencatat juga perlu maklum dengan tugasnya.
Di setiap peringkat, penjelasan setiap isu yang dibincangkan dan buat
kesimpulan ke atasnya. Buat prioriti ke atas isu-isu penting yang telah
dibincangkan dan akhiri dengan penghargaan.
Ulangi keseluruhan proses yang sama dengan memilih fasilitator dan pencatat
dari kalangan ahli.

7.5.2 Perbincangan sindiket


Aktiviti yang bertujuan menggerakkan peserta supaya mempelajari sesuatu
secara aktif di dalam kumpulan. Ahli kumpulan digalakkan berkongsi pendapat
dan perasaan di samping meninjau apa yang telah dipelajari oleh orang-lain,
mengingatinya serta memberi maklumbalas. Dengan cara ini kemahiran
berkomunikasi dapat dipertingkatkan diikuti oleh pembentukan sikap yang positif
.

75
Proses
Bentuk beberapa kumpulan dengan setiap satunya tidak lebih dari enam ahli.
Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatit seterusnya
membincangkan topik/isu berkaitan HIV/ AIDS secara mendalam selama 15
minit dengan diawasi/bantu oleh fasilitator.
Satukan semula kumpulan sindiket di dalam kumpulan induk dan bincangkan
maklumbalas dari setiap kumpulan.

7.5.3 Sumbang saran (brainstorming)


Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan idea dari kumpulan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah atau pengubahsuaian sesuatu perkara.
Penilaian dan maklumbalas ke atas idea adalah dibataskan.

Proses
Bentuk beberapa kumpulan dengan keahlian antara 8 – 10 orang. Atur
kedudukan ahli data satu bulatan serta lantik seorang fasilitator dan pencatat.
Catatan perlu dibuat di papan tulis.

Fasilitator mengemukakan soalan dan meminta setiap ahli memberi satu


pendapat secara bergilir pada setiap pusingan. Catatkan semua idea. Ulangi
pusingan sehingga peserta-peserta tiada lagi idea hendak disumbangkan. Di
peringkat ini fasilitator dan pencatat boleh menambah idea mereka ke dalam
senarai idea yang terkumpul.

Peringatan:
• Semua idea perlu dicatatkan
• Ahli dilarang mempersendakan idea orang lain
• Ahli dibenarkan mengembangkan idea yang dikemukakan ahli terdahulu
• Idea seharusnya bernas dan ringkas

Cerakin semua idea mengikut keutamaan dengan mengasingkan idea-idea yang


tidak rasional. Kumpulkan idea yang hampir serupa data satu kumpulan. Idea-
idea boleh dikategorikan kepada yang boleh dilaksanakan, perlu kajian
mendalam atau untuk kegunaan masa akan sosial. Penilaian idea oleh mereka
yang lebih mahir adalah digalakkan.

7.5.4 DEBAT
Aktiviti yang bertujuan untuk membolehkan peserta mendapatkan maklumat,
menyusun dan menghuraikannya di depan khalayak serta melatih peserta
menjadi seorang perucap yang baik.

76
Proses
Sediakan peralatan termasuk mikrofon, pembesarsuara, jam dan loceng. Meja
dan kerusi pendebat di atur bertentangan dengan Pengerusi dan Penjaga Masa
berada di antara keduanya.
Bahagikan peserta kepada dua kumpulan dengan tiga ahli bertindak selaku
pihak pencadang dan pembangkang.
Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk berhujah. Selepas semua berhujah
ketua kumpulan diberi masa 5 minit menggulung perdebatan didahului oleh pihak
pembangkang. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali setiap kali
peserta memasuki minit keempat hujahnya dan dua kali apabila masa tamat.
Pemerhati diberi peluang membuat ulasan ke atas tajuk selepas perbahasan
selesai.
Pemarkahan berasaskan isi kandungan, ketepatan tajuk, gaya dan penampilan
bahan sokongan. (Sila lihat lampiran).
Topik-topik berkaitan dengan isu-isu sosial dan AIDS adalah digalakkan.

7.5.5 PERBINCANGAN PANEL


Aktiviti yang bertujuan untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu perkara.
Ia meliputi penjelasan dan perbincangan terhadap sesuatu topik.

Proses
Pilih sekurang-kurangnya empat ahli panel dan seorang pengerusi.
Kenalpasti tempat yang sesuai menyusun atur tataletak ahli panel, pengerusi
dan audiens.
Pengerusi memperkenalkan topik/isu secara ringkas dan meminta panel pertama
memberi pandangan. Pengerusi membuat ulasan ringkas seterusnya meminta
panel kedua memberikan pendapat. Ulangi proses sehingga panel terakhir.
Pengerusi membuka perbincangan untuk audiens mengajukan soalan
Pengerusi menggulung sesi dengan membuat rumusan ke atas isu-isu penting
yang telah dicapai/ bincangkan dan menutup perbincangan.
Topik-topik seperti Pengasingan kes HIV, Pendedahan status HIV, Diskriminasi
ke atas pesakit AIDS, Pembawa dan kehidupan berkeluarga.

7.5.6 MAIN PERANAN (ROLE PLAY)


Aktiviti yang bertujuan memberi pengalaman baru kepada peserta berkaitan
sesuatu peranan yang belum pernah dialami terdahulu. Ia melibatkan emosi,
penghayatan dan disiplin serta tindakbalas terhadap watak lain tanpa bantuan
skrip. Melaluinya peserta dapat meningkat kemahiran berkomunikasi serta
memahami tingkah laku orang lain.

Proses

77
Atur kedudukan pentas dan audiens. Pilih senario dan watak yang berkait-an
dengan wabak AIDS.
Berikan panduan bertulis kepada setiap peserta. Yang jelas menyatakan ‘siapa’
dan ‘apa peranan’ mereka serta ‘mood’ yang dikehendaki. Pelakon diminta
bertindakbalas kepada perlakuan watak lain. Beri masa 5 minit untuk pelakon
menyesuaikan diri dan mendapat ‘mood’. Audiens perlu dimaklumkan mengenai
senario ini serta perkara yang perlu diperhatikan.
Biarkan lakonan berlangsung sehingga penghayatan dapat ditunjukkan.
Perbincangan dan penilaian. Minta pelakon menyatakan perasaan dan pendapat
mereka berkaitan dengan sesi yang dilalui. Audiens juga digalakkan memberi
pendapat terhadap mesej dan lakonan. Umpamanya:

o Adakah pelakon berubah peranan dan mengapa boleh berlaku?


o Adakah pelakon saling memahami antara satu sama lain?
o Kesan lakonan?
o Perasaan watak sebelum, semasa dan selepas sesi.

7.5.7 KUIZ
Aktiviti yang bertujuan untuk memberi pengalaman kepada peserta bagaimana
merangsang perbincangan, berfikir dan meningkatkan pengetahuan.

Proses

Sediakan soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan HIV/AIDS


Lantik seorang Pengerusi dan Pencatat markah bagi mengendalikan kuiz.
Bentuk dua kumpulan peserta.
Pengerusi mengajukan soalan berselang-seli kepada semua peserta dari kedua
kumpulan. Soalan mesti dijawab dalam tempoh 30 saat dengan 3 markah untuk
jawapan tepat. Jika sekali lagi peluang diberi kepada ahli lain dalam kumpulan
yang sama 2 markah diberi untuk jawapan tepat. Sekiranya gagal soalan
dikemukakan kepada kumpulan yang lain dengan 1 markah jika jawapannya
betul.

7.6 KAEDAH PENGUCAPAN AWAM


Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran atau menambah pengetahuan.
la juga berupaya meningkatkan keterampilan diri, kemahiran interaksi depan
khalayak serta menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Proses
Menjelaskan persediaan pengucapan awam yang mengandungi tiga peringkat
iaitu pemikiran permulaan, penyediaan dan penyampaian.
Menggariskan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemikiran
permulaan:

78
o Mengenali sasaran - Siapa, mengapa hadir, faedah dan kepentingan
ceramah kepada mereka
o Menentukan objektif ceramah – Apakah yang penceramah ingin capai
samada pengetahuan, sikap mahupun amalan
o Menetapkan masa
Menerangkan keperluan-keperluan dalam peringkat penyediaan. Umumnya
terdapat tiga tahap dalam bahan ucapan:
o Pembukaan - Memberi tahu tujuan dan rangka ceramah
o Badan ucapan – Merupakan penjelasan kepada tujuan ceramah. Sebaik-
baiknya mengandungi 415 fakta utama sahaja, mempunyai sokongan dan
mengikut susunan keutamaan
o Penutup - Mengulangi idea penting secara ringkas dan memperkuatkan
semula tujuan
Menjelaskan aspek-aspek penting penyampaian ceramah. Keutamaan adalah
untuk mewujudkan hubungan dengan audiens melalui:
o Berdiri selesa dan bertenang
o Melihat ke arah audiens
o Suara tidak mendatar
o Bernada dan kawal kelajuan
o Tunjukkan keyakinan terutama dalam idea penting
o Gunakan contoh-contoh menarik
o Rujuk nota (Jika perlu)

Menunjukkan teknik berucap yang berkesan


o Cara penyampaian - Gunakan skrip, catitan (kad), ingatan atau impromptu
o Membuka ucapan - Sampaikan ucap selamat, memperkenalkan diri dan
cuba cetuskan sesuatu yang menarik
o Pengenalan topik - Jadikan pendengar minat, sedia mendengar dan
menerima
o Tinggikan minat – Selitkan jenaka, petikan, rujukan, persoalan dan
sebagainya
o Lain-lain - Gunakan bahasa badan, timbulkan keanehan, sesuatu yang
baru, realiti, perkara hampir, suspen, penting dan gurauan. Gunakan alat
pandang - dengar yang berkaitan dengan mahir

Menyatakan sifat-sifat yang perlu ada dan sebaliknya semasa berceramah


o Sifat baik - Berpengetahuan, berkeyakinan, berkemahiran dan ada
kredibiliti
o Sifat kurang baik - Syok sendiri, berbisik-bisik, melalut, kabur dan sering
minta maaf

Latihan amali pengucapan awam


Pilih peserta dan minta mereka membuat persediaan pengucapan awam dan
menyampaikannya di dalam kelas mengikut tatacara dan panduan yang
diberikan. Fasilitator dan rakan peserta diminta memberi pendapat mengenai

79
persembahan selepas latihamal selesai. (Sila lihat senarai semak amali
pengucapan awam)

Seting
Bilik darjah/dewan atau luar (otologi)

Bahan
Carta selak, papan tulis, kertas mahjong dan transparensi

Jangka masa
5 Jam (Dikurangkan kepada 3 jam sekiranya aktiviti amali kepada perbincangan
sindiket, debat, kuiz dan pengucapan awam dilakukan pada modul berkaitan.)

Penilaian
Peserta dapat menyatakan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dalam
melaksanakan dalam sesuatu aktiviti.

80
BAB 8 - MODUL 7
MARI MERANCANG

Modul ini adalah panduan untuk merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti
PROSTAR. Latihan ini haruslah mengambilkira realiti setempat dari segi latar belakang,
kumpulan sasar, kemudahan yang sedia ada, sumber yang ada dan boleh digunakan,
kemampuan dan keupayaan fasilitator, masa yang diperuntukan dan sokongan yang
diperolehi.

Subjek ini perlu dipermudahkan dengan penggunaan dan pemakaian teori akademik
yang seminima yang boleh, sekadar untuk mengukuhkan hujah sahaja selain ianya
harus mudah dan praktikal.

TOPIK UTAMA
Apa itu program
Apa itu perancangan dan elemen utama dalam perancangan
Kepentingan perancangan
Langkah dan peringkat perancangan
Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan
Penilaian aktiviti/program

OBJEKTIF
Di akhir sesi latihan, para peserta dapat:
Menerangkan apa itu perancangan
• Memperolehi kemahiran merancang program atau aktiviti pendidikan
PROSTAR.
• Membentuk pelan program dan pelan pelaksanaan
• Memperoleh kemahiran melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

KAEDAH
Menyelesaikan Masalah (Senario) pilih satu atau cipta senario yang sesuai
Perbincangan kumpulan dan Penyampaian kumpulan
Syarahan/ceramah
Amali (menggunakan senario yang dipilih, gunakan borang format pelan tindakan
program / pelan perlaksanaan.

PROSES
Agihkan senario berlainan bagi setiap kumpulan (Senario ini boleh di cipta/direka
oleh Fasilitator/penceramah ).
Minta setiap kumpulan berbincang dan merancang satu program bagi mengatasi
masalah berkaitan..
Pilih seorang wakil untuk membentangkan hasil perbincangan dan perancangan
program yang telah dihasilkan oleh kumpulan.
Setelah pembentangan di buat fasilitator/penceramah akan memberi syarahan
berkaitan dengan teknik penyediaan program pelan tersebut dan mengenalpasti
kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dalam pembentangan oleh peserta.
Peserta akan berbincang dan membaiki pelan program dan pelan perlaksanaan
berpandukan format yang telah diberi / disediakan oleh fasilitator.

MASA
1 jam - Senario
1 jam - Syarahan / ceramah
1 jam - Amali

Bahan/Peralatan
Papan tulis
Kertas majong
Marker pen
Transparensi
OHP
Borang Format

Penilaian

Dibuat berdasarkan kemampuan peserta menerangkan apa itu program melalui


proses seperti :
pre & post test
kerja kumpulan
soal jawab

82
NOTA SYARAHAN

TOPIK 1 : APAKAH ITU PROGRAM

Merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat, polisi,


prosedur, peraturan, tugas, langkah yang perlu dibuat dan lain-lain elemen yang perlu
terhadap sesuatu tindakan. Ianya satu kenyataan yang jelas berkaitan: masalah, isu,
objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka masa dan proses
pemantauan.

Antara komponen sesuatu program termasuklah:

• Latarbelakang program
• Kenyataan masalah
• Penentuan masalah
• Polisi/Peraturan
• Objektif
• Strategi
• Aktiviti/Tugas
• Sumber
• Penilaian

TOPIK 2 : APA ITU PERANCANGAN DAN ELEMEN UTAMA


PERANCANGAN

Perancangan

Merupakan satu proses untuk mencapai sesuatu matlamat dengan cara yang sistematik
menggunakan sumber-sumber yang sesuai dalam tempuh masa yang ditetapkan.
Perancangan adalah percubaan untuk menjawab beberapa persoalan sebelum ianya
timbul. Ianya menghubungi dan merapatkan jurang antara hari ini dan masa depan.

Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna kepada kita sebagai
panduan dan arah tuju, sesuai untuk di semua peringkat dan program.

Perancangan akan menjawab semua perkara berikut:


• Apa
• Bila
• Yang mana
• Di mana
• Siapa
• Bagaimana
• Kenapa
• Berapa banyak

Tiga komponen utama perancangan ialah :


- Objektif
- Aktiviti
- Sumber

Antara elemen utama perancangan


• Polisi
• Analisis situasi
• Objektif
• Program
• Prosedur
• Sumber

Contoh: Bagaimana anda membuat persiapan ke bengkel ini. Anda telah


membuat beberapa siri pilihan dalam perancangan yang melibatkan
- destinasi
- tujuan
- cara pejalanan/pengangkutan dan tempat tinggal
- Halangan yang ditempuhi dan bagaimana mengatasinya
- peralatan
- kos
- Jadual/masa

TOPIK 3 : KEPENTINGAN PERANCANGAN

a) Memberi arah tuju untuk melakukan sesuatu oleh sesebuah organisasi


• apa yang perlu dibuat
• bila perlu dibuat
• bagaimana hendak dibuat
• siapa yang akan membuat

b) Untuk menguruskan sesuatu perubahan yang berlaku


• perubahan teknologi
• perubahan dalam polisi kerajaan (pengurusan/pentadbiran)
• perubahan ekonomi
• perubahan sikap, cara hidup dan harapan (expectation) masyarakat

84
c) Memastikan keberkesanan sesuatu objektif
• guna strategi yang sesuai
• guna sumber secara berkesan
• mudah dan praktikal

d) membantu kawalan dan koordinasi secara berkesan


e) tindakan yang diambil akan lebih jelas dan berguna
f) memberi arahan ketua
g) dapat kenalpasti masalah, kelemahan dan kekesanan
h) dapat pastikan pencapaian aktiviti
i) menyediakan skop penilaian
j) menyediakan skop metodologi yang akan digunakan

Adalah jelas perancangan perlu dilakukan secara kolektif atau secara berpasukan di
semua peringkat. Sesuatu perancangan yang realistik memerlukan kerjasama,
penglibatan semua pihak yang terlibat yang memiliki maklumat, pengetahuan,
kemahiran, kepakaran dan kuasa membuat keputusan dan lain-lain.

TOPIK 4 : LANGKAH-LANGKAH DAN PERINGKAT PERANCANGAN

Penilaian Situasi
o Masalah yang dihadapi
o Sejauh mana masalah itu wujud
o Siapa yang terlibat
o Di mana masalah itu
Penentuan objektif
Penentuan strategi dan kaedah
Pemilihan strategi yang berkesan

Pembentukan pelan program


Penyediaan proses penyeliaan dan pemantauan
Mengulangkaji/kaji semula pencapaian/pengubahsuaian

TOPIK 5 : BAGAIMANA MENYEDIAKAN PELAN PROGRAM

Pelan program mengandungi beberapa elemen termasuk:


• Tajuk projek
• Objektif am
• Objektif khusus termasuk objektif pembelajaran
• Strategi/Kaedah

85
• Sumber
• Penilaian

Pelan Pelaksanaan
• Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program selesai disediakan.
Pelan pelaksanaan menerangkan secara terperinci cara untuk menjaya dan
menjalankan aktiviti.
• Pelan pelaksanaan memberi arah dan panduan tentang apakah aktiviti PROSTAR
yang hendak dijalankan, bila, dimana, oleh siapa dan dengan sumber apa dan
bagaimana menilaikannya.
• Pelan pelaksanaan merupakan satu aliran/urutan aktiviti iaitu satu rangkaian
kegiatan yang akan dilaksanakan mengikut suasana masa, disamping aspek-aspek
yang berhubung dengan objektif pembelajaran.
• Pelan pelaksanaan, biasanya dirangka dalam bentuk jadual. Ruang-ruang dalam
jadual mengandungi maklumat berikut:
- Objektif yang ingin dicapai dalam projek PROSTAR.
- Aktiviti PROSTAR yang akan dilaksanakan
- Tarikh, waktu dan tempat dimana aktiviti akan dilaksanakan
- Sumber yang akan digunakan untuk menjayakan aktiviti:
Tenaga manusia
Peralatan/bahan yang akan digunakan
Kewangan/peruntukan yang dikehendaki/punca kewangan
• Penilaian - untuk menentukan sejauhmana pelaksanaan aktiviti telah berjaya
• Indikator (kayu ukur) - angkubah yang patut diukur
• Kriteria - Tahap minima untuk menganggap sesuatu aktiviti PROSTAR itu
telah berjaya dilaksanakan.
• Kaedah - Cara untuk mengukur atau mendapat maklumat berkaitan
angkubah.

Catatan
Bagi memudahkan proses pembelajaran fasilitator atau penatar PROSTAR adalah dinasihatkan supaya
aspek penilaian ini dipermudah dan diubahsuaikan. Apa yang dinyatakan di atas adalah baik sebagai
maklumat. Yang penting adalah kaedah hendak menilai sesuatu aktiviti yang dijalankan dengan mudah.
• Pelan pelaksanaan perlu disediakan dengan kerjasama, penglibatan dan persetujuan semua pihak
yang terlibat.
• Pelan pelaksanaan akan menentukan jadual pelaksanaan aktiviti. (Sila rujuk lampiran A,B, C, untuk
contoh pelan pelaksanaan)

86
TOPIK 6 : PENILAIAN AKTIVITI/PROGRAM

Terdapat 3 jenis penilaian:

Pertama : Penilaian proses


Kedua : Penilaian impak
Ketiga : Penilaian 'outcome'

Penilaian proses

Kayu ukur bagi penilaian proses, seperti contoh berikut:


• Jumlah kehadiran kumpulan sasar
• Rekod aktiviti – jumlah bilangan yang telah dapat dijalankan
• Penggunaan sumber/bahan - jumlah dan jenis/kategori

Penilaian impak
Kesan yang dapat dicapai dalam jangka masa pendek, seperti berikut:
• Nilai dari segi objektif
• Pengetahuan
• Sikap, perasaan dan nilai
• Keupayaan/kemahiran melakukan sesuatu dengan betul

Penilaian 'outcome’
• Kesan jangka masa panjang
• Perubahan yang dapat dilihat dari segi mortaliti ataupun morbiditi

Catatan
Untuk aktiviti PROSTAR ini memadailah seseorang fasilitator (remaja) itu dapat menjalankan penilaian
proses sahaja. Yang lain-lain hanya sebagai maklumat tambahan.

87
CONTOH

Senario 1

Beringin merupakan bandar satelit yang semakin berkembang. Selain taman-taman


perumahan, pusat-pusat hiburan, pusat rekreasi, dan pusat membeli belah turut
menunjangi perkembangan bandar dan menjadi tumpuan remaja untuk berpeleseran
dan melepak. Dari laporan pihak berkuasa jelas menunjukkan kecenderungan remaja
melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, merokok, dan meminum
minuman keras. Malah sejak kebelakangan ini penggunaan pil khayal, penagihan
dadah dan seks bebas juga dikesan. Justeru, peningkatan kes cabul, rogol,
pengguguran janin, pembuangan bayi serta kes HIV / AIDS adalah membimbangkan.

Soalan

Anda dan sekumpulan remaja yang lain telah dilantik menganggotai Jawatankuasa
Bertindak Bandar Beringin bagi menangani masalah remaja. Sila rancangkan program
yang bersesuaian bagi menimbulkan kesedaran ke arah gaya hidup sihat di kalangan
remaja berkenaan.

Senario 2

Kuala Lembu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Terdapat lebih 60 keluarga


mendiami perkampungan berkenaan dengan pekerjaan utama sebagai nelayan,
pekerja kilang di kawasan perindustrian berhampiran dan bekerja sendiri (prosesan
hasil perikanan). Dianggarkan terdapat seramai 120 orang remaja yang menetap di
kampung berkenaan dengan 65% darinya adalah lepasan sekolah. Kebanyakan remaja
lelaki bekerja dengan bot-bot nelayan sementara remaja perempuan bekerja di kilang-
kilang. Pengalaman lalu menunjukkan kumpulan remaja ini terutamanya lelaki amat
mudah terdedah kepada penagihan dadah. Suasana pekerjaan tidak mengizinkan
mereka berada lama bersama keluarga manakala masa rehat digunakan untuk
mengunjungi pusat hiburan di bandar berhampiran dan adakalanya ke negara jiran.

Soalan

Apakah risiko yang mungkin dihadapi oleh remaja ini?


Rancangkan program yang bersesuaian bagi mendorong remaja berkenaan
mendekatkan diri kepada aktiviti yang lebih sihat.

88
Lampiran 1.

Contoh 1.
Pelan Perancangan Program

Tajuk :…………………………………

1. Pengenalan

2. Objektif

3. Strategi

4. Kumpulan Sasar

5. Aktiviti

6. Sumber

- Tenaga Manusia

- Bahan

- Kewangan

7. Penilaian

89
Contoh 2

Pelan Tindakan / Perlaksanaan

Tajuk Program :……………………………………………………………………….

Sumber Penilaian
Objektif Aktiviti Tarikh / Tempat Tenaga Bahan Kewangan Kaedah
Masa Manusia

90
BAB 9 – MODUL 8
BINA INSAN

AKTIVITI BINA INSAN

Generasi pelajar sekolah menengah merupakan golongan yang sedang berada


dalam peringkat peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Ianya satu
peringkat yang penuh dengan berbagai perubahan baik dari segi fizikal, dan
psikososial. Dalam usia peringkat ini, para remaja sebenarnya sedang berusaha
kearah pengujudan satu identiti diri. Untuk berdepan dengan cabaran ini, pelajar
perlu disiapkan dengan Pengetahuan, Nilai-Nilai Murni, Sikap Tanggungjawab,
Berketerampilan, Kecergasan Minda Dan Ketangkasan Fizikal. Aktiviti-Aktiviti
Bina Insan Yang Dilaksanakan Secara Teratur Akan Dapat Membantu Individu
Tersebut Membentuk Diri Yang Positif. Aktiviti bina insan ini dibentuk untuk
memantapkan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan apa jua
keadaan. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai acara mingguan, bulanan, tahunan
dan sebagainya.

Objektif:
Memupuk nilai dan etika serta ciri-ciri keperibadian pelajar yang sihat,
inovatif, proaktif, kompetitif dan berdaya tahan menghadapi cabaran.
Untuk menyemarakkan sikap prihatin, penyayang serta bertanggungjawab
kepada diri, keluarga, masyarakat , agama dan negara.
Untuk membimbing remaja memilih cara hidup yang sihat sebagai persiapan
memasuki alam dewasa
Membolehkan pelajar memainkan peranan sebagai pembimbing rakan
sebaya.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan

1.Perkhemahan PROSTAR
2.Program Bersama Kelab PROSTAR
3.Sukan PROSTAR
4.Program Kepimpinan
5.Program Motivasi
6.Klinik PROSTAR
7.Program Lima Minit Bersama Rakan PROSTAR
8. Buletin PROSTAR
9. Program Masih Ada Yang Sayang

91
A PERKHEMAHAN PROSTAR

Masa : 3 Hari 2 Malam

Tempat : Taman Rekreasi/Tempat-Tempat Yang Sesuai

Objektif-
• Mendedahkan pelajar kepada peluang pembelajaran secara tidak formal
dalam usaha membina keyakinan dan keupayaan memimpin.

• Melahirkan golongan pelajar yang berketerampilan dan mempunyai


ketahanan diri serta kekuatan mental yang mantap dalam menangani
masalah AIDS dan gejala sosial yang lain.

• Memupuk nilai-nilai kerohanian dan potensi kepimpinan pelajar yang


berkualiti , sihat dan cergas minda, inovatif serta berwawasan.

• Bekerjasama dan mengeratkan hubungan sesama peserta tanpa mengira


kaum bagi mengujudkan rasa persahabatan dan harmoni diantara
mereka.

AKTIVITI-AKTIVITI PERKHEMAHAN

• Aktiviti Kerohanian
o Sembahyang Berjemaah/Penerapan Nilai-nilai Murni
o Kuliah Maghrib/Subuh
o Qiamullail

• Memberi/menyampaikan Maklumat
o Ceramah HIV/AIDS Atau Masalah Sosial
o Peranan Remaja Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya

• Mendapat/Menyediakan Maklumat
o Perbahasan/Pidato
o Kuiz Dari Anda Untuk Anda

• Muhasabah Diri
o Mengenali Diri Dan Menilai Diri

92
Lampiran

HARI PERTAMA

08.00 pg - 09.00 pg : Berkumpul di sekolah

09.00 pg : Bertolak ke tapak perkhemahan

10.15 pg – 12.45 tgh : Pendaftaran dan persiapan tempat

12.45 tgh - 02.00 ptg : Makan/solat zohor

02.15 ptg - 02.40 ptg : Taklimat program

02.40 ptg – 4.00 ptg : Suaikenal


(cadangan aktiviti : Surat berantai /
lukisan hati / sahabatku kroniku )

04.00 ptg - 05.00 ptg : Minum dan solat

5.00 ptg - 06.00 ptg : Riadah

06.30 ptg - 09.00 mlm : Makan / Solat / Tazkirah

09.15 mlm – 10.30 mlm : Ceramah I (Pengenalan HIV/AIDS)

10.15 mlm : Minum

HARI KEDUA

06.00 pg – 07.00 pg : Solat / Tazkirah

07.00 pg - 07.45 pg : Riadah

07.45 pg - 08.30 pg : Sarapan pagi

08.30 pg – 10.30 pg : Ceramah II (Remaja & Permasalahannya)

10.30 pg – 11.00 pg : Minum

11.00 pg – 12.45 tgh : Perbincangan Kumpulan (Persediaan Senario)

12.45 tgh – 02.15 ptg : Makan / Solat

02.15 ptg - 04.30 ptg : Persembahan Kumpulan (Senario)

93
04.30 ptg – 05.00 ptg : Minum / Solat

05.00 ptg – 06.30 ptg : Sukaneka

06.30 ptg – 09.00 mlm : Makan / Solat / Tazkirah

09.00 mlm – 11.00 mlm : Kuiz Dari Anda Untuk Anda

11.00 mlm – 11.30 mlm : Minum

HARI KETIGA

04.00 pg – 07.00 pg : Qiammullail / Muhasabah / Solat

07.00 pg - 07.30 pg : Riadah

07.30 pg – 08.00 pg : Sarapan pagi

08.00 pg – 12.00 tgh : KEMBARA

12.00 tgh – 02.00 ptg : Makan / solat / rehat

02.00 ptg – 03.00 ptg : Luahan rasa

03.00 ptg – 03.30 ptg : Acara penutup / penyampaian sijil

03.30 petang : Bersurai dan bertolak balik

94
B. SUKAN PROSTAR

Kumpulan Sasar:

Ahli Kelab PROSTAR Dan Murid-Murid Sekolah Menengah.

Masa:
8.00 am – 1.00pm

Tempat:
Padang Sekolah.

Objektif
• Mendidik pelajar mengenai nilai-nilai murni dan mengamalkan
• Menilai pengetahuan , kefahaman mengenai maklumat kesihatan.
• Membina sifat sifat kepimpinan diri, bertanggungjawab, bekerjasama
dalam dan saling memahami di dalam satu pasukan.

Aktiviti Yang Dijalankan


o Pertandingan Senamrobik
o Sepaktakraw
o Ujian Kecergasan
o Sukaneka Kesihatan – Berkumpulan

Peralatan
• Alatan Sukan
• Alatan Sukaneka
• Audio Visual
• Sistem PA

95
C. PROGRAM BERSAMA PROSTAR SEKOLAH

Boleh Dijalankan Diperingkat Daerah Ataupun Diperingkat Sekolah

Objektif
• Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai HIV/AIDS, gejala
sosial dan cara hidup sihat di kalangan ahli –ahli kelab dan warga sekolah
• Meningkatkan kemahiran dan budaya kerja berpasukan
• Meningkatkan keterampilan diri, sifat kepimpinan dan kemahiran
berkomunikasi di hadapan khalayak ramai.
• Menimbulkan suasana yang kompetitif, semangat berkumpulan dan
mempraktikkan budaya musyawarah dalam kehidupan.

Masa:
8.00 am – 1.00 pm

Aktiviti-Aktiviti

• Pertandingan Masakan Sihat Untuk Pelajar


• Pertandingan Melukis Poster Berkumpulan
• Pertandingan Perbahasan/Pidato
• Kuiz Kesihatan
• Pertandingan Pameran Antara Kelab PROSTAR Sekolah

D. PROGRAM MOTIVASI

Objektif
• Memahami dan membina matlamat hidup , berdaya saing dan bermotivasi
tinggi
• Mendorong pelajar berfikiran positif, kreatif , inovatif dan berdaya tahan
menghadapi cabaran

Kaedah Perlaksanaan
• Ceramah Motivasi – oleh penceramah jemputan
• Pengurusan Tekanan (Stress Management) – Lampiran 2

96
• Kaedah Pembelajaran Berkesan
• Pengurusan diri
• Kerja kumpulan

Tempat
Dewan Sekolah/ Luar Sekolah
Masa
2 jam

Penyelaras
Guru Penyelaras PROSTAR

Kekerapan
Satu atau dua kali setahun

E. PROGRAM LIMA MINIT BERSAMA RAKAN PROSTAR

Objektif
• Menyebar maklumat dan meningkatkan pengetahuan HIV/AIDS dan
gejala sosial secara menyeluruh kepada semua warga sekolah
• Meningkatkan keterampilan diri , kemahiran interaksi depan khalayak
ramai.

Kaedah Pelaksanaan
• Ceramah pendek oleh ahli kelab- semasa perhimpunan pagi
• Sudut Pidato
• Semasa program tazkirah
• Perbincangan kumpulan kecil

Tempat
• Kantin sekolah
• Pondok rehat/Balai ilmu

Aktiviti ini dilaksanakan sendiri oleh ahli Kelab secara bergilir-gilir mengikut
jadual yang diselia oleh guru penasihat.

97
F. BULETIN PROSTAR

Objektif
• Memupuk semangat bertanggungjawab dan bekerja dalam pasukan
• Melatih pelajar membina sifat-sifat kepimpinan
• Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif

Kaedah Pelaksanaan
Penerbitan Buletin

Kekerapan
Mengikut kesesuaian

Sumber Tenaga:
• Ahli ahli Kelab PROSTAR
• Guru Penyelaras PROSTAR

Kandungan Buletin
• Aktiviti-Aktiviti Kelab
• Maklumat HIV/AIDS
• Teka Silang Kata
• Sudut Karya

Pengedaran
• Pengetua
• Perpustakaan
• Sekolah Sekolah Lain
• Pejabat Kesihatan

Buletin ini juga boleh dijual kepada semua ahli atau kepada pelajar-pelajar
lain yang berminat bagi menambah tabung kelab.

98
AKTIVITI UNTUK PEMIKIRAN POSITIF

Aktiviti 1
Memahami Pemikiran Positif

1. Mula dengan membuat keterangan positif mengenai diri anda.


Seperti ‘Mengapa saya menyukai diri saya’

Saya suka diri saya kerana

…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…….

2. Bicara diri yang positif adalah penting dalam membina imej diri
yang positif juga harga diri. Berikan beberapa contoh tentang
bicara diri yang positif dan negatif.

Bicara diri positif Bicara diri negatif


• Saya bagus • Saya lemah dalam semua hal
• Saya boleh • Saya tidak boleh
• Saya kelihatan menarik • Saya hanya kelihatan biasa
- -
- -
- -
- -
- -

Suburkan pemikiran anda setiap hari dengan bicara diri yang positif.
Ianya adalah tonik untuk kesihatan mental.

• Pemikiran positif akan meningkatkan harga diri. Fikir secara positif dan
elakkan daripada pemikiran negatif akan menyebabkan anda dapat
berhadapan dengan tekanan.

Cuba fikirkan beberapa situasi yang biasa anda hadapi dan bagaimana anda
boleh melihatnya samada positif atau negatif.

99
Aktiviti 2
Mengenali diri

Objektif aktiviti:
Di akhir aktiviti ini anda akan memahami kepentingan harga diri,
bagaimana membinanya dan bagaimana untuk menggalakkan dan
mempromosikan harga diri.

Mengenali diri sendiri

1. Fizikal : Pandangan luaran


2. Psikososial : Traits, Personaliti, kepercayaan, Tanggapan
3. Sosial : Tanggapan orang lain mengenai diri kamu

# Fasilitator bertanyakan para peserta “Setakat mana sebenarnya anda


tahu mengenai diri anda?. Peserta dikehendaki membuat penilaian sendiri
menggunakan format di bawah. Mereka boleh menambah ruangan menjawab
jika perlu.

# Fizikal : Pandangan luaran


Huraikan sebanyak mungkin rupa bentuk luaran anda (berat, tinggi dan
lain-lain)

• ________________________________________________________
• ________________________________________________________
• ________________________________________________________

# Psikososial:
Senaraikan kekuatan dan kelemahan diri anda sendiri.

Kelemahan :

• ________________________________________________________
• ________________________________________________________
• ________________________________________________________

Kekuatan :

• ________________________________________________________
• ________________________________________________________
• ________________________________________________________

100
Lampiran :

Buku Log perlu diwujudkan bagi setiap ahli agar setiap aktiviti yang mereka
lakukan dapat dicatitkan.

KELAB PROSTAR
SEKOLAH

Nama Pelajar

Nama Sekolah

Alamat

Guru Penasihat

Tahun/Sesi

101
PENGENALAN

1. Buku Log Penilaian Aktiviti Kelab PROSTAR Sekolah


adalah satu rekod untuk meneliti kemajuan para pelajar
ahli PROSTAR Sekolah yang telah dilatih dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti program PROSTAR.

2. Tiap-tiap pelajar ahli PROSTAR Sekolah dikehendaki


merancang Takwim Perancangan serta mengisi Borang
Laporan Aktiviti untuk direkodkan ke dalam buku log ini.

3. Buku log ini hendaklah dikemukakan kepada Pegawai


Penyelaras Program PROSTAR di Pejabat Kesihatan
Daerah yang berhampiran supaya penilaian
berdasarkan penelitian dapat dibuat semasa aktiviti
dijalankan.

4. Panduan :

4.1 Aktiviti-Aktiviti / Perkara yang perlu dilaksanakan.

-Merupakan aktiviti atau perkara yang perlu


dijalankan sebagaimana yang telah ditetapkan.

4.2 Tarikh

Nyatakan tarikh program / aktiviti dilaksanakan.

4.3 Bilangan Peserta / Pelajar

Merupakan bilangan kehadiran peserta / pelajar


bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan.

102
4.4 Kumpulan Sasaran

Nyatakan kumpulan sasaran yang terlibat /


menyertai dalam aktiviti / program tersebut.
(pelajar, guru dan lain-lain)

4.5 Lokasi / Tempat

Nyatakan tempat / lokasi di mana aktiviti / program


tersebut dijalankan. (Bilik darjah, dewan, padang
dan lain-lain)

4.6 Ulasan

Komen tentang tingkah laku, sikap, ketetapan


waktu serta penyertaan pelajar / ahli PROSTAR
itu sendiri dalam menjalankan sesuatu aktiviti /
program.

4.7 Nama dan Tandatangan

Nyatakan nama dan tandatangan Pegawai


Penyelaras PROSTAR di daerah.

103
LAPORAN AKTIVITI KELAB PROSTAR

Sekolah : ………………………………………………

Hari : ………………………………………………
Tarikh : ………………………………………………
Masa : ………………………………………………
Tempat : ………………………………………………

Jumlah Pelajar Terlibat : ………………………………….

AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

TAJUK / PERKARA : …………………………………..


1. ……………………………
2. ……………………………
3. ……………………………
4. ……………………………

GURU PENGIRING : ……………………………


……………………………
……………………………

AGENSI TERLIBAT : ……………………………


……………………………

CATATAN :
………………………………………………………………
………………………………………………………………

Tanda Tangan Tarikh: …………………


………………………
( )

104
BUKU LOG PENILAIAN AKTIVITI KELAB PROSTAR SEKOLAH- SEKOLAH
( NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR )
AKTIVITI TARIKH TARIKH TINDAKAN KUMPULAN LOKASI/ SUMBER
CADANGAN LAKSANA SASARAN TEMPAT

1. PENDAHULUAN Guru Ahli Kelab Bilik PROSTAR


1.1.Pelantikan ahli Jawatan Penasihat PROSTAR sekolah
kuasa -Jabatan
1.2.Membentuk takwim tahunan Kesihatan
1.3.Ceramah pengenalan
peranan kelab PROSTAR.

2.PENYEBARAN MAKLUMAT -Guru - Ahli Kelab -Bilik Kelab - Jabatan


PROSTAR Penasihat PROSTAR PROSTAR Kesihatan
2.1 Ceramah : - HIV & Dadah - Semua -Papan Daerah
- Anti pelajar Kenyataan -Penceramah
Merokok Sekolah Kelab. Jemputan
- Penyakit -Perpustakaan
kelamin Sekolah.
- Tibi
- Penagihan
Dadah
- Gejala
Sosial.
2.2 Pameran : -Sda-
2.3 Edaran Pamplet AJK Kelab. Semua
2.4 Buletin 2 kali sebulan pelajar
2.5 Buku Skrap
2.6 Tayangan Video
2.7 5 minit bersama PROSTAR.

4. BINA INSAN CEMERLANG -Guru -Ahli Kelab -Di dalam / luar -Jabatan
4.1 Kursus Motivasi Penasihat PROSTAR sekolah Kesihatan
4.2 Kursus kepimpinan -AJK Kuasa - Pelajar -PIBG
4.3 Program “Masih Ada Yang Bermasalaah -Penceramah
Sayang” Jemputan
4.4 Mengenali Diri -Wakil Rumah
Pengasih

5.PERKHEMAHAN -Guru - Ahli - Luar kawasan -PIBG


5.1 Bina Insan Cemerlang Penasihat PROSTAR sekolah -Jabatan
5.2 Perkhemahan bersama PROSTAR Kesihatan
sekolah -Polis
lain
5.3 Sehari Bersama Rakan
PROSTAR.

6.HARI PROSTAR ( SEKOLAH / -Guru -Semua -Guru-Guru -Penceramah


DAERAH / NEGERI ) Penasihat pelajar -Jabatan Jemputan
6.1 Pameran -Ahli Kelab Kesihatan -Jabatan
6.2 Ceramah -Semua -Agensi Dadah Kesihatan
6.3 Kuiz Pelajar Kebangsaan. - Agensi
6.4 Bahas -Polis Dadah
6.5 Treasure Hunt -Majlis Belia Kebangsaan
6.6 Anugerah Tokoh Daerah/Negeri -Polis
6.7 Larian PROSTAR. dll.

7.KURSUS FASILITATOR -Guru -Ahli Kelab -Di dalam / luar -Penceramah


AHLI-AHLI PROSTAR. Penasihat PROSTAR kawasan Jemputan

105
sekolah -PIBG
-Jabatan
Kesihatan

8.LAWATAN -Guru -Ahli Kelab -Rumah


8.1 Rumah Pengasih Penasihat PROSTAR Pengasih -PIBG
8.2 Pusat Serenti -Pelajar -Pusat Serenti -Orang
bermasalah Perseorangan

9. KAJIAN PERPUSTAKAAN Guru Pelajar / Ahli -Perpustakaan -PIBG


9.1 Kajian Jenis-Jenis Penasihat PROSTAR. Sekolah -Sekolah
Penyakit berkaitan PROSTAR. -Pusat Sumber -Kem.
dengan HIV/AIDS. Negeri. Kesihatan
9.2 Asas Amalan -Perpustakaan -Kem.
Kesihatan. Negara. Pendidikan.
9.3 Kajian Gejala Sosial -Perpustakaan
Remaja Masa Kini. IPT.
9.4 Pengumpulan Keratan -Agensi
Akhbar, Majallah dan Kerajaan
Buletin berkaitan. -Agensi Swasta
9.5 Kajian Merokok dan -Hospital.
Kesannya terhadap
kesihatan.

106
Lampiran

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN HIV / AIDS

3.8.1 Penyakit Tibi


Penyakit ini merebak melalui titisan udara yang mengandungi kuman
(mycobacterium tuberculosis). Penyakit ini mudah merebak kepada
pesakit AIDS kerana sistem daya tahan tubuh bagi melawan penyakit
telah lumpuh. Penyakit Tibi boleh dirawat jika dikesan awal.
Walaupun begitu rawatan yang diperlukan adalah lama iaitu 6 bulan
atau lebih

3.8.2 Kaposi Sarcoma

Pembawa HIV adalah lebih mudah mengidapi ketumbuhan atau barah


contohnya Kaposi’s Sarcoma , Lymphoma dan Squamoul Cell Carcinoma.
Kaposi’s Sarcoma adalah barah saluran darah yang biasanya berlaku di
kalangan lelaki tua berketurunan Mediteranean. Barah ini biasanya
terdapat di bahagian kaki. Walau bagaimanapun sekiranya Kaposi
Sarcoma timbul di kalangan lelaki muda yang sihat , kita harus mensyaki
terdapat jangkitan HIV pada mereka. Di kalangan pembawa HIV ‘ lesi’
Kaposi Sarcoma tidak terhad kepada kulit sahaja, tetapi akan melibatkan
organ lain seperti paru-paru.

3.8.3 Jangkitan Oportunis


Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, virus dan fungi yang kerap terjadi
kepada pesakit yang mempunyai daya tahan melawan penyakit yang
rendah seperti pembawa HIV. Jangkitan ini berlaku dengan penurunan
“CD4 + T-Cell Counts “. Jangkitan Oportunis yang biasanya berlaku di
kalangan pembawa HIV adalah “Pneumocystis Carinii Pneumonia (PCP) .

107
Lain –lain jangkitan adalah toxoplasmosis , candidiasis, herpes dan lain-
lain.

3.8.4 Penyakit Kelamin (STI)


Penyakit ini berkait rapat dengan HIV . Terdapat lebih daripada 14 jenis
penyakit STI seperti siflis , gonoera, chancroid , chlanydia, candidiasis
dan lain-lain. Bagi mereka yang dijangkiti STI , biasanya kadar untuk
dijangkiti HIV adalah 4 kali ganda lebih tinggi daripada masyarakat umum.
Ini disebabkan terdapatnya ‘lesi’, luka dan keradangan di tempat
jangkitan tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting bagi mereka untuk
mencegah daripada jangkitan STI dan mendapat rawatan segera untuk
STI sekiranya telah dijangkiti.

3.8.5 Apa itu penyakit STI dan kaitannya dengan HIV?

Penyakit STI adalah penyakit yang ditularkan melalui membran mucus


dan cecair kelamin lelaki dan wanita, tekak dan dubur. Kebanyakan
penyakit STI mudah dirawat. Sekiranya penyakit ini dikesan dan dirawat
awal, ianya tidak akan menyebabkan masalah yang serius. Sekiranya
tidak, infeksi ini akan merebak dan komplikasi seperti kemandulan, infeksi
jangkitan yang lama dan teruk akan berlaku. Penyakit ini mudah dijangkiti
dari seseorang kepada orang yang lain. Olehitu, pengetahuan mengenai
penyakit, tanda-tanda penyakit dan cara mendapatkan rawatan adalah
penting.

Penyakit STI lazimnya tidak mempunyai banyak tanda-tanda. Seseorang


itu mungkin menghidapi penyakit tersebut tanpa menyedarinya. Oleh itu,
anda mungkin menjangkiti orang lain tanpa disedari.

Jangkitan STI mempunyai kaitan dengan HIV. Bagi seseorang yang


dijangkiti STI, kadar untuk dijangkiti HIV adalah empat kali ganda lebih jika

108
dibandingkan dengan masyarakat umum. Ini disebabkan terdapatnya lesi,
luka dan keradangan dikawasan yang dijangkiti oleh kuman penyakit STI
tersebut.

Terdapat berbagai-bagai jangkitan yang dirangkumkan sebagai penyakit


STI. Berikut adalah penyakit-penyakit tersebut:

3.8.5.1 Gonorea
Tanda akan muncul 3-5 hari selepas jangkitan terjadi. Bagi
lelaki, discaj yang berwarna hijau kuning akan terjadi dan
kesakitan akan dirasai semasa kencing. Discaj juga boleh
ditemui dikalangan pesakit wanita. Ada kalanya kedua-dua
pesakit lelaki dan wanita ini tidak menunjukkan sebarang
tanda.

Rawatan : Antibiotik. Kedua-dua pasangan perlu mengambil


rawatan dan hubungan seks mesti dihentikan sehingga
rawatan telah tamat.

Risiko : Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat,


jangkitan akan merebak dan menyebabkan kemandulan
kepada lelaki dan wanita. Terdapat beberapa kuman
gonorea yang resistan terhadap rawatan antibiotik. Oleh itu
adalah amat penting untuk seseorang itu dirawat oleh
pengamal perubatan yang sah dengan rawatan yang sesuai.

3.8.5.2 Chlamydia
Lazimnya jangkitan ini tidak mempunyai sebarang tanda.
Infeksi mungkin tidak disedari sehingga ianya mula
menyebabkan masalah. Tanda seperti discaj dan kepedihan

109
semasa kencing mungkin terjadi. Jangkitan penyakit ini
boleh berlaku bersama-sama jangkitan gonorea.

Rawatan : Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan


perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti
dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.

Risiko : Sekiranya jangkitan tidak dikesan dan tidak dirawat,


jangkitan akan merebak dan menyebabkan keradangan
pada rahim sehingga boleh menyebabkan kemandulan.

3.8.5.3 Sifilis
Terdapat jangkitan sifilis yang tidak disedari oleh pesakit.
Tanda utama infeksi ini adalah luka kecil (ulcer) yang tidak
sakit (chancre) pada tempat yang dijangkiti. Biasanya
chancre ini terdapat di kawasan kelamin dan mulut. Ianya
dapat dikesan selepas 9 hingga 90 hari selepas jangkitan
terjadi. Ia akan hilang selepas beberapa hari dan mungkin
tidak dikesan.
Infeksi akan terpendam didalam badan untuk jangkamasa
yang tertentu sehingga ruam merah terjadi pada seluruh
badan. Ini juga mungkin disedari atau tidak oleh pesakit.

Rawatan : Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan


perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti
dihentikan sehingga rawatan telah sempurna. Rawatan
boleh dimulakan pada bila-bila masa dan kejayaan akan
lebih terjamin dan cepat sekiranya rawatan dapat dimulakan
lebih awal.

110
Risiko : Sekiranya jangkitan sifilis ini dibiarkan tanpa
rawatan, ianya akan menyebabkan masalah pada masa
hadapan. Antara komplikasi yang kerap ditemui adalah
penyakit jantung, terutamanya bagi jangkitan sifilis peringkat
akhir. Penyakit Dementia juga berlaku disebabkan infeksi
sifilis di otak. Wanita yang dijangkiti sifilis boleh menjangkiti
anak yang dikandung dan menyebabkan kecacatan.

3.8.5.4 Chancroid
Infeksi ini menyebabkan luka-luka kecil di alat kelamin dan
terasa sakit. Luka ini akan membesar dan tidak sembuh
dengan sendirinya.

Rawatan : Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan


perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti
dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.

3.8.5.5 Herpes

Disebabkan oleh Virus Herpes yang menyerang hujung-


hujung saraf. Tanda awal selepas jangkitan lazimnya disertai
dengan kesakitan. Lecuran (blister) kecil akan terjadi di
kawasan yang dijangkiti seperti di mulut dan alat kelamin
yang biasanya berlaku 2 hingga 20 hari selepas jangkitan
terjadi. Ini mungkin disertai dengan demam yang tinggi,
kesakitan pada badan serta pembengkakan kelenjar.
Lecuran ini akan pecah selepas 2 hingga 4 hari dan akan
sembuh dengan sendirinya. Serangan berikutnya akan
berlaku 3 hingga 4 kali setahun dan intensiti serangan ini
akan berkurangan apabila jangkitan ini menjadi lama
(kronik).

111
Rawatan : Antiviral. Adalah penting kedua-dua pasangan
perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti
dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.

Risiko : Wanita yang hamil boleh menjangkiti anak dalam


kandungan. Infeksi ini boleh menjangkiti otak dan
menyebabkan kecacatan pada bayi.

3.8.5.6 Trichomoniasis
Jangkitan oleh sejenis protozoa. Wanita kerap mengadu
bahawa terdapat discaj yang busuk, gatal dan rasa sengal di
kelamin. Bagi pesakit lelaki, tiada sebarang tanda langsung.
Tanda akan terjadi 2 hingga 3 hari selepas jangkitan terjadi.

Rawatan : Antibiotik. Adalah penting kedua-dua pasangan


perlu mengambil rawatan dan hubungan seks mesti
dihentikan sehingga rawatan telah sempurna.

3.8.5.7 Candidiasis
Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis fungus. Kebiasannya
infeksi ini berlaku di faraj. Ia menyebabkan discaj berwarna
putih dan gatal. Penyakit ini boleh berlau dengan sendirinya.

Rawatan : Ubat antifungus yang dimasukkan ke dalam faraj.

3.8.5.8 Condyloma
Sejenis virus yang menyebabkan ‘warts’ yang akan dapat
dilihat pada alat kelamin atau disekeliling alat kelamin. ‘Wart’
ini adalah ketulan yang berwarna seakan-akan kulit dan ini
boleh menyukarkan untuk dikesan. Tanda ini kerap dilihat

112
selepas 3 hingga 9 bulan selepas jangkitan terjadi. Masa
inkubasi yang panjang menyukarkan untuk mengesan
konteks. Disamping itu, masa inkubasi yang panjang
memudahkan perebakkan penyakit ini.

Rawatan : Ia boleh dirawat dengan menggunakan larutan


‘podophyllin’. Larutan ini akan disapu diatas ‘wart’ dan
dibiarkan selama 4 jam. Selepas 4 jam, ubat ini akan
menyebabkan rasa gatal-gatal (irilasi). Adalah penting
kedua-dua pasangan perlu mengambil rawatan dan
hubungan seks mesti dihentikan sehingga rawatan telah
sempurna.

Risiko : Wanita yang dijangkiti ‘Condyloma’ perlu menjalani


pemeriksaan pangkal rahim secara berkala. Ini kerana
jangkitan ini boleh menyebabkan barah pangkal rahim.
Jangkitan virus ini kerap berlaku.

113
Lampiran
Borang KPS 01/01

FORMAT RETEN BULANAN KELAB PROSTAR SEKOLAH

Negeri: Bulan:

Daerah/Bahagian: Tahun:

Sekolah:

BIL.
BIL KATEGORI AKTIVITI BIL. AKTIVITI PESERTA CATATAN
TERLIBAT

1. Meningkatkan/
Penyebaran
Pengetahuan

2. Latihan Fasilitator
Rakan Sebaya

3. Menyemai Sikap Positif


Dan Cara Hidup Sihat

4. Lahirkan Generasi
Remaja
Yang berketerampilan
Dan berkemahiran

114
Gambar Ahli

NAMA
:…………………………………………………………….…TINGKATAN:……………
…………
NO. KP :………………………………… TARIKH LAHIR.…./……….…/………
ALAMAT
:……………………………………………………………………………………………
………………….
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………

SEKOLAH :……………………………………………..DAERAH :..………………


NO. TELEFON (RUMAH) :………………………
TARIKH MENYERTAI PROSTAR :………………NO. KEAHLIAN:…………..
JAWATAN DALAM KELAB
:………………………………………………………………………………

………………………………. ……………………………………………
TANDATANGAN PESERTA TANDATANGAN GURU
PENASIHAT

…………………………………… ……………………….

TANDATANGAN PENGERTUA TANDATANGAN IBUBAPA

115
RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PROSTAR

BULAN/TAHUN AKTIVITI KELABPROSTAR TINDAKAN

JANUARI
20…….

FEBRUARI
20……

MAR 20…….

APRIL 20………

MEI 20………

JUN 20……..

JULAI 20………

OGOS 20………

SEPTEMBER
20…...

OKTOBER
20…….

NOVEMBER
20……

DISEMBER
20…….

116
REKOD AKTIVITI AHLI

TARIKH AKTIVITI KATEGORI SKOP/ISU* PENGESAHAN

* Kategori skop/isu :1. Pengetahuan 2. Latihan PRS 3. ikap/amalan/ tingkah


laku
Sila terangkan secara ringkas skop/isu yang dibincangkan
** Pengesahan ke atas aktiviti hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh
guru penasihat

117
REKOD PENYERTAAN DI DALAM AKTIVITI OLEH KELAB PROSTAR

TARIKH AKTIVITI YANG DISERTAI PERINGKAT PENGESAHAN*

• Pengesahan hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh guru penasihat

118
REKOD PENILAIAN GURU
(Penilaian dibuat oleh guru penasihatan pada akhir tahun)

Tarikh penilaian :…………………………………..

Markah :…………………………………………….

Pangkat :……………………………………………..

Ulasan guru penasihat :

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………..
Tandatangan guru penasihat

Catatan Pengetua (mengesyorkan sijil keahlian/sijil kecermerlangan) :

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

…………………………
Tandatangan Pengetua

Nota : Sistem pemarkahan


Pangkat A = > 80%
Pangkat B 60% – 79%
Pangkat C =< 60%

119

You might also like